35| Symptom
Pagi itu Balqis bangun awal dan mendapati Amrin tiada di sebelahnya. Cepat-cepat dia bangun dan menuju ke biliknya. Dia perlu bersiap untuk ke pejabat pagi itu. Harapnya mood Amrin sudah baik kerana jujur dia tidak tahu mahu berkata apa jika Amrin masih belum baik anginnya.
Selesai menyarung kemeja kelabu berjalur putih yang di tuck-in ke dalam seluar slack hitamnya, Balqis terus turun ke dapur. Dia tidak terlalu gemar untuk menyolek wajahnya. Hanya toner, pelembap, krim siang dan sedikit foundation diratakan pada wajah disertakan dengan gincu berwarna bibir.
Amrin yang menyedari kehadiran Balqis terus berpaling dan menegur.
"Good morning."
"Morning." Balqis mendapatkan peti sejuk dan menuang jus buah untuknya dan Amrin lalu diletakkan di atas meja.
Melihat Amrin yang sudah kembali masak menyediakan sarapan pagi itu, hatinya sedikit lega. Mujur sahaja lelaki itu sudah kembali pada dirinya yang sebelum ini.
Cepatnya mood dia ok.
How did he do that?
Macam ada switch on/off emotion pulak.
Balqis yang ingin membasuh tangannya di sinki, terhenti bergerak saat tubuh Amrin terlalu rapat dengannya.
"Oops! Sorry." Hampir berlanggar mereka. Kebetulan Amrin ingin mencapai pinggan bersih di tepi sinki. Balqis berhenti melangkah, memberi laluan pada Amrin yang lincah bergerak dan menyediakan sarapan pada pagi itu.
Scrambled eggs dan baked beans dihidang di atas meja. Sarapan pagi yang mudah dan cepat disediakan. Masing-masing menjamu selera tanpa banyak bunyi. Amrin masih dengan wajah biasanya ketika makan, Balqis sebaliknya sedaya-upaya menahan malu apabila berhadapan dengan Amrin pagi itu.
Apabila mengingati kembali insiden malam sebelumnya, dia jadi malu sendiri. Mengenangkan sisi Amrin yang lemah sebegitu, yang manja memeluknya, membuatkan wajahnya panas tiba-tiba.
"Qisya? Okey?" Balqis mengangkat wajahnya dan secara tidak langsung matanya bertentangan dengan mata Amrin. Semakin menyerbu malu ke mukanya. Cepat-cepat wajahnya ditundukkan dengan anggukan kecil.
"Okey." Amrin hanya senyum kecil melihat kelakuan Balqis pagi itu. Sememangnya dia mengesan kelainan pada isterinya pagi itu. Tidak dinafikan juga perubahan moodnya semalam menjadi salah satu sebab Balqis tidak tahu mahu beriak bagaimana. Justeru itu membuatkan isterinya itu seperti sedikit janggal.
Di dalam kereta, Amrin diam-diam mencuri tengok Balqis di sebelahnya. Sedikit pun wajah itu tidak menghadapnya. Balqis lebih banyak memalingkan wajah memandang ke luar tingkap di sebelahnya.
"Qisya, awak ok ke?" Soal Amrin membuatkan Balqis sedikit tersentak.
"Ok je..."
"Macam tak selesa je abang tengok awak dari tadi." Sejak mereka memulakan perjalanan lagi Amrin perasan ketidak-selesaan Balqis di sebelahnya pada pagi itu. Tidaklah dia mahu membuat isterinya lebih tidak selesa dan malu, makanya dia hanya mendiamkan dirinya.
"Tak..ok je..." Setelah beberapa saat berlalu tanpa suara Amrin untuk meneruskan perbualan, dia kembali bertenang.
"Awak malu dengan abang eh?" Terbantut niat Balqis untuk bersandar dengan tenang apabila sekali lagi Amrin menerjah soalan padanya. Bertambah panas wajahnya kerana malu disoal begitu.
"T-tak... Mana ada." Baginya cukup-cukuplah dengan insiden malam sebelumnya membuatkan dia malu, dia tidak mahu diserang perasaan malu lagi pagi itu.
"Emm... Abang minta maaf kalau awak tak selesa dengan abang... Semalam tu lupakan je la. Abang..break down sekejap. Emotional sikit."
"Hmm. Err..awak dah ok ke?" Soal Balqis berbasi-basa, tidak mahu membiarkan perbualan mereka tergantung begitu yang boleh menjerumus pada kejanggalan yang bertambah.
"Ok dah. Don't worry, I'm fine. Semalam tu..dah tak tertanggung sangat..tu yang jadi macam tu. Sorry eh kalau awak tak selesa."
"Hmm takpe." Keadaan kambali diam selepas itu. Tidaklah seperti diam yang janggal.
Balqis mula bertingkah mahu menyoal Amrin atau tidak tentang keluarga lelaki itu. Sifat ingin tahunya kuat menguiasai diri membuatkan mulutnya gatal mahu bertanya dan tahu lebih lanjut tentang situasi keluarga Amrin.
"Emm..apa jadi sebenarnya? Like..macam mana boleh jadi macam..sekarang?" Perlahan sahaja soalan itu dilontarkan, tidak mahu kedengaran menyibuk.
"Macam abang cakap semalam, distance. Terlalu lama berjauhan dengan family and takde masa untuk jumpa. Lama-lama it became awkward..sampai abang tak tau macam mana nak bersembang, bergurau or even be in the same space with..mama.
Dengan semua sebenarnya tapi dengan kakak-kakak abang, I can still join in the conversation. Dengan abah, abang tak berapa rapat but man-to-man, still boleh bersembang la. Tapi dengan mama..it feels like there's something blocking. Abang tak tau kenapa."
"Mama awak takde datang melawat awak masa study?"
"Takde sangat sebab..I don't know. Maybe sebab abang dah besar so mama expect abang berdikari and datang kat mama sendiri. Maybe la kot..maybe."
"Kenapa..awak tak datang kat mama awak?"
"Yeah... Kenapa? That's a mistake on my behalf, I think. Abang busy and dah terbiasa sendiri sampai terleka. You know, lelaki... Jenis yang suka bebas. Kalau boleh jauh daripada family tu, memang nak jauh la.
But I didn't realize that all of the parting time between abang and mama could lead to this..awkwardness. Sometimes abang ada terniat juga untuk recover relationship abang dengan mama tapi as the time passes, things suddenly became like this.
Sedar-sedar je abang dah awkward dengan mama and mama pon dah awkward dengan abang. So that's how it is." Cerita Amrin dengan wajahnya kembali berkerut seribu, hairan dengan bagaimana semuanya boleh terjadi.
"Awak tak cuba bersembang macam biasa dengan mama awak?"
"Abang dah cuba but awkward dalam mata mama tu nampak sangat and abang rasa serba-salah, rasa bertambah awkward.
Maybe mama pon sebenarnya serba-salah sebab lama tinggalkan abang so bila nak sembang dengan abang tu macam..takut-takut." Balqis hanya mengangguk mendengar penjelasan Amrin.
Dia tidak pernah hidup bersama ibu bapanya, jadi dia tidak faham dan masih belum mengerti bagaimana kejanggalan dalam institusi kekeluargaan itu boleh terjadi. Baginya, masakan sebuah keluarga yang mempunyai jalinan yang erat pada dasarnya boleh membawa pada kejanggalan?
Walau apa pun, dia tidak mahu mengadili situasi keluarga suaminya. Dia tidak berada di dalam situasi dan keadaan itu, mungkin kerana itu dia tidak mengerti.
"No comment?" Soal Amrin apabila Balqis hanya diam dan termenung.
"Err... I have no right to comment." Ujar Balqis perlahan dengan wajahnya yang ditunduk.
"Abang faham kalau Qisya rasa abang macam derhaka kat mama. Abang pon fikir macam tu juga."
"Ehh tak. Saya takde terfikir macam tu pon, serius!" Kalut Balqis memperbetulkan sangkaan Amrin terhadapnya membuatkan Amrin geli hati dengan telatah kelam-kabut gadis itu.
"HAHAHAHAHAHA! Rileks la, jangan cuak. Abang bukan marah pon. Abang faham." Ujar Amrin dengan sisa tawanya. Balqis bertambah malu ditertawakan sebegitu. Wajahnya yang sudah memerah kembali dipalingkan menghadap tingkap di sebelahnya tanpa menghiraukan Amrin yang mengerlingnya dengan ekor mata.
"Well here we are. Dah sampai." Kereta berhenti betul-betul di hadapan lobi Suffix Media. Balqis yang sudah bersedia untuk melangkah keluar dari DB11 itu terhenti saat dipanggil Amrin.
"Qisya... Salam abang boleh?" Balqis terkedu dengan permintaan Amrin. Perlahan-lahan tangannya mencapai tangan Amrin yang sudah terhulur itu lalu dibawa pada hidungnya.
"Bye, take care!" Ujar Amrin dengan senyuman yang lebar menghiasi wajah.
Balqis masih terpegun berdiri di depan lobi itu. Emosi dan perasaannya menjadi sesak dan lemas. Terkedu dengan permintaan Amrin yang menginginkan dirinya menyalami tangan lelaki itu terlebih dahulu.
Sepanjang dia bergelar isteri pada lelaki itu, tidak pernah dia menyalam dan mencium tangan lelaki itu. Malah semasa bernikah juga dia tidak berkesempatan berbuat sebegitu kerana dia tiada pada hari bernikah mereka.
What is happening?
What am I feeling?
What is all this?
Balqis memerhati webpage safari pada monitor macbook miliknya yang kosong tidak memaparkan sebarang carian. Hati dan mindanya di dalam sedang bertengkar sesama sendiri. Samada mahu membuat carian atau tidak tentang perasaan yang dirasakan tika ini.
Just search for it.
Don't you ever dare to search for it!
Kalau tak search mana nak tau what is all this feeling about!
Don't! Just don't! Never in my life will I search the meaning of 'love'! Never!
Then how to know we're in love or not?
We're not in love!
I don't think so. I think we're definitely in love.
We are not!
Search je lah apa masalahnya??
My ego will be ruined!
"Haih... I'm just gonna search for a little bit."
Pelbagai pilihan yang keluar pada monitornya sebaik dia mencari 'Symptoms of falling in love'.
"How do you really know if you're falling in love? Hmm..." Pautan dari psychologytoday.com itu ditekan. Satu demi satu perkataan di dalam artikel itu dibaca dengan kuat.
Are you falling in love? How can you tell?
"I don't know, you tell me."
There's no question that the early stages of a relationship can be confusing. You might puzzle over your own feelings, and wonder what the person you're dating really thinks of you. Your own emotions may be difficult to fully decipher, and trying to categorize them as falling in love or as just a passing can be tricky. Is what you're feeling the real thing, or are you just prone to feeling this way and need to be careful moving forward?
Just stop reading this shit already!
Shut up!!
Here are some questions to help you sort it out:
1) Are you suddenly doing new things?
"No... I don't think so."
2) Have you been especially stressed lately?
"No..."
3) Are you highly motivated to be with this person?
"Err... I don't know."
4) Does the person you're falling for return your feeling?
"How should I know?"
5) How intense are your emotions?
"Like not at all..."
6) Do you fall in love frequently?
"No! I'm not a slut!"
7) Are you tempted to say 'I love you'?
"Heck, no!"
8) Are you investing more in this person?
"What the..."
I told you don't read it! Look at what you did? Now I feel sick!
Balqis kembali menekan 'back' pada pautan itu dan dia kembali pada senarai carian sebentar tadi. Ayat yang tertera pada helaian carian itu dibaca seimbas lalu.
"Nope. I'm not reading this." Terus butang pangkah ditekan dan dia kembali pada monitor yang menunjukkan latar belakang macbooknya.
You're definitely in love.
Shut up!
Jam 6.50 petang Amrin sudah menunggu Balqis di luar lobi Suffix Media. Balqis berjalan keluar dari lif menuju ke pintu masuk lobi. Dari jauh kelihatan Amrin yang sedang bersandar pada pintu kereta sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
What the hell is that stunt??
It looks like the person you're falling for return your feelings girl! Look at that stunt!
Shut up will you!!
Walaupun sudah tidak ramai yang berlegar di ruangan lobi itu, masih sahaja ada mata yang memandang ke arah Amrin dan dirinya. Hal itu membuatkan dia menunduk wajah dan melangkah perlahan-lahan ke arah Amrin yang tersenyum lebar dari tadi.
"Hai." Balqis hanya mengangguk sekali-dua dengan wajahnya yang masih menunduk. Amrin yang geli hati melihat terus ketawa dengan tingkah Balqis.
That laugh! So hot! Melting sister!
Shut the hell up!!
"Malu ke sayang? Dengan abang je pon, jangan la malu." Ujar Amrin sambil membukakan pintu buat Balqis.
"After you beautiful." Balqis menggigit bibir bawahnya, menahan malu yang teramat sangat. Malu dengan pandangan mata orang sekeliling, malu dengan layanan Amrin.
"Kita makan luar boleh?" Sekali lagi soalan Amrin dijawab dengan anggukan membuatkan Amrin semakin ligat menyakat.
"Aih, sampai tak bersuara dah dia. Malu sangat ni. Hahahaha..." Balqis bertambah-tambah malunya. Kepalanya dipalingkan memandang ke luar tingkap di sebelahnya. Rambutnya juga ditarik agar menutupi wajah dari terlihat oleh Amrin.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro