Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

56| Beralah

   Setelah 3 hari 2 malam Amrin membawa lari Balqis dari keluarganya, akhirnya mereka pulang ke halaman rumah petang Sabtu itu.

   Seperti yang sudah dijangka Amrin, puan Amelia setia menyambut kepulangan mereka di pintu rumah. Sebaik sahaja Amrin berdiri di hadapan mamanya, badannya terus ditarik ke dalam pelukan. Erat sekali pelukan puan Amelia seperti tidak mahu lepas.

   "Mama minta maaf... Mama minta maaf sayang. Mama takde niat nak pisahkan Am dengan Balqis. Mama harap Am faham kenapa mama buat macam ni." Ujar puan Amelia berbisik halus sambil mengusap lembut belakang badan anaknya. 

   Amrin hanya diam dan mendengar kata-kata mamanya. Malahan pelukan mamanya juga tidak dibalas. Jujurnya, dia masih terasa dengan mamanya yang memberikan cadangan umtuk berpisah dengan Balqis demi menyelamatkan Balqis.

   Sebaik melonggarkan pelukan, raut wajah anak bongsu kesayangannya itu dicium di serata wajah. Seketika kemudian, puan Amelia menarik Balqis pula ke dalam pelukannya.

   "Mama minta maaf Aqish..." Balqis yang tidak tahu-menahu itu hanya menayang senyum kecil dan mengangguk kecil kepalanya.

   Buat masa ini dia tidak mahu bertanya apa-apa dan memilih untuk memberikan Amrin peluang untuk membuka cerita padanya kerana dia tahu hal keluarga yang sedang disembunyikan darinya kini adalah sesuatu yang sangat besar. Jikalau tidak, masakan Amrin sanggup membawanya pergi dari keluarga yang dirindui selama ini.


   Jam sudah menunjukkan angka 8.10 malam. Amrin membawa masuk dulang yan berisi nasi, sup sayur dan ikan bakar. Sekali lagi Balqis mengeluh kecil, mengundang senyuman Amrin.

   "Kenapa sayang?"

   "Takde lauk lain ke? Best je semalam dapat makan sedap, hari ni dah back to basic." Ujar Balqis tidak berpuas hati dengan makanannya malam itu. Kepalanya mengingati kembali chicken chop yang dimakan semalam di Awanmulan Retreat.

   Oleh kerana mereka tergesa-gesa ke vila itu, tiada persediaan makanan yang sempat dibawa bersama, makanya dia merayu pada Amrin untuk memberinya peluang untuk menjamu selera dengan bebas memandangkan Puan Sri Fazila yang selalu memantau pemkanan pantangnya tiada.

   "Hahaha. Hari ni nenek masak lauk awak, abang tak boleh nak cakap apa la. Yang semalam tu diam-diam je, jangan bagi tau siapa-siapa. Mampuih abang kena luku kepala kalau nenek tau." Balqis terus menaik wajah mendengar kata-kata Amrin. Tanpa dapat ditahan, matanya turut bergenang, sedih dan pasrah dengan makanan pantang yang disediakan Puan Sri Fazila.

   "Alooo takmo la shedih-shedih... Okey, sayang nak makan apa? Esok abang belikan. Malam ni kena makan lauk ni dulu la. Boleh?" Amrin yang sudahpun mengambil tempat di birai katil itu mengusap lembut pipi isterinya. Geram. Semakin memerah wajah itu, menunjukkan Balqis semakin pulih dan sihat.

   "Nak makan ayam bakar... Pasar malam boleh ke? Yang ayam madu tu..sedapnya." Sudah terliur Balqis membayangkan ayam bakar madu berwarna oren keperangan itu.

   "Minyak banyak sayang, tak elok."

   "Alaaa... Kalau macam tu..Kenny Rogers okey ke?"

   "Emm Kenny Rogers pon healthy... Tapi abang kena tengok dulu macam mana, sesuai ke tak dengan awak... Kalau okey esok abang belikan."

   "Emmm dengan muffin sekali." Ujar Balqis perlahan, kepalana sudah terbayang ayam dan muffin di Kenny Rogers.

   "Tak dengar sayang, cakap kuat sikit..."

   "Beli muffin dia sekali. Vanilla."

   "Allahu! Over pula minta macam-macam..."

   "Tak boleh ke?" Soal Balqis dengan wajah sedih dan mucung bibir yang sudah menggigil keinginan.

   "Adoi... Comel sangat kenapa ni? Abang bukannya boleh buat apa-apa kat awak yang comel-comel sangat ni..."

   "Orang minta Kenny Rogers je kan!" Balqis terus menumbuk lengan Amrin. Puas hatinya dapat menumbuk lelaki itu. Ada sahaja perkara yang ingin diusik.

   "Aik? Marah pula? Tadi kemain comel rasa nak picit-picit je... Ni dah berapi macam lahar pula?" Balqis menarik wajah cemberutnya. Malas mahu melayan Amrin yang sudah masuk nakanya itu.

   "Hahahaha! Yelaa, ye-ye abang beli. Tapi esok kalau kantoi dengan nenek, abang tak nak jawab eh..."

   "Bagi la tak kantoi. Awak beli, letak dalam beg. Kalau tak pon awak bawa tupperware siap-siap dari rumah, suruh dia pack dalam tupperware."

   "Huish! Kemain dia ehh..." Amrin hanya mampu tersengih mendengar idea bernas dan nakal isterinya itu. Sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan makanan yang diidamkan termasuk ponteng pantang.




   Keesokan paginya, puan Amelia sudah siap mengemas beg pakaian miliknya dan suami. Memandangkan Amrin masih beku dan dingin dengannya, eloklah jika dia pergi buat sementara, memberikan Amrin ruang dan masa untuk menenangkan hati dan fikiran.

   Usai mengemas, puan Amelia turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Kelihatan Amrin sudah berada di dapur bersama Puan Sri Fazila untuk menyediakan sarapan pagi.

   "Haa Amy, meh makan... Dah siap kemas ke?" Amrin hanya mendengar perbualan antara nenek dan mamanya. Pada masa yang sama, soalan neneknya yang bertanya tentang 'berkemas' pada mamanya juga membangkitkan persoalan di dalam hatinya.

   "Dah siap dah mak."

   "Pukul berapa korang nak gerak?"

   "Mungkin lepas makan kot, tengok abang la nak gerak pukul berapa." Selepas berpuas hati dengan jawapan menantunya, Puan Sri Fazila berjalan keluar dari dapur meninggalkan kedua menantu dan cucunya.

   "Am? Balqis okey?" Soalan puan Amelia membantutkan aktivit Amrin yang sedang menyediakan sarapan Balqis.

   "Okey." Hanya sepatah sahaja yang keluar dari mulut Amrin, masih berat mulut untuk berbual dengan mamanya.

   "Balqis makan apa pagi ni?"

   "Baru nak buat lempeng oat."

   "Yelaa... Ni..mama nak balik rumah kak ngah jap dalam 3-4 hari ni. Mama tau Am perlukan masa lagi, so mama rasa better mama jauhkan diri dari Am sekejap untuk Am bertenang. Boleh?"

  "Suka hati mama la." Amrin terus mengangkat dulang sarapan pagi Balqis dan meninggalkan puan Amelia sendirian di dapur.




   Tepat jam 2.00 petang puan Amelia dan encik Malik bersiap-sedia untuk bergerak ke Melaka. Khidmat pembantu peribadi Puan Sri Fazila digunakan memandangkan tiada kenderaan untuk dipandu encik Malik untuk ke Melaka.

  Encik Malik membiarkan isterinya untuk bersama anak mereka sementara dia menunggu di dalam kereta kerana dia tahu anak dan isterinya itu perlukan masa untuk menyelesaikan konflik yang melanda. 

  "Mama pergi dulu ye sayang. Kalau ada apa-apa call je mama, okey?" Melihat Amrin yang masih enggan berbual dengannya itu, terus sahaja puan Amelia berdiri meninggalkan Amrin di sofa ruang tamu.

   Hatinya terluka diperlakukan sebegitu rupa oleh satu-satunya anak lelaki kesayangan tetapi apakan daya, salah juga terletak pada dirinya. Dia tidak sepatutnya mencuba-cuba untuk memisahkan si anak dengan kebahagiaan yang sudah dikecapi.

   "Mama." Panggilan Amrin membuatkan puan Amelia berhenti melangkah dan berpaling memandang anaknya. Amrin terus menarik mamanya ke dalam pelukan tanpa sebarang suara.

   Pelukan Amrin dibalas erat oleh puan Amelia. Dia tahu anaknya itu tidak akan sanggup melukai perasaannya, tetapi dalam hal rumah tangga si anak, Amrin terpaksa mengutamakan perkara yang penting buat masa ini dalam hidupnya iaitu Balqis.

   Ya, benar puan Amelia adalah ibunya, keluarga tetapi Balqis adalah isterinya, keluarga kecilnya yang paling rapat hubungan dengannya buat masa ini. Maka kerana itu, di dalam hal ini, di antara ibu dan isterinya, dia harus memilih Balqis, isterinya, tanggungjawabnya dan amanahnya.

   "Take carae sayang. Jaga Balqis baik-baik." Amrin hanya mengangguk kecil membalas permintaan mamanya.

   "Mama pergi dulu." Amrin hanya berdiri di muka pintu, menghantar kepergian mama dan abahnya ke Melaka.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro