2| Loner
Seperti yang sudah dijangkakan, sepanjang mesyuarat itu dirinya sering diperhatikan Megat Faiq. Mata lelaki itu sering sahaja mengerlingnya setiap 5 minit. Mesyuarat yang berlangsung selama 1 jam 30 minit itu dirasakan seperti setahun dek gangguan pandangan Megat Faiq.
Megat Faiq merupakan CEO Tribune Investor yang sudah menjadi pelabur pada Suffix Media semenjak syarikat itu masih baru dalam industri. Malah bapa kepada Megat Faiq juga bersahabat baik dengan pemilik selaku penasihat Suffix Media, Puan Sri Suzila Ahya.
Sekali lagi matanya tersabung pandang dengan Megat Faiq.
Oh my God, mamat creepy ni boleh pergi mati!
Semak la!!
Setelah menandatangani kontrak perjanjian antara 2 belah pihak, masing-masing berdiri dan bersalaman sebelum mesyuarat bersurai.
I gotta get out, gotta get out.
Cepat-cepat Balqis melangkah ke lif untuk mengelak dari Megat Faiq tetapi malangnya, usahanya untuk melarikan diri itu gagal apabila pintu lif sudahpun tertutup saat dia menghampiri.
"Hahhh..." Bahunya jatuh dengan keluhan pasrah.
"Trisya, hey."
"Hello, Mr. Megat."
"Do you wanna go have some coffee? I have free time."
"Oh, I'm sorry I can't Mr. Megat. I have lots of work to do back at the office."
"Oh come on, you can take a break. Besides, it's already 4 o'clock. It's break time." Megat melihat sekilas jam di pergelangan tangannya.
"Well yes, but I'm truly sorry. I'm very busy at the moment." Sebaik lif tiba, Balqis melangkah masuk diikuti Megat di belakang.
"Okay, so when can I see you again? Tomorrow perhaps? Lunch?"
"Tomorrow lunch? I have a lunch meeting."
"Then dinner?"
"I have to go meet a client." Megat terdiam seketika mendengar jadual wanita idamannya penuh setiap masa.
"Wow, so packed."
"Yes, I'm afraid so."
"Okay then, that's okay. I'll call you later maybe? Mana tau you ada free tiba-tiba."
"Of course."
"You park mana? I can walk you there." Ujar Megat mempelawa untuk menghantar Balqis pada kereta.
"Kat basement Mr. Megat."
"Oh really, well let's go then."
"No it's okay. Besides, I'm sure your driver is waiting for you."
"Oh takpe, I boleh..."
"No, it's okay. You're a busy man, so no need to walk me. But I appreciate your kindness Mr. Megat. Thank you." Tutur Balqis dengan senyuman manisnya, helah untuk membuat Megat terpedaya dengannya.
"Oh..no problem. Small matter." Ternyata helahnya berjaya apabila Megat kelihata seperti terkedu dan malu-malu.
"I believe this is your level." Ujar Balqis memberitahu Megat bahawa mereka sudah pun tiba di lobi.
"Are sure you're okay?"
"Yes, I am very sure."
"Positive?"
"Positive."
"Okay then, see you..when I see you."
"Goodbye." Ujar Balqis dengan senyuman paksanya. Belum sempat Megat menjawab, pintu lif ditutupnya.
"Serabut! Why can't a man accept no for an answer?? Oh my God!" Balqis mengeluh bersendirian di dalam lif.
Balqis tekun membaca kandungan dokumen pada macbook miliknya. Tanpa disedari hari sudah menginjak malam. Pejabat juga semakin kosong dan sunyi. Tinggal dirinya bersendirian di tingkat 20 itu.
Sebelum pulang Elly sudah menyediakan air minuman buatnya, sudah arif dengan ketuanya yang sering sahaja stayback hingga malam di pejabat untuk menyiapkan kerja. Selaku ketua editor di Suffix Media, Balqis bertanggungjawab menyemak semua kerja staf di bawahnya bagi memastikan kesempurnaan majalah Essentialist yang dikeluarkan pada setiap bulan.
Essentialist merupakan sebuah majalah fesyen dan gaya hidup tempatan yang sudah lama mendapat tempat di mata masyarakat Asia. Nama Essentialist juga sudah seiring dengan majalah fesyen dan gaya hidup lain seperti Harper's Bazaar, People, Elle juga Marie Claire.
Sudah 30 tahun bertapak di dalam industri memungkinkan Essentialist menduduki tangga ke 10 majalah fesyen dunia dan merupakan satu-satunya majalah keluaran tempatan yang berjaya menempa nama di carta 10 teratas dunia.
Pada usia 23 tahun Balqis sudah diberikan tanggungjawab dan amanah untuk mengetuai penyuntingan majalah yang berprestij sebegitu. Sukar? Ya, amat sukar buat dirinya tetapi dia tidak berseorangan dalam menjalankan kerjanya itu kerana dia mempunyai sokongan dan dorongan yang padu di belakangnya oleh Puan Sri Suzila Ahya.
Malah, Puan Sri Suzila sendiri yang memberikan jawatan itu pada Balqis sewaktu gadis itu berusia 22 tahun. 1 tahun 6 bulan dia dilatih sendiri oleh Puan Sri Suzila untuk menjadi seperti dirinya yang sekarang, seorang ketua editor yang bijak, cekap dan berwawasan tentang hala tuju Essentialist.
Tidak berpengalaman? Benar, mungkin dia tidak berpengalaman tetapi sepanjang 6 bulan dia mengetuai Essentialist tanpa Puan Sri Suzila di belakangnya, dia berjaya memimpin dengan cekap dan cemerlang.
Pada mulanya dia juga tidak mahukan jawatan ketua editor itu tetapi mengenangkan jasa Puan Sri Suzila yang bergilir menjaganya sewaktu dia kecil membuatkan hatinya lembut untuk wanita yang sudah dianggap seperti neneknya itu.
Lagipula, setiap keputusan yang diambil Balqis akan dipantau sendiri oleh Puan Sri Suzila dan sebelum setiap keputusan diambil, Puan Sri Suzila juga akan berunding dan menasihatinya terlebih dahulu. Itu jaminan yang diberikan pemilik dan penasihat Suffix Media itu sendiri bagi meraih kepercayaan seluruh warga Essentialist juga Suffix Media.
Balqis menghembus nafas melepaskan lelah lalu belakangnya disandarkan pada kerusi kulit itu. Langit yang sudah semakin gelap di luar dipandang melalui dinding cermin bilik pejabatnya. Jam di pergelangan tangannya dikerling seketika, 8.15 malam.
Segera iMac itu ditutup lalu dia mengemas mejanya. Handbag dicapai lalu dia bangun dan melangkah keluar dari bilik pejabatnya. Dia perlu pulang dan merehatkan diri.
Pintu rumah dibuka. Gelap rumahnya tidak berpenghuni.
Kakinya terus melangkah naik ke bilik untuk membersih dan menyegarkan badan. Seharian di pejabat membuat dirinya kepenatan.
Setelah menyegarkan badan, dia kembali turun dan melangkah ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Jam tergantung pada dinding dikerling, 9.40 malam. Kepalanya digeleng dengan sengihan di bibir memandangkan pada waktu begitu baru dia ada masa untuk mengisi perutnya.
Semangkuk salad dan granola dikeluarkan dari peti sejuk. Memandangkan hari sudah malam dia malas untuk masak. Lagipula dia juga bukanlah seorang yang pandai memasak. Skil masakannya hanyalah sekadar untuk hidup jadinya dia tidaklah arif tentang dunia masakan.
iPad yang berada di island counter dapur dihidupkan dan laman web netflix dibuka. Sambil makan sambil menonton netflix. Suasana di dalam rumahnya direnung, sunyi.
Orang lain pasti akan cemburu dengan diri dan pencapaiannya. Usianya baru 23 tahun tetapi sudah memegang jawatan tinggi. Namanya sudah dikenali masyarakat dunia tanpa perlu dia memperkenalkan dirinya. Rumah yang besar, cantik dan lengkap sudah tersedia untuknya. Hidupnya lengkap dan sempurna dari segala segi.
Tetapi sayangnya disebalik semua kemewahan dan kesenangan itu, ada satu yang orang tidak tahu bahawa dia hanya berseorangan.
Ya, dia punyai kerja dan gaji yang besar. Punyai rumah yang besar dan mewah. Tetapi tiada siapa di sisinya untuk dia berkongsi semua itu. Tiada siapa yang menyambutnya pulang. Tiada siapa yang menemaninya menjamu selera. Tiada siapa untuk dia berkongsi rasa dan meluah perasaan. Tiada siapa yang bersamanya di dalam hidupnya. Hanya dia sendirian, menjalani hidup yang entah bila akan berakhirnya.
Promote:
Hazelivia by heyyheyy_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro