69| I Promise With My Life
Butang lif untuk naik ke aras 30 ditekan, membawa naik Tengku Darwish ke suite peribadi miliknya di Le Blanc Kuala Lumpur itu. Sebaik tiba di aras yang ingin dituju, kad akses dikeluarkan lalu diimbas pada pengimbas di pintu.
"I'm here baby!" Tengku Darwish terus menutup pintu suite dan melangkah masuk ke dalam mencari kelibat si isteri yang sudah hampir 40 minit menunggu.
Kelibat Ardelia yang tiada di ruang tamu membuatkan kaki Darwish kembali melangkah ke bilik utama pula. Masuk sahaja dia ke dalam bilik, kelihatan isterinya sedang merapikan tudung bawal satin yang dipakai.
"Laaa nak ke mana pula?" Jatuh bahu Darwish melihat isterinya yang lengkap berpakaian. Sangkanya tengahari itu dia dapat menambah bekal tenaganya bermanja dengan si isteri, rupanya lain yang dimahukan Ardelia.
Memang Ardelia tidak memaklumkan tujuan kedatangannya ke Le Blanc tengahari itu dan dirinya sendiri yang berfikiran bukan-bukan kerana kebiasaannya suatu ketika dahulu dia akan memanggil Ardelia ke hotel jika dia terlalu penat atau perlukan ketenangan.
Kebiasaan yang sudah lama tidak dipraktikkan kembali sejak dia berpindah ke ibu pejabat Laureate International yang juga merupakan syarikat pengasas Le Blanc Hotel & Resort.
"Where else? Lunch la."
"No quickie?"
"No quickie. Jom." Ardelia melangkah melepasi Darwish dan memukul kecil lengan suaminya dengan clutch yang dipegang.
"Alaaa abang ingatkan Ya datang nak bagi abang quickie."
"Takde maknanya. Dah la lambat, ada hati nak minta quickie."
"Alaa sorry la yang, tadi abang with the boys. Kalau dah sembang dengan anak-anak you tu memang leka la." Darwish hanya membuntuti langkah Ardelia keluar dari suite dan mereka berlalu menuju ke lif yang berjarak kurang 10 meter dari pintu suite.
"Yela tu... Am ada sekali?"
"Ada sekali tadi. Dia meluah perasaan, risau bagi Balqis masuk office balik." Sebaik lif tiba, butang ke aras lobi ditekan Darwish lalu tangan isterinya ditarik dan digenggam erat, berpegangan tangan.
"Tulaa Ya pon risau juga dengan diorang. Harapnya semuanya selamat la masa-masa macam ni."
"Everything will be alright, trust me." Ardelia terus memandnag suaminya dengan wajah kebosanan, dalam fikirannya sudah dapat mengagak helah yang bakal dilakukan suaminya, helah yang pernah menjadi tabiat hidup suaminya demi kesenangan yang ingin dicapai.
"Abang jangan nak main suap-suap pula ye. This time it's not about us, jangan nak tambah masalah Balqis dengan Am."
"Ya Allah, sayang... What do you take me for? Takdenya abang nak buat macam tu, tu semua masa zaman jahiliah."
"Old habits die hard." Ujar Ardelia sekaligus menjeling suaminya di sebelah yang suatu ketika dahulu pernah berbuat perkara-perkara kotor begitu demi mendapat keuntungan syarikat.
"My old habits die already. Yang tak die-die cinta abang untuk sayang je."
"Haih..." Darwish ketawa gembira melihat Ardelia yang sudah mengetuk dahinya pada tapak tangan. Setelah puas ketawa dia kemudian menarik isterinya ke dalam pelukan lalu mengucup lembut dahi yang separa merah itu.
"So where we going?"
"Ya craving nasi ayam, TCRS jom?"
"Chicken Rice Shop je? Really??"
"Ya."
"Okey la, jom la chicken rice. Sayang abang ni craving macam orang mengandung padahal dah tutup kilang."
"Tutup la kilang dah kalau seleranya macam abang. Hari-hari nak, berapa banyak anak nak bawa padahal umur dah 5 series."
"Eh heyy, I'm the epitome of immortality tau. Tua-tua pon still active. Sayang untung tau dapat abang, still maintain macam teruna."
"Geli la dengar."
"Konon geli, malam nanti dia yang gesel-gesel goda kita." Ardelia buat tidak endah dengan apa yang dikatakan suaminya. Sebaik pintu lif terbuka di lobi dia terus melangkah keluar meninggalkan Darwish selangkah di belakangnya.
Darwish yang sudah biasa dengan pandangan dan perhatian orang ramai terus meraih tangan isterinya dan memimpin masuk ke dalam Lamborghini Urus di luar lobi yang dipandu isterinya ke Le Blanc hampir sejam yang lalu dan mereka bergerak meninggalkan perkarangan hotel.
"Miss, aren't you going home yet?" Soalan Elly mengejutkan Balqis yang sedang tekun menyiapkan kerja yang tertangguh. Suasan di luar tingkap diperhati seketika, ternyata hari sudah semakin gelap.
"Lambat sikit kot, I nak siapkan apa yang boleh hari ni."
"Oh okey..."
"Kalau you nak balik, balik je dulu. I'll be fine."
"No it's okay, I'll stay."
"I'm fine Elly, you can go first."
"But miss, your husband said..." Bunyi iPhone Balqis di atas meja mematikan perbualan mereka. Balqis melihat nama si pemanggil terlebih dahulu sebelum menjawab panggilan.
"Hello?"
"Sayang, gerak balik dah?"
"Not yet, I still need to settle some things."
"Sayang come on... I let you off the hook this morning, I'm not gonna allow you to come home late. Leave this instance." Balqis memejam matanya seketika sambil memicit pelipis, tertekan mendengar permintaan yang berunsur desakan dari suaminya itu.
"Haih... Give me 30 minutes."
"Sayang please, dengar cakap abang. Abang risau."
"Okay fine, I'll pack now."
"Good girl. Is Elly there with you?" Ternaik keningnya apabila Amrin menyebut nama Elly, tahulah dia apa yang berlaku sebenarnya.
"Yes, Elly is here with me." Ujar Balqis lalu matanya naik menikam wajah pembantu yang dia yakin menyalurkan Amrin maklumat tentang keberadannya di pejabat seharian itu.
"Alright good. Balik cepat okey?"
"Hmm."
"I love you. See you at home." Balqis menamatkan panggilan telefon dengan keluhan berat.
"So? Mind to explain?" Elly yang masih berdiri statik di hadapannya hanya mampu menayang senyum gemuruh, takut bakal dimarahi kerana menyalurkan maklumat pada Amrin.
Tepat jam 7.40 malam Balqis tiba di perkarangan rumah. Halaman rumah yang diterangi lampu itu sedikit-sebanyak menenangkan hatinya. Enjin kereta dimatikan lalu Balqis terus melangkah masuk ke dalam rumah.
Bau haruman masakan dari dapur menggamit langkahnya dan sudah tentu, Amrin yang sedang memasak itu menggamit perhatiannya.
"Smells nice."
"Oh? Welcome home sayang." Amrin meninggalkan seketika masakannya dan berlalu mendapatkan Balqis. Tubuh isterinya dipeluk erat dan kucuman kecil ditinggalkan di wajah bujur sirih itu.
"Tak dengar pon awak balik."
"Awak mandi dulu, abang nak siapkan sikit je lagi ni. Lepas tu kita solat sekali ye? Abang buat mushroom soup, garlic bread and salad sikit for you. " Balqis hanya angguk mendengar cadangan Amrin lalu dia melangkah naik ke bilik.
"So what's next for us?" Soalan Balqis menghentikan suapan Amrin yang sedang enak menyudu sup cendawan itu.
"Emm tidur?" Wajah Balqis yang hanya menayang senyum hambar itu mematikan niat Amrin untuk ketawa dengan lawak bodohnya.
"You know what I mean." Amrin kembali menjatuhkan wajah dengan senyuman yang semakin pudar dari wajah lalu dia menyambung makan.
"I don't know sayang... Honestly, I don't know. But what I do know is for the time being we have faith that everthing will turn out to be just fine. Uncle Im have something up his sleeve so I'm sure whatever that he have might help us a lot."
"Uncle Im?"
"Danish's dad."
"Ohh... Dah lama awak kenal dengan family tengku?"
"Emm lama juga... Abang dengan Danish kenal dari uni and we've been keeping in touch since then. Sometimes masa cuti sem dulu Danish ajak abang balik rumah dia sebab I have no where to go, so kenal rapat juga dengan family dia."
"They're great people."
"They are. Sometimes I feel at ease having them in my life since..abang pon tak rapat dengan family abang dulu... They helped me a lot especially Danish.
Sayang tau tak sebenarnya Danish tu dulu..I'm not supposed to say this but Danish tu sebenarnya sakit tau masa dia kecil. He has cerebral palsy."
"What's that?"
"Emm..a disorder that hat affect a person's ability to move and maintain balance and posture. It has something to do with the brain and muscles weakness. Brain damage la to put it in simple word. Masa uni dulu dia tak berapa aktif sangat, he wanted to but he can't cause he'll be having difficulties of breathing and sometimes dia macam susah nak cakap."
"He looks lively. Is he okay now?"
"Yeah thank God he's okay now. Dulu uncle dengan aunty tu risau sangat dengan Danish, anything happens with Danish cepat je diorang datang. He went to emergency once sebab terlalu penat and terlalu banyak angkat benda berat. After that uncle dengan aunty memang minta tolong abang tengok-tengokkan Danish and since then we became best bud."
"Anyway... Don't worry. InshaAllah everything will be okay. Have faith."
"Why are you so calm in this? What happened has affected you as much as it affected me." Wajah Balqis yang mula gundah itu direnung lembut lalu bahu isterinya itu ditarik masuk ke dalam pelukan.
"Because I believe everything happens for a reason and there will always be hikmah. Allah takkan menguji hambaNya kalau hambaNya tak mampu nak hadapi sesuatu ujian tu. Always have faith."
"It's okay sayang, we'll go through this together no matter what."
"Promise me you won't leave me, ever."
"I promise with my life. I will never ever, ever leave you ever again."
"Dah, habiskan makan cepat. Lepas ni kita boleh sambung pillow talk dalam bilik."
"Sorry, not tonight. I'm not in the mood."
"Eleh malu tapi mahu. Comel la isteri abang ni, geram!" Ujar Amrin geram sambil memicit-micit pipi isterinya. Balqis hanya pasrah digomol Amrin seperti patung dibuatnya kerana dia tahu jika dia menegah sudah pasti suaminya itu tidak akan endah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro