Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

60| Surprise Call

   Suara bising di ruang tamu luar bilik yang dihuni sementara itu menggamit Balqis untuk bangun dan melihat apa yang terjadi. Telinganya ditekap pada pintu bilik bagi mendengar suara-suara yang bising di luar. Terus pintu bilik dibuka dan dia dia melangkah perlahan ke ruang tamu.

   Amrin yang perasan kehadirannya terus menggamit dan memanggilnya mendekat.

   "Sayang, come here. Joe dah sampai ni." Usai Amrin bersuara Joe terus berpaling menghadap Balqis dengan senyuman lebar.

   "Ohh..." Terus Balqis mendekat dan menegur rakan kerja merangkap pembantu suaminya itu.

   "Trisya, how are you?"

   "I'm fine. How are you? How was the trip?"

  "The trip was so long and exhausting but no worries, I'm fine."

   Selepas bertegur sapa Balqis terus ke dapur untuk menyediakan minuman. Terlupa pula dia tentang kehadiran Joe.

   Amrin ada memberitahunya beberapa hari lepas bahawa Joe akan menumpang di rumah mereka beberapa hari untuk menyelesaikan hal kerja di ibu pejabat Knick Knack di Shah Alam.

   Sedang dia leka menuang jus ke dalam gelas, Amrin melangkah masuk ke dapur.

  "Buat apa?"

   "Tuang air la?"

   "Oh okey, awak jamu la Joe air dulu. Abang nak masak kejap."

   "Nak masak?"

  "Haah, lunch kan. Abang ingat nak ajak makan luar tapi Joe baru sampai, takut dia penat."

   "Awak nak masak apa?"

   "Masak apa yang Joe makan." Balqis merengus kecil mendengar jawapan Amrin yang tidak membantu itu.

   "Hahaha, takde la... Abang nak masak mexican ala asian style. Nasi butter dah siap, sekarang tinggal nak grill ayam and buat salad sikit. Alaa macam nandos tu with a littile bit of asian twist. Joe tu nampak je mat salle, tapi hati melayu tau. Sambal belacan tu dia buat dipping sauce tau."

   "Menipu je..."

   "Eh ehh, kita pula yang dikatanya tipu? Betul la. Tu member abang, abang tau la." Balqis yang malas mahu melayan terus menukar topik perbualan. Malas mahu berdebat.

   "Nak saya tolong apa-apa tak?"

   "Eh? Sejak bila isteri abang ni rajin nak tolong kat dapur?" Balqis terus mencapai kain buruk di sebelahnya lalu dicampak ke arah kepala Amrin.

   Kena sahaja kain itu pada kepalanya, Amrin terus berdekah ketawa.

   "Alaa gurau sikit pon tak boleh. Yelaa, awak pergi hantar air kat Joe dulu. Lepas tu kejap lagi tolong abang buat salad ni." Balqis hanya mengangguk dan menurut tanpa bantahan. Pertama kali menerima tetamu jauh membuatkan dia jadi bersemangat untuk menghidang air.





   Keesokan paginya Amrin membawa Joe ke ibu pejabat Knick Knack MY di Shah Alam. Walaupun hari itu adalah hari Ahad, dia tetap mahu membawa Joe ke pejabat kebanggannya kerana keadaan jalan raya yang tidak sesak menyenangkan hatinya untuk memandu.

   Kedua, Ahad merupakan hari cuti bermakan tidak ada seorang pun staff di Knick Knack, memudahkannya untuk menerangkan pada Joe sendiri tentang kelebihan Knick Knack MY yang dia yakin dipandang rendah oleh sebahagian dari staffnya di San Francisco.

   Manakan sama Malaysia dengan San Francisco. Ada yang lebih dan ada yang kurang dikedua-dua buah ibu pejabat syarikat miliknya.

   Joe mengangguk kagum apabila melihat keadaan ibu pejabat Knick Knack MY, baginya tidak kurang maju dengan ibu pejabat di San Francisco.

   "It's cool right?" Soal Amrin pada Joe, merujuk pada kecanggihan dan kehebatan ibu pejabat Malaysia.

   "This is sick man! Real sick!" Amrin hanya ketawa melihat reaksi Joe yang terpegun itu. Baru dia sedar tentang kehebatan dan kecanggihan teknologi yang ada di Malaysia juga tidak kurang hebat dengan apa yang ada di negara maju yang lain.

   "Come on, I have something to show you." Joe membuntuti langkah Amrin ke meja kerjanya. Ada sebab mengapa dia meminta Joe datang ke Malaysia.

   Amrin membuka 2 buah komputer pc dan sebuah komputer riba miliknya. 

   "Wanna see it?"

   "Hell yea!" Amrin tersengih suka sambil tangannya menghidupkan 2 buah komputer pc dan sebuah komputer ribanya.

   Boleh sahaja dia menceritakan tentang teknologi 5G yang berjaya direka dan dibangunkan melalui video chat tetapi oleh kerana perkara ini merupakan satu pencapaian besar baginya, maka dirasakan perbincangan berdepan itu lebih baik.

   Pada mulanya Amrin mahu ke San Francisco sendiri bagi membincangkan hal ini dengan pekerjanya di ibu pejabat Knick Knack tetapi ekoran masalah kesihatan Balqis, maka jalan terbaik adalah dengan meminta Joe datang ke Malaysia.

   Dalam kepalanya sudah sarat dengan idea dan rancangan untuk Knick Knack dengan penemuan teknologi 5G yang kini sedang hangat diperkatakan pasaran. Oleh kerana teknologi ini merupakan satu penemuan yang baru, banyak perkara yang harus dititik-beratkan demi keselamatan pengguna juga syarikatnya.





   Puan Amelia hanya melayan ibu mertuanya berbual dengan jiran terdekat di situ sambil dia membancuh air minuman untuk dijamu. Setelah mereka tiba dari Cameron Highland beberapa hari lepas, Puan Sri Fazila menjemput jiran terdekat ke rumahnya untuk memberikan cenderemata yang dibeli sewaktu bercuti.

   Manakan tidak, banyak sungguh barang yang diborong orang tua itu. Tidak cukup dengan teh dan buah strawberi, pokok-pokok dan benih tanaman juga dibelinya seperti pokok bunga ros, daffodil, gardenia dan banyak lagi.

   Air teh perisa strawberi dan sedikit kuih dihidangkan pada Puan Sri Fazila dan tetamunya. Selesai menghidang puan Amelia kembali ke dapur untuk mengemas. Baru sahaja dia mahu membasuh pinggan, telefonnya yang terletak di atas kabinet dapur berbunyi.

   Nombor tidak dikenali itu diperhati seketika sebelum dia menjawab panggilan dengan perasaan musykil.

   "Hello?"

   "Kau cuba nak cabar aku ke Amy?" Berderau darah puan Amelia sebaik mendengar suara di hujung talian itu. Baru sahaja dia merasakan hidupnya aman, muncul pula musuh yang satu ini.

   "Aku tak faham. Kau cakap apa ni?"

   "Aku dah bagi tempoh yang cukup lama untuk kau selesaikan kerja kau tapi sampai hari ni takde berita. Tapi aku dah boleh agak, yang kau memang takkan buat.

   Kau memang takkan boleh bunuh Balqis, kau memang takkan boleh pisahkan anak kau dengan Balqis. Takpe, aku akan senangkan kerja kau untuk kau."

   "Kau jangan apa-apakan anak menantu aku!" Puan Amelia berdiam seketika menunggu reaksi Megat Rahim di hujung talian tetapi belum habis dia bersuara, talian sudah dimatikan.

   Hatinya semakin risau dengan keselamatan keluarganya, terutama sekali keselamatan Amrin dan Balqis. Dia pasti kali ini Megat Rahim akan bertindak dan sebaik sahaja lelaki itu mula bertindak, tiada apa yang dapat dilakukan untuk menghentikan lelaki itu.

   Ya Allah, kau selamatkanlah keluargaku. Jauhkanlah keluargaku dari sebarang kecelakaan, malapetaka dan dari perkara yang tidak diingini.

   Encik Malik masuk ke dapur untuk mendapatkan air, dahaga dia berkebun di laman belakang rumah ibunya. Terpaksa lah dia membantu menanam pokok bunga yang sudah dibeli ibunya di Cameron Highland. Sementara dia ada, bolehlah dia bantu apa yang perlu.

   "Awak ni termenung kenapa?"

   "Hish! Abang ni, terkejut saya."

   "Mana la tak terkejut? Termenung je... Abang masuk pon tak perasan. Apa yang awak menungkan?"

   "Takde apa la bang..."

  "Pucat je muka awak ni. Awak okey tak?"

   "Okey. Lusa kita gerak pukul berapa bang? Saya nak kemas beg dulu, senang."

   "Emm pasal tu... Abang ingat esok kita stay KL satu malam la. Kawan abang nak jumpa kejap. Ada business yang dia nak porpose pada abang."

   "Ohh okey la kalau macam tu. Mak dah tau ke?"

   "Kejap lagi nak bagi tau la."

   "Apa baru nak bagi tau..."

   "Abang pon baru tau je ni... Kawan abang baru call tadi."

   "Hmm yela. Ikut abang la." Puan Amelia kembali menambung basuhannya yang tergendala.

   Dalam kepalanya ligat memikirkan bantuan dan rancangan lain demi memastikan keselamatan keluarganya. Tiada siapa yang tahu akan jenayah yang telah dilakukan Megat Rahim membuatkan lelaki itu berani berbuat sesuka hati. Dia perlu melakukan sesuatu untuk menghentikan lelaki itu. Harus.























Feel free to follow author's official instgram for more infos & updates @aaam.96





Promote:

Let's Play The Games by dewi_sakura12

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro