Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13| Kesempatan

   Amrin mengeluarkan Knicks miliknya lalu dia mendail nombor 'orang jauh' yang diriduinya.

   "Assalamualaikum." Melebar senyuman Amrin apabila mendengar suara nenek kesayangannya di hujung talian sana.

   "Waalaikumussalam, nenek!"

   "Ya Allah! Cucu aku! Bertuah punya budak. Kau kat mana ni Mika?"

   "Hahaha. Mika kat rumah la."

   "Kau tak kerja ke sekarang?"

   "Nak kerja apa nek? Sekarang malam. Lagipun Mika cuti sekarang."

   "Yeke? Habis tu kenapa tak balik Malaysia? Rindu nenek kat kau ni. Dah tak sudi ke nak jenguk nenek?" Mengekek ketawa dia mendengar luahan hati Puan Sri Fazila Ahya

   "Nenek, Mika kat Malaysia la ni nek oi."

   "Ha?? Bilanya kau balik? Kenapa tak bagi tau?!"

   "Hahahaha. Sabar nek, sabar. Relaks. Mika nak dekat sebulan dah balik."

   "Bertuah punya budak! Kenapa la tak bagi tau? Habis ni, kau duduk mana ni?"

   "Duduk mana lagi? Rumah Mika la, yang nenek belikan tu."

   "Oh, dengan Aqish ye?" Amrin terdiam sebentar mendengar panggilan nama isterinya, Aqish.

   "Haa, ye. Dengan 'Aqish'."

   "Haa takpe, nanti nenek datang. Nenek pon dah janji nak datang tengok Aqish lepas nenek balik dari Jepun, tapi asyik sibuk memanjang. Tak sempat nak menjenguk cucu tu."

   "Nenek ni, Mika dah balik bukannya nak jenguk Mika. Menjenguk Aqish? Sedangkan Mika ni yang belajar luar negara, bukannya Aqish tu."

   "Eh kau ni! Kau tu cucu aku, takpe la bila-bila masa aku boleh jumpa kau. Qisya ni, istimewa. Amanah aku."

   "Yelah nek. Ya, baiklah."

   "Macam mana hidup berdua sebagai suami isteri? Ok?"

   "Ok je. Ni, cakap pasal Aqish... Mika nak tanya something la nek."

   "Apa dia?"

   "Apa sebenarnya yang dah jadi kat dia? Siapa dia tu sebenarnya?" Walau bagaimana sekalipun, dia harus mengorek rahsia dari neneknya. Beberapa saat diambil Puan Sri Fazila untuk menjawab soalan cucunya.

   "Kenapa kau tanya macam tu?"

   "Takde la... Selalunya dia tidur, dia mimpi buruk nek. Selalu mengigau tengah malam, menangis-nangis dia. Risau jugak Mika tengok."

   "Dah lama ke dia macam gitu?"

   "Boleh la... 2 minggu sekali. Kadang-kadang berturut mimpinya." Puan Sri Fazila hanya diam mendengar Amrin bercerita tentang Balqis. Walaupun gadis itu bukanlah cucu kandungnya, dia sudahpun menganggap Balqis seperti cucunya sendiri kerana dari anak itu kecil dia turut menjaga dan mencurahkan kasih sayangnya. 

   Lagi-lagi selepas kepergian sahabat baiknya, Abdul Hisyam, atuk kandung kepada Balqis, rasa tanggungjawabnya terpanggil untuk membela dan menjaga Balqis. Kerana itu, Balqis Batrisya akan sentiasa diutamakan dalam apa jua keadaan sekalipun.





   Balqis memandang pekerjanya di dalam bilik mesyuarat itu. Sudah hampir 2 jam mesyuarat berlangsung tetapi masih belum selesai perbincangan mereka pagi itu. Kasihan pula dia melihat wajah-wajah stafnya. Pasti kepenatan dan kelaparan.

   Whatsapp terus dibuka dan Elly disuruhnya untuk memesan makanan melalui foodpanda. Mudah dan cepat, tidak perlu membuang masa. Sementara menunggu mesyuarat yang berbaki lebih 30 minit itu, sempat lah untuk makanan yang dipesan tiba.

   "Why is it that production for this month berkurang?" Soalan Balqis yang tidak dijangka itu terus mematikan segala perbincangan yang sedang berlangsung di bilik mesyuarat itu.

   Halina yang duduk berhadapannya berdehem seketika sebelum membuka mulut, menjelaskan situasi dan sebabnya. Memandangkan meja di bilik mesyuarat itu berbentuk bulat maka mata masing-masing fokus tertumpu pada Halina dan Balqis.

   "Well, considering that monthly production kita is only sold half, I think the totalproduction can be reduce."

   "Okay. But where are the balance money? If the outcome of the production is just half, meaning the balance also must be in half. Where is it?" Semua mata fokus pada Halina yang sudah kelihatan seperti cuak itu.

   "The balance kita guna untuk bayar outstanding production."

   "Really? Ada outstanding?" Soal Balqis dengan wajah beku dan sinisnya.

   "Halim, can you confirm this matter?" Halim yang duduk selang 2 kerusi dari Halina terkulat-kulat membuka fail dan menyemak finance syarikat.

   "Yes, there's outstanding, but the outstanding is already included in monthy budget. So every month memang kita ada duit backup from profit untuk bayar outstanding."

   "Yea I know that..because I'm the one allocating the budget for every single outstanding."

   "So where's the rest of the money?" Soalan Balqis mula membuat Halina tidak keruan seperti cacing kepanasan.

   "Halina..." Belum habis dia bercakap, Halina menyampuk dan membetulkan sebutan namanya.

   "Helen." Balqis sudah menarik wajah ketat dan serius, tandia dia tiada masa untuk bermain-main.

   "Hell-en. Mana duit selebihnya? Tu je I nak tau, ke mana perginya. This is not the first time kita short eh! I perasan benda ni lama dah..so tolong lah. Stop doing whatever you're doing now.

   You tak semiskin tu untuk ambik duit company and you tak sehina tu untuk sogok orang pakai duit company. Sebab duit yang you pakai tu, hak each and every one in this room, in this company. So please, jangan la makan duit haram. Nanti berkudis perut."

   "Keep in mind eh benda ni every one, Halim. I tak kisah duit short, tapi jangan short untuk kepentingan orang. Short ke arah yang sepatutnya takpe, jangan nak buat benda-benda kotor. I tak terima rasuah, riba', or what so ever dalam company ni. Company ni pon bukan I punya, I tolong jaga je. So please eh, benda ni jadi lagi, you're fired." Tajam Balqis memandang Halina di hadapannya.

   Bukannya dia tidak tahu kelakuan setiap staf dan pekerjanya. Dia yang menganalisis setiap kelakuan pekerjanya dan dia jugalah yang akan dipanggil ke Human Resource department setiap kali pekerjanya membuat hal dan kesilapan.

   Dan dia juga tahu di dalam department yang diuruskannya itu, ramai yang tidak suka dan membenci dirinya. Manakan tidak, umur seusianya sudah memegang jawatan ketua pasti sahaja ramai yang cemburu dan iri hati. Tetapi semua itu ditolak tepi kerana dia di situ hanya demi memenuhi amanah yang diberikan Puan Sri Fazila padanya.

   "You all saksi eh hari ni." Ujar Balqis pada semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu sebelum dia menolak kerusi ke belakang dan bangun meninggalkan bilik mesyuarat. Elly yang membuntutinya diarahkan untuk memberitahu pada yang lain tentang makanan yang sudah pun dalam perjalanan untuk tiba.

   

   Kepulangan Balqis disambut mesra oleh Amrin tetapi sebaik sahaja wajah ketat Balqis kelihatan, terus dia diam dan janggal untuk berbual bersama isterinya itu.

   Amrin membiarkan Balqis naik ke bilik terlebih dahulu untuk mandi dan membersihkan diri. Sementara menunggu dia menyediakan makanan untuk isterinya. Lasagna yang masih panas dipotong dan dihidangkan untuk Balqis dengan harapan makanan yang dimasak malam itu dapat memulihkan mood isterinya.

   Di counter, masing-masing diam menjamu selera. Balqis memang satu hari itu moodnya tidak baik, Amrin pula janggal untuk berbual dalam keadaan isterinya begitu. Risau akan disembur dan dimarahi jika dia membuka mulut dan bertanyakan hari isterinya di pejabat.

   Jus buah dihulurkan pada Balqis dan gadis itu menyambut tanpa bersuara. Amrin menelan pahit liurnya apabila Balqis enggan bersuara malam itu. Manakan tidak, sudah elok gadis itu mahu berbual dengannya sebelum ini, alih-alih malam itu dia kembali diam dan dingin.

   Mulutnya terkumat-kamit membisikkan istighfar dan selawat sebelum dia membuka mulut dan menyuarakan berita yang diterimanya.

   "Emm... Qisya, abang nak cakap sikit." Perlahan-lahan Balqis mengangkat wajah memandang Amrin. Nak tak nak sahaja dia melayan suaminya malam itu.

   "Lusa nenek nak datang..tidur sini... Maybe dalam 2 minggu kot." Melihat Balqis hanya diam dengan wajahnya yang tidak bersungguh mendengar, terusdia menyuarakan pendapatnya.

   "Abang rasa..better kita..tidur sekali for the time being." Terus bulat mata Balqis dengan ugutan supaya menarik kembali cadangan itu.

   "Bukan apa... Nenek abang tu cerewet sikit... Qisya tau la kan... Nanti kalau dia tengo kita tidur asing mesti dia bising. Abang tak nak dia bising-bising kat Qisya. Yelah, nenek tu pun menumpang kejap je sini, so tak nak la Qisya rasa tak selesa..."

   "Saya tau nenek tu macam mana. Awak tak payah nak ambik kesempatan!" Amrin terpempam mendengar tuduhan Balqis. Walaupun pada hakikatnya dia ada juga berfikir untuk memanfaatkan keadaan itu tetapi semua itu ditolak tepi kerana baginya yang penting adalah Puan Sri Fazila ditak menyerang dan menuduhnya tidak menjalankan tanggungjawab seorang suami.

   "Ya Allah, sumpah! Abang bukan nak ambik kesempatan. Sikit pon takde niat tu."

   "Ha, then stay bilik masng-masing je la. Selama ni pon saya sorang ok je. Saya tak rasa nenek kisah." Amrin jeda memandang Balqis yang degil itu.

   Kau tak kenal nenek aku macam mana!

   Fine!

   Kena bebel nanti jangan salahkan aku.

   "Okey lah kalau macam tu. Ikut Qisya la. I'm just saying." 



























Baru bab 13 ye... So lambat the progress 😂

Tapi takpe la at least author update walaupon lambat. Author dah ckp sebelum ni, update akan lambat sbb author dah start practical training. Huhuhu.
Enjoys 😊






Promote:

Abang sado hati tisu by Akakprince

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro