Prolog
"Aku terima nikahnya Balqis Batrisya binti Badrulshah dengan mas kahwinnya sebanyak RM 300 tunai." Akad yang ku lafazkan diterima oleh wali yang menikahkan aku dengan gadis itu.
Siapakah dia? Aku juga tidak tahu. Pernah sekali aku melihat gambarnya dan pada saat itu hatiku seakan terhenti berdegup, terpegun akan rupawan yang manis jelita di dalam gambar itu.
Mungkin ramai tidak tahu tetapi pernikahan ini terjadi atas saranan nenekku demi menyelamatkan gadis itu dari dendam keluarga. Aku juga tidak kenal siapa gadis itu dan sudah pasti aku belum pernah bertentang mata dengan gadis itu.
Semuanya sangat mengejut bagiku. Aku merupakan seorang pelajar tahun terakhir dalam bidang computer science di Stanford University.
Panggilan telefon dari nenek di Malaysia pada 2 bulan lepas membuatkan aku terkejut dengan permintaan yang dipinta, iaitu berkahwin dengan cucu sahabat baiknya. Aku yang sedang mengusahakan projek akhir terus kaku dan beku otakku dek permintaan nenek.
Apabila aku meminta alasan dan sebab-sebab khusus akan permintaan nenek itu, nenek hanya menjawab bahawa ia adalah demi menyelamatkan gadis itu dan hanya itu sahaja. Sudah tentu aku menolak sekeras-kerasnya pada permulaan tetapi selepas dipujuk-rayu nenek aku terima dengan hati yang rela. Aku redha dengan ketentuan hidupku.
Lagipula aku sangat menyayangi nenekku itu. Hanya dia sajalah nenek yang aku ada memandangkan kedua atuk dan nenek belah ayahku sudah lama meninggal dunia. Mama dan abah juga tidak bersuara dalam hal ini kerana ini merupakan satu-satunya permintaan nenek yang agak serius seumur hidupnya.
Hasilnya, di sinilah aku hari ini, di hadapan wali merangkap atuk pada gadis itu serta 2 orang saksi bersama iaitu paksu ku juga Pak Cik Akob, sahabat baik arwah ibu bapa gadis itu tanpa kehadiran gadis itu.
Hairan sekali, aku sedikitpun tidak mengetahui tentang gadis itu. Yang aku tahu hanyalah kedua ibu bapa gadis itu sudah lama meninggal dunia sejak gadis itu masih bayi dan nama gadis itu adalah Balqis Batrisya.
Heh! Kelakar pula apabila menyedari hakikat diriku ini, sudahpun menjadi suami orang dan tanggungjawabku kini bertambah.
Ya, gadis itu, oh tidak, isteriku, tidak menghadirkan diri pada hari ini memandangkan dia tidak berada di sini, bersekolah di Alor Setar.
Itu satu lagi perkara yang melucukan. Aku kini menjadi suami pada gadis berusia 16 tahun. Aku tahu umur minimum perkahwinan di Malaysia adalah lelaki berusia 21 tahun dan perempuan berusia 16 tahun tetapi aku masih tidak sangka perkara itu terjadi padaku.
Ekoran itu juga, hasil kesepakatan dari 2 belah pihak betsetuju bahawa aku dan si dia menjalani nikah gantung atau dalam bahasa mudah masa kini, long distance relationship. Pada mulanya aku agak keliru dengan terma nikah ini tetapi selepas dimaklumkan dan ditarbiah oleh ustaz juga nenek dan abahku, aku akhirnya mengerti.
Pernikahan aku dan si dia sah, cuma kami tidak tinggal bersama. Jika nak diikutkan itu juga adalah satu kebaikan. Aku masih di tahun akhir di Stanford dan pastinya aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu untuk menjadi pereka gajet di Amerika dan gadis itu juga masih bersekolah dan dia pastinya mahu menuju ke menara gading.
Jadinya di dalam hal ini, aku tidak keberatan jika kami berpisah dan berjauhan terlebih dahulu buat sementara waktu. Jika ditetapkan takdir dia menjadi milikku selamanya, dia tidak akan ke mana-mana. Aku rela mengizinkannya mengejar impiannya dan aku akan menjalani hidupku seperti sedia-kala.
Balqis Batrisya,
Pergilah kau mengejar cita-citamu.
Usah ditunggu diriku,
Kerana aku akan kembali suatu hari nanti buat kamu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro