17| Akur
Balqis hanya diam menunduk berhdapan dengan Puan Sri Fazila. Amrin sudah awal-awal naik ke bilik, mengelak dari 'dibunuh' Balqis. Maklum sahaja, jikalau tidak kerana dirinya, pasti hubungan mereka tidak dihidu Puan Sri Fazila.
"Nenek bukan marah Aqish. Nenek faham apa yang Aqish rasa. Tapi sayang, hukum tetap hukum. Aqish kena cuba, kena biasakan diri. Tak boleh la berterusan macam ni. Mungkin Amrin pon salah dalam hal ni, but enough is enough. 7 tahun tahun tu bukan masa yang sekejap tau. Rumah tangga apa yang terpisah 7 tahun?" Balqis hanya menunduk mendengar Puan Sri Fazila membebel di hadapannya.
Bukannya dia mahu berkurang ajar, cuma dia merasakan ini semua bukan satu masalah. Kalau pun ia satu masalah, baginya, ini semua bukan salah dirinya.
Bukannya dia yang mahu berkahwin dengan Mikail Amrin itu. Kenal lelaki itu, apatah lagi. Kerana itu dia merasakan dirinya tidak bersalah kerana perkahwinan yang terjadi ini juga adalah rancangan Puan Sri Fazila dan arwah atuknya yang dia juga tidak tahu-menahu ketika itu.
"Nenek ingat bila Amrin dah balik ni, korang boleh la rekindle. Mula bercinta ke... Ni tidak!"
"Kalau macam ni, tak guna la duduk sebumbung. Apa function korang kahwin kalau macam ni?"
Oh my God!
I don't even want to get married to him in the first place nenek!
"Balqis! Dengar tak apa nenek cakap?" Puan Sri Fazila mula berusara garang apabila Balqis nak-tak nak sahaja mendengarnya.
"Dengar nek..."
"'Boleh ye? Mulai sekarang, sebilik la dengan Amrin tu. Tempat isteri di sisi suami. Boleh?" Balqis tunduk mengangguk mendengar suruhan Puan Sri Fazila.
"Boleh ke tidak?" Sekali diulang soalannya, mengharapkan persetujuan yang keluar dari mulut Balqis.
"Boleh nek."
"Haa, macam tu la. Nenek sayang Aqish. Nenek buat semua ni untuk kebaikan Aqish. Dengar cakap nenek ye sayang?"
"Ok nek." Tangan Balqis ditarik dan diusap perlahan dengan senyuman.
Tidak susah mahu melentur hati anak gadis itu. Balqis mungkin kelihatan keras di luaran, tetapi di dalam dia tahu betapa rapuhnya anak itu.
Manakan tidak, pada umur sekecil bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya. Datuk yang merupakan satu-satunya waris terdekat yang tinggal juga telah pergi menghadap Illahi. Tinggallah dia seorang diri mengharungi liku-liku kehidupan.
Lagi-lagi selepas Amrin mengkhabarkan tentang mimpi buruk yang sering dialami Balqis. Lagi membuatnya bertambah risau. Itu juga merupakan salah satu sebab mengapa dia mahu Amrin sebilik dengan Balqis, supaya cucunya itu boleh memerhati anak gadis yang dilanda trauma ini.
Puan Sri Fazila hanya diam memandang Balqis yang masih tunduk memandang peha. Dia cuma berharap identiti gadis itu tidak terbongkar. Padah jadinya jika identiti sebenar anak itu terdedah. Mata-mata musuh sentiasa memerhati.
Perlahan-lahan Amrin membuka pintu bilik Balqis. Sebaik dia melangkah masuk, mata Balqis sudah tajam menikamnya. Liurnya ditelah pahit, tahulah dia bahawa isterinya itu akan mengeluarkan lahar sebentar lagi.
"What do you want?" Keras Balqis menyoal. Jelas tidak senang dengan kehadirannya di dalam bilik itu.
"Ala, jangan la macam ni. Bukan abang suka-suka, nenek dah warning tau." Ujar Amrin perlahan dengan suaranya yang meleret manja, cuba melembutkan hati Balqis yang kersanya mengalahkan kinkrit itu.
"Macam mana boleh kantoi?? Apa awak buat ha?"
"Kalau abang tak buat apa pon, abang rasa nenek tu dah tau." Amrin menjawab perlahan dengan cebikan.
Cis! Suka-suka hati nak salahkan aku.
Bukan salah aku sepenuhnya ok!
"What exactly happen??" Soalan Balqis membuatnya mengeluh sebentar.
"Abang terserempak dengan nenek masa nak keluar bilik Qisya."
"Macam mana boleh terserempak?" Amrin terkebil mendengar soalan isterinya. Pejam-celik matanya menahan hati yang ingin menampar diri sendiri itu.
Soalan apa kau tanya ni Qisya oii?!
Macam mana boleh terserempak? Macam tu je la!
*facepalm*
"Dah malam, abang nak masuk la bilik abang, nak tidur. Bila abang keluar bilik, tengok-tengok nenek ada kat depan tu lagi tengah buat kerja. Mana la abang tau nenek nak tidur lambat." Sebaik mungkin dia menjelaskan apa yang suda terjadi pada Balqis dengan harapan isterinya itu mempunyai sedikit ehsan untuk memahami keadaannya.
"Ish! Lain kali be careful boleh tak? Sekarang dah jadi macam ni, nak buat cemana?"
Oh tak boleh jadi.
Tolong la diam sayang oii!
Abang rasa nak lepuk je dahi awak.
"Nak buat cemana? Cam tu je la. Tidur je la sebilik, apa susah." Amrin meramas kasar rambutnya menandakan kesabarannya yang sudah semakin tipis.
"Saya tak nak tidur sekali dengan awak la! Faham tak saya tak nak!!" Amrin memejam matanya rapat. Hatinya dirasakan seperti mahu meletup saat ini.
That's it!
No more!
"Habis tu nak buat cemana? Betul jugak apa nenek cakap... Kita dah 7 tahun terpisah, takkan nak pisah lagi? Berdosa tau. Abang ni sebagai suami, abang yang tanggung dosa ni. Dosa yang sia-sia!"
"Erghh! Why are we married on the first place? Tak faham betul la. Tak function tau tak semua ni!"
"Hishh!" Terus pintu bilik air dihempas kuat. Amrin melabuhkan duduk di katil dengan nafas lelah yang dilepaskan kuat.
Ya Allah! Astaghfirullahalazim, isteri aku...
Sabar je la dengan kerenah isteri sorang ni.
Hish!
Awal-awal pagi lagi Balqis sudah bersiap untuk berangkat ke pejabat. Masih mahu menunjukkan protes, sepatah kata pun tidak keluar dari mulutnya apabila ditanya Amrin. Mujur sahaja ketika dia mahu berangkat Puan Sri Fazila belum keluar dari bilik, tidaklah orang tua itu melihat protes yang dilakukan terhadap Amrin.
Melihatkan si isteri yang masih panas hatinya, Amrin tidaklah memaksa. Walaupun tidak dinafikan dia juga terasa dengan Balqis tetapi disabarkan sahaja hatinya memandangkan Balqis itu isterinya.
Dialah yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap gadis itu. Dia yang sepatutnya membimbing, mendidik dan mengajar isterinya. Tidak hairan lah jika Balqis sukar menerimanya kerana pada permulaannya, dia yang mengenepikan isterinya itu.
Tidak mahu ikut terasa marah dengan semua ini, dia memilih untuk menjadi positif. Dia pasti ada hikmah yang terjadi di sebalik semua ini dan dia yakin dengan ketentuan yang telah ditetapkan Tuhan.
Masing-masing diam di dalam bilik mesyuarat itu, tidak berani bersuara apabila datang mood puting beliun Balqis.
"How many times do I have to tell you..benda-benda macam ni you kena keep track! Tak boleh la nak harapkan orang semata, kalau tau takde siapa nak buat!"
"Kita punya ads memang lapuk ketinggalan zaman eh?? Jangan nak harapkan printed medium je, come on! Make it digital la!!"
"Kalau model-model tu take us lightly, cari je model lain! Banyak lagi model yang elok boleh buat kerja! Dah la tak on-time, attitude macam sampah! Cari lain!!"
Masing-masing tunduk mendengar amukan Balqis pagi itu. Ada juga yang berbisik halus sewaktu perbincangan sedang dilakukan. Tidak dinafikan juga ada yang mengutuk majikannya itu.
Keadaan bilik itu kembali senyap apabila Balqis berhenti bersuara. Satu demi satu wajah stafnya diperhatikan. Ada yang menunjukkan riak biasa, tertekan, menyampah juga tidak mengambil port akan apa yang terjadi di dalam bilik itu.
Jam di pergelangan tangannya dikerling, 12.40 tengah hari. Balqis bersandar pada kerusinya di kepala meja panjang itu dan mengarahkan Elly untuk menutup mesyuarat kali itu. Masing-masing laju berdiri dan melangkah keluar dari bilik mesyuarat meninggalkan Balqis dan Elly bersendirian.
"Miss ada nak suruh saya buat apa-apa sebelum keluar?" Soal Elly pada Balqis yang memejam mata.
"No. You can go and have lunch."
"Alright. Miss Trisya nak makan apa? Saya bungkus?"
"No need."
"Alright. Saya keluar dulu." Balqis mengangguk dengan matanya yang masih terpejam. Sebaik meyakini Elly sudah tiada, air mata yang mula mengalir turun diseka malas.
Tidak ada yang faham dirinya. Tidak ada yang memahami beban dan tekanan yang harus dipikul saban hari itu. Bos? Bukan senang amanah yang dipaksakan untuknya itu. Sungguh berata dan mencabar mental, fizikal, juga rohani dan emosinya.
Terkadang jika dia terlebih emosi, para pekerja akan mengutuknya. Jika dia berbuat baik, ada yang mahu mengambil kesempatan. Memandangkan dia masih muda, ramai yang sambil-lewa dan menganggapnya bodoh. Ada juga yang memperbodohkan dirinya.
Kerana itu dia lebih memilih untuk menjadi tegas dan tidak beremosi di hadapan orang. Biarlah apa yang orang ingin katakan, yang penting dia selamat menjaga hati yang sudah lama mati itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro