Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

47| Sayang Dia

   Sudah 2 hari berlalu sejak mereka pulang dari San Francisco. Balqis masih belum kebah dari sakitnya. Setibanya mereka di KLIA pada Ahad malam 2 hari lepas keadaan Balqis masih seperti biasa tetapi keesokan harinya keadaannya semakin memburuk.

   Perutnya berasa tidak sedap. Perasaannya seperti lapar-tidak lapar. Mahu makan tiada selera. Kepalanya berpusing sehingga dia hanya mampu berbaring. Tekaknya rasa mual-mual tetapi tidak sehingga mahu muntah.

   Sepanjang hari dia hanya merengek penat dengan keadaan diri. Amrin yang buntu dengan keadaan isterinya terus menerpa membawa Balqis mendapatkan rawatan di klinik. Pada awalnya dia hanya berpendapat bahawa Balqis jet lag kerana itu dia tidak membawa Balqis ke klinik tetapi sebaik melihat keadaan isterinya itu semakin memburuk terus dibawa Balqis ke klinik. Fikirnya Balqis mungkin diserang penyakit tetapi keputusan doktor hanya menunjukkan bahawa Balqis diserang gastrik.

   Dalam perjalanan pulang, Amrin sempat membungkus bubur McD buat isterinya memandangkan Balqis tiada selera makan. Sampai sahaja di rumah Amrin memimpin Balqis naik ke bilik terlebih dahulu sebelum dia menyediakan makanan buat si isteri.

   Lobak merah dan brokoli dikeluarkan dari peti sejuk lalu dipotong kecil sebelum direbus seketika. Buah epal merah juga dipotong menjadi helaian tebal untuk memudahkan Balqis mengunyah. Akhir sekali, uncang teh chamomile direndam seketika di dalam mug untuk menyediakan teh panas chamomile. 

   Apabila lobak merah dan brokoli yang direbus sebentar tadi sudah sedikit lembut, Amrin mematikan api dapur lalu mengetos sayuran itu sebelum memasukkannya ke dalam mangkuk yang sudah terhidang bubur ayam McD. Siap hidangan makan malam buat Balqis.

   Pening juga dia berfikir mahu memberikan si isteri yang sedang sakit gastrik itu makan apa pada mulanya tetapi kepalanya mudah mencari solusi dengan membuat carian di google. Semua yang terhidang elok belaka untuk merawat penyakit gastrik. Haranya Balqis tidak banyak mengeluh dan makan sahaja apa yang diberikan.

   Perlahan-lahan Amrin meletakkan dulang makanan yang dibawa naik itu ke meja sisi katil. Balqis yang sedang lena memeluk bantal itu didemah dahinya. Setelah berpuas hati, Amrin menejutkan Balqis dari tidurnya untuk menjamah sedikit makanan.

   "Sayang... Bangun kejap."

   "Bangun jap Qisya."

   "Apa dia?"

   "Meh, makan ni."

   "Tak nak la, takde selera."

   "Kena makan sikit jangan biar perut kosong. Nanti lagi sakit perut tu."

   "Meh la makan, abang suap."

   "Bangun sayang, makan dulu. Lepas ni sambung tidur balik, okey?"

   Lemah tidak bermaya sahaja Balqis bangun dan bersandar pada kepala katil. Kepalanya melentok menggamit Amrin mendekat lalu menadahkan bahunya buat si isteri untuk bersandar. 

   Sementara mengacau bubur menjadi suam, Amrin menyuruh Balqis mengalas perut terlebih dahulu dengan kepingan buah epal merah yang dikupas sebentara tadi. Setelah memastikan bubur benar-benar suam, perlahan-lahan Amrin menyuakan pada Balqis. Balqis membuka mulut dan mengunyah dengan perlahan-lahan, sedaya-upaya menahan tekak yang meloya sejak seharian itu.

   Sepuluh minit masa diambil untuk Balqis menghabiskan hampir keseluruhan mangkuk sederhana besar bubur McD yang sudah diubahsuai Amrin itu. Baki bubur yang tidak habis terus dihabiskan Amrin di situ juga. 

   Selesai memberikan Balqis ubat, Amrin bangkit untuk turun ke bawah, meninggalkan isterinya untuk berehat di dalam bilik. Sepah yang dibuatnya sebentar tadi dikemas bersih sehingga dapurnya kelihatan seperti baru lepas dicuci.

   Selesai menguruskan rumah, Amrin berdiri bersandar pada kaunter dapur sebentar. Sepertinya ada sesuatu yang perlu dilakukan tetapi tidak diingati. Apakah?

   Apa benda aku kena buat lagi ni?

  There's something missing.

   Bagi Qisya makan, dah.

   Kemas dapur, dah.

   Inform PA Qisya pasal MC, belum.

   "Oh yee! Elly!" Terus Knickers miliknya yang tersadai di atas kaunter dapur itu dicapai lalu aplikasi WhatsApp dibuka. Nama Elly terus dicari lalu dia terus memberitahu Elly tentang ketidakhadiran isterinya ke pejabat untuk beberapa hari lagi memandangkan keadaan isterinya belum sembuh.

   Sekali lagi kepalanya ligat berfikir akan apa yang harus dilakukan seterusnya. Hatinya kuat mengatakan ada lagi satu perkara yang belum dilunaskan.

   "Aduhh! Apa dia lagi??"

   "Ishh! Susah betul la kalau ada penyakit lupa ni!"

   "What?? What is it?? I know there's something more, but what?!"

   Cermin mata yang tergantung pada batang hidungnya dicabut lalu dia meraup wajahnya memikirkan satu perkara yang tertinggal.

   "Aduhai, ni yang buat aku nak create Jarvis ni. Biar elok boleh remind apa yang aku lupa. Dah macam mak nenek dah jadi pelupa ni Am. Apahal..." Seketika kemudian Amrin terdiam, mula mengingati perkara yang tertinggal itu.

   Call mama.

   "Yes... Call mama." Amrin hanya berdiri dengan keluhan kecil apabila mengingati kembali permintaan Balqis yang ingin mengenali keluarganya, ingin berjumpa dengan mamanya.

   "Oh man..."

   Knickers yang sudah dicampak ke tepi sebentar tadi kembali diambil lalu nombor telefon mamanya dicari di dalam log kenalan. Dengan nafas berat Amrin menghubungi mamanya yang berada di Doha itu.

   "Hello, assalamualaikum." Dengar sahaja suara gemersik itu, nafas Amrin seperti tersekat di kerongkong. Beberapa saat masa diambil untuk dia menenangkan diri sebelum menjawab salam mamanya di hujung talian.

   "Waalaikumussalam. Hello ma, Am ni."

   "Yes sayang, kenapa?" Soalan mamanya membuatkan Amrin tersentap seketika.

   "Kenapa? Tak boleh ke Am call mama?"

   "Tak bukan macam tu maksud mama. Of course la hero mama ni boleh call mama. You can call me anytime you want and I'll always be here to answer. Maksud mama, is there anything bothering you? Am ada masalah ke?" Suara mamanya dihujung talian yang kedengaran risau itu sedikit-sebanyak melembutkan hatinya.

   "Kenapa mama cakap macam tu pulak?" Soalan Amrin disambut ketawa geli hati di hujung talian.

   "Walaupun hero mama ni jauh, mama still boleh rasa yang Am ada masalah. Mother's instinct never lies."

   "Takde apa. It's just Am rindu mama is all..."

   "Aww sayang... Mama rindu Am jugak."

   "Bila mama nak balik Malaysia?" Soalan Amrin membuatkan mamanya terdiam seketika.

   "Mama tak boleh janji sayang. Kan mama dah cakap sebelum ni, mama kena tunggu abah settle kerja kat sini dulu baru mama boleh balik Malaysia."

   Tapi hari tu pon mama cakap benda yang sama and end up mama pergi holiday dengan kak long and kak ngah.

   "Tapi Am rindu mama. Am nak kenalkan Qisya kat mama. Qisya pon teringin nak jumpa mama."

   "Kalau macam tu Am bawak la Qisya datang sini, jumpa mama. Take a week break."

   "Tak boleh mama, Qisya tak sihat sekarang."

   "Hmm? Tak sihat, kenapa? Pregnant ke?"

   "Tak, it's not that. Mama tak boleh ke datang sini? 2-3 hari pon jadi la kalau mama tak boleh nak tinggalkan abah sangat."

   "Amrin..it's not that easy." Permintaan Amrin mengundang keluhan mamanya. Mungkin tidak disengajakan, tetapi sungguh Amrin terasa dengan reaksi mamanya.

   Sangkanya mamanya sudah bersedia untk pulang ke Malaysia walaupun sebentar untuk menemuinya, tetapi alasannya tetap sama seperti sebelum ini, seperti bertahun-tahun yang lalu. Mamanya masih meminggirkannya. Masih dengan idea untuk memisahkannya agar dia menjadi seorang lelaki yang kuat dan cekal.

   "Selalu macam tu... It's always not easy when it comes to me." Ujar Amrin, mengomel tidak puas hati dengan suara yang perlahan.

   "Apa dia? Mama tak dengar."

   "Takde apa la mama. Am faham, mama busy dengan abah and all. Takde masa nak jumpa Am, faham."

   "Amrin, don't say that."

   "Am minta maaf. Sorry kalau Am kacau masa mama. Take care, I love you."

   "Mikael Amrin..."

   "Bye ma." Panggilan terus dimatikan. Dadanya melepaskan nafas lelah yang sepertinya tersekat sepanjang perbualan dengan mamanya sebentar tadi.

   Save it ma, you always don't have time for me.


   Jam 9.50 malam Amrin naik ke bilik. Memandangkan sudah tiada apa untuk dilakukan leih baik dia naik ke bilik untuk tidur. Sebaik dibuka kelihatan Balqis yang sudah memerah wajahnya dengan sisa air mata yang kering.

   "Eh sayang, kenapa ni?"

   "Sakit perut..."

   "Sapu minyak panas kat perut."

   "Dah. Sakit lagi..."

   "Habis tu nak buat macam mana? Sayang tonggeng, kentut. Buang angin tu."

   "Dah cuba, tak boleh jugak..." Mendengarkan rengekan Balqis yang semakin menjadi-jadi itu membuatkan Amrin mencapai minyak panas ditepi meja lalu dilumur ke perut Balqis.

   Perut isterinya yang masih licin dengan kesan minyak itu diurut lembut dengan tapak tangannya. Selesai mengurut, tangannya yang mahu beralih ditahan Balqis.

   Balqis kembali meletakkan tangan Amrin ke atas perutnya.Separuh dari perutnya tertutup dek tangan Amrin yang besar itu.

   Amrin yang hairan dengan tingkah isterinya itu terus bertanya.

   "Kenapa?"

   "Tangan awak panas. Biar situ." Amrin tersengih kecil mendengar permintaan isterinya itu. Wajah Balqis yang kepenatan dengan mata yang hampir tertutup itu diperhati seketika sebelum kepalanya digeleng perlahan.

   Ada-ada je la kerenah budak ni.

   "Kejap, abang tutup lampu then kita tidur eh..." Amrin segera bangkit dan berlalu ke bilik air untuk menggosok gigi sebelum lampu bilik ditutup dan dia kembali berbaring bersebelahan Balqis.

   Selimut yang berada di peha Balqis ditarik menutupi tubuh mereka. Kepala Balqis diangkat agar berada di atas lengannya lalu tangan kanannya diletak ke atas perut si isteri yang terdedah. Perlahan-lahan prut isterinya diusap lembut bagi melegakan sakit perut yang dirasa.

   "Jangan gerak-gerak, duduk diam." Ujar Balqis dengan suaranya yang sudah kednegaran mamai.

   "Okey-okey tak gerak. Abang letak je." Amrin yang masih belum mengantuk itu hanya diam berbaring memerhati Balqis yang sudah lena itu.

   Mindanya secara tidak langsung melayang memikirkan bagaimana situasnya jika Balqis mengandung. Sedangkan baru sakit perut gastrik sebegini pun isterinya itu sudah merengek manja, apatah lagi jika isterinya itu merengek menahan morning sickness. 

   Tidak dapat dibayangkan juga baigamana seandainya jika perut Balqis benar-benar terisi dengan benihnya. Pasti comel isterinya itu nanti. Saban malam tangannya pasti akan begini, di atas perut Balqis mengusap dan membelai sehingga ke pagi. Teruja rasanya menantikan saat isterinya hamil.

   "Good night sayang, sweet dreams."

   "Sayang dia." Amrin mengucup dahi isternya seketika sebelum dia juga ikut terlelap. Semoga tidak lama lagi berita gembira muncul menyinari rumah tangga mereka.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro