74 | Yang Sebelumnya Memburu Kini Diburu II
2 hari berlalu, tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Hari titik penentuan buat Balqis. Setelah mendengar pendapat Amrin untuk membuat sidang media & setelah berbincang dengan Puan Sri Fazila, mereka akhirnya di Le Blanc Hotel & Resorts Kuala Lumpur bersedia untuk berdepan dengan pihak media.
Sidang media kali ini diuruskan oleh Jabatan Perhubungan Awam Warisan Group mengikut cadangan Johan agar membenarkan Warisan Group menguruskan semuanya memandangkan hal ini juga berlaku demi memperkenalkan Balqis sebagai peneraju utama yang baru.
Balqis, Amrin dan 3 orang ahli lembaga pengarah termasuk Johan menunggu sementara di ruang menunggu sebelum majlis bermula. Mereka telah merakam semula semua isi perbincangan mereka 10 minit yang lalu untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik, meninggalkan Balqis dalam keresahan.
Amrin yang dari tadi tidak lepas matanya dari memerhati si isteri meminta diri dari perbincangannya dengan Johan dan 3 lagi ahli lembaga pengarah lalu berdiri menghampiri Balqis di tepi tingkap.
"Hey, you okay?" Lengannya memeluk dan mengusap seketika sisi Balqis mengisyaratkan keberadaannya yang sentiasa bersama ketika susah dan senang.
"Just nervous, but I'll be fine."
"Don't worry okay? Everything will be alright. I'm here for you."
"You're doing the right thing sayang, don't be afraid." Amrin menarik Balqis masuk ke dalam pelukannya yang suam dan erat sebagai bekalan untuk Balqis berhadapan dengan media di dewan persidangan.
Ingin sekali dia menemani Balqis sepanjang sidang media di dalam bilik persidangan itu tetapi memandangkan sidang media ini melibatkan Warisan Group seeloknya dia tidak ikut campur, bimbang perkara lain pula terjadi jika pihak wartawan melihatnya bersama Balqis di dalam dewan persidangan itu.
Apabila jam tepat menunjuk 11.00 pagi, wakil jabatan Perhubungan Awam Warisan Group menjemput seisi bilik itu agar berangkat ke dewan persidangan yang terletak berhampiran dengan ruang menunggu itu.
Johan bersama 3 ahli lembaga pengarah Warisan Group berlalu terlebih dahulu meninggalkan Balqis dan Amrin di ruang itu.
"You can do it sayang, go get 'em!"
Balqis menarik nafas dalam terlebih dahulu sebelum dia berjalan keluar menuju dewan persidangan.
Ketibaan ahli lembaga pengarah Warisan Group dan Balqis di dalam dewan persidangan itu mengundang kerlipan lampu kilat kamera pihak media. Sidang media pagi itu dilaporkan secara langsung oleh saluran berita dalam talian terkenal tanah air.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan jabatan perhubungan awam Warisan Group lalu upacara disambung oleh Johan sebagai pengerusi majlis.
Dari dalam ruang menunggu, Amrin menyaksikan siaran langsung ditemani Tengku Danish yang turut meluangkan masa pagi itu selesai mengetuai mesyuarat pengurusan hotel terkemuka itu.
Setelah pengumuman yang dibuat selesai, tibalah masa untuk sesi temu ramah bersama wartawan, sekaligus memaku fokus Amrin pada kaca tv.
"Umum tahu bukan senang untuk pegang 2 jawatan utama serentak, kenapa Balqis memilih untuk bersama Warisan Group yang sangat lari bidang dari apa yang Balqis buat di Essentialist?"
"2 tahun bukanlah masa yang lama pada sesetengah orang tetapi bagi saya 2 tahun saya di Essentialist sangat bermakna dan terlalu banyak yang saya belajar dari stakeholder di Suffix Media. Keputusan saya untuk mengundurkan diri tidak bermakna saya melepaskan Essentialist dari hidup saya sebaliknya saya memulangkan kembali syarikat penerbitan hebat ini kepada pihak pengurusan untuk pengelolaan yang lebih."
"Apa komen Balqis tentang pelantikan Ketua Editor baru Essenialist?"
"Saya difahamkan buat masa ini pihak pengurusan masih lagi memperhalusi calon ketua editor baru tetapi saya yakin pihak pengurusan akan memilih yang terbaik."
"Apa peranan Balqis sebagai ahli lembaga pengarah dan CEO kepada Warisan Group?" Soalan yang membabitkan penglibatan Balqis dengan Warisan Group dijawab secara langsung oleh Johan memandangkan mereka masih melatih Balqis untuk mengambil alih keseluruhan syarikat dalam tempoh masa 1 tahun ini.
"Langkah pertama puan Balqis adalah untuk menyelia pentadbiran Warisan Group dibantu oleh ahli lembaga pengarah yang lain sebelum beliau meneruskan khidmat beliau dengan tugas yang lebih terperinci di masa akan datang."
"Apakah jaminan kejayaan Warisan Group di bawah pentadbiran Balqis? Umum tahu kes rasuah Megat Rahim masih dalam perbicaraan dan selagi belum disabitkan kesalahan, ada kemungkinan Megat Rahim untuk kembali ke tampuk pemimpinan."
"Terima kasih untuk soalan yang saya kira antara key point hari ini. Apa yang boleh saya katakan, di Warisan Group kebenaran akan sentiasa terbela. Mengapa? Kerana kami di Warisan Group tidak mengkategorikan diri kami sebagai bekerja untuk Warisan, sebaliknya kami di Warisan adalah untuk bersama berganding bahu membina empayar yang bakal merubah masa hadapan negara. Kami percaya ketelusan berbudi bakti itu yang akan mengangkat nama Warisan Group ke persada dunia."
Sementara itu di ruang menunggu, Amrin hanya mampu memandang kaca tv dengan mata yang sarat dengan perasaan bangga menyaksikan kewibawaan isterinya sebagai CEO Warisan Group.
"Wow! That is one hell of a CEO! Don't worry man, she knows what she's doing." Ujar Tengku Danish memberi kata-kata semangat pada Amrin yang pucat wajahnya sejak dia masuk ke ruang menunggu itu.
'Yeah, one hell of a CEO she is.'
Setelah memastikan Balqis benar-benar lena ke alam mimpi, perlahan-lahan Amrin menarik lengan Balqis yang memeluknya lalu menggantikan tubuhnya dengan bantal untuk dipeluk si isteri.
Pintu bilik ditutup dan Amrin terus melangkah masuk ke bilik pejabatnya. Komputer miliknya dihidupkan lalu dia terus membuat panggilan video kepada John di Knick Knack, San Francisco.
"Hey man, evening." Ujar John mengucapkan selamat petang ekoran perbezaan waktu antara Kuala Lumpur dan San Francisco.
"Morning dude. How's everyone?"
"Everyone's doing alright here. How are you, and your wife?"
"We're okay. She just debuted as a CEO to her family's heirloom company."
"Yea I heard the news, congrats man!"
"You heard the news?"
"Duh, of course! In fact all of us tuned in to the live broadcast. You're one lucky man, Mike."
"Aww thanks, that mean so much. Trisya will be happy to hear about this." Perbualan mereka kembali senyap menarik Amrin masuk ke dalam mod profesional sebagai seorang majikan.
"So what's the update?"
"Not good man. They're still trying to dig into our system."
"What about the new location? Any new place?" Soal Amrin tentang lokasi baru untuk dijadikan pejabat Knick Knack sementara mereka memastikan keadaan selamat.
"Not as good as the one I showed you previously. My two cents, maybe for the time being we just move to the new place. At the same time I'm also getting help in finding a more convenient location, but for safety measure of all the staff let's just move them for now. People are starting to notice that we're here so I think 'they' might get to us any day now."
"Yea sure. Just..keep them safe."
"Sure, we'll start moving ASAP. And you? Have you told Trisya yet?"
"Not yet..."
"Damn man! You've known this for a whole month now. Are you crazy?? They're after you, you know? And this will not just involve you, for God's sake, your wife is also in jeopardy."
"I know! I know."
"What are you going to do?"
"I don't know man! She's in danger because of me, I'm in danger because of her. We're both in danger because of each other... Little did we know that we attract danger by being with each other."
"I can't let her go..not this time. She'll break."
"They're coming to get you Mike. You better come out with a plan fast or prepare yourself."
Setelah tamat perbincangan Amrin tidak terus meninggalkan mejanya. Malah dia hanya diam merenung kelam malam di luar tingkap. Walaupun fizikalnya tampil tenang dan sentiasa di dalam keadaan terkawal, tiada siapa dapat menebak pemikirannya yang sarat mencari jalan untuk setiap kebarangkalian yang bakal terjadi.
Rahsia maut yang disimpan ini bermungkinan sekali lagi menguji keutuhan hubungannya dan Balqis. Jauh di sudut hati dia sentiasa berdoa agar hubungannya dan Balqis berkekakalan hingga ke akhir hayat dan supaya Balqis sentiasa mempercayainya walau apa pun terjadi kerana dia yakin, jika ada sesuatu terjadi kali ini berkemungkinan mereka akan terpisah selamanya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro