36| Tuah Memihak
Pembentangan kertas kerja di hadapan didengari Amrin dengan penuh tekun. Undangan yang diterima sebagai salah sebuah panel penasihat bagi salah sebuah projek mega yang terbesar di Malaysia itu tidak sedikit pun diambil ringan.
Walaupun peranannya tidaklah boleh dikira sebagai peranan utama, tetapi masih sahaja kata-kata, nasihat mahupun tunjuk ajar yang keluar dari mulutnya sangat berharga bagi pelaksanaan projek mega itu.
Projek mega yang merupakan usahama antara beberapa syarikat pembangunan terkemuka Malaysia iaitu Titania Development Berhad dan A-LAND Property bagi membina dan membangunkan sebuah kawasan perumahan moden yang lengkap dengan kedai dan kawasan rekreasi.
Tujuan Amrin diundang adalah demi memberi pandangan terhadap teknologi dan perkhidmatan internet yang akan digunakan secara meluas dan percuma yang juga termasuk dalam pakej pembangunan kawasan tersebut.
Memandangkan Amrin merupakan salah seorang anak muda Malaysia yang berjaya membina nama sebagai pengasas KnickKnack Tech yang juga pakar di dalam bidang pembinaan teknologi dan maklumat, makanya pandangan yang akan diberikan akan diambil kira dan dipertimbangkan demi kebaikan dan kemajuan projek yang bakal dijalankan.
Tanpa disedari Amrin, ada mata yang memerhati di sudut bilik mesyuarat itu. Ya, Megat Rahim turut terlibat dalam pembangunan projek mega ini.
Mungkin Amrin belum betul-betul mengenali muka-muka setiap orang yang terlibat dengan projek mega di dalam bilik itu membuatkan dia terlepas pandang seraut wajah yang dari awal mesyuarat memerhatinya tanpa alpa.
Di dalam hati, Megat Rahim sudah menarik senyum gembira. Tidak perlu bersusah-payah dia menyiasat dan mencari lelaki itu, hari ini lelaki itu datang padanya. Malah, lelaki itu juga merupakan salah seorang penasihat bagi projek mega ini. Senang baginya untuk melaksanakan rancangannya.
Dia akan mulakan rancangannya dengan Amrin, selepas itu baru beralih pada Balqis Batrisya, anak saudaranya sendiri. Rancangannya semakin mudah untuk dijalankan jika beginilah caranya. Nampak gayanya tuah memihak padanya.
Tunggulah Balqis Batrisya.
Masa kau akan tiba.
Amrin tiba di perkarangan rumah tepat jam 9.00 malam. Petang itu dia tidak dapat menjemput Balqis pulang dari pejabat kerana terpaksa turut serta dalam sesi makan malam yang dianjurkan ahli lembaga pengarah Titania Development.
Itu pun bergegas dia makan dan meminta diri untuk pulang ke rumah. Ada dari mereka yang menyertai makan malam itu bertanya sebab dia bergegas untuk pulang, nasib sahaja ada yang menyokongnya dengan alasan dia rindukan Balqis.
Tidak dinafikan juga, Balqis turut dikenali dalam kalangan ahli lembaga pengarah itu. Siapa sahaja yang tidak mengenali gadis yang berjaya bertakhta di dalam hati jutawan tech muda, Mikael Amrin itu?
Maka tidaklah dia terlalu malu dan serba-salah untuk meninggalkan ahli mesyuarat yang lain. Terus sahaja dia melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang.
Laju pemanduannya pulang ke rumah. Manakan tidak, serba-salah perasaannya apabila menyuruh isteri kesayangan pulang dengan perkhidmatan Grab Car. Tidak pernah-pernah dibiarkan isterinya itu bebas berdikari sendiri sekembalinya dia ke tanah air, hari itu berjaya memecah rekod baiknya dalam menjaga dan menatang Balqis bagai minyak yang penuh.
Perlahan-lahan pintu rumah dibuka dan dia melangkah masuk ke dalam rumah tanpa suara. Salam hanya disebut di dalam hati. Susuk tubuh Balqis yang sedang duduk membelakanginya di kaunter dapur dihampiri.
"Hai." Bisik Amrin lembut di telinga Balqis. Tidak seperti Amrin yang tenang itu, Balqis menjerit kuat apabila terkejut mendengar suara bisikan Amrin yang tiba-tiba sahaja muncul di sebelahnya.
"Ishhh! Awak ni kan, dah kenapa??! Terkejut tau tak!!" Pantas tangan Balqis memukul-mukul bahu dan lengan Amrin membuatkan lelaki itu berkerut menahan sakit. Stool bersebelahan Balqis diduduki.
"Sorry-sorry, abang tak sengaja. Abang takde niat nak terkejutkan awak, sorry."
"Ishhh tak suka la awak ni!!" Ujar Balqis dengan merengus kasar. Dadanya masih lagi diusap perlahan bagi melegakan degupan jantung yang berdebar kuat dek kejutan 'hai' Amrin.
"Sorryyy... Sayang dah makan?"
"Dah la! Tengok la jam dah pukul berapa? 9 malam!"
"Sayang makan apa?"
"Takyah sibuk la."
"Alaaa... Marah ke? Jangan la marah." Amrin bangun dan memeluk erat Balqis.
"Abang minta maaf kalau abang buat awak terkejut tadi. Abang tak sengaja. Abang faham, awak takut. Sorry sayang..." Tutur Amrin perlahan sambil tangannya mengusap lembut belakang badan Balqis. Ubun-ubun gadis itu dicium sekejap sebelum dia kembali menatap wajah isterinya itu.
"Sayang buat apa kat dapur ni? Tunggu abang balik eh?" Amrin sudah menayang sengih kerang, gembira kerana Balqis menunggu kepulangannya.
"Mana ada. Tak nampak ke orang tengah buat kerja ni?" Soal Balqis sambil mulutnya menjuih pada iPad di atas kaunter.
"Huh? Kerja? Kerja apa? Jarang awak bawak balik kerja."
"Tengah tengok video diorang buat ni, esok kena publish." Video teaser disebalik tabir photoshoot bagi edisi Essentialist yang seterusnya akan dikeluarkan di media sosial buat tatapan umum. Maklum sahaja selebriti yang menjadi topik utama edisi yang akan keluar merupakan nama besar dalam industri fashion dunia iaitu Bella Hadid.
"Wuuu Bella Hadid! Bila dia datang?" Soal Amrin mula berminat dengan teaser di iPad. Balqis menoleh dan memandang dengan pandangan serong.
"What? Bella Hadid kot... Tak cakap pon jumpa dia."
"Kalau jumpa pon kenapa?"
"Abang nak jugak jumpa, shake hand dengan dia, selfie sikit..." Balqis hanya mengeluh pasrah lalu kembali menumpukan perhatian pada video itu.
"Kenapa mengeluh? Jealous ke?"
"Jangan tanya soalan bodoh macam tu, geli nak jawab."
"Hahahaha... Awak tak jealous ke kalau ada perempuan dekat-dekat dengan abang? Nak kat abang?"
"Takde maknanya nak jealous."
"Sampai hati..."
"Awak lama lagi ke?"
"Lama kot... Kenapa?"
"Abang nak naik dulu. Nak mandi. Awak okey sorang?"
"Okey je."
"Betul ni?"
"Selama ni saya duduk rumah ni sorang, okey je." Kata-kata Balqis itu membuatkan Amrin terdiam sebentar. Mungkin Balqis tidak berniat untuk mengungkit tetapi Amrin menjadi serba salah kerana meninggalkkan isterinya itu berseorangan selama ini.
"Nak naik pergi je la."
"Haa, okey. Abang naik dulu. Kejap lagi dah habis, naik tau."
"Ishh orang tau la."
Amrin memandang wajahnya pada biasan cermin yang basah dengan wap air panas. Kata-kata Balqis kembali terlayar di fikirannya.
"Jangan tanya soalan bodoh macam tu, geli nak jawab."
"Takde maknanya nak jealous."
Dia tak jealous tengok aku dengan perempuan lain?
2 benda je boleh jadi. Samada dia memang tak suka aku or dia suka orang lain.
Takkan pula dia suka orang lain?? Tak mungkin!
So maknanya dia tak suka aku. No, belum suka. Not yet.
Takpe sayang. Abang akan pikat awak sampai hati awak penuh dan tak boleh isi nama orang lain dah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro