Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6| Kejutan

   Hari minggu. Balqis bermalas-malasan di atas katil pagi itu memandangkan tiada aktiviti untuk dilakukan. Seperti yang sudah dikatakan, dia sungguh membenci hari cuti. Mengapa? Kerana hari cuti membuatkan dia keseorangan dan kesunyia di dalam rumahnya yang besar itu. Tiada keluarga bersamanya. Tiada siapa untuk dia meluangkan masa bersama.

   Setelah 20 minit bermalasan di atas katil Balqis menukar baju tidurnya ke sport bra dan shorts sebelum dia turun ke dapur mendapatkan semangkuk cereal untuk memberikan tenaga sebelum dia memulakan sesi senaman dan work out yang dimulakan dengan larian di treadmill.

   Memandangkan dia keseorangan di rumahnya dia tidak kisah untuk berpakaian seksi, siapa sahaja yang ada untuk melihat. Malahan rumahnya juga dikelilingin pokok-pokok membuatkan rumahnya tersorok dari pandangan manusia lain.

   40 minit masa yang diambil untuk bersenam dan work out. Bagi memastikan bentuk badannya kekal cantik dan sihat dia mengamalkan work out di rumah tanpa perlu sebarang alatan. Rutin yang dilakukan juga lengkap untuk seluruh badannya.

   Bermula dengan push up, raised leg planks, side-lying leg raise, bridges, straight leg raise, sit up, lunges dan squat. Semuanya dilakukan dengan rutin tersendiri iaitu 60 kali 1 set. Masa juga akan diambil kira. Walaupun kedengaran agak melampau tetapi dia suka mencabar dirinya melakukan sesuatu yang sukar dan hasil daripada rutin yang dilakukan setiap hujung minggu itu, badannya cantik terbentuk.

   Setelah penat bersenam dia berehat seketika sehingga jantungnya kembali berdegup dengan normal, baru dia meneguk segelas air suam bagi menghilangkan kehausannya. Selesai berehat, dia kembali naik ke bilik dan menukar baju senamannya ke pakaian renang miliknya, bikini.

   Melihat air kolam yang tenang di tepi rumahnya membuatkan dia mahu menyelam di dalam kolam itu. Tidak perlu dia bersusah payah menadah air di dalam tab mandi atau menunggu pancuran air shower, apa yang perlu dilakukan hanyalah terjun ke dalam kolam sedalam 3 meter itu.

   Tenang dirasakan saat seluruh badannya tenggelam di dalam kolam. Diam dan senyap keadaan di dalam kolam itu mmebuatkan dia larut dengan dunianya. Sepi tanpa sebarang gangguan dunia.

   Sebaik nafasnya semakin habis, dia menendang lantai kolam lalu melonjakkan diri ke permukaan air dan terus berenang ke hujung. Apabila dia merasakan penat berenang, dia hanya mengapungkan diri di tengah kolam sambil matanya terpejam menikmati cuaca dan suasana pagi itu.





   Selepas mengucapkan terima kasih, dia menarik luggage miliknya ke dalam kawasan rumah. Sudah 7 tahun dia tidak menjejakkan kaki ke rumah itu membuat matanya melilau melihat keadaan rumahnya. 

   Range Rover Evoque yang terletak dia garaj rumah membuatkan dia menelan pahit liurnya. Takut dan berdebar perasaannya ketika ini untuk berhadapan dengan Balqis. Kakinya yang melangkah semakin dekat dengan pintu rumah membuat jantungnya berdeba kencang.

   Niatnya untuk terus melangkah masuk ke dalam rumah dibatalkan. Sebaliknya, Amrin berjalan ke sana-ke mari bagi menghilangkan gemuruh perasaannya. Kukunya digigit tanda debarannya kian memuncak.

   Come on, come on Mike. Kau boleh! 

   Relax. Just take a breath for a second.

   Breath in and out.

   "In and out. In and out. I can do this." Tangannya memgang tombol pintu dan dia mengambil masa seketika. 

   "No I can't do this." Tangan yang menggenggam tombol pintu dilepaskan lalu dia mencangkung di hadapan pintu.

   "My God! I hate this feeling!" Sungguh, perasaan berdebar dan gementar yang dirasakan ketika ini sangat dibencinya.

   "Ah, lantaklah! Rumah aku! Suka hati aku la! Redah je la." Tanpa menunggu lagi dia terus memusing tombol pintu dan menolak masuk daun pintu rumahnya.

   Tingkap yang besar membuatkan cahaya menerangi seluruh rumahnya. Dengan penuh hati-hati dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dapur dituju terlebih dahulu memandangkan dapur terletak berhadapan dengan laluan untuk masuk ke ruang tamu rumahnya. Setelah memastikan keadaan dapur dia terus melangkah ke ruang tamu.

   Saat kakinya melangkah masuk ke ruang tamu, matanya bulat memandang sekujur tubuh di hadapannya. Hanya berbikini dan ditutupi sebahagiannya dengan tuala. Mendengar suara nyaring gadis itu menjerit membuatkannya turut sama menjerit terkejut.

    "AAAAAAAAGGGHHHH!"

   "AAAAAAAAAGGGGGGHHHHHHH!"

   "WHO THE HELL ARE YOU?!" Blaqis kelam-kabut membalut tubuhnya dengan tuala sambil matanya mencerlung memandang manusia di hadapannya.

   "It's me!"

   "ME WHO??! I DON'T KNOW YOU! MACAM MANA KAU MASUK RUMAH AKU??! PENCURI!!"

   "Eh-eh! Takk! It's me, it's me Amrin." Cepat-cepat Amrin mengenalkan dirinya apabila Balqis kelihatan seperti tidak mengenalinya.

   "AMRIN WHO??" Balqis sudah melilau matanya mencari sesuatu untuk mempertahankan dirinya.

   "Amrin! Su-suami awak!"

   "SUAMI KEPALA OTAK KAU! AKU TAK PERNAH... Hah?" Balqis terdiam mendengar kata-kata lelaki misteri di hadapannya itu.

   "It's me. I'm..I'm back..." Takut-takut Amrin bersuara memandang Balqis tepat di dalam matanya.

   Balqis mengambil masa seketika menghadam kata-kata lelaki di hadapannya itu. Seketika kemudian matanya memandang kembali lelaki itu dengan curiga.

   "Tipu!!"

   "Eh betul! Ni saya la, Amrin. Mikael Amrin, suami awak."

   "Mana bukti?? Jangan nak menipu eh!"

   "Ya Allah, sumpah! Jap." Amrin terus mengelurkan dompet miliknya dan menyerahkan IC juga kad nikah mereka.

   Balqis meneliti kad yang diberikan Amrin. Seketika kemudian matanya kembali menatap wajah Amrin yang dikatakan suaminya itu. Tanpa sepatah kata dia kembali menyerahkan IC dan kad nikah itu lalu dia berlari naik ke biliknya meninggalkan Amrin terpinga-pinga keseorangan.

   "Stupid! Stupid! Stupid!" Balqis mengetuk dahinya mengenang kembali kebodohannya di bawah sebentar tadi.

   He saw me half naked! Fuck!

   Oh my God! My life is in ruin!

   "But is that him??"

   Oh my God! Seriously??

   Buruknya!

   Wajah Amrin yang dilihat sebentar tadi membuatkan dia menafikan kenyataan bahawa lelaki itu adalah suaminya. Dengan penampilan yang selekeh dan merimaskan itu membuatkan dia geli untuk mendekat. 

   Wajah yang meliar dengan jambang yang tebal, juga janggut dan misai yang menutupi sebahagian wajah lelaki itu membuatkan dia tidak berselera memandang. Juga men bun yang terikat di atas kepala lelaki itu membuatkan dia menolak sekeras-kerasnya Amrin sebagai suaminya.

   Angan-angannya suatu ketika dahulu yang mengharapkan agar  Mikael Amrin suaminya mempunyai wajah yang kacak dan sedap mata memandang kini berkecai. Ternyata Mikael Amrin mengecewakan angan-angannya.

   Mikael Amrin yang dibayangkan selama ini adalah seorang yang sangat kacak dan berpenampilan kemas. Tetapi Mikael Amrin yang dilihatnya kini sama sahaja rupanya seperti orang yang baru keluar dari hutan. Selekeh dan sakai!

   "Noooooooo!!"

   Sepanjang hari Balqis tidak kelihatan di dalam rumah itu. Mungkin melarikan diri daripadanya. Satu-satunya perkara yang meyakinkannya bahawa Balqis masih di dalam rumah itu adalah kereta yang masih terparkir di garaj rumah.

   Did I scare her? Maybe.

   Haih...

   Seharian itu Amrin hanya duduk berehat di hadapan tv. Di dalam kapal terbang lama dia tidur jadi dia tidaklah terlalu merasai kepenatan jet lag. Bagi mengisi masa, dia akhirnya membuat keputusan untuk menonton tv. Di samping itu, dia juga boleh menunggu Balqis turun, maka kerana itu dia di situ sejak tengahari. Kini jam sudah menginjak ke waktu 5.00 petang dan kelibat gadis itu masih tidak kelihatan.

   Malam menjelma. Amrin sudah buntu untuk menunggu Balqis. Sewaktu makan malam juga gadis itu tidak memunculkan diri. Dalam hatinya dia tertanya-tanya, apakah gadis itu tidak berasa lapar? Manakan tidak, sepanjang hari Balqis langsung tidak kelihatan.

   Ada juga terlintas dalam kepalanya untuk mengetuk pintu bilik gadis itu tetapi memandnagkan reaksi yang diberikan pagi tadi tidak memberangsangkan maka dia mematikan niatnya itu.

   Kini jam sudah menginjak ke 11.15 malam. Dia sudah malas untuk menunggu lalu dia bangun dan mematikan tv. Sebaik dia berjalan keluar, ruang  tamu juga gelap dari sebarang cahaya lampu. Lampu yang dipasang motion sensing di seluruh rumahnya membuatkannya tidak perlu untuk bersusah-payah menutup suis lampu.

   Kakinya kemudian melangkah ke dapur untuk memastikan keadaan dapur. Sinki dapur sudah bersih, tingkap dapur juga sudah ditutup rapat dan dikunci. Selamat. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari dapur kelibat Balqis akhirnya muncul.

   "Err..hai..." Balqis tidak mengendahkan Amrin lalu dia terus mendapatkan peti sejuk.

   Mangkuk yang sudah tersedia salad dan dressing dibawa keluar. Mangkuk kecil di dalam kabinet dicapai lalu dia menuang yogurt dan granola. Sebotol jus juga diambil dari dalam peti sejuk.

   Amrin yang memerhati mula bersuara.

   "Err..nak makan ke? Tadi abang..abang ada masak maggi goreng sikit..untuk awak. Nak?Abang panaskan." Tanpa mengendahkan pertanyaan Amrin, Balqis membawa makanannya naik ke atas.

   "Hah... Guess not." Bibirnya diketap seketika melihat layanan Balqis terhadapnya.

   Well, I deserve it. Biar lah.

   Tanpa membuang masa Amrin melangkah naik ke atas. Buat seketika, kakinya berhenti melangkah di hadapan pintu bilik Balqis. Tangannya yang naik untuk mengetuk pintu kembali diturunkan. Kakinya kembali melangkah menuju ke biliknya.

   Biarlah dulu. Belum masanya lagi.

   She's not ready yet.

   Give her some time to process all this.

   Sabar Mike. Sabar.







































Huhuhu Amrin dah balik 😄

Siapakah gerangan Amrin yang sebenarnya 😏 Tungguuuuu

✳As always sorry for the late update. Sejak dah intern ni author memang busy gila. Serius tak tipu.

Balik selalu malam. Dah penat. Nak update pon takde mood. Penat eh intern ni. Tak sangka. Lagi-lagi author intern bahagian production, aduhhhh! Sakit 😭

✳Anyway thank you for the love and support 😘

Keep on voting & keep on sharing the story 😘😘😘

   

   

   

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro