65| Higashiyama
Seawal pagi lagi Balqis sudah jaga. Sewaktu Amrin solat subuh, Balqis terus ke bilik air, mandi dan membersihkan diri. Kali ini dia tidak boleh membuat perangai malasnya seperti di rumah kerana kesemua ali keluarga suaminya ada.
Lagi-lagi kak ngah suaminya yang teramat jelas membencci dirinya. Jika masih dia melayan malasnya, pasti sahaja si kakak itu akan menyerang dan mengutuknya, mengata macam-macam padanya. Maklum sahaja, dia isteri yang membawa sial buat Amrin.
Balqis membantu menyediakan sarapan pagi hari itu. Hidangan nasi lemak dimasak khas oleh Puan Sri Fazila untuk merai kepulangan cucu-cucunya. Walaupun mereka berada di Kyoto, Pan Sri Fazila sentiasa menyediakan masakan melayu bagi mengubati kerinduan pada tanah air. Walaupun kadang-kala wanita tua itu mengeluh juga dek kesukaran mendapatkan bahan yan lengkap untuk masakan, masih sahaja dicuba sedaya-upaya menyediakan masakan yang diinginkan tekak.
Sambil membantu, Puan Sri Fazila bercerita serba-serbi tentang kedua-dua kakaknya Amrin. Sedikit-sebanyak dia dapat mengenali personaliti dan hati budi kedua kakak iparnya itu kerana dia sendiri tidak pernah bersua-muka dengan kakak suaminya itu. Terpaksalah dia hadap sahaja penerimaan kedua-dua kakak suaminya itu. Nasibnya baik juga kerana kak long seorang yang punyai personaliti yang tenang, jikalau tidak mahu meletup kepalanya berhadapan dengan kedua kakak yang bencikannya.
Kelibat Amrin yang masuk ke dapur mengundang senyuman seluruh isi dapur, lebih kepada senyuman pembantu rumah, Himari-san dan anak perempuannya Yui yang dirasakan berumur lebih kurang sebaya dengannya.
"Ohayōgozaimasu, Mika-san."
"Ohayō Yui." Balqis hanya diam menelinga perbualan antara Amrin dan Yui.
Sejak Amrin tiba, dia perasan Yui semakin bersemangat melakukan kerja rumah. Tidak lain tidak bukan, dia pasti anak pembantu neneknya itu punya perasaan terhadap suaminya.
Ergh! Kenapa la semua orang attracted dengan dia ni??
Dekat San Fran, ada si Claire. Dekat sini ada pula si Yui.
Apa handsome sangat ke laki aku ni??
Hishhh!!
"Aqish, air panas tu bawa ke sini. Meh, nenek ajar buat green tea."
"Baik nek." Balqis hanya menurut dan mengangkat cerek yang berada di atas dapur lalu diletakkan berdekatan Puan Sri Fazila.
"Air panas dah suam kan? Cuba minum sikit, tengok."
"Emm, dah suam sikit nek."
"Okey, sekarang ni Aqish letak daun teh tu dalam teko. Kita buat dua teko."
"Dah sedia dua teko? Sekarang tuang air suam dalam teko."
"Kejap lagi bawa ke depan dan hidang je."
"Air teh ni nampak je simple, tapi kalau nak rasanya sedap ada cara untuk sediakan. Macam sencha ni, kalau guna air panas-panas lepas mendidih, rasanya jadi lain nanti. Lepas ni nenek ajar Aqish buat Matcha tea pula. Tu pun ada cara nak buat, tak boleh main kacau je powder tu dengan air."
"Kopi Aqish tau buat tak?"
"Tau buat yang instant je." Serba-salah Balqis melihat wajah nenek mertuanya yang mula terkedu mendengar jawapanya.
"Haih, takpe. Am, meh sini." Amrin yang baru selesai berbual ringkas dengan Yui dan Himari-san terus menghampiri. Sengaja dia berdiri menghimpit Balqis sedangkan kawasan di sebelah Puan Sri Fazila luas untuknya berdiri dengan selesa.
Balqis hanya menahan wajah dari membuat memek muka. Sudah semalaman mereka tidak bersuara antara satu sama lain. Entah di mana silapnya, Amrin seperti merajuk dengannya.
"Am buat kopi, ajar Aqish ni."
"Aqish tengok ye Am buat kopi, belajar. Kopi Am buat sedap." Balqis hanya mengangguk memandang kepergian Puan Sri Fazila ke ruang makan. Mungkin ingin memastikan semuanya sudah lengkap dan tersedia untuk dijamah sebentar lagi. Tinggallah dia dan Amrin berdua di ruang dapur itu.
Amrin hanya diam membuat kopi dengan disaksikan Balqis. Sepatah apa pun tidak keluar dari mulutnya memberi penerangan itu dan ini. Biarlah, pandai-pandailah Balqis mengikut dan mengingat.
Selesai peguam peribadi puan Amelia dan encik Malik membacakan peninggalan wasiat, masing-masing diam. Setelah kepergian peguam barulah mereka membuka mulut, terutama sekali Amalina, yang jelas tidak berpuas hati dengan pembahagian mengikut faraid itu.
"Hmph! Orang kalau dah kaya jutawan tak perlu dapat pun takpe. Baiklah bagi ke orang yang tak berkemampuan."
"Sudah la tu Lina. Apa lagi yang kau tak puas hati? Hish, nenek tak faham la dengan kau ni."
"Am tu dah kaya nek, jutawan. Antara kitorang adik-beradik, dia yang paling senang. Dengan income berpuluh-ribu monthly, dapat pula bahagian yang paling banyak. Ini tak adil tau."
"Astaghfirullah, Lina. Cuba bawa mengucap, istighfar banyak-banyak. Kan semua dah dapat bahagian masing-masing, ikut faraid lagi. Dah cukup adil dah tu, apa lagi yang tak puas hati? Dah memang macam tu bahagiannya. Yang kau mempersoalkan ni, hukum Allah tau."
"Hmm, takpe la nek. Susah nak cakap kalau semua nak back-up."
"Aduh! Apa lagi kak ngah ni? Bising la, benda-benda macam ni pun nak kecoh."
"Hei! Kau tau apa? Kau tu hidup dah senang-lenang, tak payah nak fikir apa dah. Memang kau takkan faham la apa yang angah rasa."
"Kalau dah bising sangat macam ni nek, bahagian Am tu bagi je la kat angah. Malas la Am nak bising-bising macam ni. Kemaruk sangat dengan harta, bagi je la dia nek." Puan Sri Fazila hanya mengeluh, menggeleng tidak bersetuju dengan cara beradik ini. Terus sahaja dia keluar dari ruang tamu, malas mahu mendengar cakap-cakap cucunya yang tengah panas hati itu.
"Haa bagus la tu. Sejak kahwin dengan perempuan bawa sial ni, makin biadap dia. Elok sangat la tu perangai."
"Angah! Angah diam ye! Tutup mulut tu! Am dah bagi apa yang angah nak sangat, jangan nak kacau isteri Am pula. Dia takde kena-mengena dengan hal ni." Tajam pandangan Amrin menikam wajah Amalina yang tercabar itu. Entah mengapalah sejak bertemu empat-mata dengan Balqis, hatinya jadi panas dengan adik dan adik iparnya itu.
"Ish, budak ni... Amrin!"
"Sudah la tu ngah. Jangan bising-bising boleh tak? Kat luar tu anak kecil-kecil lagi, jangan nak buat kecoh. Dah jadi mak orang pun perangai dengki tak sudah-sudah." Kata-kata Amalia sekaligus membuatkan Amalina terdiam. Kak longnya itu jarang mahu bersuara ketika keadaan sedang panas tetapi sebaik dia bersuarapasti sentap hati-hati yang mendengar.
"Siap, kita keluar!" Kata-kata Amrin yang menjengah di telinganya itu membuatkan dia tertanya-tanya.
Melihatkan Amrin yang sedang menukar pakaian itu, terus sahaja dia mengikut turut menukar baju yang bersesuaian dengan pemakaian suaminya.
"Kita nak pergi mana?"
"Ikut je lah."
Selepas hampir 30 minit di dalam kereta, akhirnya Amrin menarik brek tangan setelah selesai meletakkan kenderaan di kawasan meletak kenderaan awam. Balqis hanya membuntuti langkah Amrin sambil matanya menerawang melihat keadaan sekeliling.
Dia tidak pasti mereka di mana tetapi kawasan itu sepertinya selalu dilihat di internet jika topik melawat Kyoto dicari. Amrin yang sudah tidak mendnegar derapan kasut Balqis terus berpaling untuk memastikan kelibat isterinya di mana.
Nun di hujung jalan, terpaku melihat keindahan Higashiyama. Sibuk tangannya merakam itu dan ini dengan iPhone. Kasihan pula dia melihat si isteri yang terpegun dan sedikit perak itu.
Amrin mengeluh kecil lalu kakinya kembali melangkah mendapatkan Balqis.
"Jom cepat, ramai orang ni. Karang awak sesat pula." Balqis hanya diam mengangguk teapi matanya masih melilau ke tmpat lain. Terus sahaja Amrin menarik tangan Balqis lalu tangan isterinya itu digenggam erat agar tidak ketinggalan di belakang.
Tujuan Amrin membawa Balqis keluar petang itu hanyalah kerana ingin menenangkan fikiran, hati dan perasaan yang panas membara selepas 2 hari bertengkar dengan kak ngahnya. Dia memandu ke Higashiyama itu juga secara spontan, sedar-sedar sahaja mereka sudah tiba.
Terus sahaja dia memanfaatkan keadaan dan situasi itu. Alang-alang sudah sampai, lebih baik dia membawa Balqis melawat dan berjalan-jalan. Dalam masa yang sama, dia juga dapat menenangkan fikiran.
Malahan rasa 'terasa'nya terhadap Balqis juga mulai berkurangan apabila melihat wajah kesayangannya itu yang dipenuhi keterujaan. Baru dia bercadang ingin merajuk lama sedikit dengan Balqis, eh, mati pula semangat mengadanya apabila kak ngahnya mula membuat hal.
"Suka ke?" Melihatkan wajah Balqis yang tersenyum lebar dengan kerlipan cahaya di dalam mata membuatkan hati Amrin mula lembut.
Cair dengan kenaifan isterinya yang baru merasa melawat Kyoto itu.
"Tempat ni namanya Higashiyama District, one of Japan's best preserved historic district. Kat sini memang more to traditional feel. Kalau awak tengok building kat sini banyak building kayu and then laluan pun sempit, memang diorang nak preserve their culture."
Amrin membawa Balqis melawat Kiyomizudera dan Yasaka Shrine terlebih dahulu sebelum mereka meneruskan aktiviti lain seperti membeli-belah dan makan. Akhir sekali barulah Amrin membawa Balqis ke Gion yang dikenali dengan kawasan Geisha.
Balqis tidak henti meraka suasana di Gion dengan iPhonenya, maklum shajaa dia belum pernah sampai ke siitu. Dalam dia seronok 'melancong', diam Amrin di sebelah mula menarik perhatiannya.
Sedari rumah lagi dia perasan dengan perubahan suaminya itu yang lebih banyak berdiam diri. Dia tidak pasti apa yang berlaku sewaktu pembahagian harta tetapi dia pasti suaminya itu bertambah diam sejak itu.
"Awak okey ke?" Soalan Balqsis membuat Amrin mengerlingnya sekilas.
"Okey je. Kenapa tanya macam tu?"
"Saya tengok awak banyak diam..sejak kakak-kakak awak sampai." Amrin kembali memandang Balqis. Tidak lama kemudian keluhan keluar dari mulut lelaki itu sebelum dia mengambil tempat duduk berhampiran.
Balqis hanya mengikut dan melabuhkan punggungnya bersebelahan Amrin. Jelas wajah suaminya itu kelihatan kusut.
"Awak boleh share masalah awak dengan saya. After all that my uncle has put us through, I owe you that."
"Awak..ada masalah dengan kakak awak ke?" Berhati-hati Balqis mengaju soalan, bimbang jika Amrin terasa dengan soalannya. Sudah lah dibenci kakak lelaki itu, dia tidak mahu lelaki itu juga berasa jengkel padanya kerana berfikiran seperti orang yang tidak punya perasaan.
"Takde la masalah pun... Entah la, abang tak tau kak ngah tu kenapa. Sebelum ni elok je..well sebelum ni pun back when we were still in school. Abang pun sebenarnya terkejut tengok perubahan kak ngah. Dah lama tak jumpa tapi asyik nak marah-marah, ada je benda tak puas hati. Tak tahu la kenapa." Balqis hanya diam mendengar.
"Orang dah la rindu, dia boleh nak marah-marah pula. Salah apa orang buat?" Apabila melihat Amrin seperti bermonolog degan diri sendiri, Balqis hanya mampu mengusap kekura tangan suaminya.
Mungkin sayalah punca kakak awak marah-marahkan awak. Sebab keturunan saya dah sakitkan keturunan awak.
Saya minta maaf.
"Dah la... Jom la makan, abang lapar pula." Balqis merenung seketika wajah Amrin. Sebaik sahaja lelaki itu menghulur senyuman kecil padanya barulah dia mengangguk setuju.
Bersama-sama mereka berjalan menelusuri deretan kedai yang tersedia. Sebaik terlihat kedai yang dicari, Amrin terus menarik Balqis ke dalam Kisshokaryo Gion. Kafe yang biasa dituju sewaktu dia tinggal di Kyoto sebelum ini.
*Bab yang agak kering & plain >.<
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro