52| Kisah Di Sebalik I
Balqis duduk termenung di kerusi berjemur tepi kolam rumahnya. Memandangkan dia masih dalam pantang, dia tidak dibenarkan ke pejabat malah untuk keluar rumah sekali pun dia dilarang sama sekali.
Dia juga dipaksa memakai kain batik, baju lengan panjang dan berstokin setiap masa. Sudah lah dia tidak pernah berkain batik seumur hidupnya, terpaksalah diikat dengan tali pinggang supaya tidak terbuka ikatannya. Jikalau Puan Sri Fazila tahu dia sedang melepak di tepi kolam ini, pasti sahaja orang tua itu akan bising padanya.
Amrin sudah berangkat ke pejabat satu jam yang lepas kerana ada urusan kerja yang memerlukan perhatiannya secepat yang mungkin. Puan Sri Fazila juga sudah keluar awal pagi lagi bagi memenuhi temu janji pemeriksaan kesihatannya di salah sebuah hospital swasta ibu kota.
Tinggal lah dia bersendirian di rumah. Dia tidaklah sebetul-betulnya bersendirian kerana puan Amelia masih ada di dalam rumah itu, cumanya dia belum rapat dengan ibu mertuanya itu dan mungkin kerana itu juga dia masih belum pandai berkomunikasi dengan baik dengan mertuanya itu.
Amrin ada memberitahunya bahawa berkemungkinan abahnya akan tiba petang ini, jadi dia sangat berharap suaminya itu pulang seawal yang mungkin sebelum ketibaan bapa mertuanya itu. Seeloknya Amrin memperkenalkan dirinya secara rasmi pada ibu bapa mertuanya itu.
Puan Amelia yang baru turun ke bawah itu terus menuju ke bilik yang dihuni Balqis buat sementaa waktu di bilik bawah itu. Apabila tidak dijumpai kelibat menantunya itu, terus dia keluar dan mencari di luar.
Kebetulan angin yang meniup langsir di ruang tamu menarik perhatiannya. Terus sahaja puan Amelia melangkah ke tepi rumah dimana terletaknya kolam mandi itu sebaik melihat kelibat Balqis yang sedang duduk termenung.
"Balqis."
"Eh, mama..."
"Balqis buat apa kat luar ni?" Puan Amelia terus melabuhkan duduknya di kerusi berjemur bersebelahan Balqis.
"Ambil angin sikit."
"Balqis nak makan apa tengah hari ni? Mama boleh masakkan."
"Err takpe ma... Abang dah masak sebelum keluar pagi tadi." Sebaik Balqis menyedari dia tersasul, cepat-cepat dia memperbetulkan ayatnya. Sedaya-upaya dia mahu kelihatan elok di depan ibu mertuanya, sekurang-kurangnya dia tidak mahulah dikatakan sebagai isteri yang tidak berguna.
"Maksud Qis, abang tak bagi Qis banyak gerak..abang dah sediakan makanan..."
"Takpe, mama faham. Mama takde fikir apa pon, jangan risau. In fact, mama lagi suka tengok anak mama tu dengan Balqis. Amrin nampak sangat penyayang dengan Balqis."
"Abang memang penyayang." Gumam Balqis perlahan, mengakui sifat suaminya yang satu itu.
"Boleh mama tanya sikit?" Balqis hanya mengangguk dan fokus memandang ibu mertuanya itu.
"Do you like him?" Balqis terkedu apabila ditanya begitu.
"Like, as in sayang. Mama faham kedaan Balqis dengan Amrin. Berkahwin dalam usia masih muda dan masing-masing belum saling-mengenali masa tu. So after 7 years of marriage..how is everything?" Balqis menelan kesat liurnya, tidak tahu perlu jujur atau tipu.
"Takpe, Balqis boleh jujur dengan mama. I won't judge."
"Honestly, Qis tak sangka akan end up sebagai diri Qis yang sekarang. Sebelum abang datang, hidup Qis hanya sekadar kerja. Qis takde fikir benda lain selain kerja. Lagi-lagi pasal relationship, memang tak pernah terlintas dalam kepala Qis pasal hubungan Qis dengan suami. Tapi bila abang datang, everything sort of changes."
"Do you like the changes?"
"I like what he brought out of me. Qis tak sangka Qis boleh jadi seorang isteri. Seorang ibu..well almost an ibu? Haha..."
"I just can't help thinking that I'm not enough. I'm not enough for him. I'm not good enough for him. Nak jagakan anak abang dalam perut pon Qis tak mampu, macam mana Qis nak jadi seorang isteri yang..cukup seadanya untuk abang?"
"I mean I do have my own baggage, haha... Qis ada masalah Qis. Dan Qis rasa..jahatnya Qis kalau Qis heret abang sekali dalam masalah Qis, which is my life is my problem because... I just don't know who I am.
Qis takde asal-usul, Qis takde keluarga... Qis pernah ada keluarga, arwah atuk. Tapi atuk dah takde sekarang. Qis dah takde..blood bound dengan sesiapa. Yeah, orang mungkin boleh cakap bila dah kahwin, keluarga suami akan jadi keluarga kita isteri, sama juga dengan keluarga isteri akan jadi keluarga suami. But I have nothing and I have no one, I'm all alone." Perlahan-lahan tangan Balqis naik mengesat air mata yang mengalir di pipi. Walaupun gadis itu cuba menstabilkan bahu yang mula tersengguk, puan Amelia masih boleh melihat dengan jelas keadaan menantunya itu yang sedang kesedihan.
Tangan kiri Balqis yang kaku di atas peha ditarik puan Amelia lalu diusap lembut kekura tangan menantunya itu.
"Balqis bukan sendirian. Balqis ada Amrin, ada nenek, ada mama dan keluarga mama. Balqis jangan sedih ye?"
"Yang paling penting anak mama sentiasa ada untuk Balqis. Dia takkan pernah tinggalkan Balqis, percayalah. Percayakan anak mama ye sayang? Anak mama terlalu sayangkan Balqis."
Puan Amelia tiba di sebuah restoran mewah apabila jam tepat menunjuk ke jam 3.00 petang. Seorang pelayan lelaki terus membawa puan Amelia ke sebuah bilik menjamu selera peribadi di dalam restoran itu.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam ruang itu, terus puan Amelia menarik kerusi dan mengambil tempat berhadapan lelaki itu yang sedang tenang menjamu selera. Pintu bilik itu ditutup dari luar meninggalkan hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik itu.
"You promised that you'd leave my family alone. I buried that story for you. I hid the truth from my family, from the world. What else do you want?" Soalan puan Amelia itu membuatkan Megat Rahim berhenti mengunyah. Chopstick yang sedang dipegang kembali diletakkan pada piring di tepi.
"Yes and I'm still very thankful for that. But don't take me for a fool. Kau ingat aku tak tahu ke menantu kau tu waris tunggal Sharifah Qistina? Hmm? Kau ingat aku tak sedar ke yang Balqis Batrisya tu anak saudara aku?"
"Sudah la tu Rahim. I've seen her. She's hurt, a lot. She's in pain. Apa lagi yang kau nak rampas daripada anak yang tak bersalah tu? Kau dah hapuskan keluaga dia dari muka bumi ni, kau dah ambil hak dia sebagai main shareholder Teguh Empire tanpa dia sedar. Apa lagi yang kau nak??"
"Mustahil aku boleh jadi pemilik tunggal TE selagi adanya darah keturunan Sharifah Qistina. Balqis Batrisya, perlu mati."
"Kau gila. Takkan anak saudara kau pon kau nak bunuh??" Megat Rahim hanya menarik sisnis bibirnya.
"Sepupu aku dan keluarga dia pon aku boleh hapuskan, apatah lagi anak dia, yang sekarang ni secara kebetulan atau tak, dah pon jadi menantu kau. Dan isteri kepada satu-satunya anak lelaki kau."
"Kau jangan sentuh keluarga aku! Kau dah janji kau takkan sentuh keluarga aku!"
"Yes and I'm still keeping my word. Sebab tu menantu kau tu tak boleh melahirkan anak, dan dia perlu mati. I don't want any traces of her blood, her heirs in this world. Lebih baik kau pisahkan je anak kau tu dengan menantu kau, senang aku nak buat kerja." Tutur Megat Rahim tenang memberikan cadangan memisahkan Amrin dan Balqis.
"Funny... To think that she ended up in your family, becoming part of your family. I have no idea how this happen, but I sure do hope that you're not planning to protect and save her.
Ingat Amelia, kau tikam belakang aku, aku akan tikam setiap seorang daripada ahli keluarga kau sampai akhirnya nama kau dan seluruh keturunan kau lesap dari muka bumi ni. Sama macam Sharifah Qistina."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro