Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

58| Bonding Like Never Before

   Seminggu berlalu sejak kepergian puan Amelia dan encik Malik ke Melaka. Dalam seminggu itu adalah juga beberapa kali puan Amelia menelefon dan bertanyakan keadaan Balqis. Amrin yang sudah sejuk hati dan terpujuk itu mula melayani mamanya seperti sedia-kala, cuma topik perbualan tentang Balqis sedaya-upaya dielak dan dijawab sependek mungkin.

   Balqis juga sudah makin kuat dan semakin banyak melangkah dengan sendiri, tetapi masih dipantau Puan Sri Fazila. Risau orang tua itu jika terjadi sesuatu pada kesihatan Balqis. Amrin pula sudah tidak ke pejabat, jika ada kerja sekali pun dia hanya menyiapkan dari rumah sebelum diserahkan pada pekerjanya.

   Selain itu, keadaan Balqis juga sudah semakin baik. Sakit yang dirasakan sudah semakin pulih. Tidurnya juga semakin tenang, jarang-jarang berlaku mimpi buruk yang sering menghantui malamnya.


   Amrin berbaring sambil menongkat kepala menghadap Balqis. Sengihnya terlorek melihat si isteri yang bersandar membongkok di kepala katil. Dengan keadaan diri yang berkain batik dan t-shirt besar juga rambut yang disanggul tinggi itu menggelikan hati Amrin.

   Rupa Balqis padanya saat ini tidak ubah seperti suri rumah yang tidak terurus. Mungkin bagi orang lain akan kelihatan selekeh dan comot, tetapi baginya Balqis kelihatan comel. Comel dan comot.

   Dalam kepalanya sudah terbayang keadaan mereka 10 ke 20 tahun akan datang. Pasti begitu keadaan Balqis saat menguruskan anak, menguruskan rumah dan menguruskan dirinya. Terasa seperti di awang-awangan membayangkan perkara itu.

   "Dah, cepat la jalan! Termenung apa lagi??" Amrin terus tersedar lalu melihat ke skrin iPad milik Balqis yang menayangkan permainan teka silang kata itu.

   "What the heck is 'hullaballoo'?"

   "Ehh ada okey."

   "Ha haa... Nak main tipu la tu? Mentang-mentang la abang tak fokus tadi, main tipu pula dia."

   "Tak... Wujud la perkataan tu!"

   "Okey, abang google. Kita tengok wujud ke tak??"

   "Haa google la cepat."

   "Let's see... Hullaballoo, a word that really sounds like what it means... What on earth does it mean tho?"

   "Baca je la bagi habis..." Amrin yang geram dengan Balqis itu terus mengajuk kata-kata si isteri dengan riak wajah menyampah.

   "Hullaballoo (noun) is the loud noises and shouting that people make when they're angry. Bla bla bla... Been part of English language since the middle of the..18th century."

   "Haa... Apa? Apa-apa?? Orang dah cakap wujud tak nak percaya."

   "Agak-agak la, 18th century kot... Takde-takde, ni kira main tipu!"

   "Mana ada main tipu! Betul la..."

   "Abang pon boleh guna ayat pelik-pelik kalau macam tu!"

   "Haa guna lah." Sedang mereka leka bergaduh kecil, Puan Sri Fazila melangkah masuk ke dalam bilik dengan senyuman kecil. Kepalanya menggeleng melihat telatah pasangan cucu menantunya itu.

   "Haih budak-budak ni... Bergaduh je la kerjanya."

   "Mana ada gaduh nek..berkelahi sikit je."

   "Sama la tu, dok 'berkelai' tu awat? Am jangan ganas-ganas ye, Aqish tengah tak sihat ni."

   "Tak sihat? Nenek tau tak apa dia buat belakang nenek yang nenek cakap dia tak sihat ni?"

   "Ishhh jangan sibuk boleh tak? Kenapa nek? Ada apa-apa nenek nak cakap ke?"

   "Hmm ada. Ni..lagi dua hari mama korang nak balik, ajak nenek balik kampung. Katanya dah lama tak balik jenguk kampung. Tu yang nenek ingat alang-alang ada yang nak balik, nenek balik la sekali... Takde la nanti kena dua-tiga kali kerja patah balik.

   Cuma yang nenek risaukan ialah korang ni ha... Asyik bergaduh je, macam mana nenek nak tinggal? Boleh ke nenek tinggal korang ni?"

   "Nenek... Ni siapa nek?" Soal Amrin sambil tangannya menepuk lembut dadanya sendiri.

   "Ni Am tau nek... Suami cucu menantu kesayangan nenek ni..tau lah Am nak jaga macam mana. Small matter la nak jaga dia ni."

   "Ni bukan jaga biasa Am. Kalau jaga biasa-biasa tu aku tak kisah la... Ini jaga bini berpantang, bukan jaga orang demam."

   "Ya nek, Am tau. Kan nak dekat 2 minggu lebih dah Am tolong nenek uruskan isteri Am ni... Percaya lah, I can do this."

   "Betul ni? Kau boleh jaga makan-minum dia? Kebersihan diri dia? Bertungku, bertangkas, berurut semua? Boleh?"

   "Boleh nek inshaAllah."

   "Hmm kalau kau yakin boleh, tenang la sikit hati nenek nak tinggal korang berdua... Nenek boleh je tunggu lagi, tapi mama kau nak balik kampung kejap. Lepas tu nanti nak balik arab dah, takut tak sempat nak balik menjenguk kampung."

   "Hmm faham nek. Takpe nenek balik je kampung dengan mama abah. Am okey, boleh jaga Qisya. Isteri Am juga kan? No worries."

   "Hmm yelaa... Aqish, takpe ye nenek tinggal kejap? Nanti nenek balik sini lagi."

   "Takpe nek, jangan risau. Qis okey, lagipun abang ada. Sekarang ni pon Qis dah okey sikit. Sakit dah kurang..."

   "Kena jaga bagi betul tau. Minimum 40 hari... Kalau boleh tambah cuti, tambah lagi. Biar rehat bagi lama sikit."

   "Takpe nek, tengok macam mana... Sekarang ni okey je, so far so good."




   Beberapa hari kemudian, puan Amelia sudah siap berkemas untuk pulang ke kampung suaminya di Ipoh. Terasa berat hatinya mahu meninggalkan si anak dan menantu berdua, lagi-lagi dalam tempoh menantunya berpantang ini.

   Niat asalnya memang dia mahu terus ke Ipoh untuk menziarahi ibu mertuanya selama seminggu-dua, dan baki lagi seminggu akan digunakan untuk menziarahi Amrin dan Balqis di Seri Kembangan. Dari Seri Kembangan, dia boleh terus berangkat ke KLIA pada hari penerbangan mereka ke Doha. Sehala, senang dan mudah untuk semua orang.

   Tetapi malang tidak berbau, Balqis pula keguguran memaksanya menukar arah perjalanannya. Daripada Ipoh menjadi destinasi pertama, pada akhirnya menjadi destinasi terakhirnya sepanjang bercuti di Malaysia.

   Beg yang sudah dikemas diletakkan di tepi pintu bilik, senang jika mereka mahu berangkat jam 3.00 petang nanti. Puan Amelia terus turun ke dapur bagi menyediakan makan tengah hari yang sudah dijanjikan pada Amrin.

   Sengaja dia berjanji begitu pada Amrin. Walaupun Amrin tidak menyuarakan kehendaknya, dia tahu anaknya itu mahukan dia untuk memasak tengah hari itu. Maklum sahaja, ini kal terakhir dia mampu masak untuk si anak. Selepas ini mungkin ambil masa yang agak lama untuk Amrin kembali merasa masakan air tangannya.

   Puan Amelia melihat sekilas jam yang tegantung pada dinding di dapur. Sudah masuk waktu 11.25 pagi. Ayam yang sudah lembut dikeluarkan dari pagi tadi terus dimasak rendang ayam. Hidangan tengah hari yang akan disediakan adalah nasi butter bersama rendang ayam, gulai daging berserta sayur goreng dan masak lemak pucuk ubi.

   Bukan selalu dia berpeluang masak untuk Amrin, apa salahnya untuk dia masak sehabis-daya kali ini, demi memenuhi keinginan anak.

   "Fuhhh! Dah lama dapur tak berbau macam ni. Mama masak apa ni?" Amrin melangkah masuk ke dapur apabila hidungnya mula terhidu bau masakan. Laju sahaja kakinya melangkah ke dapur untuk membantu apa yang patut.

   "Masak special untuk Am. Rendang ayam, gulai daging, sayur goreng dengan masak lemak pucuk ubi sikit."

   "Sedapnya maa... Dah lama Am tak rasa mama masak macam ni. Tak sabar dah ni. Slrrp!"

   "Am tolong mama eh? Mama nak Am buat apa?" Puan Amelia tersenyum senang hati memandang Amrin yang sudah bersedia dengan pisau dan papan pemotong itu.

   Sejuk perutnya melihat satu-satu anak lelakinya itu sudah membesar dengan sangat baik. Santunnya ada, sopannya cukup, hormatnya lengkap. Sungguh, anak ini sangat berbudi pekerti. Rasanya jika dia meninggalkan anak ini, tiada masalah untuk anak ini meneruskan hidup dengan baik kerana sesungguhnya Mikael Amrin ini seorang anak yang sangat disayangi dan diredhai ke mana sahaja dia pergi.


   Selepas makan, masing-masing ambil masa untuk berehat. Puan Sri Fazila sudah naik ke bilik untuk menunaikan solat Zohor, manakala encik Malik kembali meneruskan kerjanya di bilik. Balqis memang sudah di dalam bilik, dilarang oleh Puan Sri Fazila untuk berjalan.

   Tinggal lah Amrin dan puan Amelia di ruang tamu bersama-sama meluangkan masa di hadapan televisyen.

   "Mama teringin nak tengok kita satu family pergi holiday sama-sama. Ada along, angah, Am dengan Balqis, dengan nenek."

   "Nak pergi mana ma? Am dengan Qisya boleh je join. Anytime, bagi tahu je bila."

   "Tulaa... Mama kena tanya Along dulu, bila dia boleh balik. Tau je la along tu bukan boleh cuti ikut suka hati."

   "Yelah... Nanti dah dapat date dari along, mama bagi tau Am."

   "Mama nak holiday kat mana?"

   "Terpulang la anak-anak mama nak pergi mana... Mama ikut je. I just want our whole family to be together, spend some quality time together."

   "Hmm kalau macam tu kita tak payah pergi jauh, dekat pon okey dah. Kita pergi Langkawi nak? Macam best je... Am tak pernah pergi langkawi lagi. Huhuhu..."

   "Alaa yekee? Kesian anak mama ni. Okey, kita pergi Langkawi ye? Nanti mama bagi tau along and angah."

   "Okey, beres!"

   "Maa... Emm..kalau Am request something boleh?" Amrin menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal bagi menghilangkan rasa janggal yang hadir.

   "Apa dia?"

   "Kalau..Am nak..peluk mama kejap boleh? You know just for the..remaining time. Sementara takde buat apa-apa ni. Qisya pon tengah tidur, abah kat atas. So..."

   Puan Amelia mula bergenang matanya mendengar permintaan si anak. Terus tangannya didepa lebar, menggamit Amrin ke dalam pelukannya. Amrin yang faham dengan isyarat mamanya itu terus bangun dari sofa yang sedang didudukinya itu lalu terus masuk ke dalam pelukan mama kesayangannya.

   "Mama jangan la nangis. Am minta maaf kalau Am ada buat mama terasa hati... Lagi-lagi hari tu. Am takde niat nak singgung hati mama. Am minta maaf ma. Am sayang mama, mama tahu kan?"

   "Mama tahu sayang, mama tahu. Am takde salah apa pon kat mama. Mama yang banyak buat salah kat anak mama ni.

   Mama pon nak minta maaf sandainya Am ada terasa hati dengan mama. Mama tak pernah beza-bezakan kasih sayang mama untuk anak-anak mama. Mama sayang anak-anak mama sama rata semua.

   Cuma kadang-kadang mungkin mama tersilap langkah, sampai Am ada terasa dengan mama, cemburu dengan kakak-kakak. Mama minta maaf. Lepas ni no more. Mama janji, mama akan sentiasa keep in touch dengan satu-satunya hero mama ni."

   "Janji? Betul??" Amrin yang pada asalnya melentokkan kepalanya pada bahu puan Ameia terus tegak duduknya dan memandang mamanya dengan wajah yang penuh teruja.

   "Betul sayang, mama janji. I swear with my life." Amrin kembali melentokkan kepalanya pada bahu puan Amelia apabila berpuas hat dengan janji yang diafaz mamanya.

   Tiada apa yang diinginkan, hanya sedikit masa untuk bersama mama tersayang. Itu sahaja yang diinginkan seorang Mikael Amrin, kasih sayang seorang mama yang meninggalkannya bertahun lalu.




















Promote:

Your First by Irdinaqilah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro