Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26| Kesedaran

   Balqis menghembus nafas dengan kuat, melepaskan lelah di hati. Sesaat kemudian dia meluruskan kaki dan tangannya, menggeliat di pagi hari. Matanya dibuka apabila rasa kantuknya mula hilang. Balqis kemudian duduk dan mula memandang sekeliling bilik mencari kelibat Amrin.

   Apa yang berlaku malam tadi benar-benar membuat hatinya lega. Akhirnya segala beban dan masalah yang ditanggung dan dihadapi sepanjang hampir 7 tahun bergelar isteri kini terungkai.

   Memandangkan dia semakin menginjak usia, sebaiknya dia melupakan segala salah faham yang terjadi dan mulakan hidup yang baru.

   Mungkin di mata dunia dia masih muda dan mentah, tetapi pengalaman hidup yang ditempuhi seawal dia menjejak kaki ke dunia ini membuatkan dia kuat dan tabah menempuh dugaan.

   Tambahan pula dengan didikan arwah atuknya juga Puan Sri Suzila, dia juga berjaya menjadi seorang yang matang sewaktu umurnya masih remaja, tidak seperti anak lain yang masih mengharapkan ibu bapa ketika masih muda remaja.

   Tanpa membuang masa dia teus bangun dan masuk ke bilik air, mandi. Hari cuti sebegitu dia perlu mengisi paginya dengan aktiviti senaman.

   Masuk sahaja Balqis ke dapur, seperti sudah dapat dikesan, terus Amrin berpaling dengan senyuman manis memukau.

   "Morning!" Ujar Amrin dengan semangat baru yang berkobar-kobar.

   "Morning." Perlahan sahaja Balqis membalas sambil mencapai jus buah di dalam peti sejuk.

   Melihatkan isterinya yang sudah lengkap berpakaian sukan membuatkan dia yakin bahawa pagi itu Balqis akan keluar berjoging. Sandwich telur dan tuna yang sudah siap disediakan, dihidangkan di atas meja buat sarapan pagi.

   "Nak pergi joging ke?"

   "Haah."

   "Abang nak ikut boleh?" Balqis memandang Amrin seketika sebelum kepalanya diangguk kecil mengizinkan.

   "Ok! Jap, abang naik tukar baju. Qisya makan dulu eh." Terus berlari Amrin keluar dari dapur. Teruja dengan peluang yang diberikan Balqis pagi itu.

   Amrin mula kepenatan berjoging tanpa henti selama 30 minit itu. Serasanya sudah banyak kali mereka mengelilingi kawasan perumahan Gita Bayu itu tetapi Balqis sepertinya masih belum mahu berhenti.

   Aih! Tak penat ke bini aku ni?

   Tau la stamina banyak, tapi ni dah dekat setengah jam tak pancit-pancit lagi.

   Aku dah la dah penat ni. 

   Tidak lama selepas itu Balqis mula memperlahankan langkah kakinya lalu berdiri setempat berdekatan bangku rehat yang disediakan di taman rekreasi itu. Amrin yang kelegaan dapat berhenti berjoging terus duduk dan meneguk air dengan rakus.

   Balqis hanya mengerling sekilas suaminya sebelum menyambung aktivitinya dengan rutin cool down. Satu rutin yang harus dibuat selepas bersenam bagi mengelakkan otot-otot menjadi lenguh dan sakit.

   Selepas jantungnya tidak lagi berdegup pantas dan kembali normal barulah Balqis mengambil tempat di sebelah Amrin dan meneguk air yang hanya tinggal separuh dek diminum Amrin.

   "Eh, Qil!" Balqis menoleh dan memandang pada sesusuk tubuh yang sedang menghampiri mereka itu.

   "Am! Lama tak nampak." Amrin berdiri dan bersalaman dengan lelaki yang dipanggil Qil itu.

   "Aku sibuk sikit kebelakangan ni."

   "Oh patut la." Seketika kemudian baru Amrin tersedar dengan kehadiran isterinya. Pandangan mata Syaqiel yang seperti meminta penjelasan tentang gadis di sebelahnya itu dituruti.

   "Oh Qil, yang ni isteri aku, Balqis. Balqis Batrisya."

   "Just Trisya will do." Ujar Balqis, menekankan nama panggilan yang harus dipanggil.

   "Qisya, ni Qil, Syaqiel. Kawan abang." Balqis hanya mengangguk dengan senyuman kecil pada Syaqiel. Tidaklah dia terlalu berminat untuk berkenalan dengan penduduk di Gita Bayu itu.

   "Hai, kita jumpa lagi."

   "Hai."

   "Korang dah kenal ke?" Soal Amrin yang mula tertanya-tanya bagaimana Syaqiel boleh mengenali isterinya.

   "Takde la kenal... Cuma sebelum ni ada la jugak beberapa kali aku nampak dia joging. Tak tau pulak isteri kau."

   "Oh..." Sekali lagi Syaqiel mencuri pandang pada Balqis. Sudah lama dicari gadis itu. Sudah lama juga dia menunggu kesempatan untuk terserempak dengan gadis itu. Dengan hanya beberapa kali melihat gadis itu berjaya membuatnya hatinya tertarik tetapi sayang sekali gadis itu sudah berpunya.

   Pulang sahaja dari berjoging masing-masing mengambil masa berehat dengan aktiviti sendiri. Balqis kembali ke dalam bilik manakala Amrin mengemas rumah setelah tenaganya kembali pulih.

   Memandangkan mereka pulang berjoging pada waktu 10.20 pagi, tidak banyak masa lapang untuk Amrin menyediakan bahan masakan tambahan pula dengan masa yang diambil untuk mengemas rumah.

   Oleh itu, tengah hari itu dia membuat keputusan untuk mengajak Balqis makan di luar. Bukan selalu dia dapat mengajak isterinya itu keluar kerana sebelum ini pun hubungan mereka belum begitu baik.

   Selepas selesai kerja-kerja mengemasnya, Amrin mengetuk pintu bilik Balqis seketika sebelum dia buka dan menyembulkan kepalanya di muka pintu.

   "Sayang, kita makan luar eh lunch? Abang tak sempat nak siapkan bahan?"

   "Makan luar? Kalau delivery je tak boleh?"

   "Alaa jom la keluar. Abang bosan la duduk rumah." Balqis mengambil masa untuk mempertimbangkan cadangan Amrin. Dia bukan apa, malas mahu berhadapan dengan orang sekeliling.

   "Makan kat luar boleh, tapi sini-sini je la."

   "Ok, abang tak kisah. Makan luar eh jap lagi? Abang siap jap."

   Sementara menunggu pesanan makanan, Amrin teringat akan satu permintaan temu bual dengan satu akhbar tempatan. Alang-alang mereka sedang menunggu dan tidak berbuat apa, Amrin mengambil peluang itu untuk bertanyakan pendapat isterinya tentang perkara itu.

   "Abang dapat call for interview..about us. Abang rasa macam tak perlu pon untuk abang buat interview tu, tapi elok jugak kalau buat. Boleh clear things out." Balqis hanya mendengar dengan wajahnya yang tidak menunjukkan sebarak reaksi.

   "So memandangkan this is in your field, what do you think? Qisya nak abang buat apa?"

   "Up to you."

   "Abang tak tau nak buat apa."

   "Well according to my opinion, I think you should do it. Cause I will not do it, so there has to be someone to have a say in this and clear out the misunderstanding.

   Tapi, once you agree to it  there's no turning back. Diorang akan minta, minta dan minta, lagi dan lagi. Once its out, everything will be out. Your background, education, personal life, ex-girlfriend. Everything. 

   Lagi teruk if they're persistent, they will even dig out your past and your darkest secret and make a story out of it. Jadilah defamation, scandals and all other sorts of stuff." Ujar Balqis mula menjelaskan serba-sedikit situasi dan keadaan yang akan terjadi jika Amrin memilih untuk ditemu ramah.

   "Kalau awak rasa awak boleh handle, then go on. You've been in the spotlight before in the US, I assume. So it's the same here, just that the paparazzi and stalking won't be extensive and too much like the ones in hollywood." Amrin hanya diam mendengar penjelasan isterinya. Sekali-sekala kepalanya mengangguk, faham dengan ramalan yang disampaikan isterinya.

   "Lagipun awak ketua keluarga. So anything should be from you. Saya tak boleh nak jawab semua benda sebab bukan semua benda saya tau dan diberitahu." Amrin mula berfikir akan kebaikan dan keburukan yang akan diperolehi sekiranya dia bersetuju untuk ditemu ramah akhbar tempatan itu.

   Sememangnya dia mahu menjernihkan khabar angin dan gosip yang tersebar itu tetapi dia juga harus memikirkan kesannya terhadap Balqis dan dirinya. Juga perasaan Balqis. Dia tidak mahu Balqis menjadi semakin tertekan dan dicemuh sekiranya dia betul-betul ditemu bual.





   Kehebatan Anak Melayu di Persada Dunia, Mikael Amrin.

   Headline pertama sebagai temu bual Amrin bagi menjelaskan keadaan yang sebenar. Hatinya sedikit lega apabila pihak akhbar tersebut sangat memahami dan lebih menumpu pada kejayaannya, dan tidak pada kehidupan peribadinya.

   Tetapi seperti peribahasa 'ku sangka panas hingga ke petang, akhirnya hujan di tengah hari', begitulah perasaan Amrin apabila setelah beberapa hari berlalu sejak temu bualnya, headline dan gosip dari pihak media lain semakin menjadi-jadi, seperti yang sudah disangkakan Balqis.

   Amrin menghembus nafas kuat melepaskan lelah di dada. Walaupun Balqis sudah memberitahunya agar berjaga-jaga dan bersiap sedia dengan perkara yang aka berlaku, dia masih tidak dapat menerima bagaimana media membentukkan kenyataan menjadi sesuatu yang negatif.

   Ada yang mengatakan Balqis mengahwininya kerana jawatan CEO yang dipegang. Ada juga yang mengandaikan bahawa hubungan mereka tidak akan bertahan lama ekoran perhubungan jarak jauh mereka selama 7 tahun. Dan ada juga yang mempersoalkan status sah pernikahannya dengan Balqis hanya kerana dia menikahi Balqis sewaktu gadis itu masih bersekolah dan di bawah umur.

   Tertekan hati dan perasaannya apabila dilontarkan persepsi sebegitu rupa padanya. Pada rumah tangga mereka. Pada Balqis terutama sekali. Dia berasa serba salah kerana semua ini terjadi kerananya. Kalaulah satu ketika dahulu dia tidak meninggalkan Balqis, pasti semua ini tidak terjadi.

   Balqis masuk ke dapur dengan niat untuk mengisi botol airnya yang sudah kosong tetapi sebaik sahaja kelibat Amrin terlihat di matanya, dia terus mendekati suaminya. 

   Melihatkan Amrin yang seperti  patah semangat itu, hatinya mula menjentik perasaan kasihan. Kasihan kerana lelaki itu terpaksa berhdapan dengan media bersendirian ekoran keengganannya untuk bekerjasama dan memberi kenyataan.

   "Hey... You'll be alright, you'll be okay."

   "You did great." Segala majalah dan surat khabar yang mempunyai berita tentang mereka ditutup dan ditolak ke tepi.

   "Buat tak tau je dengan apa yang diorang cakap. Diorang tak tau benda yang sebenarnya. Biar je." Balqis perlahan-lahan menepuk bahu Amrin, sedikit kaku dan janggal.

   "Abang minta maaf. Semua ni jadi sebab abang. I should be more careful."

   "Well, benda dah jadi. And it's not entirely your fault." Ujar Balqis selamba sambil mengambil tempat duduk di stool bersebelahan Amrin.

   "How are you feeling about all this?"

   "Well I'm used to it. I'm not like..people's favourite person... People talk behind me, so dah biasa. Bila lama-lama kita jadi immune..so I don't really get affected by this thing."

   "But I do feel..broken hearted. Because people keep talking about our marriage like it's a big offense. So what if I'm a wife when I'm still in school? I still go to school. I succeed in my study and look where I am now. Kat office pon orang kutuk saya and all sebab saya muda, dah jadi ketua. 

   But what do I care? Those people are not important to me. Before I met them, I don't even know they exist. They don't matter. What matter is me, myself and my life. They all can just fuck off because they're not me. They don't see what I see. They don't experience what I experience. They don't feel what I feel. So go to hell."

   Amrin memandang Balqis dengan mata yang penuh penghargaan. Tanpa menunggu, dia terus menarik Balqis ke dalam pelukannya.

   "Err..what..." Balqis kaku, tidak tahu mahu bereaksi bagaimana. Walaupun hubungan mereka sudah semakin baik kebelakangna ini, tetapi tidaklah sebaik sehingga mereka boleh berpelukan tanpa rasa janggal.

   "Thank you. That means a lot to me." Mendengar kata-kata Amrin membuatkan Balqis teragak-agak mahu membalas pelukan suaminya tetapi akhirnya dia hanya menepuk belakang badan Amrin beberapa kali. Baginya cukuplah sekadar dia memberi reaksi.

   Walaupun dia tahu Balqis tidaklah secara terang-terangan menyatakan sokongan terhadapnya, cukuplah kata-kata semangat itu menjadi penyuntik untuk dia kembali kuat dan tabah kerana dia tahu di penghujung hari, dia masih ada Balqis untuk dia kembali.

   "Abang sayang Qisya." Balqis hanya mengangguk dengan keluhan kecil di dalam pelukan Amrin itu. Biarlah masa yang menentukan segalanya. Di belum bersedia sepenuhnya untuk membuka hatinya buat Amrin. Mungkin boleh, tetapi perlahan-lahan.























































▪️So this chapter is just a filler.

So silakan, chapter yang sweet tak berapa nak sweet 😝

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro