Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 12:-

 Nia meletakkan dulang makanannya ke atas meja dan melabuhkan duduk. Kawan-kawannya yang lain juga ikut duduk bersamanya. Amir dan Zareef pula duduk di meja sebelah.

 Nia membuka kotak zinger burger mliknya. Fries yang ranggup dan masih panas dimasukkan ke dalam mulut.

"Tak baca doa dulu ke?"tegur satu suara.

Nia memandang wajah Amir dengan jengkel.

"Kau ni kalau tak menyibuk tak boleh ke?"marah Nia.

Amir tersenyum sinis."Aku ingatkan je. Kalau ye pun lapar, janganlah sampai lupa baca doa. Nanti free-free je bagi 'syaitan' makan."

Nia tak membalas. Dah memang dia yang salah.

 Amir mengangkat tangannya dan mengetuai bacaan doa makan mereka semua. Setelah selesai barulah dia berpaling kepada Nia.

"Hah! Makanlah. Tadi lapar sangatkan."perli Amir. Dia juga menghadap makanannya.

 Nia menjeling marah kepada Amir sebelum mula makan. Bosan betul hari ini, semua benda yang dia buat mesti kena complain dengan Amir. Entah apa yang betul, semuanya salah di matanya.

  "Best juga movie tadi kan?"kata Afiqah sambil menyuap fries ke dalam mulutnya.

"Memanglah best. Yang tak bestnya, ada orang tu tak habis-habis nak complain itu ini. Memekak je,"balas Nia . Sengaja dia menguatkan suaranya agar orang di meja sebelah sedar yang dia sedang memerli dirinya.

 Amir yang sedang memakan ayam goreng KFC terhenti. Begitu juga dengan Zareef.

"Oh? Akulah yang memekak? Kau tu behave sangat ke tadi?"balas Amir tak nak mengalah.

"Apa aku buat? Mana ada apa. Kau tu yang asyik memekak. Ni tak boleh, tu tak boleh. Dah macam orang tua,  asyik membebel je ."

"Aku membebel ? Yang kau tu main baling-baling popcorn macam budak-budak, elok sangatlah tu?"

  Seketika minda Nia mengingat kembali kejadian di dalam panggung wayang tadi. Memang terbaik seat yang diaorang dapat. Tak belakang sangat , tak depan sangat. Nia, Erin ,Afiqah dan Wani duduk berempat dalam satu row yang sama, manakala Amir dan Zareef duduk di seat hadapan mereka. Baguslah juga, batas tetap kena jaga.

  Pada mulanya semuanya biasa-biasa sahaja , tak ada apa pun yang berlaku. Sementara menunggu tayangan bermula, Nia dan seperti orang normal yang lain akan bermain dengan handphone mereka sambil mengunyah popcorn. Jadi, tengah-tengah melayani instagramnya, Nia menjerit kesukaan.

"Girls, tengok ni ."panggil Nia agak kuat sehingga menarik perhatian Zareef dan Amir di hadapan. Mereka yang terdengar Nia menjerit berpaling dengan wajah terkejut bercampur risau.

"Kenapa ni Nia?"tanya Amir risau.

"Ada masalah ke?"

"Ada. Masalah besar. Tengok ni, photoshot EXO ni lawa betul."kata-kata Nia membuatkan kawan-kawannya yang lain semua mengerumuni Nia.

"Mana?"

"Nak tengok jugak...."

"OMG!! Hotnya D.O"Erin merampas handphone untuk melihat dengan lebih jelas.

"Mana Lay? Oh!!Coolnya..."Afiqah sudah melentokkan  kepalanya ke bahu Erin.

"Kan? Aku dah kata lawa. Sehun pun nampak cool giler dalam gambar tu..."Nia mengambil balik handphonenya dari tangan Erin.

Zareef sudah tergeleng-geleng kepalanya.

"Nia! Lain kali jangan terjerit-jerit macam tu lagi. Buat aku risau je la kau ni."nasihat Zareef.

"Tak habis-habis dengan k-pop tu. Hei!  Korang minat separuh mati pun bukannya dia kenal korang."Amir duduk mengadap ke hadapan kembali.

"Lantak arh! "balas Nia.

"Ala. Korang suka macam mana pun nanti kahwin dengan orang Melayu juga. Tak adanya orang Korea tu datang cari korang nanti. Alih-alih lelaki Melayu juga yang korang cari."kata-kata Amir membuat mereka semua naik angin.

"Hello! Tolong sikit. Kita orang minat je. Tak adalah sampai berharap nak kahwin dengan dorang semua."

"Betul tu! Biarlah jelah! Kita orang nak minat siapapun."

Amir tak membalas jadi topik itu mati di situ sahaja.

  Nia  memang tak boleh duduk diam kalau sedang menonton wayang. Sebabnya sejuk sangat. Maklumlah, aircond yang dipasang memang kuat. Jadi, tanpa Nia sedar kakinya tertolak-tolak belakang seat Amir.

Amir yang tak selesa mula menegur tingkah laku Nia dengan nada berbisik.

"Tak payahlah tolak-tolak."Desis Amir.

Nia medekat dirinya kepada Amir dan berbisik juga."Aku sejuk. Tak boleh tahan. Sorrylah."

"Haih lain kali, kalau dah tahu tak tahan sejuk tu bawalah sweater. Ini tak, menyusahkan aku je..."marah Amir.

"Hei! Aku dah kata aku tak sengajakan. Manalah aku tahu akan sejuk sangat. Selalunya ok je."Nia menyandarkan badannya kembali. Sengaja dia menolak seat Amir dengan lebih kuat.

Amir yang semakin lama semakin geram sudah mula meninggikan suaranya.

"Jangan jadi macam budak-budak boleh tak?"kata Amir. Zareef di sebelahnya  sudah menyikunya menyuruh dia diam.

Nia membaling seketul popcorn kepada Amir sehingga membuatkan Amir berpaling.

"Apa ni?"Satu lagi popcorn dibaling terkena muka Amir.

"Apa? Aku ni kan budak-budak lagi...."

Itulah yang berlaku di dalam panggung wayang tadi.Nia menjeling ke arah Amir tajam sebelum menyambung makan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  Selepas selesai makan, mereka pergi berjalan-jalan di sekitar Alamanda. Ketika melewati salah sebuah kedai yang menjual barang perhiasan seperti gelang, rantai dan sebagainya, langkah Nia terhenti. Yang lain juga terhenti.

"Kenapa?"tanya Amir kepada Nia. Namun , Nia terus menonong . Jadi yang lain terpaksa mengikut sahaja Nia.

 Ada sebuah kaunter yang dipenuhi dengan barang perhiasan yang cantik dan bersinar-sinar. Nia dan kawan-kawannya sudah menjadi rambang mata.

Erin sudah mencapai satu bracelet dan mencubanya."Wah! Cantiknya..."

Nia melihat-lihat dahulu pilihan yang ada. Tiba-tiba, Amir menunjukkan sesuatu.

"Ni cantik."Sebuan gelang bermanik kristal berwarna putih itu memang kelihatan sangat cantik.

"Yalah. Lawanya."puji Nia. Tak sangka pandai juga Amir memilih. Ada taste juga dia ni.

Amir tersenyum senang."Kak, saya nak yang ni."

Amir membeli gelang itu dan menghadiahkannya kepada Nia."Nah!"

"Betul ke ni?"tanya Nia tak percaya. Kawan-kawan Nia sudah mula kecoh.

"Wah sweatnya Amir ni. Tadi belanja popcorn sekarang gelang pula."

"Aku pun nak juga...."

Erin berdiri di tengah-tengah antara Amir dan Nia."Hah! Korang tak sah lagi. Jadi tak ada adegen-adegen pakaikan gelang lagi! Meh sini, biar aku yang pakaikan.

 Erin memakaikan gelang tadi di pergelangan tangan Nia. Memang cantik gelang pemberian Amir itu. Sesuai sangat dengan Nia.

"Betul ke ni Amir?"tanya Nia sekali lagi.

"Ya. Ambillah sebagai tanda persahabatan."jawab Amir.

"Persahabatan je ke?"usik Erin. Yang lain semuanya ketawa.

"Fine! Wani nak yang mana? Biar saya belanja..."Zareef sudah berdiri di selah Wani.

"Cepatlah pergi pilih."gesa Zareef. Wani pula sudah memerah muka.

"Tak payah nak tiru aku."kata Amir kepada sahabatnya.

"Apa pula? Ingat kau seorang je yang boleh jadi hero Malaya?"Zareef tak mengalah.

Nia tak sangka, hari ini bolehjadi hari yang paling  menyeronokkan sekali. Malah, dia siap dapat hadiah lagi. Siapa yang tak suka you all....






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro