79 | Permulaan Baru
2 bulan kemudian
Selesai membaca doa, Balqis terus bersalaman dengan Puan Sri Fazila yang mengimamkan solat subuh pagi itu. Setelah membuat keputusan untuk berehat, Balqis setuju dengan pujukan Puan Sri Fazila untuk mengikutnya balik ke Kyoto. Di Kyoto, Balqis mengikut spenuhnya arahan nenek mertuanya itu bagi mengalih perhatiannya daripada memikirkan Amrin.
Antaranya, dia dipaksa solat 5 waktu oleh Puan Sri Fazilah, diajar mengaji, diajar memasak dan membuat kerja rumah. Sedikit-sebanyak perihal Amrin dapat dilupakan dalam keadaan dia sibuk memenuhi tuntutan nenek mertuanya itu. Malahan, perihal kerja di pejabat juga jarang mengganggunya. Dia hanya akan dihubungi pejabat sekiranya ada dokumen yang memerlukan tanda tangannya.
"Pagi ni Aqish nak masak apa?" Soal Puan Sri Fazila. Dalam hatinya sudah ada idea masakan apa yang mahu dilatih cucu mertuanya itu untuk pagi itu.
"Tak kisah. Ikut nenek, nak makan apa."
"Kalau macam tu, Aqish cuba buat nasi lemak boleh??"
"Boleh, dengan syarat nenek ajar." Puan Sri Fazila hanya ketawa mendengar telatah cucu menantunya itu, sudah pandai mahu bergurau.
"Mesti punya! Nasi lemak nenek jarang kalah kalau masuk pertandingan, meh nenek share rahsia kat Aqish."
Selesai menjamu nasi lemak pagi itu, Balqis membuat keputusan untuk bersiar di kawasan sekitar.
Setelah membalut leher dengan skaf tebal dan menyarung jaket musim sejuk, Balqis berjumpa Puan Sri Fazila seketika bagi memaklumkan pergerakannya. Sejak tiba di Kyoto, Balqis diwajibkan untuk memaklumkan pergerakannya jika mahu keluar. Balqis yang mengerti permintaan Puan Sri Fazila itu hanya menurut.
Balqis berjalan keluar dengan senyuman yang tertampal pada wajah. Tukang kebun yang sedang membersih salji di laman rumah menyapa dengan ucapan selamat pagi. Balqis hanya mengangguk dengan senyuman.
Cuaca di Kyoto kini sudah dingin dan jalan mula dilitupi salji putih. Tidak sangka, sudah hampir 2 bulan dia di Kyoto. Dalam masa 2 minggu lagi tahun baru pula menjelma. Masa dirasakan pantas sahaja berlalu seperti ingin cepat-cepat meningalkannya, yang sedang kerinduan.
Masih mengingati jalan yang ditunjuk Amrin sebelum ini, Balqis tiba sekali lagi di Yasaka Pagoda terletak di Higashiyama. Cuaca pagi yang tenang itu membuat dia menarik dalam udara segar. Selepas puas berpusing di sekitar Gion Street, Balqis berangkat ke destinasi berikutnya, Arashiyama Bamboo Forest.
Balqis turut tidak ketinggalan mengabdikan panorama indah di depan matanya ke dalam telefon. Hari ini sekali lagi di menjadi pelancong yang mengembara budaya dan kawasan Kyoto, bersendirian. Walaupun begitu, dia tidak risau.
Sambil mendaki Bamboo Forest, sekali-sekala Balqis menoleh pandang ke belakang. Dia hanya senyum memandang seorang lelaki tempatan yang mengekorinya sejak dari Yasaka Pagoda itu.
Dia yakin Puan Sri Fazila telah menghantar pengawal peribadi untuk menjaganya. Dengan cerita yang telah Amrin beritahu padanya sebelum ini, dia tidak hairan sekiranya lelaki yang mengekorinya itu merupakan salah-seorang ahli Yakuza yang berhubungan baik dengan Puan Sri Fazila.
Tanpa melengahkan masa, Balqis terus menyambung pendakian sepanjang 500 meter itu. Selepas merentasi bahagian terbaik hutan buluh itu, Balqis merentasi Vila Okochi-Sanso dan melihat sekitar vila seketika sebelum menyambung perjalanan ke Taman Kameyama-koen, seterusnya turun ke Sungai Katsura-gawa dan berjalan ke hilir kembali ke jalan utama Arashiyama.
Ekoran suasana pagi yang dingin, masih tidak ramai orang di sekitar Sungai Katsura-gawa. Tanpa disedari Balqis, dia sebenarnya sedang diekori seseorang.
Walaubagaimanapun, tindakan pantas ahli Yakuza yang dihantar Puan Sri Fazila itu berjaya menumpaskan serangan yang dituju kepada Balqis. Badan lelaki yang tidak dikenali itu ditarik ke semak di tepi sungai lalu pisau yang berada di dalam pegangan lelaki tidak dikenali itu ditepis kuat. Belum sempat lelaki tidak dikenali itu mahu melawan, lehernya diketuk pada sasaran untuk membuatkan lelaki itu pengsan.
Selepas hampir 3 jam dia bersiar-siar, Balqis akhirnya pulang ke rumah. Matanya yang tertancap pada Toyota Century hitam yang terparkir di halaman rumah. Panjang umur, pintu belah pemandu terbuka dan keluar seorang pemandu dan membuka pintu penumpang belakang.
Mata Balqis kemudian menangkap kelibat seorang lelaki Jepun yang berumur seperti awal 60-an lengkap dengan sepersalinan montsuki-haorihakama melangkah keluar dari pintu utama rumah, diikuti Puan Sri Fazila di belakang. Mata lelaki tua itu yang peka, tajam memandangnya sebelum mulutnya berkata sesutu pada Puan Sri Fazila yang menunduk hingga membuatkan nenek mertuanya yang tidak perasan kehadirannya tegak memandangnya.
Selingan perbualan antara lelaki itu dan nenek mertuanya diperhatikan dari jauh. Tidak mahu menganggu nenek mertuanya menghantar pergi pelawat, Balqis hanya diam berdiri di laman tepi rumah. Seketika sebelum masuk ke dalam perut kereta, sekali lagi lelaki tua itu tajam mengerlingnya, sebelum sedan mewah itu bergerak meninggalkan perkarangan rumah.
Setelah keadaan laman rumah tenang, Puan Sri Fazila melambai tangannya pada Balqis, menggamit cucu menantunya itu untuk mendekat.
"Aqish pergi mana tadi?" Soal Puan Sri Fazila dengan senyuman tenang pada wajah. Dalam hati, hanya Tuhan yang tahu betapa risau dan gundah hatinya apabila mendapat perkhabaran dari sahabat lamanya, Daido, sebentar tadi.
Kehadiran lelaki itu ke rumahnya juga bertujuan untuk memberi peringatan tentang bahaya yang dibawa Balqis ke kawasan taklukannya. Ekoran hubungan baik antara mereka, Daido enggan melibatkan diri dalam lebihan kesan konflik yang dibawa Balqis, tetapi oleh kerana Balqis berada di dalam kawasannya, bermakna cucu menantunya itu juga sekaligus berada di bawah perlindungannya.
Di zaman moden ini, Daido lebih memilih untuk menyembunyikan aktiviti organisasi Yakuza-nya. Sebaik mungkin, dia cuba untuk tidak terlibat dengan aktiviti jenayah tambahan bagi menyesuaikan diri dengan transformasi ke arah persekitaran moden.
"Jalan-jalan area Gion dengan Bamboo Forest. Tak perasan dah 3 jam jalan." Ujar Balqis dengan sengihan kecil.
"Okey takpe, as long as you're safe." Puan Sri Fazila segera menarik Balqis berjalan masuk ke dalam rumah. Nampaknya dia harus mula memikirkan langah seterusnya untuk melindungi Balqis dari konco Megat Rahim.
"Siapa tadi tu nek?" Sengaja Balqis bertanya, ingin memastikan tebakan hatinya.
"Kawan lama nenek kat sini."
"Oh yeke, nampak garang."
"Kawan nenek tu memang tegas sikit orangnya. Maklumlah, ketua keluarga."
"Macam mana nenek boleh kenal?"
"Dulu masa nenek mula-mula datang sini, nenek hampir kena ragut. Kebetulan masa tu dia lalu, so dia tolong nenek." Balqis hanya angguk kecil mendengar penjelasan Puan Sri Fazila.
Mungkin betul apa yang diceritakan Amrin. Malas mahu menyoal lebih lanjut, Balqis hanya diam melangkah masuk ke bilik setelah memandang nenek mertuanya itu turut masuk ke dalam bilik.
Selepas mengunci pintu bilik, Puan Seri Fazila segera menghubungi Datuk Johan. Berita yang baru diketahui itu harus dikongsi bersama mereka di Malaysia, untuk tujuan kemas kini maklumat di Warisan Group.
"Assalamualaikum Puan Seri. How's Kyoto in winter?" Soal Datuk Johan ceria dari Malaysia.
"Waalaikumsalam Johan. Everything's fine here."
"How's Balqis?"
"That's what I'm calling about." Talian di hujung sana terdiam seketika sebelum Datuk Johan kembali bersuara.
"I'm listening."
"Kita dah kena mula langkah seterusnya. Orang 'dia' dah sampai sini. What's the update for the case now?"
"He's in the process for requesting an appeal to the case, which the hearing will take place in 2 weeks time from today."
"I risau dengan keselamatan Balqis kat sini Johan."
"I faham puan, we'll try our best here. The prosecuter for the case is also proven for his credibility, inshaAllah everything will be alright."
"I just hope everything fall into its place. Kesian dengan budak dua orang ni, tak pasal-pasal jadi mangsa."
"InshaAllah, if Allah wills, puan. Kita doa je yang terbaik."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro