Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

33| Redha

   Tepat jam 8.00 pagi, Aston Martin DB11 milik Amrin tiba di luar lobi Suffix Media. Memandangkan Evoque milik Balqis masih dibaiki di bengkel, Amrin mengambil tugas menghantar Balqis setiap pagi ke pejabat.

   Walaupun sebelum ini banyak kali juga Amrin menghantar Balqis, kali ini dirasakan dia lebih perlu mengutamakan keselamatan isterinya maka dia membuat keputusan untuk menghantar sendiri isterinya buat beberapa bulan ini.

   Lagipula setelah ditimpa kemalangan sebegitu, Balqis agak trauma untuk terus memandu makanya lebih baik diberikan masa beberapa bulan untuk gadis itu benar-benar pulih mental dan emosi untuk mengatasi ketakutan itu.

   Termasuk hari itu, sudah 4 hari dia menghantar pergi dan menjemput pulang Balqis dari pejabat. Walaupun agak memenaktkan kerana jarak antara pejabat Balqis di Kuala Lumpur dan pejabatnya di Shah Alam sangat jauh termasuk kesesakan lalu lintas yang terpaksa ditempuhi saban siang dan malam, dia tidak peduli dan tidak pernah mengeluh.

   Malah dia berasa gembira kerana Balqis berharap dan mengharapkannya. Akhirnya si isteri, bergantung padanya. Hatinya tersangat bahagia apabila dapat memikul sebetul-betulnya tanggungjawabnya sebagai seorang suami pada Balqis Batrisya.





   Jam 7.50 malam barulah Amrin tiba di perkarangan Suffix Media. Dia terpaksa pulang lewat memandangkan sepanjang hari tu dia banyak bermesyuarat dan berjumpa klien. 

   Tanpa berlengah dia terus mendapatkan lif dan terus naik ke tingkat pejabat Balqis. Dia sudah terlebih dahulu memberitahu Balqis bahawa dia sedikit lambat untuk menjemput, tetapi Balqis tidak kisah kerana sejujurnya dia juga masih punya kerja yang harus disiapkan.

   Plastik makanan di tangannya dikerling sekilas. Harapnya Balqis suka dengan makan malam mereka itu. Alang-alang sudah pulang lewat, sebaiknya dia terus membeli makanan dan makan di pejabat Balqis. Mujur sahaja pejabat sudah tidak ramai orang, tidaklah dia menjadi tumpuan.

   Sebaik dia menjejak kaki di aras pejabat Balqis, senyap sahaja segenap ruang itu. Mungkin semua sudah balik. Amrin terus melangkah ke bilik Balqis yang sedikit terbuka pintunya. Sebelum masuk dia mengintai sedikit isterinya di dalam.

   Tersentuh hatinya melihat Balqis bekerja. Tangan yang tidak berhenti menaip. Mata yang tekun membaca pada monitor dan dokumen di atas meja. Sambil-sambil itu, dia juga sibuk menaip sesuatu pada iPhonenya.

   Jauh di sudut hati, Amrin merasakan bahawa dirinya adalah seorang yang gagal. Seorang suami yang gagal. Gagal serba-serbi sebagai suami Balqis Batrisya.

   Lihat sahaja betapa keras gadis itu bekerja mencari duit sedangkan dia sebagai suami adalah seorang jutawan. Serasanya dia gagal memberi nafkah. Gagal menyediakan keselesaan. Gagal memberi bahagia pada isterinya.

   Sepatutnya gadis itu tidak perlu bekerja sehingga lewat malam untuk mencari rezeki kerana adanya dia sebagai suami yang bertanggungjawab ke atas Balqis.

   Tok! Tok! Tok!

   "Assalamualaikum." Balqis mengangkat wajahnya memandang gerangan yang mengetuk pintu dan memberi salam. Sebaik melihat wajah Amrin, segaris senyuman terbit di wajah Balqis. Senyuman yang kelihatan lesu dan lelah di pandangan Amrin.

   "Abang ada beli dinner sekali. Qisya ok kan makan sini?"

   "Ok je."

   "Abang beli poke bowl... Ok kan..?" Balqis mengalihkan pandangannya dari monitor mac ke wajah Amrin.

   "Okey."

   "Ok. Abang beli shoyu salmon untuk awak." Ujar Amrin sambil mengeluarkan semangkuk sederhana besar poke bowl untuk Balqis.

   "It's highly healthy so it's okay for you to eat dinner..walaupun ada nasi." Sebaik mendengar perkataan nasi, Balqis kembali memandang Amrin dengan malas.

   "It's healthy! Ada cucumbers, pineapples, corns, onions, furikake, green onions, seaweed flakes and fish roe. Totally healthy, I promise!"

   "Awak beli kat mana?"

   "Sunway. Alang-alang lalu tadi, teringat nak beli dinner. Dah kat kawasan situ kan, pergi lah Fish Bowl."

   "Awak punya apa?"

   "Abang punya zesty bowl. Ada brown rice, some lime salmon with toppings and sauce." Balqis mengangguk sambil menggaul nasinya. Baru sahaja mahu menyuap masuk ke dalam mulut, Amrin menahan terlebih dahulu."

   "Ehhh! Baca doa dulu."Ujar Amrin sambil menadah tangan. Balqis menurut, menadah tangan dengan wajah yang menjengkelkan.

   "Macam mana? Ok?" Soal Amrin setelah isterinya itu menelan satu suapan.

   "Boleh tahan. Quite nice."  Terus lebar senyuman Amrin, lega dapat memenuhi selera Balqis.

   Berpuas hati melihat Balqis makan dengan berseleranya, dia mula menggaul nasi dan hidangan sampingan di dalam mangkuk itu. Setelah digaul dan dicampur dengan pelbagai zat dan protin, matanya terkenyit-kenyit melihat makan malamnya.

   "Sayang, why are you obsessed with eating healthy? This doesn't look like food to me." Ujar Amrin sambil menunjukkan isi poke bowl miliknya yang sudah digaul.

   Sejujurnya dia bukanlah seorang yang menggemari makanan sihat dan berzat. Dia lebih menggemari nasi dengan lauk berkuah dan berminyak. Lebih kena dengan selera dan tekak melayunya.

   "Tak nak makan, tak payah makan."

   "Takpe lah, untuk awak, abang makan lah." Tanpa berlengah Amrin terus menyuap sesudu masuk ke mulutnya.

   Dalam perjalanan pulang, masing-masing hanya diam melayan perasaan. Balqis lebih memilih untuk merenung keadaan di luar, manakala Amrin fokus memandu ditamani  muzik di corong radio.

   Balqis yang hampir terlelap itu terus celik matanya saat Amrin menarik tangannya dan menyatukan jemari mereka. Elok terletak tangan mereka di atas peha Amrin.

   Balqis merenung seketika Amrin di sebelah dengan perasaan yang tidak mampu ditafsirkan.

   "Nak tidur, tidur je dulu. Nanti abang kejutkan." Balqis hanya diam tidak menjawab. Kantuknya yang datang sebentar tadi terus hilang dek perlakuan Amrin yang tidak dijangka itu.


   Jam sudah menunjukkan 10.40 malam, Amrin masih di dapur dengan segelas air suam di tangan. Sambil dia membelek bahan mentah untuk dimasak keesokn hari, sambil itu jarinya lincah menskrol garis masa Facebook.

   Jarinya berhenti pada suatu gambar yang terpampang pada timeline miliknya itu. Sudah 3 jam gambar itu disiarkan. Sekali lagi dia membaca lokasi dan kapsyen gambar itu.

   Amsterdam.

   Long awaited vacation with beloved.

   Amrin merenung gambar percutian mama dan abahnya dengan perasaan sedih. Sedih kerana ibunya lebih memilih untuk bercuti bersama abahnya dari pulang ke Malaysia berjumpa dengannya. Kecewa kerana ibunya gagal menepati janji untuk pulang ke Malaysia apabila mendapat cuti.

   Sampai hati mama tipu Am.

   Mama dah janji nak balik tengok Am.

   Mama tipu Am..sekali lagi.

   Air matanya yang mengalir diseka cepat-cepat. Malas mahu menangis asbab yang sama. Penat dikecewakan dengan janji dan harapan yang sering dimungkiri. Dia sudah penat. Penat menagih kasih sayang dari ibu yang seperti menanak-tirikan dirinya.

   Cawan yang masih berbaki suku air suam di dalamnya terus diletakkan di dalam sinki. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik dan melangkah masuk sebelum pintu itu kembali ditutup perlahan-lahan.

   Bilik air dituju terlebih dahulu. Selepas 5 minit dia keluar dan terus berbaring di sebelah Balqis yang membelakanginya.

   Takpelah mama. Kalau mama tak perlukan Am, Qisya ada untuk Am.

   Kalau mama dah tak sayang Am, isteri Am ada untuk Am.

   Am redha mama buat Am macam ni.









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro