Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

63| Beginilah Rasanya Kehilangan

   Selepas memastikan Amrin selamat tiba di kediaman Puan Sri Fazila di Arashiyama, Tengku Danish terus kembali ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur. Pada asalnya dia merancang untuk bermalam semalam-dua di Kyoto tetapi memandangkan bukti kini berada di dalam tangannya, maka Tengku Darwish mengarahkannya untuk pulang ke tanah air secepat yang mungkin.

   Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah, Subang, Tengku Danish diiring oleh pengawal peribadi ke dalam SUV milik keluarganya. Wajah Insp. Luqman yang menyapanya di dalam SUV itu membuatnya terkejut sebelum mereka bersalaman.

   Beg sandang yang berisi dokumen bukti itu diserahkan pada Insp. Luqman sebelum kenderaan bergerak keluar dari kawasan lapangan terbang.

   Insp. Luqman mengambil tempat di bahagian penumpang sebelah pemandu manakala Tengku Danish di belakang.

   Mata Insp. Luqman memerhati cermin sisi kereta Range Rover Sport milik Tengku Darwish, bibirnya terukir senyuman kecil melihat kesungguhan lelaki itu demi melindungi keluarganya.

   Bukan dia tidak tahu bahawa dua kumpulan pengawal keselamatan diangkut Tengku Danish atas arahan bapanya.

   Malahan, dirinya juga diekori pengawal keselamatan walaupun jawatan yang disandang dirinya adalah pegawai polis berpangkat inspektor.

   Sudah tentu, Tengku Darwish tidaklah sehingga mengupah pengawal peribadi menjaganya, cukup sekadar pergerakan dan gerak-gerinya diawasi oleh orang-orangnya Tengku Darwish.

   Semenjak awal dia bekerja dengan Tengku Darwish dia mula mengidolakan lelaki itu dari aspek keselamatan keluarga dan orang tersayang.

   "So macam mana trip ke Dubai?"

   "Haha, perlu tanya ke inspektor? Mesti la ada scene kejar-mengejar. Dah rasa macam cerita hollywood!" Insp. Luqman hanya membalas dengan senyum kecil, faham dengan apa yang disampaikan Tengku Danish.

   "Siapa Megat Rahim ni sebenarnya inspektor?" Soal Tengku Danish dengan wajah yang semakin kusut.

   Jujur jika bukan kerana Amrin, sehingga ke hari ini dia tidak akan tahu tentang kewujudan lelaki kejam durjana bernama Megat Rahim itu.

   Insp. Luqman hanya diam dan menoleh, merenung wajah Tengku Danish. Dia faham perasaan ingin tahu yang membuak-buak di dalam anak muda itu tetapi dia tiada kuasa untuk membuka mulut tentang hal itu.

   Jika Megat Rahim benar-benar bersalah seperti yang didakwa, lebih elok jika ramai yang tidak mengetahui tentang nama itu.


   Perlahan-lahan Balqis melangkah masuk ke bilik mandi rumah itu. Memandangkan hanya terdapat sebuah sumber air panas, maka bilik mandi dibina dengan keluasan yang hampir menyamai sebuah ruang tamu dilengkapi tab mandi, pancuran mandi, jakuzi dan kolam air panas terbuka.

   Tubuh Amrin yang tidak berpakaian sedang berendam di dalam kolam air panas itu diperhati dengan sayu. Dia tahu bahawa suaminya itu sedang bersendirian, melepas perasaan. Segera Balqis membuka pakaiannya lalu menggantikan dengan kain batik yang dikemban menutup tubuhnya. Malu-malu Balqis mendekat dan melangkah masuk ke dalam kolam mendapatkan Amrin.

   "Awak?" Amrin yang terkejut dengan teguran Balqis itu terloncat sedikit bahunya sebelum cepat-cepat wajahnya diseka.

   Balqis hanya diam, memberi ruang buat suaminya untuk bertenang seketika. 2 minit diambil Amrin untuk menenangkan diri sebelum dia menghadap Balqis dengan senyuman yang cuba dilebarkan.

   Wajah Amrin yang sedang menyembunyikan sakit itu diamati dengan teliti. Tidak kesampaian hatinya melihat riak wajah Amrin yang sedang mengaburi kesakitan itu, terus Balqis menguak lengan, menggamit Amrin untuk masuk ke dalam pangkuannya.

   Buat seketika, Balqis ternampak keretakan topeng senyuman suaminya. Wajah itu sedikit demi sedikit bertukar sayu sebelum air mata laju menuruni pipi Amrin dengan suara rintihan mula kedengaran.

   Amrin terus masuk ke dalam pelukan Balqis. Pinggang isterinya itu dicengkam erat dan wajahnya jatuh melekap ke bahu si isteri. Keperitan suara rintihan Amrin yang kedengaran membuatkan Balqis turut menangis. Jelas kedengaran bunyi seksa dan kerinduan di sebalik suara yang tersedu-sedan itu.

   Balqis memejam rapat matanya, tidak sanggup melihat keadaan suaminya begitu. Tidak pernah dia membayangkan bahawa suaminya itu boleh rebah dan lemah sebegitu rupa tetapi dia tidak akan menghakimi suaminya itu. Dia tidak berhak berbuat begitu.

   Suaminya itu kehilangan ibu dan bapa kandungnya serentak dalam kemalangan yang dirancang. Ibu yang saban hari dirindui kehadirannya, ibu yang saban waktu ditangisi kasih sayangnya. Ibu yang tiada galang gantinya di dunia ini. Ibu yang menjadi penguat suaminya.


   Puan Sri Fazila mengeluh perlahan usai menamatkan panggilan dari Malaysia, tidak lain tidak bukan panggilan itu datangnya dari Amalina Mikayla, kakak Amrin yang berada di Melaka. Berita yang dimaklumkan padanya sedikit-sebanyak melegakan keresahan di dalam hati. Amalina akan tiba di Kyoto dalam 2 hari bagi menyelesaikan urusan suaminya terlebih dahulu sebelum berangkat.

   Malah Amalia Medina juga kini sedang dalam perjalanan dari United Kingdom menuju ke Kyoto. Cucunya itu sedari awal lagi sudah menghubunginya dan memaklumkan tentang rancangannya untuk bercuti selama 2 minggu dan menyelesaikan masalah keluarganya di Kyoto.

   Walaupun dia berasa bersyukur dengan berita ini, jauh di sudut hati dia turut berasa risau akan situasi bakal berlaku. Risau dengan pertemuan kembali Amrin dan kedua kakaknya maklum sahaja sudah bertahun tidak bersua muka, dia bimbang akan berlaku perbalahan.

   Dalam hati dia hanya mampu berdoa agar semuanya baik-baik sahaja dan berjalan seperti yang dikehendaki. Melihatkan Amrin yang sedang bersedih itu, dia tidak mahu perasaan cucu lelakinya itu dijentik dengan kata-kata yang menyakitkan.

   Usai makan malam, Amrin terus masuk ke dalam bilik tanpa banyak kata untuk berehat. Balqis dan Puan Sri Fazila hanya diam memerhatikan lelaki yang berwajah sembap itu.

   Selepas berendam dalam air panas siang tadi Amrin lebih banyak menyendiri di dalam bilik. Balqis tidak berani mengganggu suaminya, dia tahu Amrin menyendiri kerana masih ingin melepaskan perasaannya. Malah Puan Sri Fazila sendiri tidak memaksa cucunya dan hanya dibiarkan memberi masa untuk benar-benar bertenang.

   Balqis membantu mengemas meja makan sebelum dibawa pinggan dan mangkuk ke singki. Puan Sri Fazila turut mengekor ke dapur lalu menahan cucu menantunga itu untuk mengemas, sebaliknya dia meminta Balqis turut masuk ke bilik menemani Amrin.

   Balqis akur tanpa banyak tanya. Terus sahaja dia ke bilik air membersihkan diri sebelum melangkah masuk ke dalam bilik.

  

   Perlahan-lahan Balqis melangkah masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu shoji bilik mereka. Tempat kosong di sebelah Amrin dituju lalu dia berbaring masuk ke dalam futon.

   Tangannya perlahan-lahan melingkar di pinggang Amrin dan baru sahaja dia mahu mengeratkan pelukan, suaminya itu berpaling dan menyembamkan wajah pada dada Balqis.

   Balqis terkaku seketika sebelum tangannya naik mengusap lembut kepala Amrin.

   "It's not your fault. Don't blame yourself." Kata-kata Amrin membuatkan minda dan fikiran Balqis terkelu.

   Seperti tahu-tahu sahaja lelaki itu dengan apa yang sedang berada di dalam fikirannya.

   "Awak tak salah Qisya, jangan salahkan diri sendiri."

   "Tapi ada betulnya. Sejak awak balik kat saya, macam-macam benda jadi kat awak. Sometimes I wonder, am I really good for you? Saya rasa macam saya ni magnet bad luck, haha." Melihat Amrin yang hanya diam tidak berekasi menyembam wajah di dadanya membuatkan dia kembali bersuara kecil.

   "Just saying..." Amrin lekas mengangkat wajah dan merenung tajam ke dalam anak mata Balqis.

   "Please jangan cakap macam tu. I just lost my parents, no matter what you say I won't let you go. I won't lose you too.

   No matter what happens, we'll fight together. Datang lah ujian macam mana sekali pun, abang janji akan jaga dan lindungi Qisya. Tu tanggungjawab abang. Janji abang pada Allah Taala saat abang lafas akad 7 tahun dulu." Balqis terus terdiam mendengar kata-kata Amrin.

   "Just satu je abang minta... Don't give up on me. I may have my own way, sometimes it's unpredictable and illogical but promise me that you'll stay with me. Stay with me till the end. Promise?" Melihat Amrin yang bersungguh mahukan janjinya, perlahan-lahan Balqis mengangguk dan menurut.

   "Promise." Amrin terus mengucup dahi Balqis dengan sepenuh-penuh pengharapan.

   "Abang sayang awak sangat-sangat Qisya. Jangan tinggalkan abang sayang." Tubuh Balqis yang menghadapnya kembali dipeluk erat.



   Insp. Luqman tiba lewat 10 minit dari waktu yang ditetapkan Tengku Darwish.

   "Maaf Tengku, saya lewat."

   "Takpe Luqman, duduk." Insp. Luqman mengangguk kecil pada Tengku Darwish dan Tengku Danish sebelum dia menarik kerusi untuk duduk berhadapan Tengku Darwish.

   "Macam ni Tengku... Bukti kepunyaan arwah puan Amelia terbukti sahih. Tapi buat masa sekarang pihak kami belum habis rungkaikan kesemua bukti.

   Saya ada juga cuba cari rekod lampau Megat Rahim, tapi hampa. Rekod dia bersih Tengku."

   "How could that be possible?" Sampuk Tengku Danish dengan wajah yang semakin merah, geram dan marah mendengar lelaki durjana itu bersih dari sebarang rekod jenayah.

   "Rish... Tenang." Tengku Darwish mula bersuara mengingatkan anaknya tentang keadaan sekeliling mereka agar tidak bercakap tentang nama itu dengan sewenang-wenangnya.

   "Tapi kami akan cuba sedaya-upaya untuk selesaikan kes ni Tengku." Kata-kata Insp. Luqman membuatkan Tengku Darwish mengangguk kecil, yakin dengan jaminan lelaki itu.

   "You do your job. InshaAllah semuanya akan terbongkar nanti."

   "What are you planning pa?"

   "The plan is not up to me. Keputusan semua dalam tangan Amrin dan Balqis. Tapi papa akan tolong sedaya-mungkin.

   For now, elok lah pun Amrin bawa Balqis balik Kyoto. Kat sana they'll be under the yakuza's protection."

   "Nice! Orang papa ke? Rish tak tahu pula selama ni papa ada member yakuza." Ujar Tengku Danish yang semakin kagum dengan perhubungan papanya.

   "Ni bukan kerja papa. It's all Am's family."

   "Serius la?" Terlongo mulut Tengku Danish mendapat tahu tentang perkara itu.

   Manakan tidak, tidak pernah pula dia tahu bahawa keluarga Amrin punyai perhubungan dengan yakuza di Kyoto.

   Di era serba moden ini, jarang sekali nama kumpulan jenayah terancang Jepun itu disebut. Walaupun begitu, tidak bermakna ianya sudah tidak releven.

   "Luqman... Kalau perlukan bantuan bagi tau. Doesn't matter in what form, just bagi tahu.

   Dalam dunia yang serba zalim ni, bukan senang kita nak tegakkan kebenaran. Sementara kita mampu, kita tegakkan kebenaran tu. Kalau kebenaran tu tak nak keluar, kita paksa dia keluar." Insp. Luqman hanya mengangguk dan bersetuju dengan kata-kata Tengku Darwish.

   Sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang anggota polis untuk menegakkan kebenaran. Tengku Danish juga turut menggeggam tangannya sebelum dihentak kecil pemukaan meja. 

   Lelaki durjana itu pasti akan ditangkap dan disumbat di dalam penjara. Dia tidak kira! Tiada siapa yang boleh melakukan jenayah sewenang-wenangnya tanpa dihukum.













Promote:

▪️Dia Milikku by nurapinky_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro