Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

75 | Terakhir Kali

Hujan lebat serta guruh yang sabung menyabung tidak mengganggu pemanduan Amrin ke destinasi yang dituju. Dalam tumpuannya yang sibuk memandu, kepalanya sarat memikirkan keputusan yang bakal diambil.

Selepas lebih sejam memandu, Amrin tiba di halaman rumah banglo yang terletak di Damansara itu. Pintu pagar langsung terbuka menandakan penghuni di dalam rumah sudah bersedia menerima kunjungan mengejutnya itu.

Keluarga Tengku Darwish menerima kunjungan Amrin dengan pintu terbuka. Sebaik melihat wajah Amrin yang sugul itu tahulah mereka bahawa ada sesuatu yang ingin disampaikan anak muda itu.

"Jom masuk bro." Tengku Danish terus menarik Amrin masuk ke ruang tamu setelah lelaki itu bersalaman dengan Tengku Darwish yang turut menyambut di muka pintu.


"Saya minta maaf sangat-sangat uncle, aunty..tapi sekali lagi saya mohon bantuan uncle dan aunty untuk tengokkan Balqis."

"Jangan cakap macam tu Amrin... Am dah macam anak aunty, of course aunty akan tengok-tengokkan Balqis, jangan risau. Sekarang Am hanya perlu fokus, selesaikan tugas Am dan kembali pada Balqis okey?"

"Saya..saya mungkin..tak kan balik aunty."

"Maksud kau?" Soal Tengku Danish, mula hairan dengan permintaan Amrin. Tengku Darwish juga mula tegang bahunya di sebelah Puan Ardelia.

"Maksud kau apa bro?" Tengku Danish mula cuak melihat air mata Amrin yang tumpah di hadapan mereka. Terus dia bertinggung di hadapan Amrin yang sedang menekur wajah dengan lengan ditongkatkan pada lutut.

"Weh Am, apa hal weh? Kau kenapa?" Tangan Amrin yang terketar itu digenggam Tengku Danish.

"Kenapa Am?" Tengku Darwish yang hanya diam memerati mula bersuara, bertanya. Dia sudah dapat mengagak tindakan yang bakal anak muda itu ambil. 

Pastinya tindakan itu akan memberi kesan kepada pasangan muda itu, jikalau tidak masakan Amrin sehingga mengalirkan air mata di hadapan mereka petang itu?


Cukup seminggu bertugas di Warisan Group Balqis mula mendapat rentak kerjanya. Dengan bimbingan ahli lembaga pengarah dan Seri yang membantu menguruskan jadualnya, Balqis sudah semakin mahir dengan tugasannya.

Dalam tempoh masa smeinggu itu juga dia sudah berjumpa dengan semua jabatan yang menjadi tulang belakang Warisan Group. Walaupun dia msih muda, terukir riak senang setiap jabatan untuk menerima kehadirannya.

Tugasnya di Suffix Media juga sudah mula diserahkan secara berperingkat kepada penggantinya. Dalam masa yang sama, dia juga memberi tunjuk ajar kepada Ketua Editor baru di Essentialist dari jauh.

Cuaca buruk di luar dipandang melalui tingkap bilik pejabatnya. Jam tangannya ditelek, tinggal 20 minit sebelum waktu kerjanya tamat.

Malam itu dia mahu melakukan sesuatu yang istimewa buat Amrin, memandangkan lelaki itu sudah banyak membantunya sepanjang fasa peralihannya dari Suffix Media ke Warisan.

'Well he is my husband, so logik la kalau dia buat itu ini. Dah memang tanggungjawab dia kan.'

iPhone yang berada di hujung meja diperiksa, tiada pula pesanan WhatsApp dari suaminya itu. Kebiasaannya jika sudah hampir waktu pulang lelaki itu akan mengirim pesan padanya supaya berhati-hati ketika memandu.

'Huh? Takde drive safe today?'

Balqis meletakkan telefonya dan kembali menyambung kerja yang bersisa untuk hari itu sambil kepalanya merancang untuk makan malam itu.




'Awak kat mana? Saya dah beli dinner, kita makan sekali.' Pesanan WhatsApp kiriman Balqis dibaca sekilas. 

Berat keluhan yang keluar dari mulutnya. Setelah memaklumkan pada keluarga Tengku Danish tentang keputusannya, hatinya semakin tidak keruan. Bagaimana harus dilakukan supaya Balqis tidak terkesan degan keputusan yang dibuat?

Dia sangat beharap ada cara lain untuk menyelesaikan semua masalah yang menimpa ini tetapi buat masa sekarang, hanya ini sajalah jalan yang dia nampak mampu membantu mereka.


Amrin tiba di halaman rumah apabila jam sudah menginjak 7.40 malam. Dengan berat hati Amrin melangkah masuk ke rumah dengan topeng wajah gembiranya.

"Sayang, abang dah balik!"

Amrin melangkah masuk ke dapur untuk mencari isterinya, tiada. Hanya makanan terhidang ditutupi tudung saji. Terus sahaja kakinya melangkah naik ke atas, menuju ke bilik tidur mereka.

"Oh, awak dah balik?" Soal Balqis yang sedang merapikan rambutnya di hadapan cermin.

"Hmm, baru je sampai." Amrin lekas mendapatkan Baliq dan memeluk isterinya itu.

"Awak beli apa?"

"Saya beli bbq set, ada ayam juga."

"Hmm? All of a sudden? Are we celebrating anything?"

"Takde la, saje je saya beli. Teringin nak makan."

"Oh okey. Kejap, abang mandi and solat dulu."

"Okey, saya turun panaskan kejap."

Sebaik sahaja pintu bilik ditutup Balqis, Amrin terus jatuh melutut di atas lantai. Tangisan yang ingin keluar dari mulutnya ditahan dengan tangan. Luruh air matanya memikirkan nasib Balqis selepas ini.


Makan malam mereka berlangsung dengan tenang. Amrin yang sejenis tidak memilih makan itu berselera dengan diet daging mereka malam itu. Malam itu dapat dirasakan Balqis sungguh tenang. Sambil mereka menjamu selera, masing-masing berkongsi kisah tentang hari mereka.

Balqis menggunakan kesempatan itu untuk memerhati tabiat makan suaminya. Riak wajah lelaki itu tidak dapat disembunyikan dari memberi reaksi tentang rasa yang masuk ke dalam mulut setiap kali menyuap.

Mungkin Amrin tidak perasan, tetapi setiap kali lelaki itu makan sesuatu yang pedas pasti sahaja lelaki itu akan menjelir lidahnya sedikit setelah suapan pertama. Begitu juga ketika makan sesuatu yang manis, jika ianya terlalu manis lelaki itu pasti akan mencebik sedikit bibirnya sebelum menyambung kunyahan.

Entah kenapa baru malam ini dia menyedari tabiat suaminya. Bukannya sebelum ini dia tidak perasan cuma sebelum ini dia tidak terlalu memerhati dan memikirkan kerenah suaminya. Mungkin kedengaran mementing diri sendiri kerana selama ini hanya Amrin yang beri tumpuan penuh terhadap dirinya dan sebaliknya terjadi untuk dirinya. Tidak pernah dia teliti memerhati suaminya itu.

Begitulah aktiviti mereka sehingga waktu tidur. Meluangkan masa bersama dan berbual tentang kehidupan masing-masing.

Balqis yang mula merasa seperti diperhatikan itu mencelik matanya. Dia belum lagi mahu tidur, hanya sekadar mengambil mood untuk lelap.

"What?"

"What?" Soal Amrin kembali yang sudah sedia berbaring mengiring menghadapnya.

"Kenapa pandang-pandang?"

"Saje la abang nak pandang isteri abang yang cantik ni."

"Ada-ada je lah." Amrin hanya senyum kecil mendengar reaksi isterinya.

Tidak lama kemudian Balqis turut mengiring menghadap Amrin. Kelihatan lelaki itu diam merenung dirinya. Sedikit pun mata tidak berkelip dan beralih, sepertinya sarat di dalam kepala lelaki itu.

"Are you okay?"

"Hmm?" Melihatkan Balqis yang sudah mengiring memerhatinya itu menyedarkan dia dari lamunan.

"Oh, okey."

"You don't look okay to me..."

"Abang okey la. Kenapa? Awak risaukan abang ke?" Amrin sudah mula melorek senyum mengusiknya. 

"I'm just asking. Awak tak payah nak pusing benda ni ye."

"Pusing apa? Mana ada pusing-pusing."

"Awak ni main-main la. Fine. Keep it to yourself if you don't want to tell me."

"Takde apa sayang, abang okey. Abang cuma penat sikit."

"Penat apa?"

"Penat fikir." Jawapan Amrin sedikit-sebanyak mendetikkan kemusykilan di dalam hati Balqis. Terus dia memandang mata Amrin, cuba membaca riak wajah lelaki itu.

"Takde apa la. It's nothing that you need to be concern about."

"I'm not good with this, but I'm just gonna say it... If you need anything, I'm here. Kalau ada apa-apa awak nak luah ke, I'm all ears."

"Thank you sayang. Yes I know you're here and I'll be okay with that. I'll be okay as long as you're around."

"Awak percayakan abang kan?" Soalan Amrin membuat Balqis terkedu. Hatinya terdetik sesuatu yang tidak enak.

"You trust me right?" Balqis menjawab dengan anggukan kecil.

"And you believe me?"

"Yes..."

"Abang sayang Qisya sangat-sangat. No matter what happens, trust me that it's for our own good. Believe me that I love you always."

Amrin beralih posisi dan perlahan-lahan menarik Balqis ke dalam pelukannya. Matanya terpejam rapat membisikkan kata-kata cinta di telinga si isteri. Mengalir air matanya memberi sentuhan terakhir kepada buah hati kesayangannya malam itu di dalam dingin hujan yang menyelubungi kelam malam.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro