Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 18:-


  "Siapa nak join camp tu nanti?"Soalan Afiqah memecahkan sepi . Mereka berempat senang menikmati minuman sejuk di kantin sekolah pada petang itu. Mereka baru selesai aktiviti ko- kurikulum dan tengah berehat sebelum pulang ke rumah.

 "Berapa hari camp tu?"tanya Wani sambil menyirup air sirap limau.

"Tiga hari dua malam. Dekat Sungai Congkak."Beritahu Erin.

"Jomlah pergi. Inikan last camp kita sebelum tamat sekolah. Bila lagi kita nak rasa join camp motivasi macam ni lagi?"ajak Nia.

"Ala, Nia. Mentang-mentang Amir pergi, kau pun mesti nak ikut kan?"usik Erin.

"Eh mana ada."Nia tak mengaku. Memanglah di sebabkan adanya Amir, dia lebih bersemangat nak pergi. Maklumlah, ada penyejuk mata,hahahha......

"Tak dalah, ni kan last camp yang kita boleh join. Jomlah, we create last memories together..."cadang Nia.

"Betul juga."Wani dan yang lain bersetuju.

"Jom kita pergi....."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  Mereka tiba agak lewat di kawasan perkhemahan itu. Waktu telah menunjukkan pukul 3.00 petang. Masing-masing sangat lapar. Mujurlah , sebaik sahaja selepas pendaftaran mereka semua diarahkan untuk makan tengah hari.

 Kawasan tempat makan hanya meja panjang berserta bangku. Jadi, mereka terpaksa makan beramai-ramai.Tengah-tengah makan, Amir dengan selamba meletakkan pinggan makan di hadapn Nia dan melabuhkan duduk. Zareef turut mengikut Amir. Amir mengangkat tangannya membaca doa.

"Jemput makan."kata Amir kepada Nia sebelum  memulakan suapan.

Nia berpandangan dengan yang lain.Dia mendekatkan diri ke Amir."Siapa bagi kau duduk sini?"

Amir berhenti makan. Dia turut mendekatkan dirinya."Kau pun nak aku duduk sini sebenarnyakan?"

Nia berganjak ke belakang."Eii!! Kau ok ke tak ni? I think there's something wrong with you right now!

 Zareef tergelak kecil. "Dia memang macam ni sekarang, Nia. Aku pun tak tahu apa dah jadi dengan dia ni. Asyik merepek je sejak kebelakangan ni....."

Amir langsung tak menghiraukan mereka yang mengutuk dirinya."Salah Nialah."jawabnya.

Nia terkejut. "Apa pula salah aku?"

"Siapa suruh curi hati aku?"kata Amir bersahaja.

"Uuhhkk!!"Nia tersedak.

"Ooohhhh......"semua orang bersorak apabila mendengar kata-kata Amir.

"Jangan merepeklah, Amir!"Nia menekan sedikit suaranya.

Amir tergelak."Yalah-yalah. Nak gurau pun tak boleh"

Nia mencebik . Hatinya yang rawan cuba di tenangkan.'Wahai hati, dah lah tu, dia bergurau jelah.'

Amir tersenyum dalam diam. Dia tak bergurau sebenarnya bila dia cakap sebegitu, harapnya Nia faham apa yang dia cuba sampaikan.

Zareef di sebelahnya sudah tergeleng-geleng."Wani, kita bila pula?"tanyanya.

Wani terkejut apabila mendengar namanya disebut?"Bilanya apa pula?"

"Kita."

Wani tak faham."Kita?"

"Yalah. Amir dan Nia dah confess dah, kita bila pula? Awak tu janganlah sombong sangat, saya nak berkenalan pun segan...."Zareef menggunakan teknik Amir. Berterus-terang.

"Apasal nak tiru aku ni?"marah Amir dalam ketawa.

"Apa? Ingat kau dan Nia je yang boleh jadi loving couple?"balas Zareef.

"Cukup Zareef."tegas sekali suara Wani.

"Saya tak suka kita cakap pasal benda ni."Wani terus mengangkat pinggan dan meninggalkan mereka. Yang lain semua tergamam terutamanya Zareef.

Zareef cuba bangun namun di tahan."Biarkan dia."arah Erin.

"Ala, Wani tu baiklah. Dia malu tu. Dia tak suka cakap benda-benda macam ni depan orang ramai. Kau tersilap langkah Zareef."terang Afiqah.

"Kalau nak pikat Wani, biarkah cara yang elok sikit..."Nia pun memberi pandangan.

"Datang rumah jumpa mak bapa dia?"tanya Zareef serius.

"Kau gila ke? Itu dah macam nak masuk meminang dah gayanya..."Amir melepaskan tawa.

"Habis tu? Aku nak buat apa?"tanya Zareef bingung.

"Ambil hati dia slow-slow. Wani tak suka orang memaksa..."nasihat Afiqah lagi. Kesian pula dekat Zareef ni. Wani pun asyik buat muka beku je, macamlah Afiqah tak tahu, Wani tu pun ada hati dekat Zareef. Cuma tak nak tunjuk je.

 "Kau buatlah pick up line ke apa."cadang Erin.

"Aku mana reti. Kalau Amir retilah dia."Zareef menggelengkan kepala hampa.Bahunya ditepuk.

"Jangan risau nanti aku tolonglah. Dah makan cepat, program dah nak start."gesa Amir.

"Yalah...."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Masa berlalu pantas, sedar tak sedar sudah hampir tamat kem motivasi tersebut. Esok ada majlis penutup. Jadi malam ni hanya ada makan-makan dan mestilah aktiviti wajib, camp fire.

 Hubungan Zareef dan Wani masih tegang. Wani selalunya mengelakkan diri dari Zareef. Kasihan Zareef, niatnya baik namun ditolak pula oleh Wani. Dia pun mengikut nasihat Afiqah untuk tidak mendesak Wani. Dia biarkan sahaja Wani dahulu.

  Malam tu ada barbeque yang disediakan oleh pihak penganjur. Lengkap dengan set karaoke lagi. Dan mestilah ada orang bertuah di pilih untuk menyanyi dan siapa yang terkena ? Tentulah....

"Amir Isyraf di alu-alukan untuk menyumbangkan sebuah lagu untuk kita semua."kata MC dalam tawa.

 Amir yang tengah berborak dengan Zareef sambil meminum air terkejut apabila namanya di panggil. Dia mengoyangkan tangannya tanda tak mahu. Namun semua orang sudah pun bersorak memanggil namanya.

"Amir!Amir!Amir!Amir!"

 Nak tak nak dia naik juga ke atas pentas. Dia sempat bertemu dengan Nia sebelum naik.

"Reti ke nyanyi? Takut hujan lah pula..."Nia menyindir.

"Oh. Tak percaya eh? Tunggu tau lagu ni khas untuk kau.Aku akan pastikan kau jatuh hati kat aku  lepas ni..."kata Amir . Nia mencebik.

"Tak takut..."

"Oh, tunggu eh!"Amir membisikkan sesuatu ke telinga Zareef lalu kedua-duanya naik ke pentas.

 Amir dan Zareef duduk di atas kerusi tinggi yang di sediakan. Zareef menghulurkan sesuatu kepada Amir yang kelihatan seperti...gitar?Zareef turut memegang sebuah gitar. 

  Apa lagi, menjeritlah budak-budak perempuan yang lain. Maklumlah, dua jejaka terhangat di sekolah bergabung suara memberikan persembahan di atas pentas, masing-masing tidak mahu terlepas walapun sekelip.Nia menghampirkan diri ke hadapan.

 Petikan gitar mula memenuhi suasana sebelum di ikuti suara Amir yang membuai perasaan Nia..........

Kau yang membuat aku,

selalu merindukanmu,

kau damaikan hatiku,

kau berikan cinta yang terindah....

 Nia terkedu. Suara Amir meresap ke dalam jiwanya. Tak terbayang langsung wajah kacak Randy Pangalila penyanyi asal lagu itu, yang ada hanya wajah dan suara Amir Isyraf. Jantung Nia berdebar hebat saat mata Amir menikam wajahnya.

Tawa dan senyumanmu,

selalu cerahkan hariku,

ingin ku ada dalam kisahmu,

dan kini ku katakan padamu.....

Zareef yang turut bermain gitar di samping Amir turut menghalakan pandangannya ke Wani. Dengan harapan, perasaannya turut sampai ke hati Wani. Namun Wani hanya menunduk. Petikan gitar mulai rancak saat tiba di chorus.

Biarkan aku mencintaimu,

seutuhnya sepenuhnya,

izinkan aku jadikan kamu,

teman hidupku,

biarkan aku berikan kamu,

kisah yang sempurna,

biarkan aku.....berikan kamu....

kisah yang sempurna......

Nyanyian Amir di sudahi dengan tepukan gemuruh daripada penonton begitu juga dengan petikan gitar hebat oleh Zareef. Nia turut memberikan tepukan gemuruh. Serta-merta kakinya menjadi lembik apabila Amir menghampiri.

"Suka tak lagu tadi?"tanyanya dengan senyuman yang mencairkan hati Nia.

"Suka. Tak sangka kau pandai menyanyi..."

"Banyak yang kau tak tahu pasal aku."

Nia memadang Amir."Contohnya?"

"Yang aku tak main-main bila aku kata aku suka kau."mata Amir menikan wajah Nia. Darah  mengalir laju ke seluruh badan, membuatkan pipi Nia terasa berbahang. Dia cuba bangun untuk melarikan diri tetapi dia sempat mendengar ucapan Amir.

"I really like you...."

  Nia terkaku. Ucapan Amir tadi bermain-main di telinganya.Dia menghalakan pandangan ke langit dan menatap bintang-bintang yang bertaburan sebagai cara menenangkan hatinya. Tiada balasan darinya . Amir pun tidak memaksa. Kedua-duanya menghayati pemandangan indah malam itu.

 Kata-kata Amir menyempurnakan malam yang indah itu dan seterusnya memberikan kisah yang sempurna yang akan dikenang selamanya oleh Dania Sofea.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamuailaikum semua readers, terima kasih sangat-sangat sebab sokong cerita ni. Terharu pula rasanya..teruskan support korang. Insyaallah, saya akan perbaiki lagi mutu penulisan saya selepas ini.

 Oh ya lagu di atas ialah lagu Indonesia dari band RVN. Judulnya Kisah Yang Sempurna. Penyanyinya ialah Randy Pangalila. Ia merupakan lagu favourite saya. korang semua pergi lah dengar ok?

Dan teruskan menantikan kisah cinta Amir dan Nia ......

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro