Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

34| Derita Dalam Diam

   Pagi itu suasana di dapur kelihatan agak tegang. Sejak Amrin melihat gambar percutian ibu bapanya di Facebook malam semalam, moodnya terus merudum jatuh. Hatinya mulai diserang amarah dan dendam. Sangat terluka diperlakukan sebegitu oleh mamanya.

   Balqis hanya diam menjamah bijirin sarapan pagi itu. Melihat wajah Amrin yang dingin itu membuatkan dirinya serba-serbi takut dengan lelaki itu. Manakan tidak, hidupnya sudah terbiasa dengan Amrin yang ceria, banyak bercakap, rajin melayannya. Berbeza dengan Amrin di hadapannya kini.

   Selesai bersarapan Amrin terus mengambil mangkuk yang digunakan Balqis lalu dibawa ke sinki bersama mangkuk yang digunakannya. Terus dibasuh tanpa banyak bunyi. Selepas membasuh, Amrin terus melangkah menuju ke pintu masuk tanpa menunggu Balqis. Cepat-cepat Balqis membuntuti, takut ditinggalkan.

   Sepanjang perjalanan Amrin masih diam tidak bersuara. Hanya bunyi celoteh dj radio yang kedengaran di dalam kereta itu. Balqis mula tidak keruan dengan perubahan Amrin yang sangat mendadak baginya.


   Seharian dia tidak dapat fokus pada kerjanya kerana memikirkan Amrin. Apakah yang sedang mengganggu lelaki itu sehingga membuatkan lelaki itu berubah personaliti dan anginnya.

   Tidak pernah dia melihat Amrin sebegitu, kerana itu dia agak janggal dan tidak tahu mahu berbuat apa juga bereaksi bagaimana untuk berhadapan dengan Amrin versi begitu.

   Secara tidak langsung dia membuat peringatan di dalam mindanya agar tidak membuat Amrin bersedih, kecewa mahupun marah. Sungguh dia tidak tahu bagaimana untuk berhadapan suaminya yang begitu.

   Enggan terlalu mengikut hati dan perasaannya, Balqis kembali menyambung tugasnya. Draf artikel yang akan disiarkan dalam Essentialist edisi seterusnya dibaca dengan teliti setiap patah perkataan, setiap ayat, setiap perenggan demi memastikan kualiti artikel yang dikeluarkan berkualiti dan terjamin dari segi ketepatan bahasa.

   Walaupun Essentialist merupakan majalah yang berkonsepkan moden, tidak bermakna dia boleh membenarkan penggunaan kata, tatabahasa dan prosa kata yang salah dalam artikel yang ditulis pekerjanya. 

   Bahasa Melayu perlu tetap diutamakan walaupun dengan peningkatan kepentingan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa dunia yang lain.




   Amrin melempar kasar Knicks miliknya di sebelah. Terkejut Balqis yang sedang menyapu losyen di meja mekap di penjuru bilik.

   Telefon yang tercampak di atas bantalnya diperhatikan. Mujur sahaja tidak melantun dan terjatuh ke atas lantai.

   Matanya kemudian beralih memandang Amrin. Jelas wajah lelaki itu sedang menahan perasaan. Merah padam wajahnya seperti menahan marah, lagi-lagi apabila melihat rahang lelaki itu seperti diketap kuat. Yakinlah dia bahawa lelaki itu sedang dalam emosi yang tidak baik.

   Tidak lama kemudian matanya menangkap jernihan air yang mengalir ke pipi Amrin yang merah padam.

   Belum sempat dia mahu menegur, Amrin sudah terlebih dahulu bangun meninggalkan bilik. Hatinya dilanda serba-salah tiba-tiba. Ingin juga diketahui akan sebab yang membuatkan suaminya itu mengalirkan air mata.

   Setelah memikirkan pengorbanan dan usaha Amrin demi menjaga dan mengambil hatinya sebelum ini, perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik mencari kelibat suaminya itu.

   Bilik Amrin dituju dan benar sekali telahannya. Ada Amrin di situ, sedang membelakanginya di atas katil.

   Balqis melangkah masuk dengan takut-takut. Sebaik dia menghampiri Amrin, suaranya seperti tidak mahu keluar untuk bercakap. Takut barangkali untuk mengganggu Amrin yang dalam mood tidak baik itu.

   Seharian Amrin senyap dan tidak bercakap dengannya. Bukan mudah dia mahu memujuk lelaki itu. Sudah lah dia gagal bab pujuk-memujuk itu.

   "Awak... Awak ok ke...?" Apabila tidak menjawab, Balqis terus mengambil tempat bersebelahan lelaki itu.

   "Awak kenapa? Ada..masalah ke?"

   "Awak sayangkan abang?" Soal Amrin secara drastik membuatkan Balqis terdiam, tidak tahu mahu menjawab apa.

   "Logiklah kalau awak tak sayangkan abang. Awak baru kenal abang.

   Macam mana pulak kalau mak kita? Logik ke kalau mak kita tak sayangkan kita?"

   "Kenapa awak cakap macam tu?"

   "Sebab... Mak abang tak sayangkan abang." Balqis diam cuba memahami luahan Amrin itu.

   "Mama dah janji nak balik, jumpa abang. Tapi apa mama buat sekarang? Holiday kat Amsterdam!

   Mama dah janji nak balik kalau ada cuti untuk jumpa abang, jumpa awak. Mama tipu! Ada cuti, mama pergi holiday. Tak ingat pon nak balik jumpa abang."

   Sekali lagi Balqis tidak tahu mahu bereaksi bagaimana. Dia hanya diam mendengar dan menelinga setiap luahan Amrin.

   "Abang tak marah, abang cuma kecewa. Geram. Sakit hati. Mama pergi cuti dengan abah, bawa kakak-kakak sekali. Kalau ye pon mama busy, tak sempat balik Malaysia, mama boleh je ajak abang pergi cuti sekali. Abang boleh ikut untuk spend time dengan mama.

   Tapi masalahnya tak! Mama tak ajak pon abang! Tak cakap pape pon dengan abang!

   Abang ni siapa? Abang ni anak mama. Satu-satunya anak lelaki mama. Sampai hati mama tak ingat abang. Abang rindu mama sangat-sangat. Mama tak pernah fikir pasal abang. Selalu je dengan abah, dengan kakak. Takde pon dengan abang."

   "Mama dah tak sayang abang ke Qisya? Abang rindu mama sangat-sangat. Abang nak jumpa mama. Dah berapa tahun abang tak jumpa mama. Mama selalu busy, takde masa nak jumpa abang.

   Ni, dah ada masa, kenapa mama tak datang jumpa abang jugak? Kenapa mama lagi pilih untuk pergi holiday yang bila-bila je mama boleh pergi sebab mama tu suri rumah, banyak duit, mampu nak keliling dunia bila-bila masa pon."

   "Abang tak suka bila jadi macam ni. It makes me thing that I'm better off without a family, without a mother."

   "Kenapa awak cakap macam tu?" Kali ini Amrin pula yang diam mendengar soalan Balqis.

   "Awak ada mama, ada keluarga, sepatutnya awak rasa happy, bahagia. Saya? Saya tak pernah jumpa mak saya. Saya teringin sangat nak jumpa mak saya, sekejap pon jadi lah. And I would give up just anything to see her.

   How I wish I could turn back time, tak payah saya dilahirkan and mak ayah saya selamat, tak perlu berkorban apa-apa untuk saya." Amrin mengangkat wajahnya memandang Balqis apabila dia sedar topik perbualan mereka itu sudah masuk ke topik sensitif untuk Balqis.

   "Sayang, abang..abang tak bermaksud nak cakap macam tu. Bukan maksud abang untuk jadi tak bersyukur ke apa ke..it's just that, when you know that you're not love by your mother, you can feel it. And it hurts so much..." Tangan Balqis ditarik lalu digenggam erat.

   "Abang faham perasaan Qisya. Rindu. Abang yang masih ada mama dengan abah ni pon perasaan rindu tu sentiasa ada, ni kan pulak awak, yang dah kehilangan mak dengan ayah awak dari kecil. Abang faham. 

   Abang mungkin tak sehebat arwah mak dengan ayah awak, tapi abang janji, abang akan cuba yang terbaik untuk bahagiakan awak. Abang janji akan bagi seluruh kasih sayang abang untuk awak. Abang dah takde orang lain kat sini untuk sayang, awak sorang je."

   "The thing about my mom is that..sometimes she forgot that I exist. Abang ditinggalkan kat nenek sejak abang sekolah, so maybe mama dah biasa hidup takde abang. Takde anak yang asyik nak menyendeng dengan dia, takde anak yang banyak tanya kat dia, takde anak yang asyik nak bermanja dengan dia. So dia dah biasa takde abang.

   Bila abang ada, mama macam awkward dengan abang. Abang tak suka. Kenapa mama perlu rasa awkward dengan abang sedangkan abang ni anak mama. Satu-satunya anak lelaki mama. Anak bongsu mama. Bukan ke orang cakap bond between mother and son are strong? Kenapa mama dengan abang macam ni?"

   "Abang rasa terpinggir... Macam dibuang pon ada. Abang tak suka perasaan ni, nak benci kat mama tak boleh sebab tu mama abang. Syurga abang dunia akhirat. Nak sayang seribu kali sayang pon, in the end abang yang terluka. Abang tak suka rasa ni." Luah Amrin dengan sayup-sayup bunyi suaranya.

   Perasaan marah, geram, rindu dan sayang bercampur-baur membuatkan hatinya tidak mampu lagi menanggung rasa. Setitk demi setitik air matanya jatuh menuruni pipi. Biarlah apa yang mahu dikatakan orang lain, yang penting hatinya sakit saat ini. Malu? Lupakan semua itu. Dia tidak pernah malu untuk menangis jika topik yang terlibat membabitkan mamanya.


    Malam itu buat pertama kalinya Balqis mengenali sisi Amrin yang lemah. Lemah bila bercakap tentang mamanya. Dia tidak pernah merasai hidup membesar dengan ibu dan kasih sayang seorang ibu, makanya dia kurang mengerti mengapa perlu wujud perasaan sakit yang dirasakan Amrin terhadap mamanya.

   Walau bagaimana pun, dia cuba memahami keadaan suaminya. Dia tidak berada di tempat lelaki itu, makanya dia sukar untuk memahami apa yang dilalui suaminya. Yang dia tahu adalah, kedua-dua Amrin dan dirinya menyimpan rindu yang sangat mendalam pada ibu dan terlalu mengharapkan kasih sayang seorang ibu.

   Balqis hanya diam membelakangi Amrin. Malam itu dia bemalam di bilik Amrin. Tidak pernah dia masuk ke bilik lelaki itu, mungkin itu salah satu penyebab mengapa dia sukar melelapkan mata. Dia hanya diam memandang persekitaran bilik Amrin.

   Amrin berpusing dan menghadap Balqis yang membelakanginya. Tangannya  terus menarik pinggang isterinya itu agar masuk ke dalam pelukannya. Wajahnya kemudian disembamkan pada tengkuk Balqis membuatkan Balqis kejung tiba-tiba. Terkejut ditarik sebegitu sedang dia cuba melelapkan mata.

   Nafas hangat Amrin menyapa lembut belakang leher membuatkan bulu romanya meremang dengan keadaan mereka yang sedikitpun tidak berjarak itu. Apabila dia bergerak kecil untuk menjauhi Amrin, lelaki itu pantas mengeratkan pelukan dan menariknya lebih masuk ke dalam pelukan lelaki itu.

   Balqis diam terkaku, buntu. Tidak tahu bagaimana untuk melepaskan diri dan keluar dari pelukan erat itu. Wajahnya cuba dipalingkan ke belakang untuk melihat Amrin, ternyata lelaki itu nyenyak dalam tidurnya.

   Mujur sahaja Amrin lena tidak menyedarkan diri. Jikalau tidak, pasti sahaja lelaki itu menyedari betapa laju jantungnya mengepam darah gemuruh. Tambahan pula dengan jarak mereka yang terlalu dekat membuatkan dia dapat merasai segala lekuk tubuh suami di belakangnya. Malu untuk dia akui, bahawasanya dia semakin hanyut ke dalam lautan kasih sayang Amrin buatnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro