Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

55| Perlu Kamu

   Keesokan paginya rumah kecoh dengan kehilangan Amrin. Puan Sri Fazila dan puan Amelia sudah jalan mundar-mandir memikirkan keberadaan Amrin, manakala encik Malik masih diam dengan wajah yang tenang menghirup kopi. Dia tidak habis fikir lagi mengenai kemungkinan bahawa anaknya itu hilang.

   Balqis hanya bersandar di sofa ruang tamu dengan iPhone di tangan. Terkejut bukan kepalang dia saat dikejutkan puan Amelia dan diberitahu bahawa Amrin sudah hilang. Serasanya Amrin ada tidur bersamanya malam semalam, tetapi mungkin juga Amrin menghilangkan diri usai Subuh sewaktu semua penghuni rumah masih tidur.

   Dia tidak merasakan suaminya hilang kerana kebiasannya Amrin akan keluar berjoging jika tiada di awal pagi. Tetapi oleh kerana jam sudah menginjak ke 12.00 tengah hari, masing-masing menjadi risau dengan kehilangan Amrin yang tiba-tiba itu.

   "Emm..mungkin abang ada hal kot. Lepas joging terus gerak...?"

   "Tapi dia tak bawa phone Balqis. Kalau dia keluar ada hal mesti dia bawa phone."Puan Amelia masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Amrin tidak mengapa dna hanya keluar sebentar.

   "Dah-dah tu Amy, bertenang. Mungkin betul juga apa yang Balqis cakap. Kejap dia balik la tu." Encik Malik mula bersuara apabila melihat isterinya yang panik dari tadi. Dia tidak berapa kisahkan isterinya, sebaliknya Balqis yang dikisahkan ketika ini.

   Sudah la menantunya itu masih belum sihat, dimarah pula atas kehilangan Amrin. Kasihan dia melihat wajah Balqis yang muram dan pucat itu.

   "Abang, tu anak kita tau. Kalau apa-apa jadi macam mana?? Dah la, saya nak pergi balai."

   "Nanti dulu. Belum 24 jam hilang. Polis tak boleh buat apa."

   "Habis tu takkan kita nak duduk je?"

   "Mak?" Puan Amelia sudah memapar riak wajah risau dan takut, memikirkan kemungkinan yang berlaku pada anak lelaki tunggalnya itu.

   "Sabar. Tunggu kejap lagi dia balik. InshaAllah takde apa-apa budak tu." Puan Amelia mengeluh berat lalu berlalu ke dapur, untuk menenangkan diri barangkali.

   Selepas 15 minit menunggu akhirnya Amrin pulang dengan wajah yang sugul dan baju yang basah melekat ke tubuh. Terus puan Amelia menerpa ke arah Amrin dan memeluk anaknya itu.

   "Am pergi mana hilang dari pagi??" Amrin yang terkebil-kebil tidak tahu apa yang terjadi itu terus meleraikan pelukan mamanya.

   Wajah-wajah yang sedang menunggunya di ruang tamu itu tidak diendahkan tetapi sebaik sahaja matanya menancap pada Balqis yang turut beriak risau memandangnya itu, dia terkaku seketika. Beberapa saat berdiam, Amrin memaksa kakinya menghampiri Balqis lalu lengan isterinya itu ditarik dan dibawa masuk ke bilik.


   Balqis hanya diam melihat Amrin menutup pintu bilik. Seketika kemudian Amrin mencabut baju jersinya yang sudah basah dengan peluh lalu dicampak masuk ke dalam bakul baju kotor.

   "Awak okey?" Melihat keadaan Amrin yang kusut itu tidak sampai hati pula dia mahu menyoal dengan bermacam pertanyaan.

   "Abang nak mandi kejap." Balqis hanya diam dan membiarkan Amrin berlalu masuk ke dalam bilik air. Dalam hatinya sudah terdetik sesuatu tentang Amrin.

   Dia yakin pasti ada sesuatu yang terjadi pada suaminya. Masakan tidak, Amrin yang ceria dan pemurah dengan senyuman itu hanya diam dan kelihatan murung. Jarang suaminya begitu membuatkan dia risau dengan masalah yang membelenggu lelaki itu.


   Setelah 20 minit berdiri kaku di bawah pancuran air shower, Amrin menutup pili air lalu mengeringkan tubuhnya. Wajahnya yang terbias pada cermin dalam bilik air sekali lagi membuat dia kaku.

   Pelbagai persoalan yang membelenggu dirinya membuatkan dia lebih banyak berdiam dan kaku. Tambahan lagi dengan terbongkarnya rahsia yang disimpan puan Amelia membuat dia mempersoalkan segalanya, membuatnya meragui dirinya, membuatnya buntu untuk berfikir bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah kali ini.

   Sebegitu malangkah nasib si isteri kesyangan? Mengapa? Apa yang sudah terjadi pada keluarga isterinya? Apakah motif di sebalik pembunuhan yang telah terjadi? Sampai bilakah semua ini akan berlarutan? Apakah tiada pengakhiran?

   Soal mamanya pula, bagaimana mama yang dihormati itu boleh terlibat dengan konspirasi pembunuhan keluarga isterinya? Apakah perkaitannya mama dan Balqis? Adakah mamanya terlibat dengan kematian ibu dan bapa isterinya? Sejak bilakah semua ini terjadi?

  "Dammit!"


   Sebaik tombol pintu air dipulas Balqis kembali berdri menunggu Amrin. Suaminya hanya keluar dengan sehelai tuala yang membaluti pinggang. Sepatah pun tidak keluar dari mulut itu, malah mata Amrin juga enggan berpandangan dengannya.

   Setelah bersiap dengan sehelai jeans hitam dan t-shirt putih, Amrin melangkah keluar dari bilik tanpa banyak bicara meninggakan Balqis yang semakin buntu.

   Tidak sampai 5 minit, Amrin kembali ke dalam bilik dengan sehelai dress labuh berbelang hitam putih dan kardigan knitted coklat lalu dihulurkan pada Balqis.

   "Siap."

   "Ha? Nak pergi mana?"

   "Siap cepat, abang kemas beg jap."

   "Tapi nak pergi mana?" Tanpa menjawab soalan Balqis, Amrin kembali keluar dari bilik yang dihuni mereka sementara waktu.

   Selepas 10 minit Amrin kembali dengan sebuah beg duffle di tangan. Balqis yang sudah bersiap memandang Amrin dengan pertanyaan. Melihat isterinya yang sudah bersedia, Amrin terus mencapai beg tangan Balqis sebelum dipimpin Balqis untuk keluar.

   Belum mereka menghampiri pintu rumah, Puan Sri Fazila sudah bersuara menghalang mereka.

   "Nak ke mana korang ni? Mana kau nak bawa Aqish tu Amrin? Isteri tu tengah sakit, dibawanya ke hulu ke hilir."

   Balqis dan Amrin serentak memandang ke belakang, ke arah tangga terakhir di mana Puan Sri Fazila sedang berdiri dan memandang mereka dengan garang.

   Amrin yang malas mahu mempedulikan neneknya itu kembali memimpin Balqis untuk keluar dari rumah.

   "Amrin, nenek tanya ni!" Suara tegas Puan Sri Fazila menggamit perhatian puan Amelia lalu dia juga turut melangkah menuruni tangga.

   Sebaik melihat Amrin sedang memimpin Balqis dengan sebuah beg di tangan, serta-merta dia menjadi risau.

   "Am... Nak ke mana sayang?" Puan Amelia terus menuruni tangga dan menghampiri anak dan menantunya.

   "I need to get away from this family." Kata-kata Amrin serta-merta mengundang ketakutan di dalam hati puan Amelia.

   "Am nak pergi mana sayang? Am jangan tinggalkan mama..." Lengan anaknya itu sudah ditarik, tidak mengizinkannya keluar dari rumah.

   "Nanti Am balik la..." Amrin terus memimpin Balqis keluar. Tanpa teragak-agak, Amrin terus menekan minyak kereta Evoque milik Balqis, meninggalkan puan Amelia yang berdiri dengan wajah kerisauan di muka pintu.




   Seepas 2 jam 30 minit perjalanan, mereka tiba di Awanmulan Retreat, Seremban. Sepanjang perjalanan masing-masing tidak bersuara. Amrin hanya diam melayani perasaan manakala Balqis lebih kepada merehatkan diri dan tidur.

   Selepas menguruskan daftar kemasukan, Amrin memimpin Balqis ke bilik mereka. Bilik chalet yang mempunyai balkoni menghadap ke arah matahari terbenam itu adalah satu-satunya tempat yang berada di dalam fikiran Amrin sebaik sahaja dia membuat keputusan untuk menjauhkan diri dari keluaganya seketika.

   "Here we are, welcome." Ujar Amrin sebaik sahaja dia mendudukkan Balqis di atas katil. Balqis hanya menarik wajahnya, masam sahaja memandang Amrin. 

   Amrin yang mahu ketawa itu sebaik-mungkin menyembunyikan sengihannya di sebalik wajah yang cuba dikawal agar kelihatan bersahaja.

   "Jangan la pandang abang macam tu." Perlahan-lahan Amrin melangkah ke arah Balqis lalu dia melutut di hadapan isterinya.

   Tangan isterinya diraih dan mainkan seketika jemari itu lalu dicium lembut setiap hujung jari si isteri. Balqis hanya diam dan memerhati kelakuan Amrin, yang dia yakin sedang dibelenggu masalah.

   Tidak lama kemudian Amrin menyembamkan wajahna pada peha Balqis. Balqis hanya melayan dengan membelai dan mengusap lembut rambut suaminya yang sudah semakin panjang itu.

   "Mmmmm..." Bunyi Amrin berdengkur manja keminkmatan menyedarkan Balqis dari termenung.

   "Awak naik la atas ni, baring." Amrin mengangkat wajah sebelum meninggalkan ciuman kecil di atas lutut Balqis lalu dia berdiri meregangkan badan.

   "Sayang baring la... Meh abang baring sekali." Amrin yang baru sahaja mahu naik ke katil terhenti saat melihat kaki Balqis yang tidak dibalut stokin.

   "Sayanggg..." Cepat-cepat Amrin mengorek beg duffle yang dibawa lalu dikeluarkan sepasang stokin tebal untuk membalut kaki Balqis.

   "Sorry-sorry, abang lupa nak pakaikan stokin tadi. Okey tak? Rasa sejuk tak kaki?"

   "Okey je. Dah, awak baring la." Amrin baring lalu tangannya menarik Balqis ke dalam pelukan. Kakinya turut memeluk kaki Balqis untuk memastikan isterinya itu kekal hangat.

   Selepas beberapa minit mereka berdiam diri melayani perasaan, Balqis akhirnya berbisik lembut menanyakan keadaan suaminya.

   "Awak okey?"

   "I'll be fine. I just need you here with me."

   "Sayang." Amrin yang sedang asyik membelai Balqis itu berbisik lembut memanggil.

   "Hmm?"

   "I'm sorry. No matter what happen, know that I love you..and I'm sorry."




   Telefonnya yang bergetar di meja konsul tepi katil itu dicapai lalu Amrin melangkah ke balkoni luar. Nama pemanggil yang tertera di skrin telefon membuatnya mengeluh panjang. Jam sudah menunjukkan 11.10 malam, mamanya masih belum berputus asa untuk menghubunginya sedari petang lagi.

   Sekali lagi telefonnya bergetar membuatkan Amrin mengeluh sebelum menjawab panggilan mamanya.

   "Am kat mana sayang? Am okey tak? Bila nak balik?"

   "Am tah habis marah mama lagi ke? Dari siang lagi Am tak nak cakap dengan mama..."

   "Am tak marah ma... Am kecewa." Puan Amelia hanya diam mendengar luahan Amrin. Bukan mudah untuk Amrin mencurahkan isi hatinya, kerana itu dia lebih memilih untuk berdiam dan mendengar. Dalam hal ini, sedikit-sebanyak dia juga bersalah.

   "Now how am I suppose to face my wife ma?"

   "Selama ni isteri Am hidup dalam kegelapan dan kebuntuan ma. She wanted to know so badly who her family is, and selama ni mama rupanya tau apa yang jadi. 

   Sekarang ni  macam mana Am nak bagi tau Qisya? Macam mana penerimaan Qisya mama? How will she accept our family? Even worse..how will she accept me ma?" Suara Amrin yang mula kedengaran sengau membuat puan Amelia mengetap bibir. Sakit anaknya, sakit juga dirinya. Sedih anaknya, sedih juga dirinya.

   "She just lost her baby. I can't bear seeing her filled with pain and hatred again. Am tengok betapa dia terseksanya hidup dalam kegelapan. I can't..bring myself to imagine..how she would react after knowing this whole truth." Amrin menjauhkan telefonnya seketika. Wajahnya yang sudah basah dengan linangan air mata diraup dan air matanya diseka.

   "Bukan senang dia nak terima Am ma... Bukan senang dia nak bagi Am masuk dalam hati dia... And now I have to risk losing her."

   "I love her mama... She's my wife, my life, my soul. I don't want to live in a place where she doesn't exist." Amrin terus mematikan panggilan lalu dia terduduk menutup wajah. Esakannya yang semakin kuat itu sedaya-upaya ditahan agar tidak mengejutkan Balqis yang sudah lena di dalam.

   Ya Allah ya Tuhanku.

   Bantulah hambaMu ini ya Allah.

  Sesungguhnya aku tak sanggup kehilangan Balqis. Apa yang patut aku lakukan ya Allah? Keputusan apa yang harus aku ambil untuk melindungi kebaikan semua pihak? Sungguh, aku hanya mahukan yang terbaik buat isteriku dan sungguh aku tak mampu untuk berpisah dengan Balqis.

   Tunjukkanlah jalan padaku ya Allah. Berilah aku pedoman untuk melindungi dan membahagiakan isteriku dengan cara yang baik bagiMu.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro