Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

40| Mesra

   Sejak malam Amrin dan Balqis 'bercinta', Balqis sering menjauhkan diri dari suaminya. Bukannya apa, dia terlalu malu hingga sentiasa kelihatan kaku dan malu di hadapan Amrin. Sebagai seorang wanita moden yang berdikari dan kuat, imejnya yang sentiasa malu-malu di hadapan Amrin langsung tidak boleh ditoleransi akal fikirannya.

   Maka, dia lebih memilih untuk mengelak bertentang mata dengan suaminya. Jika Amrin di dalam bilik, akan dia segera turun ke ruang tamu. Jika Amrin di dapur, dia pula akan lari naik ke bilik. Jika Amrin berehat di ruang tamu, dia akan cepat-cepat melarikan diri dari pandangan suaminya itu.

   Amrin pula sepertinya sangat gemar menyakatnya. Semakin dia mengelak untuk bertembung semakin lelaki itu akan sengaja memunculkan diri. Lagi dia lari ke tempat lain, lagi lelaki itu mengejarnya dengan gerak perlahan. Sengaja mahu mengusik!

   Balqis turun ke dapur apabila Amrin masuk ke biliknya tanpa menoleh. Lega hatinya apabila si suami mula bekerja di dalam biliknya. Bukannya dia tidak sukakan kehadiran suaminya, tidak sama sekali. 

   Sejak malam itu, hatinya pasti berbunga-bunga apabila melihat Amrin. Hidu sahaja bauan tubuh lelaki itu yang bercampur minyak wangi yang dipakai apabila keluar sudah membuat kakinya menggigil cair. Belum lagi bertentangan mata dengan lelaki itu. Aduh! Lihat sahaja panahan mata Amrin yang lembut dan mendalam itu membuat hatinya menyahut salam cinta yang diberikan dalam setiap pandangan.

   Oh tidak! Dia sudah jatuh ke dalam dakapan cinta sang suami. Dia sudah kalah dengan hati dan perasaannya. Tidak pernah diharapkan yang dia akan jatuh cinta tetapi itulah situasinya sekarang, jatuh cinta pada yang halal.

   Balqis membuka peti sejuk dan mencapai sebotol mineral sejuk sebelum diteguk hingga puas. Cuaca panas yang melanda sejak akhir ini benar-benar membuat fikirannya kusut, tambahan pula situasinya yang boleh dikira janggal apabila berhadapan Amrin kini, lagi membuatnya serabut.

   Baru sahaja pintu peti sejuk ditutup, sepasang lengan kekar datang memeluknya erat. Balqis terus kaku dan kejung di situ.

   "Sayanggg kenapa awak lari dari abang? Jangan la main lari-lari, penat abang kejar tak dapat." Bisik Amrin perlahan dan sensual di telinga Balqis.

   Balqis sudah menggigil dengan peluh dingin dengan keadaan mereka tika ini. Seketika kemudian Amrin menggeselkan pipinya pada bahu dan tepi leher Balqis, lagilah membuatnya hampir terkucil di situ.

   "Sayang?"

   "Le..lep..lepas... Jauh-jauh sikit..." Ujar Balqis sambil meloloskan diri dari pelukan suaminya. Amrin yang perasan dengan ketidak-selesaan Balqis terus melepaskan pelukan pada pinggang comel isterinya itu. Kakinya yang baru mahu melangkkah mendekat ditegah Balqis. Terus wajah si isteri dipandang dengan terpinga-pinga.

   "Don't. Don't come near me, I need space. Saya panas. Please."

   "Oh okey." Amrin terus membuka peti sejuk dengan wajah yang mengerti. Balqis mula menarik nafas lega apabila suaminya itu mula memberi kerjasama. Dia kepanasan dan dia malu, kerana itu dia enggan dipeluk Amrin. Lebih kepada malu sebenarnya.

   Sentuhan permukaan sejuk pada wajahnya membuatkan Balqis terkujat seketika. Terbuntang matanya melihat Amrin menyentuh wajahnya dengan botol mineral yang disejukkan dalam peti sejuk.

   "Awak buat apa ni??"

   "Kata panas, abang nak tuam awak dengan air sejuk la." Tutur Amrin sambil-sambil itu dia turut menyentuhkan botol dingin itu pada lehernya.

   "Ahhh sedap." Botol itu kembali disentuhkan pada wajah Balqis. 

   Cepat sahaja tangan Balqis menepis sentuhan botol itu di wajahnya. Amrin yang tidak berputus asa terus menuamkan botol itu pada lengan isterinya dan sekali lagi Balqis menepis. Amrin memenadang Balqis seketika sebelum dia menyambung menuam pada leher Balqis, tetapi malang sekali Balqis menepis. Jadilah aksi tepis-menepis mereka di hadapan peti sejuk itu.

  "Apa benda awak ni??!"

   "Ishh! Boleh ke sana tak? Serabut la! Tepi!" Balqis terus melangkah keluar dari dapur dengan kaki yang sengaja dihentak kuat tanda membentak. Rimas dengan Amrin.

   Amrin menyimpan botol mineral dengan keluhan lembut. Ada sahaja yang tidak kena dengan isterinya itu.

   Ishhh!

   Asyik-asyik nak melekat, melekat, melekat!

   Kau ingat aku apa? Salotape??

   Serabut la!

   Wajah John yang terpampang pada monitor pc miliknya dijeling pedas. Sesuka hati sahaja lelaki itu menyuruhnya datang ke San Francisco bagi memenuhi impian warga Knick Knack Tech untuk meyambut ulang tahun syarikat yang ke-8.

   Amrin hanya memandang dengan penuh meluat cadangan sahabat merangkap COO pada Knick Knack Tech. Apakah semudah itu menyuruh orang merentasi benua demi menyambut ulang tahun? Tidak sama sekali!

   "Look man, you gotta be here. You're the founder, the CEO, the president. You need to be with the company to celebrate." Ujar John, dari tadi cubaannya memujuk tidak mendatangkan hasil.

   "I am with the company, here in Malaysia."

   "But it's not the same without you here! It's always been our tradition to get together every year during this time."

   "Well how about this year I break the tradition and celebrate with the team in Malaysia. Besides, my team here is working their ass off to make sure the new game we launched to be a blast off. I'm not gonna leave everything and go back to you guys just for the sake of celebrating anniversary. No."

   "I'm not asking you to leave everything, just come back here for a couple of days at least to do the honor of the first speech."

   "Well I could always skype to give the speech."

   "God dammit!" John sudah mula pasrah dengan kedegilan Amrin. Cerim matanya dibuka lalu dilemparkan ke tepi meja. Amrin menjongket sebelah keningnya, tidak gemar apabila dipaksa sebegitu.

   "Okay, okay... Fine. But at least, please reconsider this. You can bring your wife along. Think of it as..your honeymoon. A short romantic getaway for you both. Okay?"

   "I'm not gonna promise you that. And I don't think I would be able to come back. Don't put any hopes on."

   "But at least you'll reconsider, right?"

   "Nope. Not promising you that."

   "Man, you're such an ass!"

   "Well yes, I do have an ass. And it's fineee!"

   "Shut up..."

   "Hahahahaha. Anyway, send me the paperwork about the green tech I asked you to discuss with the team." Ujar Amrin dengan tawa gembiranya. Sambil itu kertas kerja tentang projek mega di Malaysia yang memerlukan khidmat Knick Knack diminta.

   Walaupun dia sudah jauh dari cawangan utama syarikatnya, dia masih membincangkan tentang projek-projek yang melibatkan Knick Knack di Malaysia dan Asia dengan rakan kerjanya di San Francisco demi pendapat dan perbincangan yang adil dan rasional.

   "On it."

   "Thanks man. Don't be upset, you know I love you right?"

   "Huh!"

   "HAHAHAHAHAHA! TTYL MAN!"

   "Yeah yeah, whatever." Seketika kemudian monitor yang terpampang penuh wajah John gelap tanda panggilan video Skype sudah ditutup oleh pemanggil di sana.

   Amrin menyandar pada kerusi kerjanya dengan fikiran yang sedang rancak berfikir dan mempertimbangkan cadangan John. Bukannya dia tidak mahu untuk pulang ke San Francisco, sudah berbulan dia tidak pulang ke sana tetapi hidupnya kini berbeza dengan sebelum ini.

   Kini, dia sudah mempunyai cawangan syarikat yang perlu dipantau. Dia kuga terikat dengan jadual penampilan media juga temu bual yang sudah dipersetujui. Dan yang pasti, dia punyai isteri yang harus dijaga di sini. Bukan senang untuk dia kembali ke sana walaupun untuk masa beberapa hari.

   Balqis juga sentiasa sibuk dengan kerjanya. Saban hari ada sahaja majlis yang perlu dihadiri membuatkan masa dan jadual isterinya itu lebih padat dan sibuk.

   Amrin memulas tombol pintu bilik perlahan-lahan sebelum dia melangkah masuk ke dalam. Kelibat Balqis yang sedang melakukan rutin hariannya dengan memakai produk penjagaan muka dipandang sekilas sebelum dia duduk bersandar pada kepala katil.

   Mereka belum bersuara sesama sendiri sejak Balqis menolak dan rimas dengannya pada awal hari itu. Amrin melayan Knickers miliknya dan bermain game seketika, sengaja mahu menguji tahap keras kepala isterinya. Buat masa ini Balqis dikategorikan sebagai kepala besi kerana masih belum menegurnya, belum meminta maaf padanya dan belum rasa bersalah terhadap kelakuannya hari itu.

   Amrin tersenyum jahat di dalam hatinya.

   Takpe sayang, kita tengok siapa yang kalah.

   Balqis hanya diam merapikan wajahnya dengan pelembap. Sejujurnya dia tidak tahu mahu menunjukkan reaksi bagaimana setelah dia menolak suaminya. Dia tidak bermaksud untuk berkasar dengan Amrin, cumanya dia masih belum betul-betul selesa dengan keintiman Amrin terhadapnya kerana itu dia terlepas laku.

   Lelaki itu sejak 'mendapat' darinya beberapa hari lepas berterusan mahu menempel padanya. Ke mana dia pergi pasti akan diikut. Sudahlah dia masih malu dengan insiden malam itu, lagi suaminya itu mahu dekat-dekat dengannya. 

   Dia tidak diberikan masa untuk bertenang dan mengawal perasaannya. Dia tidak mahu kelihatan malu-malu dan kerdil di hadapan Amrin kerana dia seorang wanita yang kuat. Seorang Balqis Batrisya tidak pernah ragu-ragu dan tidak berkeyakinan, kerana itu dia memerlukan masa untuk kembali membina keyakinan apabila berhadapan dengan suaminya sendiri.

   Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri katil. Sampai sahaja di hujung katil, kakinya teragak-agak untuk naik dan berbaring bersebelahan Amrin.

   "Tunggu apa lagi? Cepat la, nak tidur." Tutur Amrin tanpa memandang ke arahnya. Lelaki itu kemudian mula berbaring terlentang dengan tangan yang masih memegang Knickers, bermain game. 

   Balqis berbaring membelakangi Amrin pada mulanya tetapi cepat-cepat dia membalikkan badannya dan berbaring terlentang menghadap siling, masih malu untuk menghadap suaminya.

   Amrin sengaja menguap dengan kuat lalu meletakkan Knickers di tepi. Kedua belah lengannya disilang lalu diletakkan di bawah bantal. Matanya mula pejam dengan posisinya yang masih menghadap siling bilik.

   "Apa pandang-pandang? Tidur cepat." Ujar Amrin apabila dirasakan seperti ditenung Balqis, cepat-cepat dia menyuruh isterinya itu tidur.

   Balqis menggigit bibir bawahnya dalam posisinya yang sudah menghadap Amrin sebaik sahaja lelaki itu memejam mata sebentar tadi. Seperti sudah dapat mengagak apa yang mahu dilakukan Balqis, terus sahaja dia bepusing menghadap isterinya dengan mata yang masih terpejam. Setelah 10 saat berlalu, barulah matanya dibuka dan perlahan-lahan naik memandang mata Balqis.

   "Nak cakap apa?" Balqis menunduk, mengelak pandangan mata Amrin. Malu dirasakan apabila lelaki itu seperti tahu-tahu sahaja apa yang ada di dalam fikirannya.

   "Cepat cakap. Abang tengah bagi awak peluang untuk bersuara ni." Terus mata Balqis naik memandangnya.

   "Sa..saya... Saya tak sengaja..."

   "Tak sengaja pasal apa?"

   "Pasal siang tadi... Saya tak sengaja..tertinggi suara kat awak."

   "Saya belum biasa... Awak pe..peluk-peluk saya. Saya..malu." Balqis terus menundukkan wajahnya yang sudah memerah. Sumpah, dia teramat malu berhadapan dengan Amrin sebegini.

   "Pandang abang."

   "Qisya..." Balqis kembali memandang Amrin apabila suara lelaki itu mula kedengaran besar.

   Sebaik dia memandang Amrin, dia mula keliru dengan penerimaan suaminya. Sebentar tadi suara suaminya itu kedengaran tegang seperti mahu memarahinya. Tetapi sekarang wajah suaminya itu lebar dengan senyuman. Sungguh dia tidak memahami perubahan mood lelaki itu.

   "Dah buat salah cakap apa?" Wajah Balqis bertambah merah apabila disoal begitu membuatkan Amrin tersenyum semakin lebar, suka mengusik isterinya begitu.

   "Cepat, abang nak dengar." Balqis mengeluh lembut apabila didesak Amrin.

   "Saya minta maaf."

   "Okey. Come here." Amrin mendepakan sedikit tangannya untuk memberikan ruang pada Balqis masuk ke dalam dakapannya. Dahi isterinya dicium seketika sebelum dia menghidu haruman shampoo di rambut isterinya itu.

   "Abang boleh maafkan awak, tapi dengan syarat."

   "Syarat apa?"

   "Disebabkan awak dah buat salah kat abang hari ni, you need to be punish first. Then baru abang maafkan awak."

   "Apa dia?" Soalan Balqis itu membuatkan Amrin bersorak riang di dalam hati.

   "Malam ni abang nak bercinta dengan awak."

   "Hah?"

   "Alaa sayang, baru je few nights ago kita bercinta. Malam ni abang nak bercinta lagi dengan awak."

   "Bercinta how?" Amrin mengekek perlahan sebelum dia berbisik pada Balqis.

   "Ta..tapi..." Belum habis Balqis gagap memberi alasan Amrin sudah naik menindih tubuhnya.

   "Jom."

   "Bismillahirrahmanirrahim..." Balqis hanya memjam mata saat Amrin menjalankan tugasnya. Malunya terpaksa ditolak tepi kali ini demi tuntutan Amrin. Asalkan Amrin mahu memaafkannya, itu sudah cukup. Perasaan malunya itu akan disambung esok.
































Promote:

▪️Melissa by idgafsha

▪️Lelaki Pujaan Hati by nuremerald


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro