11| Teman
Pagi Sabtu. Balqis termenung sambil berbaring di atas katil empuk biliknya. Semalam dia bemimpi kembali. Peristiwa kebakaran kereta itu masih menghantui tidurnya.
Tidak diketahui siapakah yang menjadi mangsa kebakaran kereta itu tetapi entah mengapa hatinya kuat merasakan sesuatu apabila peristiwa itu terlayar di alam mimpinya. Sedangkan di dunia realiti dia tidak pernah menyaksikan kemalangan ngeri itu malahan dia tidak pernah melihat dengan matanya sendiri akan mana-mana kemalangan jalan raya yang berlaku.
Kadang-kala dia terfikir, apakah dia pernah mengalami amnesia membuatkan dia terlupa sesuatu peristiwa di dalam hidupnya kerana setiap kali mimpi begitu bertandang ke alam tidurnya, entah mengapa dia merasakan keadaan itu benar-benar berlaku. Sepertinya dia terikat dengan kemalangan itu.
Mahu bertanya dia sendiri tidak tahu siapa yang bisa menjawab segala persoalannya, maklum sahaja dia sebatang kara di dunia ini. Jika mahu diajukan persoalan itu pada Puan Sri Fazila Ahya, orang tua itu sepertinya tiada kena-mengena dengan hidupnya, masakan dia mahu menyuarakan kegusarannya pada mereka yang tiada kaitan dengannya.
Balqis dari pembaringannya dengan keluhan kecil.
I need to find out the truth.
I must!
Amrin melihat wajahnya pada pantulan cerim di dalam bilik air. Setelah berbulan-bulan menyimpan imej jambang kebanggannya, akhirnya dia mencukur bersih wajahnya. Man bun rambutnya juga dipotong pendek dan kemas. Dia bukan apa, wajahnya kelihatan muda dari usianya membuatkan dia sedikit rimas. Manakan tidak, umurnya sudah pun mencecah 28 tahun tapi wajahnya seperti remaja pertengahan 20-an.
"Damn... I look young. Fuck that, I don't even look like I'm aging!" Wajahnya dibelek-belek di hadapan cermin sepertinya mengharap dengan setiap palingan wajahnya dapat melihatkan diriya yang lebih berusia tetapi malangnya semua itu hanya angan-angan. Dengan pasrah Amrin melangkah keluar dari bilik air dan bersiap untuk turun ke dapur.
Balqis leka membuat semakan di inetrent tentang kemalangan ngeri yang pernah berlaku di Malaysia. Tidak kira walau apa jua, dia mahukan jawapan. Mengapakah mimpi-mimpi itu seakan benar dan dapat dirasai dirinya? Kenapa semuanya dapat dirasai sedangkan bukan dia yang terlibat dalam kemalangan itu?
Berita yang terpampang pada laman sesawang di iPad dibaca dengan teliti sambil mulutnya meneguk secawan kopi nescafe caramel latte. Dahinya dipicit apabila perasaan kecewa mula mencengkam hati saat dia gagal mencari jawapan yang dicari.
Satu demi satu portal berita online dibaca tetapi tiada satu pun berita kemalangan yang kena dengan mimpi yang dialami. Hanya satu sahaja jawapan yang dapat disimpulkan dari kegagalannya mencari maklumat pagi itu, mungkinkah kemalangan di dalam mimpinya itu disembunyikan dari pengetahuan dunia.
Sedang dia leka membuat konklusinya, matanya menangkap bayangan kelibat yang sedang memasuki dapur. Terdiam seketika Balqis melihat kelibat di hadapannya.
"I'm sorry but you are??" Soal Balqis dengan kerutan di dahi.
"Ishh mamat ni kan, suka hati dia je bawak masuk orang luar. Lebih sangat dah ni! Aku pon tak pernah bawak orang masuk rumah." Ujar Balqis perlahan meluahkan rasa tidak puas hatinya.
Walaupun Amrin adalah tuan rumah asal rumah yang didudukinya itu, tetapi baginya lelaki itu juga perlu menghormati privasi dirinya dan seharusnya lelaki itu memahami peraturan di dalam rumah itu. Salah satunya adalah dilarang membawa masuk orang luar.
"Kawan Amrin eh? Cari dia ke? Dia kat atas." Ujar Balqis dengan wajahnya, jelas dengan riak waja yang tidak menyenangkan.
"Hah?"
"Huh... If you're looking for Amrin, he's upstairs right now. Maybe still sleeping, I don't know. So would you please wake him up so he can serve you or whatever..." Mendenga penjelasan Balqis membuatkan dia mula faham akan apa yang dimaksudakan gadis itu.
Aku nampak lain sangat ke sampai dia tak kenal aku ni??
"Err... It's me...?" Melihat wajah Balqis yang berkeut seribu itu cepat-cepat dia mengenalkan dirinya.
"Qisya, ni abang lah."
"HAH??!!"
"It's me. Why? Abang nampak lain sangat ke?" Balqis memerhati setiap lekuk wajah suaminya itu.
Damn! How come that become this?
Fikir Balqis di dalam hati sabil membayangkan wajah Amrin sebelum dan selepas bercukur.
"Qisya!"
"Abang nampak lain sangat ke? Jangan la sampai tak kenal suami sendiri..." Balqis mereung Amrin masih dengan wajahnya yang jelas kekeliruan tetapi cepat-cepat matanya dialihkan pada iPad.
"Qisya nak makan apa? Abang masakkan."
"Apa-apa je la."
"Okay..." Amrin berlalu ke peti sejuk dan mengeluarkan bahan untuk memasak. 4 biji telur dikeluarkan dan direbus. 4 keping roti juga dibakar. Siap sarapan yang disediakan, telur separuh masak juga roti bakar bersalut kaya dan butter.
Balqis hanya menjeling sarapan yang disediakan Amrin pagi itu. Kebiasaannya sarapan yang disediakan pagi itu cukup lengkap dan mengenyangkan tetapi tida pagi itu.
"Hee... Kita breakfast ni dulu, tengahari nanti abang masak berat sikit. Abang ingat nak masak..emm..masak lemak pon sedap jugak. Dah lama tak makan. Tapi macam leceh pulak nak masak. Hmm..." Balqis hanya memerhati Amrin berceloteh seorang diri. Benar, mungkin lelaki itu bercakap dengannya tetapi dia tidak pernah berminat untuk bercakap malahan bersembang dengan lelaki yang bergelar suaminya itu.
"Hah! Apa kata tengahari nanti kita makan luar nak? Abang teringin nak makan masak lemak siput sedut. Pergh! Sedap weh! Dah bertahun tak makan."
"Jom! Kita keluar tengahari ni nak?"
"No."
"Alaa jom la..."
"Tak nak."
"Qisya ni asyik terperap dalam rumah je. Weekend je duduk rumah. Jom la keluar, abang boring la asyik duduk rumah je."
"So? It's not my problem."
"Alaa jom la... Teman abang. Abang tak nak keluar sorang."
"Awak takde kawan ke? Pergi la ajak kawan awak. Saya tak nak keluar, tak faham ke?"
"Tapi abang nak keluar dengan Qisya. Sepanjang kita kahwin ni kita tak pernah pon keluar berdua..."
"Bukan masalah saya."
"Please... Please, please, please, pretty please..."
"Awak ni mengada-ngada sangat kenapa? Nak keluar pergi je lah, apa masalahnya? Tak reti hidup berdikari ke?"
"Fine. Abang keluar sendiri." Ujar Amrin perlahan mengalah dengan penolakan isterinya.
"Ergh! Semak!" Seleranya yang baru bertandang untuk bersarapan pagi itu terus terbang menghilang. iPadnya ditarik kasar lalu dia melangkah keluar meninggalkan dapur dengan perasaan sebal di hati.
Amrin hanya memerhati kelakuan isterinya. Kepalanya digeleng kecil. Kecewa, sedih, terasa, semua perasaannya bercampur-baur.
Haih... Macam mana nak buat dia lembut hati ni? Keras sangat pon tak boleh.
Hailah Mike, nasib kau la dapat bini keras kepala macam ni.
Siapa suruh kau tinggalkan dia, kan dah kering hati bini tu.
Aku kena buat something ni. Tak boleh biar dia macam ni.
Amrin merenung jam yang tergantung di dapur. Sudah 9.30 malam. Seharian Balqis tidak keluar dari biliknya sejak peristiwa pagi tadi.
Takkan merajuk sampai sekarang kot?
Apa je aku buat?
Aku ajak keluar makan je pon. Tu pon sentap ke?
Haish, susah betul hidup dengan perempuan ni.
"Ah, lantak lah. Tak nak makan sudah, aku kemas. Habis cerita." Lantas dia bangun dari stool di kaunter dapur lalu mengemas makan malam yang sudah disediakan. Jika isterinya itu mahu makan, pandai-pandailah panaskan di tengah malam nanti.
Setelah memastikan dapur kemas dan bersih, Amrin emmanjat tangga naik ke bilik kerjanya. Dia belum mengantuk untuk tidur, justeru lebih baik dia ke bilik kerjanya, mana tahu pada malam-malam begitu ideanya mudah tercetus untuk menyambung kerjanya.
Komputer pc di dalam bilik itu dibuka. Laptop Knicks rekaannya yang dicipta untuk dirinya sahaja turut dibuka. Bagi melancarkan kerja-kerja coding yang dilakukannya, dia memerlukan komputer dengan programming yang laju kerana itu laptop itu dia reka khas untuk dirinya sahaja. Segala rahsia kejayaannya terdapat di dalam laptop itu.
Laptop yang dicipta khas untuk dirinya itu lengkap dengan teknologi canggih dan sesuai digunakan untuk membuat programming juga lengkap dengan sistem sekuriti yang 99% sukar dicerobohi.
Direka dengan sistem sekuriti yang menggunakan fingerprint scanner juga pengecaman struktur wajah, laptop knicks miliknya menjadi salah sebuah laptop yang tercanggih dan paling selamat di dunia. Sesuai dengan dirinya sebagai seorang pereka gajet dan pengasas KnickKnack, dia memerlukan tahap keselamatan yang paling tinggi bagi menjamin rahsia kejayaannya tidak bisa dirampas dan dicuri oleh musuh.
Leka dengan kerjanya, jam 2.00 pagi baru Amrin tersedar. Matanya yang mula memberat memaksanya untuk tidur. Maklum sahaja dirinya sudah rabun, jika dipaksa untuk terus berjaga dan mneghadap laptop, pasti semakin memburuk rabunnya. Cepat-cepat dia menyimpan kerjanya dan menutup pc juga laptop miliknya.
Dahaga yang dirasakan pada tekaknya membuatkan dia terlebih dahulu turun ke dapur dan meneguk segelas air. Sebaik sahaja dia melalui depan bilik Balqis, kakinya terhenti melangkah. Kedengaran suara halus tangisan membuatkan dia meremang.
Jangan tegur Mike! Jangan tegur!
Kau tegur aku terajang kau!
Suara halus itu dihayati. Tidak lama kemudian kedengaran seperti suara itu menjerit. Diamati betul-betul suara yang kedengaran itu walau hatinya sedang takut. Telinganya ditekapkan pada pintu bilik Balqis sebaik sahaja suara itu semakin kuat kedengaran.
Tanpa berlengah cepat-cepat dia mengetuk pintu bilik Balqis, risau akan sesuatu mengganggu isterinya. Dek kerana hatinya yang semakin gelisah menunggu pintu dibuka dari dalam, dia terus memulas pintu bilik dan nasibnya baik kerana pintu tidak berkunci.
Matanya cepat-cepat memandang sekeliling bilik, memastikan semuanya di dalam keadaan baik. Balqis yang sedang mengigau itu dihampiri.
Mengigau rupanya budak ni. Buat cuak aku je.
Amrin menghenyakkan punggungnya bersebelahan Balqis lalu nahu isterinya ditepuk lembut dengan niat mahu mengejutkan.
"Qisya, bangun."
"Tak... Ah..."
"Qisya." Kaki Balqis dipegang dan diusap lembut memandangkan dengan hanya tepukan lembut di bahu gagal mengejutkan isterinya.
"Takkk! Jangan! Tak nak!"
"JANGAN!!!" Terkejut Amrin apabila Balqis menjerit secara tiba-tiba.
"Qisya! Ya Allah, Qisya bangun." Badan isterinya yang ganas bergerak itu dipeluk erat.
"Qisya, bangun sayang. Kenapa ni? Qisya!"
"Tak nak!! Tak nak! Tolong!!" Air mata semakin deras mengalir dari mata Balqis yang masih tertutup. Tiada cara lain, Amrin membacakan ayat kursi dan 3 Qul pada telinga Balqis. Tidak lama kemudian isterinya tersedar dari tidur dengan esak tangis yang masih bersisa.
Balqis tersedar dengan wajah ketakutan. Serta-merta dia menjauh dari Amrin yang erat memeluknya.
"Jauh! Pergi!"
"Qisya, abang ni. Abang, Amrin." Perlahan-lahan Amrin menghulur tangannya pada Balqis sebelum tangan itu melekap pada pipi si isteri. Apabila Balqis seperti sudah dapat mengecam wajahnya, perlahan-lahan tangannya naik mengusap pipi gadis itu.
"Kenapa? Qisya mimpi apa sayang? Bagi tau abang." Amrin menghampiri lalu memeluk Balqis apabila isterinya itu kelihatan seperti sedang berada di dalam dunianya yang tersendiri. Risau dia melihat keadaan itu.
Balqis memandang wajah Amrin dengan mata yang jelas ketakutan. Cepat-cepat dia mencium dahi isterinya dengan doa semoga hati isterinya ditenangkan.
"Jangan takut, abang ada sini. Abang ada dengan Qisya okey?" Wajah Amrin yang penuh kelembutan itu berjaya meyakinkan Balqis bahawa dia berada di dalam keadaan yang selamat. Terus sahaja wajahnya disembamkan pada dada lelaki itu dengan air mata yang tidak henti mengalir.
"Shhh shhh shhhh... It's alright, abang ada sini untuk Qisya. Qisya jangan takut ok? Abang ada sini, abang teman Qisya malam ni."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro