18| Ada Untukmu
Puan Sri Fazila tekun membaca laporan syarikat yang telah diemailkan padanya. Apa sahaja keputusan yang dilakukan Balqis di dalam syarikatnya, dia pasti akan memerhati dan menganalisis. Tidak pernah dia bersuara pada membangkang dan mengkomen setiap keputusan yang diambil Balqis kerana dia tahu anak gadis itu ada idea dan wawasan yang lebih menepati kehendak pasaran kini.
Mengapa dia menyerahkan Essentialist pada Balqis? Mengapa dia terlalu mempercayai gadis itu? Kerana dia mahu mendidik Balqis untuk menjadi seorang yang kuat dan tabah dalam menempuh sebarang cabaran hidup. Dia juga mahu memberi peluang pada Balqis untuk berjaya di mata dunia.
Kerana suatau hari nanti, dia mahukan gadis itu kembali menuntut keadilan buat kedua ibu bapanya yang telah mati dibunuh angkara dendam keluarga. Dia mahukan gadis itu menjadi seorang wanita kuat, tabah dan lantang dalam mempertahankan maruah diri yang dipijak dan diperkotak-katikkan oleh keluarganya sendiri.
Walhal Balqis Batrisya itu punyai suatu keluarga yang gah di mata dunia. Sayang seribu kali sayang, kerana dendam semuanya terhapus dan dihapuskan begitu saja di mata dunia.
"Nenek??"
Puan Sri Fazila tersedar apabila suara Amrin dekat kedengaran di telinganya. Kepalanya dipalingkan ke kiri melihat Amrin yang sedang berdiri dengan kerutan dahi dan wajah yang risau memandangnya.
"Kenapa?"
"Am tanya, nenek nak masak apa lunch? Am nak sediakan bahan. Jap lagi nenek boleh terus masak, senang."
"Oh... Kau bawa je la keluar apa kau rasa nak makan, nanti nenek masak la."
"Betul ni?? Tak tarik balik eh apa nenek cakap ni? Karang kalau Am minta lauk special, nenek cancel pulak." Ujar Amrin dengan penuh musykil.
"Kalau dengan Aqish, orang tu tak minta pon nenek sibuk je nak masakkan itu la ini la..." Tutur Amrin perlahan dengan bibirnya yang terjuih mengungkit.
"Heh! Nenek dah bagi peluang ni kan, kau jangan banyak tanya. Karang nenek cancel betul-betul kang."
"Ha-ha! Ye! Ye! Ergh... Asam pedas ikan siakap eh nek?"
"Ikut..."
"YASSS!!" Teruja Amrin dibuatnya sehingga penumbuknya diangkat ke udara. Terus dia berlari-lari anak menuruni tangga untuk ke dapur. Puan Sri Fazila hanya menggeleng melihat telatah cucunya itu.
Sekarang ini dia hanya perlu mencari bukti pembunuhan terancang kedua ibu bapa Balqis. Tetapi persoalannya kini, bagaimana mahi membuktikan sesuatu yang disembunyikan dengan begitu baik sekali?
Dia pasti ada saksi yang terlibat tetapi di manakah kesemua saksi itu? Dia hanya memerlukan keterangan dari saksi untuk dijadikan salah satu dari bukti pembunuhan itu.
Bukti yang selebihnya dia masih mengusahakan lagi. Bukan senang mahu membuka kembali kea yang sudah berpuluh tahun ditutup. Malahan, kini pelaku dan dalang di sebalik kematian ibu bapa Balqis masih ada, cuma dia lebih senang menyembunyikan diri.
Maklum sahaja, sudah senang dan kaya raya si pelaku itu. Mana mungkin dia menunjukkan wajah di khalayak ramai. Lebih selesa di rumah, mengira hasil harta yang dirampas gamaknya.
Patutkah dia mengumpan keluar si pelaku itu? Tidakkah cara itu berbahaya? Jika cara itu yang dilakukam, Balqis yang disembunyikan selama ini juga harus didedahkan kewujudan dan identitinya.
Cara begitu juga mempunyai risiko yang tinggi. Apatah lagi dalang itu mengharapkan Balqis sudah mati, makanya jika Balqis ditonjolkan pada dunia, pasti sahaja nyawa cucu menantunya itu terancam.
Ya Allah, Kau lindungilah cucuku itu ya Allah. Sesungguhnya dia tidak bersalah dan hanya menjadi mangsa keadaan.
Balqis pulang apabila jam sudah menginjak ke 10.20 malam. Ruang tamu yang sudah tidak berpenghuni menjerumuskan kakinya untuk terus melangkah naik ke bilik. Setibanya di dalam bilik, kelibat Amrin yang sedang bersandar senang di kepala katil dipandang dengan jelingan kecil.
Tanpa mengendahkan si suami, dia terus ke bilik air, membersihkan diri. Harinya sungguh sibuk dan dia sngat penat. Yang dimahukan adalah untuk bersegera mendapatkan katil dan tidur.
Amrin terkelip-kelip matanya memerhati siling bilik. Malam itu dirasakan sukar untuk dia lelap. Pusing kiri tidak kena, pusing kanan juga tidak kena. Akhirnya dia terlentang memandang siling bilik dalam keadaan samar-samar itu.
Mungkim kerana petang tadi dia terlelap agak lama dari 2 petang hingga 6 petang membuatkan matanya hilang kantuk.
Knicks yang terletak di drawer tepi katil dicapai lalu dibuka. Media sosial Twitter dibuka lalu dia menskrol atas bawah membaca apa yang menarik pada perhatiannya.
20 minit berlalu. Bosan dengan Twitter, dia kemudian membuka Clash of Clans. Walaupun syarikat miliknya turut mengeluarkan game online dan aplikasi, dia masih mahu mencuba pelbagai aplikasi game yang ada di pasaran. Dengan cara itu, dia dapat melihat sendiri perkembangan terkini game digital juga dia dapat melihat sejauh mana market di masa kini.
Sedar tak sedar, jam sudah menginjak ke 2.50 pagi. Sudah hampir 2 jam dia bermain telefon di dalam gelap.
"Barai la mata. Naik lagi la power nampaknya. Haih!" Amrin berkira-kira untuk meletakkan Kniksnya ke tepi apabila dirasakan ada pergerakan kecil di sebelah.
Terus dia membuka lampu suluh di Kniksnya lalu menyuluh pada Balqis yang sedang tidur di sebelah.
Kelihatan dahi dan leher gadis itu berpeluh-peluh walaupun dalam keadaan bilik yang berangin dengan kipas siling.
Dia cuba menggerakkan Balqis agar sedar tetapi tidak memberi apa-apa kesan malahan Balqis semakin agresif berpaling ke kiri dan kanan seperti mengelak dari sesuatu.
"Qisya... Hey, hey..buka mata."
"Buka mata Qisya!" Amrin menepuk-nepuk lembut wajah isterinya.
Tidak lama kemudian terus terduduk dengan linangan air mata yang lebat.
"Tak nak!!" Terkejut Amrin dibuatnya dengan raungan Balqis. Terus ditarik isterinya itu masuk ke dalam pelukannya.
"Tak nak! Tak nak! Diorang tak salah! Jangan!!"
"Hey, hey sayang? Sayang it's okay, it's okay... Abang ada sini. Shhh shhh..."
"Diorang tak salah... Kenapa..buat macam tu?"
"Kenapa? Cerita dengan abang. Qisya mimpi apa sayang?" Balqis memandang terus wajah Amrin dengan matanya yang penuh sangsi dan ketakutan.
"Cerita dengan abang." Amrin mengangguk, membari galakan pada Balqis untuk bercerita tentang mimpi ngeri yang dialami.
Melihat pandangan Amrin yang redup dan ikhlas itu membuatkan Balqis merasa selamat bersama lelaki itu.
Sejurus itu, dia terus memeluk Amrin. Wajahnya disembamkan pada dada suaminya, menghamburkan tangisan yang sepertinya tiada kesudahan.
"Ja..jangan..jangan pergi... Ja..jangan ting..tinggal saya..." Tersekat-sekat Balqis menghabiskan ayatnya dek tangisan dan sedu-sedannya yang semakin rancak.
"Shhh..shhh.. It's alright. It's okay, abang ada sini. Abang tak pergi mana-mana..and abang takkan tinggalkan Qisya. Okey? Abang janji."
▪️Yassss!! Finally!!!
Author tak nak bagi alasan, author cuma nak minta maaf yang teramat sangat sebab dah mungkir janji 😭
Author dah lama sangat tak update & author cakap nak update double, tapi takde pon. Sorry 🙏🙏🙏😭
▪️But anyway, author nak bagi tau something...
Author dah habis intern! Wohoo 🎉
And now, author kena siapkan report pulak dalam masa lebih kurang 2 minggu ni! 😫
Author tak nak cakap banyak, cuka nak minta doa uolls semua utk doakan author, semoga author dapat siapkan report dengan lancar & tenang.
Cepat siap report, cepat la author boleh get back dengan update 😚
▪️Puasa pon dah masuk minggu ke-2, belum terlambat kot kalau author nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa. Pastikan puasa tu betul-betul, jangan buat benda yang boleh membatalkan puasa.
Dan tolong la JANGAN BACA GREY & HEAVEN BUAT SEMENTARA WAKTU NI! 😂😂 Berat hati sebenarnya nak biarkan Grey & Heaven wujud dalam puasa ni😓
▪️Anyway, happy reading! Jangan berharap author akan update lagi dalam masa terdekat ni ye... Author tengah kejar dateline utk submit report intern ni😝
Promote:
Selamanya Dia by flower01_
Nada Rindu by QurratuRaini
Sayang, you're mine by adnisedora
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro