Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15| I hate this!!!

   Jam 7.30 pagi Balqis turun ke bawah dengan berpakaian sukan. Kebiasaannya jika hari cuti dia akan melakukan rutin senam kebiasaannya atau berjoging. Memandangkan Puan Sri Fazila masih di rumahnya, maka dia memilih untuk berjoging pagi itu.

   Cepat-cepat dia melangkah keluar dari rumah sebelum penghuni lain di dalam rumah itu sedar. Di awal-awal pagi itu kalau boleh dia mahu bersendiri. 

   Air diteguk laju dari botol air yang dibawa bersamanya. Selesai 5km joging, Balqis kembali berjalan pulang ke rumah. 

   "Hi." Malas-malas dia memandang empunya suara yang menegurnya itu.

   Kening yang sederhana tebal. Mata kelabu. Hidung mancung. Bibir sederhana. Berlesung pipit. Rahang tajam seperti mata pisau.

   My my! Hot as hell!

   Walaupun dalam hatinya gemuruh apabila ditegur lelaki itu, di luaran dia masih mengekalkan raut wajah beku dan kosongnya.

   "I nampak you dah beberapa kali dah, jogging sorang."

   "I'm Qil, by the way. Syaqil Aneeq." Balqis jeda memandang lelaki yang baru dikenali itu. Dia lebih selesa jika tidak bersuara. Maklum sahaja, dia bukan kenal dengan lelaki itu, entah-entah ada muslihat yang disembunyikan.

   "If you don't mind, boleh I tau nama you?" Soal Syaqil dengan senyuman penuh harapan. Balqis merenung sebentar wajah Syaqil sebelum dia berlalu pergi meninggalkan lelaki itu tergantung dengan persoalan.

   Syaqil mengemam bibirnya. Menarik sekali gadis itu di matanya. Lebar senyumannya terlorek memandang kelibat gadis itu menghilang di kejauhan.

   Whoever you are, I hope we'll meet again soon.

   "AHCHOOO!" Amrin mengibas-ngibas di hadapan hidungnya, menghalau pergi bau tumisan sambal yang menusuk hidung. 

   "Fuh! Sambal nenek ni menyengat!" Puan Sri Fazila yang sedang memasak itu hanya menggeleng mendengar komen cucunya.

   Sudah lama dia tidak masak untuk cucunya itu. Memandangkan 2 minggu dia akan tinggal di situ, maka kesempatan itu diambil untuk memeasak untuk cucunya itu. Maklum sahaja, cucunya yang seorang itu sudah bertahun-tahun di perantauan.

   "Dah, jangan nak duduk je. Pergi potong telur dengan timun tu."

   "Beres." Amrin terus bergerak ke sinki dapur, mencuci tangannya sebelum memulakan kerja-kerja memotong.

   "Am kat sana makan macam mana?"

   "Come on la nek, ni Mikail Amrin. Of course la Am masak."

   "Ye la tu! Tak payah nak kelentong nenek. Macam nenek tak tau, kau makan maggi kan?"

   "Hehehe... Maggi tu ada la jugak. Tapi takde la setiap masa makan maggi nek. Am masak la jugak. Kalau makan maggi hari-hari kering Am, nek."

   "Apa yang kau dah masak sepanjang 7 tahun duduk sana?"

   "Ehh banyak nek! Nasi goreng, mi goreng, tomyam. Banyak la. Tapi takde la Am nak masak asam pedas ke kan... Barang mana ada kat sana."

   "Hmm. Ni, dah duduk berdua dengan Balqis, siapa yang masak?" Soalan Puan Sri Fazila berjaya membuat Amrin terdiam.

   Dia tahu kekurangan cucu menantunya yang satu itu. Masak bukanlah skil yang dipunyai Balqis. Dia juga mengaku, sebagai seorang isteri, Balqis ada serba-serbi kurangnya. Harapannya apabila Amrin dan Balqis duduk serumah, cucunya boleh la mengajar Balqis memasak serba-serbi. 

   "Err..."

   "Nenek tau dia tak masak. Isteri Am tu ada kurangnya jugak. Sebagai suami, kau kena mendidik Balqis. Untuk kebaikan rumah tangga korang jugak."

   "Apa yang dia kurang, lengkapkan. Apa yang dia tak tau, ajarkan. Baru harmoni rumah tangga."

   "Baik nek."

   "Nenek serius ni, bukan main-main."

   "Ya nek, Am tau."

   Sebaik kakinya melangkah masuk ke rumah, telinga mendengar riuh perbualan antara Amrin dan neneknya. Perlahan-lahan dia melintasi dapur tidak mahu mengganggu. Baru sahaja selangkah kakinya melintasi dapur, namanya dipanggil Puan Sri Fazila.

   "Ya nek?" Amrin dan Puan Sri Fazila kelihatan sedang mencedok makanan ke dalam pinggan.

   "Meh, makan sekali."

   "Takpe la nenek makan dulu. Qish nak naik mandi jap, tak selesa berpeluh." Terus sahaja kakinya laju melangkah naik ke atas.

   Selesai mandi dan bershampoo, Balqis turun dengan segar. Masuk sahaja dia ke dapur, Amrin kelihatan sedang membasuh pinggan.

   "Ha, duduk la makan. Jap abang ambilkan." Cepat-cepat Amrin menyudahkan basuhan lalu tangannya dilap kering pada kain pengelap. Pinggan diambil dan dicedok nasi untuk isterinya.

   "Nasi lemak?"

   "Hmm."

   "Sape masak?"

   "Nenek."

   "Nenek mana?"

   "Kalau takde kat depan tu, kat luar la kot. Buat apa entah..."

   "Ish awak! Tak yah la cedok banyak sangat nasi. Saya tak nak."

   "Sedap ni nasi lemak nenek."

   "Tak kisah la. I don't want rice. Dah la, saya makan granola je la." Baru sahaja dia ingin bangun, Amrin sudah menahan.

   "Eh-eh no! Jangan. Makan nasi ni, sedap."

   "Awak ni tak faham bahasa eh? Saya tak nak nasi."

   "Alaa, sikit je. Tengah hari nanti Qisya tak yah la makan nasi dah. Makan sekali ni je eh?"

  "Ishhh, tak nak la..."

  "Makan. Rugi tak rasa, sedap." Balqis mengeluh perlahan melihat Amrin menghidangkannya sepinggan nasi lemak lengkap dengan sambal, timur, telur juga ikan bilis.

   "Ha, turun pon dia. Makan-makan." Ujar Puan Sri Fazila, semangat menjemput Balqis makan.

   "Banyak nenek masak."

  "Takde la banyak sangat. Cukup la kita 3 orang makan. Lagipun suami kamu ni, rindu nak makan nasi lemak nenek, tu yang nenek masak tu." Serta-merta Balqis memandang tajam wajah Amrin yang tersengih kerang itu.

   Oh sebab dia la nenek masak nasi lemak pagi ni.

   Ish! Macam tak tau aku tak makan benda-benda ni.

   Saje je!

   "Makan Qisya. Tambah lagi."

   "Aaa..."

   "Nenek, cucu kesayangan nenek tu tak makan nasi sangat. Tak payah la dipaksa." Tutur Amrin perlahan sambil diaa berlalu ke peti sejuk mengeluarkan sebotol air masak.

   "Ha? Tak makan nasi? Diet ke sayang? Jangan la diet, Aqish tu dah kurus sangat nenek tengok. Makan banyak-banyak sikit."

   Tengah hari itu Puan Sri Fazila mengajak Amrin dan Balqis keluar berjalan-jalan ke Bangi Sentral. Dia banyak mendengar cerita tentang hub fesyen itu. Kebetulan dia ada berdekatan, maka diheretnya sekali cucu menantunya itu.

   Balqis sudah menggeleng kepala membangkang untuk turut menaiki kereta Amrin. Volkswagen Beetle itu dipandang dengan pandangan jijik.

   "Jom." Amrin meneraik lengan Balqis menuju ke keretanya. Neneknya sudah selamat di tempat duduk belakang menunggunya dan Balqis.

   "Tak nak. Awak please, kita naik kereta saya. Awak drive la kereta saya, saya tak kisah asalkan bukan naik kereta awak. Please..." Tutur Balqis perlahan, merayu agar mereka tidak ke Bangi Sentral dengan kereta kodok suaminya itu. Sanggup dia membenarkan Amrin memandu Evoque miliknya demi mengelak untuk naik kereta itu.

   Amrin memandang Balqis dengan senyuman kecil, faham dengan keengganan isterinya itu untuk berada dekat dengan keretanya. Tetapi mahu bagaimana, kerana Puan Sri Fazila yang memilih keretanya sebagai pengangkutan mereka tengah hari itu.

   "Come on, nenek dah masuk kereta tu. Jom. Takde apa punya."

   Memang la takde apa tapi masalahnya aku malu la!

   Amrin menarik lengan isterinya ke pintu belah penumpang. Sebaik pintu dibuka, dia memeprsilakan isterinya itu masuk dengan senyuman yang meyakinkan. Balqis pasrah dan perlahan-lahan dia masuk ke dalam kereta suaminya itu.

   Sumpah this is the first and the last time!

   I hate this!!!

   Malam itu seperti malam sebelumnya, Amrin akan duduk melepak di bilik Balqis sementara menunggu neneknya masuk tidur. Apabila jam sudah menunjukkan waktu 12.00 tengah malam, dia keluar dari bilik isterinya dengan senyap.

   Perlahan-lahan dia menyusup masuk ke biliknya. Hari itu sungguh memenatkan baginya. Melayan kerenah nenek dan isterinya bershopping, sungguh memenatkan. Dia mahu cepat-cepat tidur dan merehatka diri.

   Sebaik sahaja pintu bilik tertutup, Puan Sri Fazila melangkah keluar dari persembunyiannya. Bilik Amrin dan Balqis dipandang bersilih-ganti. 

   Oh, tipu nenek ye?

   Tunggu la korang.













✳Oops! Kantoi sudah 😱

Apa agaknya nenek akan buat kat diorang eh??











Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro