16| Kantoi
Puan Sri Fazila hanya diam memerhati Amrin dan Balqis bersarapan di hadapannya. Balqis sibuk dengan iPad di tangan sambil mengunyah roti, manakala Amrin leka dengan Knicks sambil menyuap bijirin ke mulut.
"Malam tadi apa yang bising dalam bilik?" Soalan Puan Sri Fazila serta-merta menarik perhatian cucu dan cucu menantunya.
Balqis dan Amrin berpandangan sesama mereka buat seketika, saling memberi isyarat mata.
"Bising apa nek?" Amrin kembali menyoal, meminta kepastian.
"Mana la nenek tau, tu yang nenek tanya korang. Korang takde dengar ke?" Sengaja Puan Sri Fazila memberi tekanan pada cucunya untuk menjawab soalan yang direka semata-mata untuk memancing kedua cucu dan cucu menantunya.
"Nope. Takde apa pon. Nenek salah dengar kot." Selamba Amrin menjawab lalu menyambung makannya.
"Aqish? Takde dengar apa-apa?"
"Takde pulak nek."
"Hai, takkan tak dengar? Rasanya datang dari bilik korang." Sekali lagi Balqis dan Amrin berpandangan sesama sendiri.
"Takde nenek. Kitorang tidur ok je semalam."
"Yeke? tidur bilik mana?" Amrin mengerut dahi mendengar soalan yang keluar dari mulut neneknya. Nampak sahaja tenang wajahnya, jauh di sudut hati berdebar bukan main lagi hatinya saat itu.
Jangan cakap nenek dah tau?
Tak mungkin!
"Aih, biasa la. Bilik depan tu." Ujar Amrin memaksudkan bilik Balqis.
"Betul Aqish?" Puan Sri Fazila memandang Balqis dengan pandangan mata yang mendalam.
"Hmm, betul la."
"Ok."
Selepas bersarapan Balqis dan Amrin melepak di ruang tamu. Balqis masih dengan iPadnya, manakala Amrin dengan tv yang terpasang Black Panther. Melihatkan kedua cucunya sedang berehat, dia terus melangkah naik ke bilik.
Amrin hanya tekun memerhati gerak-geri neneknya. Setelah yakin kelibat Puan Sri Fazila sudah tidak kelihatan, barulah dia mencuit sedikit bahu Balqis.
"Apa?" Soal Balqis malas-malas. Dia sedang sibuk menganalisis laman web Essentialist, boleh pula Amrin mencuit-cuit bahunya. Malas mahu dilayan kerenah lelaki itu.
"Qisya... Qisya ada terlepas cakap ke kat nenek?" Bisik Amrin perlahan membuatkan Balqis kurang mendengari soalan suaminya itu.
"Qisya, abang tanya ni."
"Apa dia?" Balqis memandang Amrin dengan hidung yang kembang-kuncup menahan geram. Sebaik melihat jari telunjuk suaminya pada bibir, memintanya senyap, cepat-cepat dia mengangkat kening bertanya.
"Qisya ada terlepas cakap apa-apa ke kat nenek?"
"Mana ada." Ujar Balqis, juga dalam suara separa berbisik.
"Habis tu kenapa nenek macam syak something?"
"Mana lah saya tau."
Selesai menonton Black Panther, Amrin melangkah naik ke bilik. Mahu melepak dengan Balqis, isterinya itu tidak pernah menghiraukan dirinya. Makanya, dia membawa diri naik ke bilik. Semestinya itu lebih baik.
Baru sahaja kakinya memijak tingkat 2 rumah itu, wajah Puan Sri Fazila di ruang rehat atas itu menyapa pandangannya.
"Nek? Nak rehat masuk la bilik."
"Takpe nenek duduk sini je. Sambil-sambil tu kalau boring nenek boleh tengok tv." Ujar Puan Sri Fazila ringkas, lalu dia menyambung bacaan dokumen kerja yang turut dibawa bersama.
Aduhai! Tak jadi la masuk bilik jawabnya.
Baru sahaja dia berniat untuk melepak sambil bermain game di dalam biliknya. Terpaksalah hasratnya itu dibatalkan. Kakinya terus melencong melangkah masuk ke bilik Balqis.
20 minit kemudian, Balqis naik ke atas. Kelibat Puan Sri Fazila dipandang dengan senyuman sebelum dia melangkah masuk ke biliknya. Walaupun cuti, dia masih perlu menyiapkan kerjanya. Carta langganan Essentialist yang berada di dalam beg kerjanya perlu diteliti kembali bagi menetapkan target baru untuk bulan yang seterusnya.
Kakinya yang menjejak masuk ke dalam bilik segera terhenti saat melihat Amrin yang sudah berbaring senang di atas katilnya. Cepat-cepat Amrin mengarahkan agar Balqis senyap sebelum dia menarik Balqis dan menutup pintu bilik.
"Sorry, abang lepas sini jap. Nampak gayanya nenek tu memang akan stay depan tu sampai lunch nanti."
"Betul eh Qisya takde terlepas cakap? Tersasul ke?" Balqis tajam memandang Amrin. Sepertinya lelaki itu cuba menuduhnya atas sesuatu yang tidak dilakukan.
"Saya cakap takde tu, takde lah. Tak faham bahasa? Saya takde la sebodoh tu sampai nak kantoikan diri sendiri."
"Ok-ok, sorry. Chill. Abang cuma nak pastikan je. Sebab cara nenek tu, macam dia dah tau."
"Tengok pagi tadi, tanya soalan yang pelik-pelik. Lepas tu sekarang, duk melepak depan tu pulak. Semalam mana ada."
"Kebetulan?" Balqis menyuarakan buah fikirannya. Dia tidak mahu bersangka-buruk. Lagipula dia tiada salah apa-apa. Setakat tidak sebilik dengan Amrin, dia tidak merasakan itu satu masalah yang besar.
"Abang tak rasa kebetulan. It's way too obvious."
"Eh dah lah, saya nak buat kerja. Tepi." Balqis malas mahu melayan persoalan suaminya, terus ditolak ke tepi sedikit tubuh Amrin yang menghalang laluannya.
Malam itu seperti 2 malam sebelumnya, Amrin perlahan-lahan melangkah keluar dari bilik Balqis. Kakinya melangkah laju menuju ke biliknya.
"Nak pergi mana tu?"
"Oh mak kau terbalik!" Amrin mengemam bibirnya saat melihat kelibat neneknya yang sedang bersandar senang di rehat tingkat atas yang separa gelap itu.
Mampus!
"Nak pergi mana ni malam-malam ni?" Puan Sri Fazila kembali menyoal cucunya dengan nada suara yang tidak menyenangkan.
"Nak pergi..minum air."
"Minum air bukan ke arah ni. Nak minum air ke dapur."
"Kau tipu nenek ye Am?"
"Tak... Bukan macam tu nek."
"Selama ni korang tak tidur sebilik ke?"
"Nenek..."
"Jujur dengan nenek Mikail Amrin!"
Amrin mengeluh lemah lalu kepalanya perlahan-lahan mengangguk.
"Astaghfirullahalazim. Apa nak jadi dengan kau ni? 7 tahun kau tinggalkan Balqis tu, sekarang ni tak tidur sebilik pulak? Apa ni Amrin? Buta hukum ke??"
"Nenek, tenang dulu... Bukan macam tu."
"Habis tu macam mana?" Sekali lagi Amrin mengeluh, lalu dia mengambil tempat duduk berhadapan neneknya.
"Okey, macam ni... Memang kitorang tak sebilik. Tapi berseba nenek. Kan dah lama kitorang terpisah. Oh bukan... Dah lama kitorang kahwin, tapi tak pernah berjumpa... So masing-masing awkward, apa lagi nak tidur sebilik."
"We're taking things slow nek. Satu-satu la. Kenal-kenal dulu, lama-lama bila dah mesra baru la pergi next step."
"Tapi Amrin, kau tak patut buat Balqis macam ni. Hati dia sebagai seorang isteri takkan tak terasa?"
"Nenek, Am tengah cuba pujuk nek. Am tengah cuba untuk buat dia rapat dengan Am. Tak boleh la terus paksa nek. Isteri Am tu bukannya jenis yang boleh dipaksa-paksa. Kalau dia tak suka, dia tak suka.
Am tak nak memaksa, karang keadaan jadi lagi buruk. Buat sementara ni, Am tengah cuba ambil hati dia. Tapi kena slow-slow la. Sebab, yela..salah Am jugak, 7 tahun tak pernah muncul depan dia, then balik-balik kena face perkahwinan ni. Am tak nak buat dia stress dan terbeban dengan semua ni. That's why, we're taking things slow."
"Banyak la alasan."
"Ya Allah, nenek ni bukan alasan. Percayalah."
"Ok, nenek terima. Tapi nenek tak setuju kau tak sebilik dengan Balqis."
"Nek."
"Tu isteri, Amrin. Mana boleh senang-senang kau nak pisah tempat tidur. Mulai malam ni tidur sebilik."
"Nenek, jangan la paksa. Please."
"Nenek bukan memaksa, tapi hukum tetap hukum." Amrin mengeluh lemah mendengar kata-kata neneknya yang tidak dapat disangkal itu.
Ya, dia sedar dan sedia maklum tentang hukum berpisah tempat tidur antara suami dan isteri. Tetapi apa yang dilakukan ini bersebab. Dia bukanlah jahil dan buta agama untuk sewenang-wenangnya melanggar hukum yang sudah ditetapkan.
Dia cuma mahukan masa. Masa untuk meraih hati isterinya. Suka atau tidak, dia harus mengakui bahawa hubungannya dan Balqis semestinya tidak sama seperti hubungan suami isteri yang lain. Mereka bernikah juga bukan seperti pasangan lain.
Maka kerana itu, dia perlu menggunakan cara yang berbeza untuk membaiki hubungannya bersama Balqis. Dia tahu apa yang dilakukan dan dia sedar akan risiko yang diambil untuk memimpin rumah tangga mereka ke arah yang sepatutnya.
"Ok. Fine. Am cuba."
"Jangan nak cuba je. Tidur je la sekatil, apa yang susahnya."
Balqis tersedar apabila jam penggera pada iPhonenya berbunyi. Sudah masanya untuk dia bangun dan bersiap ke tempat kerja. Buka sahaja mata, hampir terkeluar jantungnya melihat Amrin yang sedap tidur memeluk bantal di sebelahnya.
"Hei! Bangun la! Awak buat apa kat bilik saya ni??" Bahu Amrin ditolak-tolaknya untuk mengejutkan lelaki itu.
"Bangun la!"
"Amrin!!"
"Hurmm... Apa dia?" Soal Amrin dalam keadaan mamai. Matanya masih tertutup, tetapi mulutnya terkumat-kamit bercakap perkara yang tidak difahami.
"Awak kenapa tidur bilik saya ni?? Tak boleh tidur bilik sendiri ke?"
"Tsk! Ish... Dah kantoi la..."
"Ha?? Awak cakap apa ni? Tak dengar la."
"Dah kantoi. Nenek dah tau. Nek 'soh' tidur sini..." Tanpa dapat menahan, Amrin kembali terlelap dengan dengkuran halusnya.
WHAT??!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro