Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

61| Kau Pergi

   Selepas makan tengah hari, Joe masuk ke biliknya untuk menyelesaikan sedikit tugasan sementara Amrin dan Balqis hanya melepak di ruang tamu sambil menonton televisyen.

   Jamuan bbq yang dianjurkan Amrin untuk staff Knick Knack MY malam semalam benar-benar membuatkan mereka bermalasan hari minggu itu.

   "Sayang..." Balqis yang duduk berjarak dengan Amrin di sofa L itu memandang Amrin sekilas.

   Amrin membuka luas lengannya mengisyaratkan supaya Balqis masuk ke dalam pelukannya. Balqis hanya menggeleng dengan menggerakkan bibir menyebut 'no'.

   "Alaa meh la sini, abang nak peluk awak."

  "Aip! Nak lawan cakap suami ke ni?" Balqis menjegil matanya, geram dengan perangai Amrin yang suka mengusik itu.

   "I said come here. Come to me." Balqis mengeluh kecil lalu dia bangun dan mendekati Amrin. 

   Apabila Balqis sudah cukup dekat, Amrin terus menarik Balqis agar duduk di atas pehanya.

   "Eeeii awak ni kenapa? Kejap lagi kawan awak turun macam mana? Tak malu ke dia ni!"

   "Tak payah nak malu-malu. Joe busy dalam bilik buat kerja, takdenya dia nak turun." Balqis hanya merengus dengan wajah yang masam. Walaupun dia malu dan tidak selesa begitu, akhirnya dia sendiri yang menyandarkan kepalanya pada dada Amrin.

   Berita tengahari itu yang menayangkan tentang kemalangan di Dubai menarik perhatian Amrin. Terus alat kawalan jauh dicapai dan dikuatkan suara. Perasaannya sudah berasa tidak sedap dengan laporan yang disampaikan dan sebaik sahaja wajah mama dan abahnya terpampang di kaca tv terus Amrin duduk tegak.

   "Mama!" Balqis cepat-cepat duduk di sebelah Amrin untuk mendengar dengan lebih teliti laporan berita.

  "Mama... No, no, no, no. Mama... Abah... No..." Balqis yang masih terkejut mendengar laporan berita itu hanya diam, terkedu. Mendengar tangisan Amrin yang mula kuat itu, Balqis terus menarik suaminya ke dalam pelukan.

   "Mama! Mama tinggalkan Am... Mama dah janji mama takkan tinggalkan Am. Mama..." Telefon Amrin yang berbunyi di atas meja kaca di depan mereka dicapai Balqis. Tanpa menunggu, panggilan dari Puan Sri Fazila tu terus diangkat.

   "Nenek..."

   "Hello, Aqish. Am mana?"

   "Abang..." Belum sempat Balqis menjelaskan keadaan Amrin, suara lelaki itu yang mula meraung kedengaran di dalam telefon.

   "Aqish... Aqish tolong nenek ye? Nenek on the way sekarang ni. Aqish tolong tenangkan Am dulu ye... Kejap lagi mungkin ada inspektor yang akan datang untuk ambil keterangan Am dengan Aqish. Aqish tolong terangkan apa yang perlu ye. Nanti nenek sampai."

   "Okey nek."


   Tepat jam 5.00 petang Puan Sri Fazila tiba di kediaman Amrin. Balqis yang membuka pintu terus dipeluk Puan Sri Fazila.

  "Stay strong sayang." Balqis hanya mengangguk lalu memimpin nenek mertuanya itu ke ruang tamu.

   Amrin yang ditemani Tengku Danish dan Joe itu dihampiri. Pilu hatinya melihat keadaan cucu kesayangannya itu. Wajah yang pucat, mata yang sembap dan hidung yang merah. Jelas menunjukkan kesedihan di raut wajah itu.

   "Amrin?" Sebaik mendengar namanya dipanggil, Amrin terus bangun dan mendapatkan neneknya.

   "Nek... Mama dengan abah dah takde... Am dah jadi anak yatim piatu nek." 

   "Sabar sayang, sabar. Ni ujian terbesar Am, jangan putus asa. Percaya pada Tuhan, percaya pada qada dan qadar." Amrin hanya diam dan menangis di bahu neneknya.

   Sungguh, antara ujian yang pernah ditempuhi, ujian kali ini adalah yang paling besar dan yang paling berat. Kehilangan satu-satunya mama dan abah kandungnya. Kehilangan restu dan doa kedua ibu bapanya.

   Fikirnya perjumpaan kali ini dapat meleraikan segala kekusutan dan persengketaan yang berlaku. Benar, perjumpaan dengan mama dan abahyna kali ini berjaya meleraikan segala kekusutan dan salah faham yang menyakiti hati dan meracuni fikirannya selama ini tetapi perjumpaan kali ini juga adalah yang terakhir kali.

   Baru sahaja kelmarin dia berbual panjang bersama mamanya sementara mamanya menunggu penerbangan ke Dubai. Jika dia tahu bahawa panggilan itu merupakan yang terakhir kali sudah pasti dia akan menemani kedua mama dan abahnya di KLIA. Malahan dia akan meminta supaya mama dan abahnya tidak pulang ke Dubai terlebih dahulu jika dia tahu beginilah pengakhiran kisah hidup mama dan abahnya.

   Baru sahaja dia mahu membuka lembaran baru bersama mama dan abahnya, ternyata lembaran baru itu tidak ditakdirka untuknya di dunia ini. Selamanya dia hanyalah anak yang mengidam dan menunggu kasih mama dan abahnya yang tidak akan pernah kesampaian.





   "Maaf kalau pertanyaan saya ni mengguris hati, tapi what's next? Apa kita nak buat lepas ni?" Pandangan masing-masing tertumpu pada Amrin yang bersandar lemah di sofa apabila disoal Tengku Darwish.

   Masing-masing tidak mahu bertanya dan mengganggu fikiran Amrin tetapi keputusan terletak di dalam tangan lelaki itu dan apa sahaja yang akan dilakukan Amrin pasti akan disokong yang lain.

   Balqis mengusap lengan Amrin bagi memujuk suaminya itu untuk bersuara. Sejak petang tadi, Amrin hanya menangis dan bercakap sepatah-dua sahaja. Amrin yang bersandar lesu itu perlahan-lahan menegakkan duduknya.

   "Am rasa seeloknya Am pergi Dubai. Kalau betul lah semua yang terjadi ni dah dirancang, Am perlu dapatkan bukti yang mama simpan kat Dubai."

   "Aku ikut." Celah Tengku Danish, mengundang pandangan semua orang yang berada di ruang tamu itu.

   "Rish ikut pa. I'll go with him, someone needs to be with him. Nanti Rish akan inform Insp. Luqman, kalau dia nak ikut, dia ikut." Amrin hanya mengangguk setuju mendengar cadangan sahabatnya itu. Mahu membantah juga dia tidak mampu kerana Tengku Danish itu pasti akan berkeras untuk ikut.

  "Joe, you need to go back to San Fran." Ujar Amrin sambil memandang lesu sahabatnya yang seorang lagi itu.

   "But..."

   "You need to go. You'll be replacing me for the time being. I trust you." Joe memandang Amrin lama bagi mendapat kepastian keputusan yang dilakukan lelaki itu. Benar, mungkin Amrin memerlukan bantuannya tetapi dia tida mahu perkara ini menjadi persengketaan staff di Knick Knack.

   Nampak sahaja Knick Knack itu tenang dan harmoni di antara pekerja tetapi hal disebaliknya yang berlaku tiada siapa yang tahu.

   Tambahan pula kebelakangan ini ada beberapa individu tidak bertanggungjawab dalam ibu pejabat di San Fancisco cuba memecah-belahkan kesepakatan dan keharmonian staff yang sangat baik sejak penubuhan syarikat lagi cuma hal itu tidak diceritakan pada Amrin kerana dia tidak mahu mengganggu konsentrasi sahabatnya itu di Malaysia.

   Amrin itu bukan boleh disebut tentang masalah, pasti dia sendiri yang akan turun padang dan memperbetulkan tunjang masalah itu walaupun tunjangnya hanya sekecil-kecil buah mulut.

      "This time around you will also communicate with Knick Knack MY for the new project we talked about. I'll give you the deets later." Joe hanya mengangguk bersetuju mendengar arahan sahabatnya itu.

   Dalam hal ini tidak boleh membantah kerana Amrin memang sangat memerlukan semua bantuan yang ada dan dia sebagai sahabat akan sentiasa menghulurkan bantuan.

   "Nenek..." Puan Sri Fazila yang duduk bersebelahannya di sofa tunggal kembali memandang cucunya itu.

  "Nenek kena balik Kyoto, bawa Qisya sekali. Am tak nak tinggal isteri Am sendiri kat sini. Nanti nenek minta along and angah kumpul kat rumah nenek kat sana eh?" Lengan Amrin ditarik Balqis lalu di berbisik lembut memujuk Amrin.

   "Tapi saya boleh ikut awak..."

   "You're not safe with me. Percayakan abang. Sayang ikut nenek, balik Kyoto. Nenek ada kawan yang boleh jaga keselamatan awak kat sana."

   "But what about you? Siapa yang akan jaga keselamatan awak?"

   "I'll be fine. Lagipun Danish ada teman abang." Tutur Amrin sambil matanya mengerling Tengku Danish, meminta lelaki itu untuk menyokong kata-katanya.

   "Yup. Don't worry Balqis, he'll be fine. Lagipun I angkut sekali bodyguard my dad, we'll be safe."

   "Betul tu Balqis, jangan risau. Nanti aunty pon akan ikut hantar Balqis dan Puan Sri ke KLIA. Your family will be in our protection, don't worry." Tutur puan Ardelia membantu menenangkan perasaan gundah yang melanda Balqis.

   Dia faham perasaan wanita muda itu, lagi-lagi ini merupakan pengalaman pertama wanitu itu perlu melawan musuh. Dia yang sudah bertahun-tahun menjadi teman hidup Tengku Darwish itu sudah arif dengan musuh-musuh yang menyasarkan keluarganya. Pelbagai tektik serangan yang akan digunakan demi menjatuhkan keluarganya dan kerana itu dia memupuk drinya untuk sentiasa bersedia dengan apa sahaja yang mendatang.

   "Kita fly esok then." Ujar Amrin, membuat keputusan.

   "Weh! Awal sangat, kau kena rehat dulu bro. Tomorrow is too early to fly, plus with your condition, no." Ujar Tengku Danish membantah keputusan Amrin.

   "Yea dude, rest for a day. You need to mourn." Joe juga turut membantah keputusan Amrin yang satu ini. Manakan tidak, keadaan Amrin yang masih terkejut dan tidak terurus ini merisaukan semua yang ada di situ.

   "I can't mourn until I settle this. I have to find the documents as soon as possible. The enemy's already at Dubai, I'm afraid if we wait a little more they could find the documents. That's the only evidence that my mother kept. I can't risk losing it." Masing-masing diam dan mula memikirkan logik yang disebut Amrin itu.

   Walupun mereka tidak bersetuju dan risau dengan keadaan Amrin, sedikit-sebanyak apa yang dibicarakan lelaki itu benar. Jika musuh sudah berada di Dubai, memang kehadiran Amrin sangat diperlukan di Dubai tika ini.




   Balqis hanya diam memerhati Amrin yang sedang mengemas beg untuk dibawa ke Dubai keesokan hari. Suaminya akan bergerak ke Dubai bersama Tengku Danish dengan jet peribadi milik keluarga Tengku Darwish.

   Melihat cara suaminya yang hanya membaling dan menyumbat baju-baju ke dalam beg itu, tahulah dia bahawa Amrin belum cukup melepaskan rasa yang tersimpan di hati. Terus dia bangkit dari katil dan mendapatkan Amrin.

   "Awak?" Balqis tahu panggilannya itu didengari Amrin tetapi lelaki itu hanya buat tidak endah.

   "Awak..."

   "Apa?"

   "Jom tidur. Baju awak kejap lagi saya kemaskan." Amrin mengeluh seketika lalu dia bangun meninggalkan bajunya yang bersepah di tepi beg dan dia terus berbaring di atas katil membelakangi Balqis.

   Tanpa berlengah Balqis terus menutup lampu bilik dan dia berbaring menghadap Amrin. Susuk tubuh suaminya yang seperti bergegar itu dipeluk dari belakang dengan perasaan sayu yang merajai hati.

   Tidak lama kemudian Amrin berpusing menghadap Balqis dan wajahnya disembamkan pada dada si isteri bagi menyembunyikan wajahnya yang sudah basah dengan linangan air mata. Makin kuat bunyi esakan Amrin membuat jiwa Balqis terseksa.

   Sepanjang dia mengenali Mikael Amrin tidak pernah dia melihat lelaki itu selema ini, sesakit ini, semerana ini. Melihatkan keadaan suaminya begini lagi membuat dirinya bertubi-tubi kesal dengan perasaan bersalah yang memberat.

   Hakikat bahawa kedua ibu dan bapa lelaki itu terkorban kerana dirinya sangat berat untuk diterima. Di luaran Balqis sedikit pun tidak memperlihatkan perasaan bersalahnya kerana mahu menjadi kuat demi Amrin tetapi di dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasa hatinya.

   Bagaimana dia rasa dirinya tidak berguna dan tidak layak untuk menjadi sebahagian dari lelaki kiriman Tuhan yang bernama Mikael Amrin itu. Manakan tidak, musuh yang membunuh ibu dan bapa lelaki itu adalah bapa saudaranya sendiri. Walaupun perkara ini belum disahkan, hatinya kuat mengiakan tuduhan itu.

   Saya minta maaf sebab jadi punca terkorbannya mama dan abah awak, Amrin.

   Saya minta maaf.

   Saya tak layak untuk awak.

   Awak tak sepatutnya lalui kehidupan yang menyeksakan ini demi saya.

   Saya hanya insan kerdil yang tak bernilai dan tak punyai makna.










Untuk perkembangan terkini boleh terus ke Instagram rasmi author di @ aaam96.my .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro