76 | Ditinggalkan?
Pagi itu Balqis terlewat bangun dari tidurnya. Sedar sahaja terus dia bergegas dan bersiap untuk ke pejabat. Amrin yang masih lena di atas katil dipandang hairan. Jarang sekali lelaki itu terlajak tidur.
'Dah Subuh ke belum dia ni? Tak sihat ke?'
Melihatkan Amrin yang masih lena itu mendetikkan dirinya untuk bersapa pagi dengan si suami tetapi memandnagkan dia sudah lewat ke pejabat terus sahaja dia melangkah pergi tanpa bicara.
Sebaik pintu bilik bertutup, Amrin mengalih posisi tidurnya, dari meniarap dia menelentang memandang siling bilik. Lagi sekali air matanya mengalir pagi itu.
Ada sebab mengapa dia tidur di dalam posisi yang tidak pernah sekali dilakukan, tidur meniarap - kerana ingin menutup wajah dan matanya yang sembap dek menangis semalaman.
Selepas dia menidurkan Balqis malam sebelumnya, tidak sekali pun dia menutup mata. Matanya itu hanya tulus menatap wajah mulus si isteri dengan air mata kerana dia tahu, itulah tatapan terakhirnya buat si isteri tersayang.
Rancangan awalnya adalah untuk meninggalkan perkarangan rumah di awal pagi tetapi melihat isterinya yang polos tidur memeluknya itu, hatinya tidak sanggup untuk pergi; kerana itu dia menunggu sehingga Balqis keluar bekerja barulah dia meneruskan agendanya.
Dengan berat hati, Amrin bangun dan mengemas katil serta mandi membersihkan diri. Setelah selesai, barangnya dikemas. Segala barang miliknya di dalam rumah itu dikemas ke dalam satu kotak hingga tiada sedikit pun jejak kesan dia berada di rumah itu.
Barang komputernya sudah dari awal lagi dikemas dan diarahkan pekerjanya untuk datang dan membawa pergi peralatan itu ke pejabatnya.
Pesanan WhatsApp yang diterima dari pekerjanya yang sudah berada di luar rumah menandakan saat kepergiannya dari hidup Balqis. Dengan hati yang berat dan sayu, Amrin mengunci pintu syurga cintanya bersama Balqis. Tanpa menoleh dia paksakan diri untuk melangkah meninggalkan perkarangan rumah.
"Ready bos?" Soal Johari, faham dengan keadaan majikannya yang terpaksa melakukan pengorbanan sebesar itu.
"Jalan." Tutur Amrin sebaik sahaja dia menyandarkan kepalanya yang bertopi dengan mata yang dipejam rapat.
Malang tidak berbau, begitulah harinya di pejabat. Sebaik tiba di perkarangan pejabaat jam 10.40 pagi, Balqis terus bergegas ke bilik mesyuarat untuk menghadiri mesyuarat pengurusan atasan yang baru pertama kali disertai untuk membincangkan hal-ehwal Warisan Group.
Kerana dia terlewat masuk ke pejabat, jadual yang telah ditetapkan pada belah pagi terpaksa dibawa ke waktu petang. Malah, masa makan tengah hari juga dia tidak sempat mejamah makanan, dia hanya sempat berpesan kopi pada setiausahanya.
Matanya yang terlirik pada frame gambar yang terisi gambarnya dan Amrin di atas cruise berlatar-belakangkan Golden Gates di San Francisco mendetik rindu di hatinya. Rindu pada suami yang ditinggalkan begitu sahaja pagi tadi.
'Takpe lah, I'll just see him at home tonight.'
Tanpa membuang masa, Balqis terus menyambung kerjanya yang masih banyak untuk diurus dan diselesaikan. Walaupun dia masih baru, tiada alasan untuk tiada kerja buatnya; lebih-lebih setelah dia mendesak pihak pengurusan untuk memberinya kerja seperti selayaknya jawatan yang disandang.
"Ergh! My life..."
Jam 9.00 malam barulah Balqis tiba di perkarangan rumah. Jadualnya yang padat seharian membuatkan dia tidak berdaya untuk berfikir. Rumah gelap yang menyambutnya juga tidak dihiraukan.
Kakinya terus diatur naik ke bilik, tujuannya adalah tab mandi. Air panas ditadah dan dipenuhkan ke dalam tab lalu bath bomb haruman mawar dicampak masuk ke dalam tab. 30 minit masa diambil untuk melepaskan penat lelah seharian bekerja.
Setelah siap menyarung baju tidur barulah kakinya melangkah turun ke dapur untuk menyediakan makan malamnya dan Amrin. WhatsApp dibuka, tiada pula sebarang pesanan dari Amrin memaklumkan akan pulang lewat.
'Hmm busy la tu sampai lupa semua benda.'
Terus sahaja dia mengeluarkan sup cendawan tin untuk dipanaskan serta sapuan bawang putih yang dibuat Amrin dikeluarkan dari peti sejuk untuk disapu pada roti. Hanya sup cendawan dan garlic bread sahaja yang mampu disediakan malam itu.
Kebiasaannya juga Amrin yang akan menyediakan hidangan makan tetapi malam itu dia memilih untuk menyediakan makanan pula bagi menggantikan suaminya yang lewat pulang.
WhatsApp dibuka dan pesanan dikirim pada Amrin.
'Awak, saya buat mushroom soup & garlic bread je tau. Tak larat nak masak.'
Setelah 10 minit menunggu, pesanan masih belum dibaca Amrin. Terus jarinya mendail nombor si suami, senang dan mudah.
Sekali cuba, nombor suaminya tidak dapat dihubungi.
Dua kali cuba, juga jawapan yang sama diterima dari operator telefon.
Kali ketiga mencuba, jawapan masih yang sama. Balqis putus asa dan terus menjamu selera.
Apabila jam menginjak 11.20 malam, Balqis yang menunggu kepulangan Amrin di ruang tamu sudah mula berat matanya. TV ditutup lalu dia melangkah naik ke bilik dan terus ke bilik air dan mempersiapkan diri untuk tidur.
Sambil dia menggosok gigi, kabinet singki itu diperhati dan entah kenapa dia merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap. Matanya memerhati keadaan sekeliling. Baru dia perasan bahawa berus gigi suaminya tiada di tempat asal - bersebelahan dengan bekas berus giginya.
Segera dia menyudahkan urusan persediaan tidurnya dan terus ruang bilik tidurnya diperhati. Sama, tiada barang milik Amrin kelihatan. Kakinya perlahan-lahan melangkah masuk ke walk-in wardrobe dan apabila tiba di bahagian Amrin, hatinya rancak berdegup apabila melihat ruang baju lelaki itu sudah kosong.
"Huh..."
Segera dia mendapatkan iPhonenya dan sekali lagi dia menelefon Amrin, masih sama. Gagal dihubungi. Terus jarinya menghubungi nenek Amrin.
"Hello, nenek?"
"Ye Aqish, kenapa?"
"Nek, abang dah takde. Barang dia dah takde kat sini. Nenek tau ke?" Suara Balqis sudah kedengaran panik di hujung talian. Matanya mula bergenang, tidak menahan perasaan yang menerobos masuk dalam sekelip mata.
"Barang dia dah takde? Dia pergi mana?"
"Qish tak tau nek. Abang takde bagi tau nenek ke?"
"Takde pula."
"Macam mana ni nek? Abang pergi mana? Dia-dia takde cakap apa-apa pon kat Qish." Ujar Balqis sambil kakinya laju berjalan keluar masuk wardrobe di dalam bilik tidurnya itu.
"Okey-okey bertenang. Macam ni, Aqish rehat dulu, esok awal pagi nenek gerak pergi sana."
"Nenek... Abang tinggal Qisha ke?" Lirih suara Balqis menyoal dengan air mata yang sudah laju menuruni pipi.
"Jangan cakap macam tu. Takpe, esok nenek sampai, kita cari Amrin sama-sama ye. Balqis tidur dulu malam ni, rehat. Esok kita jumpa. Assalamualaikum."
Setelah talian diputuskan Puan Sri Fazila, Balqis bergegas keluar dan meliru ke bilik kerja suaminya. Hancur hatinya melihat bilik itu sudah kosong, hanya petabot sahaja yang mengisi bilik itu. Tiada sebarang kertas atau dokumen yang ditinggalkan membuatkan dia bingung dengan tindakan suaminya.
'What happen? Is it something that I did? What did I do?'
Panggilan telefon dari Balqis dimatikan. Matanya yang sudah memerah dibuka.
"Kau yakin nak buat macam ni pada dia? Kau yakin boleh terima dia terseksa macam ni?" Amrin yang sudah tersenggol menangis di hadapannya itu diperhatikan.
Cucunya itu sudah merah padam wajahnya menangis sebaik sahaja mendengar suara Balqis dari loud speaker yang dipasang Puan Sri Fazila.
"Amrin! Kau yakin?"
"Am takde cara lain nek." Melihat Amrin yang merayu itu, Puan Sri Fazila hanya mampu mengeluh berat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro