27| Cubaan
Amrin bangun sebelum subuh lagi pagi itu demi menyediakan bekalan buat Balqis untuk dibawa ke pejabat.
Niatnya hari itu adalah untuk menghantar isterinya ke pejabat. Sudah lama diimpikan untuk berbuat begitu bersama wanita yang bergelar isteri, baru kini dia dapat merasa berbuat begitu.
Selesai menyediakan sandwich dan kopi, Amrin naik ke biliknya untuk bersiap menghantar Balqis.
Keluar sahaja dia dari bilik, Balqis yang sudah siap juga turut keluar dari bilik. Penampilan Amrin yang kemas itu diperhatikan dengan sebelah kening diangkat tinggi.
"Ha! Jom, turun breakfast." Amrin menolak bahu Balqis lalu mereka turun beriringan.
Balqis mengambil tempat di stool kaunter lalu mencapai sandwich sebagai sarapannya pagi itu. Sambil itu Amrin menolak perlahan secawan kopi di hadapan Balqis.
"Latte macchiato, your favourite."
"Mana awak dapat?" Soal Balqis sambil meneguk kopi kegemarannya itu.
"Abang buat la! Hehehehe... Abang beli nescafe dolce gusto untuk Qisya. Senang, tak yah la Qisya beli kopi hari-hari. Lepas ni sebelum Qisya pergi kerja, abang buatkan coffee untuk Qisya." Ujar Amrin dengan sengihan lebar menampakkan barisan giginya.
Balqis hanya mengangguk dengan kunyahannya. Setelah 10 minit di dapur, Balqis mengerling jam tangannya. Sudah masanya dia bergerak ke pejabat.
"Alright. I'm going." Balqis bangun dan mencuci tangan terlebih dahulu sebelum dia berlalu keluar dari dapur.
Amrin yang membuntutinya keluar dari rumah itu dipandang dengan kerutan di dahi.
"Awak nak pergi mana pulak?"
"Nak hantar Qisya pergi office la."
"Hah? Buat apa pulak? Saya boleh pergi sendiri la, tak payah."
"Alaa jom la abang hantar. Abang teringin nak hantar Qisya pergi kerja. Lagipun abang bukan buat apa pon kat rumah."
"Ishhh awak ni mengada-ngada la! Habis balik saya macam mana?"
"Nanti abang ambik la. Don't worry."
Amrin terus bergerak ke Aston miliknya lalu menghidupkan enjin kereta sementara menunggu Balqis menyarung tumit tinggi.
Di dalam perjalanan, Balqis dan Amrin diam mendengar siaran radio yang sedang menyiarkan berita pagi.
"What time awak nak balik sayang?"
"Tak tau lagi. Nanti saya bagi tau one hour before saya nak balik."
"Alright." Ujar Amrin dengan senyuman lebar, gembira dengan keadaan mereka sekarang. Gembira dengan perkembangan hubungan mereka.
"What are you smiling for?"
"Hmm? Saje, sedekah awal-awal pagi ni." Balqis berjeda dengan jawapan Amrin. Malas mahu melayan, dia kembali dengan iphone miliknya.
"Hahahahaha. Alaa, layan la abang. Sembang la dengan abang."
"Nope. Not interested."
"Huh? Boleh pulak not interested sembang dengan abang... Jahat la awak ni sayang."
Seketika kemudian kedengaran Balqis mengeluh. Amrin yang sedang fokus memandu mengerling seketika pada Balqis di sebelahnya.
"Boleh tak awak berhenti panggil saya sayang?"
"Kenapa?" Raut wajah isterinya kembali dipandang sebelum matanya melilau pada cermin pandang belakang juga cermin sisi kiri untuk menukar lorong.
"Saya tak suka."
"Calling you sayang is not about you liking it or not. Calling you sayang is one of my way expressing my love for you. You're my wife and I love you for who you are. Being apart for almost 7 years kills me.
Abang minta maaf kalau Qisya tak suka, but I can't surpress it any longer. We've been away from each other for a very long time and I just want to express all my love for you. Abang takleh tahan dah."
Balqis hanya diam mendengar luahan Amrin. Hatinya kuat menyuruhnua untuk melawan kembali tetapi mindanya tidak lagi mampu untuk menyusun ayat yang boleh mendiamkan Amrin dari meluahkan rasa dan perasaannya.
Setelah menghantar Balqis ke pejabat di KL, Amrin teruskan pemanduannya ke Shah Alam di mana terletaknya HQ dan lab KnickKnack Malaysia.
Ada elemen baru pada web browser KnickKnack yang direka stafnya dan mereka mahukan pendapatnya. Dia sudah melihat terlebih dahulu prototaip penuh browser bersama elemen baru itu, dan dalam pertimbangannya dia agak berpuas hati dengan rekaan stafnya itu.
Elemen tambahan baru yang diletakkan pada web browser Knicks Malaysia itu merupakan voice searcher di mana pengguna boleh mencari dan search apa sahaja yang diinginkan di internet dengan suara.
Elemen yang sudah lama ditampilkan itu ditambah baik dengan ciri baharu yang lebih sesuai dan lebih tepat dengan penggunaan bahasa Malaysia yang lebih santai.
Tidak seperti sebelum ini di mana setiap sebutan haruslah tepat dan jelas, ciri kali ini lebih istimewa kerana pengguna boleh berbahasa melayu pasar untuk mencari di internet dengan penggunaan voice search itu.
Ciri baru ini masih dalam pemerhatian dan pembaikan. Sebagai seorang ketua, dia pasti ciri ini boleh mendapat sokongan juga tentangan dari pihak berkuasa kerana ia akan disalah-lihat sebagai memperkotak-katikkan bahasa melayu dengan ciri bahasa pasar yang ditampilkan.
Walaubagaimanapun, dia tetap akan menyokong usaha yang dilakukan pekerjanya. Dia faham niat mereka yang mahu memudahkan penggunaan harian internet pengguna dengan menerapkan ciri penambah-baikan itu.
Secara logiknya, seorang pengguna itu lebih cepat bertutur bahasa pasar dari bahasa melayu baku memandangkan penggunaan bahasa di era modern ini lebih ringkas dan senang difahami.
Maka, ciri voice search 'bahasa pasar' itu akan lebih membantu menurut pendapatnya.
Bagaimanapun, ciri baru ini, sekiranya dilancatkan, hanya boleh didapati jika pengguna mengemas kini browser Knicks versi terkini.
Jika enggan menerima ciri ini, maka pengguna tidak perlu mengemas kini browser. Dan ia juga tidak akaj mengganggu penggunaan browser Knicks pengguna.
Amrin mengeluarkan Knickers miliknya dan mencuba prototaip baru itu pada telefonnya.
Nama Balqis Batrisya disebut untuk menguji ciri baru itu.
Yang lain hanya bersiul mengusik bos mereka itu yang sepertinya sedang mabuk cinta dengan si isteri.
Setelah hubungan bos mereka dan ketua editor Essentialist itu tersebar, mereka semakin galak mengusik Amrin.
Jika lelaki itu muncul di lab, ada sahaja yang akan diusik mereka sehingga kadang-kala muka Amrin merah menahan malu.
Setelah search engine itu berjaya memaparkan segala jenis berita, fakta dan pengetahuan tentang Balqis, Amrin bangun dari duduknya dan memeluk pekerjanya yang berdekatan dengannya secara group hug.
"You did it guys!! Good job!"
"Aku belanja lunch. Nak makan apa, order je delivery."
"YES BOSS YESSSSS!!"
Lebar senyuman Amrin melihat pekerja yang sudah dianggap seperti keluarganya itu menjerit kegembiraan dengan tawarannya.
Dia tidak kisah berbelanja demi mereka, kerana wajah-wajah itulah yang bertungkus-lumus membantunya dalam diam di Malaysia.
Jam 5.00 petang Amrin tiba di Suffix Media. Bangunan 30 tingkat itu dipandang dengan penuh rasa kagum.
Syarikat yang berdiri gah di hadapannya itu adalah milik neneknya, seorang wanita yang sangat istimewa dan sangat kuat di matanya.
Kini, isterinya pula di dalam bangunan itu, menjalankan tanggungjawab sebagai ketua editor Essentialist yang juga merupakan salah satu majalah dan produk keluaran Suffix Media.
Selepas memarkir Aston miliknya di basement, Amrin terus naik menuju ke lobi terlebih dahulu untuk mengambil pas pelawat lalu naik ke tingkat 25, di mana terletaknya pejabat Balqis.
Sebaik kakinya melangkah masuk ke pejabag tingkat 25 itu, mata-mata pekerja menyoroti setiap langkahnya.
Mulalah telinganya mendengar bisikan-bisikan kecil tentang dirinya.
Ada yang memuji rupa parasnya.
Ada yang memuji kejayaannya.
Ada juga yang memuji sikapnya yang romantik kerana berada di situ untuk bertemu Balqis, menjemput Balqis pulang secara spesifiknya.
"Mikael Amrin!" Amrin berpaling memandang kelibat yang menegurnya itu.
Elly yang menghampirinya itu disambut dengan senyuman. Dia kenal benar wanita itu. Elly rapat dengan neneknya, dan Elly juga kini merupakan setiausaha isterinya.
"Elly! Hai!"
"Hai Amrin. Cari your wife ke?"
"Haah, yes. I tak sempat sampai bilik dia lagi. Hahahaha."
"Ohh, takpe jom. I temankan you."
Belum sempat mereka melangkah pergi, Alex menahan.
"Yes Alex? Anything I can help you with?"
"Actually... Miss's husband may help us." Amrin mengerut dahi, keliru dengan apa yang dikatan wanita bernama Alex itu.
"Me?"
"Yes." Melihat kesungguhan Alex, Amrin perlahan-lahan mengangguk setuju.
"Well..sure. I'm glad to help."
"Excellent!"
Lebar senyuman Alex dengan persetujuan Amrin. Elly yang sudah tahu niat Alex itu hanya tersengih dan menggeleng kepala.
Haih! Lantak kau la Lex.
Kalau miss marah aku tak masuk campur.
Amrin hanya tersenyum sepanjang perjalanan pulang. Tidak sabar mahu memberi kejutan buat isterinya.
Permintaan Alex, salah seorang editor Essentialist yang mencadangkan agar Amrin menjadi muka depan majalah Essentialist pada edisi bulan depan pada mulanya tidak dipersetujui.
Tetapi setelah diterangkan oleh Alex mengapa Essentialist mahukan Amrin, dia terus bersetuju.
Jelas sekali banyak pihak yang mahukan dirinya buat masa ini kerana buat masa sekarang, suka atau tidak, dirinya merupakan topik yang hangat diperkatakan.
Temu bual bersamanya bernilai sangat tinggi, apatah lagi menjadi muka depan majalah buat jangka masa sebulan memandangkan buat masa sekarang belum ramai pihak yang berjaya memaparkan temu bual bersamanya.
Maka, peluang ini sangat dihargai pihak Essentialist jika Amrin bersetuju menjadi muka depan majalah mereka. Buat masa sekarang, dia diibaratkan seperti money magnet bagi mana-mana pihak yang berjaya memaparkan temu bual bersamanya dalam media mereka.
Sejak kebelakangan ini dia juga sudah mula ditawarkan menjadi duta jenama juga mendapat tawaran membuat paid review tetapi dia akan menolak sebaik mungkin.
Ekoran hal itu, dirinya mula menjadi rebutan pihak media dan harga yang ditawarkan untuk menampilkan dirinya dalam media tempatan sungguh tinggi hingga ada yang sanggup membayar ribuan ringgit.
"Eh, nak pergi mana ni?" Soal Balqis apabila Amrin membelok masuk ke persimpangan Petaling Jaya di lebuh raya PLUS itu.
"Kita dinner luar eh? Abang tak masak. Heeee!"
"Awak nak bawak makan mana ni? Ishhh..."
"Ikea. Dah lama abang tak makan meatballs ikea. Ada lagi tak meatballs tu? Last abang makan masa abang habis SPM."
"Tch! Jangan tanya la! Diam je." Amrin mengerling Balqis dengan wajah serba-salah.
Salah dia juga kerana tidak bertanya terlebih dahulu pada Balqis dan terus memandu ke arah destinasi yang mahu ditujuinya tanpa persetujuan Balqis.
"Qisya tak suka ke? Kalau tak suka takpe, kita makan tempat lain. Qisya nak makan apa?" Amrin senyum kecil menanti balasan Balqis.
"Tak kisah la, mana-mana je la. Orang penat ni tau tak, cepat sikit."
Amrin kembali diam dan terus memandu. Serba-salah dirinya. Mahu patah balik mereka sudah separuh jalan. Bila ditanya apa yang dimahukan Balqis, isterinya itu hanya diam. Dia hanya mahu mengajak Balqis makan sahaja.
Jika dia tahu begini jadinya, dia akan menyempatkan dirinya pulang ke rumah dan menyediakan makan malam sebelum kembali keluar dan menjemput Balqis dari pejabat.
Biarlah dia berpatah balik banyak kali, dia sanggup asalkan isterinya senang dan selesa walaupun untuk sehari suntuk itu dia sibuk di lab KnickKnack nun di Shah Alam.
▪️Another filler chapter for
y'all 😁
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro