Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

70| Keputusan Yang Dinanti

Sepersalinan baju kemeja dilengkapi blazer disarung ke tubuh pagi itu. Usai mengemas penampilan dan merapikan rambut, Tengku Darwih keluar dari walk-in wardrobe kelihatan segak bergaya dan bersedia menghadapi musuh.

Belum sempat dia berbuat apa tubuhnya dipeluk Ardelia dari tepi. 

"Hehehe, kenapa ni? Manja je pagi ni, hmm?" Ujar Tengku Darwish sambil dia mengusap lembut rambut si isteri.

"Kalau abang tak pergi tak boleh ke?"

"Abang bukan nak pergi perang sayang, nak pergi court je pon." 

"Still... You're exposing yourself to him."

"Alaa don't worry sayang, abang bukan masuk pun duduk dalam kereta kat luar je tunggu habis trial."

"No need to go la kalau macam tu."

"Tak boleh sayang, abang kena stand by. Takut apa-apa jadi kat saksi and Luqman so I need to meet them ASAP."

"Ya risau la..."

"Sayang doakan abang selamat pergi and balik ye? InshaAllah everything will be alright. Abang bawa bodyguard sekali so don't worry la."

Ardelia hanya pasrah mendengar, lagi pun dia bukan mampu berbuat apa. Jika A yang dikatakan suaminya, A lah yang akan dibuatnya.




Pagi itu Balqis tiba di pejabatnya dengan dikelilingi wartawan di lobi syarikat. Memandangkan hari itu merupakan hari perbicaraan Megat Rahim tumpuan kes sedikit-sebanyak beralih kepada dirinya kerana sepertinya para wartawan dan media dapat menghidu perhubungan di antara dirinya dan Megat Rahim.

Walaupun hal itu dirahsiakan sejak dahulu, masih juga ada yang berjaya rungkai walaupun belum mendapat pengesahannya. Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang dan dia pasti ada pihak yang menjadi pemberi maklumat pada media dan hal itu yang sedang berada di dalam fikirannya kini.

Masakan Megat Rahim membocorkan hal ini sedangkan lelaki itu sendiri tidak mahu hubung-kait antara mereka diketahui dunia jadi sepertinya sangat mustahil jika maklumat keluar dari mulut orang tua itu.

Tetapi jika bukan Megat Rahim siapa? Siapa yang mengetahui tentang hubung kait mereka selain dari keluarga Amrin?

Balqis naik ke bilik pejabatnya dengan wajah yang jengkel membuatkan Elly yang girnag ingin menegur majikannya itu segera kembali duduk di kerusinya. Selepas 10 minit berlalu barulah dia masuk ke dalam berjumpa Balqis untuk memaklumkan jadual hari itu.

"Good morning miss, here's your coffee."

"Today you have PV to sign before submit to finance, next issue cover design to approve and also a proposal from Kreato to go through and decide to proceed or not. Also you have top management meeting at 2pm."

"Why yea?"

"Why..what miss?"

"Why the media surround me in front of entrance? Are you aware of this?"

"Sorry miss. I noticed the media's presence but not sure of their motive. I'm so sorry for being careless miss, will let security know ASAP."

"You find out why they're here. I might have an idea, but impossible sangat..."

"Should I know anything?"

"You tahu kan my on-going case is with Megat Rahim. I want you to find out why media kerumun I, whether because Megat Rahim ir not. If because Megat, how they know about the relation of the case with me."

"Noted miss. Will let you know ASAP."

"Haih! Nasib baik meeting 2pm, serabut la macam ni..."




"Kami memanggil saksi bernama Maimun Abdullah untuk memberi keterangan." 

Nama yang disebut sedikit-sebanyak berjaya menjejaskan raut wajah Megat Rahim yang beku tanpa reaksi sejak dari awal perbicaraan 40 minit yang lalu namun cepat sahaja lelaki itu kembali menutralkan wajahnya.

Disebalik kehadiran orang awam di dalam dewan perbicaraan itu bagi menyaksikan perbicaraan nama besar, Megat Rahim, Inspektor Luqman tidak terlepas melihat perubahan riak wajah lelaki durjana itu . Matanya tajam memerhati gerak-geri dan reaksi Megat Rahim kerana hanya lelaki itu sasarannya pagi itu.

Selepas hampir 2 jam mahkamah bersidang akhirnya sesi perbicaraan pagi itu tamat. Tingkap belakang Audi RS7 Sportback hitam itu diketuk dari luar. Tidak lama menunggu Inspektor Luqman akhirnya masuk ke dalam kereta.

"Selamat pagi Tengku."

"Luqman. Saksi selamat?"

"Selamat diiringi balik ke kondo Tengku oleh anggota yang lain."

"Good. Alvin?"

"Yes Tengku?"

"Drive."

Dalam perjalanan Inspektor Luqman memberitahu akan situasi dan kejadian sepanjang perbicaraan Megat Rahim di dalam dewan perbicaraan, termasuk perubahan riak wajah Megat Rahim sewaktu melihat kemunculan saksi yang sebelumnya wajah lelaki itu beku sepanjang 40 minit perbicaraan.




Balqis tiba di rumah sewaktu jam menginjak waktu 6.40 petang. Dengan nafas yang berat dia mematikan enjin kereta lalu melangkah keluar dari perut kereta mendapatkan pintu rumah. Baru sahaja tangannya ingin mencapai tombol pintu, pintu rumah terbuka dari dalam mendedahkan wajah Amrin yang memandangnya dengan wajah yang sayu.

Faham dengan perasaan isterinya, risau, takut dan gemuruh bercampur-baur menunggu Buletin Utama tidak kurang dari 2 jam lagi. Amrin mendepa kedua tangannya menjemput Balqis masuk ke dalam pelukannya. Tanpa berlengah Balqis terus meluru memeluk Amrin dengan hati yang sebu dan gundah-gulana.

"Okaerinasai (Welcome home) sayang. It's okay. We'll be alright, we'll be okay."


Selepas selesai mandi dan solat berjemaah, Amrin mengajak Balqis turun ke dapur untuk makan malam. Quesadilla yang sempat dibeli Amrin dan salad dihidangkan ke dalam pinggan Balqis. Tanpa banyak bunyi Amrin membaca doa dan terus menjamu selera.

Balqis yang duduk berhadapannya tidak menyentuh makanan yang dihidang. Amrin memberi masa buat isterinya itu kerana dia tahu isterinya itu sedang kusut fikirannya. Selang 5 minit dan Balqis masih lagi hanya termenung dengan wajah yang berkerut. Perlahan-lahan Amrin menyentuh lengan isterinya dengan wajah yang risau.

"Makan sayang."

"How could I makan? If that old shithead is proven guilty, I will also be guilty. I will feel guilty."

"Relax sayang, jangan fikir sangat. Let justice prevail.

"Whether he's guilty or so called attempted to be found not guilty, he'll go to hell! I'll make sure he'll die with torment!"

"Alright. Now eat."

"Ya Tuhanku... Astaghfirullahalazim." Balqis menjatuhkan wajahnya ke atas permukaan islan counter dapur itu. Amrin yang sudah dapat mengenal pasti isyarat perubahan mood isterinya itu terus berpindah kerusi dan duduk di sebelah Balqis.

"Dah dah... Jangan la nangis. We'll be okay."

"I'll be damned. I will so be damned." Ujar Balqis dengan suara yang dilapisi tangisan.


Teat jam 8 malam Amrin dan Balqis masuk ke ruang tamu menghadap Buletin Utama di kaca tv, sudah tentu menunggu perkhabaran tentang perbicaraan Megat Rahim siang tadi. Walaupun Amrin sudah terlebih dahulu tahu keputusan perbicaraan dari perkhabaran Tengku Darwish, dia tidak memaklumkan pada Balqis kerana ingin isterinya itu kekal tenang sewaktu di pejabat. 

Sebaik segmen kes Megat Rahim muncul di kaca tv Balqis segera menaikkan suara di tv. Berita yang disampaikan didengar dengan teliti. Megat Rahim disabitkan kesalahan membunuh dan cubaan membunuh.

Mata Balqis sudah berkaca mendengar keputusan mahkamah. Terbukti bapa saudaranya membunuh. Bukan sahaja membunuh kedua ibu dan bapanya malahan turut membunuh kedua ibu dan bapa mertuanya.

Usai berita Megat Rahim habis dibentangkan, Balqis segera melutut di hadapan Amrin. Wajahnya jatuh membasahi peha dan lutut Amrin.

"I'm sorry. I'm so sorry." Kuat bunyi tangisan Balqis memenuhi ruang bawah rumah banglo itu. Amrin hanya diam mengusap kepala si isteri, memberi ruang buat isterinya meluah perasaan dan tekanan yang terpendam.

Dia turut bersedih mendengar luahan kesal Balqis. Buat masa ini dia hanya mampu memujuk dengan usapan lembut kerana sesungguhnya dia juga tidak tahu mahu berkata apa, kelu lidahnya.

Kejadian sudah pun berlaku. Sekurang-kurangnya keadilan sudah terbela. Mereka kini boleh maju ke hadapan dengan lembaran hidup yang baru.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro