Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

48| Perubahan Mood

   Balqis sudah mula memandu seperti biasa untuk ke Suffix Media. Amrin pada mulanya agak keberatan untuk membenarkan Balqis memandu sendirian tetapi dia faham tuntutan kerja memerlukan Balqis sentiasa bersedia untuk memandu ke sana dan ke sini membuatkan dia malas untuk membantah lalu membenarkan.

   Sebelum berangkat ke tempat kerja masing-masing seperti biasa Amarin sempat menyediakan sarapan buat si isteri. Sandwich sebagai alas perut dan kopi untuk diminum dalam perjalanan. Seperti biasa, sarapan dihulurkan dan mereka akan masuk ke dalam kereta masing-masing sebelum berangkat pergi tetapi pagi ini Balqis mengejutkannya dengan suatu kelainan rutin yang tidak pernah disangka akan dilakukan si isteri.

   Balqis menariknya ke dalam pelukan lalu mengucup sebelah pipinya sebelum berlalu masuk ke dalam kereta dengan senyuman kecil meninggalkan Amrin yang kaku di hadapan pintu rumah. Kebiasaannya Balqis hanya akan mencium tangannya dalam keadaan terpaksa sebelum berlalu pergi dengan wajah yang masam mencuka, tetapi tidak pagi ini.

   Sebaik sahaja Evoque yang dipandu isterinya hilang dari pandangan mata, terus Amrin memegang pipinya yang baru sahaja dicium sang isteri.

   Apakah rasa ini?

   Terlalu membahagiakan!

   TERIMA MASIH TUHAN! TERIMA KASIH DUNIA!

   SEKARANG ISTERI AKU DAH SUKA AKU!!

   YAHOOO!!


   Balqis melangkah masuk ke bilik pejabatnya dengan senyuman yang mekar di bibir menggamit keanehan pekerjanya yang lain.

   "What happened to her? She's all smiley and all..."

   "Biar la dia, maybe that's what she needs, a whole week of break."

   Pintu diketuk sebelum perlahan-lahan dibuka oleh Elly.

   "Yes Elly?"

   "Good morning miss."

   "Good morning~." Ucap Balqis dengan suaranya yang meleret kegembiraan. Elly yang masuk bersama secawan venti Caramel Macchiato itu tercengang seketika.

   "Err..here's your coffee."

   "Ow! Thanks Elly." Balqis mencapai cawan huluran Elly itu lalu diletakkan di tepi mejanya, bersebelahan secawan kopi yang dibekalkan Amrin.

   "So what's the agenda for today?" Soal Balqis sambil tangannya lincah menekan papan keunci membuka email.

   "You have annual meeting at 10.00. At 2.00 pm you have another meeting with ...... . Then at 4.00 you have a photoshoot with Grazi."

   "Is that all?"

   "Zeeya from List Mag was requesting an appointment with you tonight over dinner. For now she's on hold, so would like to proceed? This is List Mag's first time interviewing us, so she may ask few personal questions."

   "Alright, put her on today's agenda." Elly mengundurkan diri setelah selesai memaklumkan agenda Balqis buat hari itu. Balqis kembali fokus melakukan kerjanya, membalas email, menyemak dokumen juga menandatangan dokumen yang perlu.




   Amrin melangkah masuk ke dalam pejabatnya dengan siulan riang menggamit perhatian pekerjanya yang lain. Masing-masing mencuri pandang bos mereka dengan kerutan di dahi. Manakan tidak, sudah seminggu bercuti balik sahaja ke pejabat sudah bersiul-siul seperti ada berita gembira yang disimpan.

   "Boss, suka semacam je ni kenapa? Ada good news ke?" Soal Syaqiel. Sedari Amrin melangkah masuk lagi dia sudah memerhatikan riang senang di wajah majikan merangkap jirannya itu.

   "Hmm? Takde apa. Aku happy la semua berjalan lancar untuk Knick Knack. Oh speaking of which, lunch on me. Nak makan apa, order je. Kita celebrate sikit."

   "WOWWW! INI YANG KITA MAHU BOSS!" Ujar Jo dengan tangan yang sudah menepuk riang. Siapa tak suka makan percuma bukan?

   "Bad?" Panggilan Amrin disambut Badli yang sedang tekun menghadap pc itu. Bad mengangkat wajahnya lalu memandang Amrin dengan dahi yang berkerut persoalan.

   Amrin hanya menyengetkan sedikit kepalanya, mengarahkan Badli datang menghadapnya. Tanpa banyak soal Badli terus mencapai buku nota/planner miliknya sebelum melangkah membuntuti Amrin ke ruang rehat yang diberi nama Creative Space itu.

   "Alright, so anything to update me?"

   "Yup. Kita dapat invite as one of the sponsors for E-Sport Exhibition at Mid Valley this upcoming 10th April. Exhibition for 5 days from 10am to 10pm. Organizer also provide us a booth, quite big jugak la, for us to introduce our product.

   Boleh jugak kita introduce our latest feature on Knickers, or kita juga boleh organize a game tournament, this is quite big la. Saya ada discuss dengan yang lain, everyone okay with it but we need to discuss this further with organizer. That's our idea la so far."

   "Okay that sounds good enough. Takpe nanti aku get back on that. Next?"




   Jam 11.00 malam barulah Evoque kepunyaan Balqis terparkir bersebelahan Aston Martin Amrin. Enjin kereta ceat-cepat dimatikan lalu dia ters melangkah masuk ke dalam rumah. Kakinya terus menuju ke bilik memandangkan dia sungguh penat hari itu.

   Pintu bilik dibuka dan dia terus disapa oleh Amrin yang sedang bersandar pada kepala kail dengan laptop di atas riba.

   "How was the interview?"

   "Macam biasa je." Balqis meletakkan beg tangannya ke meja konsul bersebelahan katil sebelm dia melangkah ke almari dan mencapai pakaian tidur. 

   Sambil menunggu Balqis siap mandi, dia menyambung kerjanya seketika. Dokumen yang terkandung segala maklumat tentang E-Sport Exhibition yang dibincangkan bersama Badli siang tadi dibaca sekali lalu bagi memastikan syarat dan peraturan yang ditetapkan bersesuaian dengan terma syarikatnya.

   Walaupun Knick Knack sudah dijemput sebagai penaja tidak bermakna dia tidak boleh menarik diri dari pameran tahunan itu jika ada syarat yang berat sebelah atau tidak adil bagi syarikatnya.

   Selepas 10 minit Balqis melangkah keluar dari bilik air dengan tubuh yang sudah siap berpakaian. Katil terus dituju lalu losyen di dalam laci meja konsul bersebelahannya dicapai untuk disapu pada kulitnya.

   "Come, abang buatkan." Ujar Amrin mempelawa diri menyapu losyen pada kulit Balqis, lebih kepada membelai dan mengulit Balqis baginya.

   Laptop ditutup dan diletakkan di meja konsul sebelahnya sebelum dia kembali fokus pada isterinya. Kaki Balqis ditarik dan diletakkan di atas pehanya. Kaki seluar pajama satin Balqis disingkap ke lutut lalu losyen disapu pada peha putih kemerahan itu.

   "How was your day?" Soal Balqis usai dia mengeluh melepaskan penat lelah seharian.

   "It was okey. Suka budak-budak kat office tu abang belanja makan hari ni."

   "Oh? What's the occasion?"

   "Saje lah abang belanja diorang, hari tu kan kita celebrate dengan team HQ, so this time abang celebrate dengan team Malaysia pulak." Balqis mengangguk melayani perbualan ringan dengan suaminya.

   Sambil melayan urutan lembut Amrin, Balqis bersandar memejam mata di kepala katil. Puas dapat melepaskan penat urat-saraf. Antara perkara yang disukai tentang Amrin adalah keprihatinan lelaki itu.

   Ya, dia beruntung mempunyai suami yang prihatin seperti Amrin. Sangat cekap dengan perubahan dirinya. Jika dia pulang dalam keadaan penat, cepat sahaja Amrin mendapatkannya dan memberi urutan yang boleh melegakan bebanan yang ditanggung seharian.

   Lama-lama dirasakan betisnya seperti disentuh sesuatu. Perlahan-lahan mata dibuka dan alangkah terkejutnya dia melihat Amrin menunduduk mengucup lembut betisnya.

   "Awak buat apa ni?"

   "Just appreciating my wife. Keras betis awak, shows how hard your effort ke sana-sini kerja."

   "Takde la, dah nama pon kerja. Awak tak payah la nak cium-cium bagai. Ish..." Balqis menolak lembut wajah Amrin yang masih menunduk dekat dengan betisnya itu. Kakinya ditarik dari peha Amrin dan dilipat bersila.

   Amrin kembali menyimpan losyen ke dalam laci. Wajah isterinya yang masih bersandar tenang di kepala katil diamati.

   "Apa pandang-pandang?" Soal Balqis dengan dahi yang berkert kehairanan.

   "Cantik la awak ni."

   "Lame! Dah la, nak tidur." Amrin ketawa suka melihat reaksi Balqis yang masih malu-malu itu. Melihatkan Balqis yang sudah berselubung dengan selimut itu cepat-cepat Amrin menahan.

   "Kejap la, tunggu la abang." Amrin bangun dan menutup lampu bilik, cepat-cepat dia mendapatkan katil lalu berbaring menghadap Balqis yang membelakanginya.

   Tidak berpuas hati dengan kedudukan mereka, Amrin terus meletakkan wajahnya di celah leher Balqis lalu pinggang isterinya dipeluk erat.

   "Good night sayang."

   "Nite."

   "Sweet dream."

   "Hmm."

   "Sweet dream of me."

   "Ish diam la, orang nak tido." Amrin menggigit bibir bawahnya, geram dengan Balqis punya pasal. Matanya lelap tidak lama selapas itu, melayan perasaan dalam tidurnya.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro