Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1| Memori

7 tahun kemudian.




   Gelap.

   Kelam.

   Hitam.

   Percikan cahaya menerangi.

   "Argh!" Suara seorang wanita yang mengerang kesakitan memenuhi ruang.

   Tidak lama kemudian sekali lagi percikan cahaya menerangi ruang kelam nan gelap itu.

   "Abang!" Sekali lagi suara yang sama berbunyi sepertinya sedang dalam ketakutan.

   "Aisyah!" Kali ini kedengaran suara seorang lelaki yang memanggil. Sepertinya memanggil wanita itu.

   "Abang! Tolong Aisyah!"

   "Aisyah!" Sekali lagi suatu cahaya terang menerangi ruang tetapi kali ini cahaya itu membawa sekali sebuah imej.

   Imej yang menunjukkan sepasang suami isteri dalam kesusahan. Semakin terang cahaya itu semakin jelas kelihatan situasi yang dilalui suami isteri itu.

   Ngeri sekali apa yang terbentang di hadapannya itu. Suami isteri itu sepertinya baru sahaja ditimpa kemalangan. Kenderaan yang dinaiki mereka terbabas di dalam satu kawasan pergunungan, kelihatannya seperti di dalam gaung.

   Hatinya berdebar-debar tidak berirama melihat keadaan pasangan suami isteri itu. Isterinya yang masih di dalam kereta yang sudah terbalik itu berlumuran darah. Suaminya pula sudah terpelanting keluar dari kereta melalui cermin depan yang pecah. Sungguh ngeri. Tidak lama kemudian percikan api mula kelihatan dan merebak dengan cepat.

   Keluar!

   Hairan sekali, mengapa dia tidak bisa bersuara untuk memberi amaran pada pasangan itu. Dan hairan juga mengapa kakinya yang dirasakan sudah bergerak untuk membantu sebenarnya tidak langsung menapak walau seinci untuk mendekat.

   Cepat! Keluar!

   Tolong! Tolong!!

   Siapa-siapa tolong!!

   Tanpa disedari api sudahpun mula marak dan hanya menunggu masa untuk meletup. Jelas kelihatan si isteri itu sedang bergelut sedaya-upaya untuk melepaskan diri dari bahaya itu tetapi wanita itu sepertinya sudah tahu pengakhirannya bagaimana. Lama-kelamaan wanita itu mengalah dan hanya pesrah menanti saat tiba ajalnya. Matanya terpejam kuat dengan linangan air mata yang tidak mampu dihitung lagi. Bibirnya laju beristighfar dan mengucap.

   "Aisyah!"

   "Abang..."

   Boom!!

   Matanya terus celik dek mimpi itu. Sekali lagi mimpi ngeri itu menjengah kembali. Ya, kebelakangan ini mimpi sebegitu semakin kerap menghantui malamnya. Mungkin itu ibu dan bapanya barangkali.

   Dia mengetahui hakikat bahawa kedua ibu dan bapanya meninggal dek kemalangan semasa usianya masih bayi tetapi dia tidaklah tahu secara terperinci bagaimana kemalangan itu boleh berlaku dan sebagainya kerana datuknya enggan bercerita panjang tentang perkara itu.

   Secara jujurnya, dia tidak pernah melihat wajah ibu bapa kandungnya. Rindu? Sudah tentu. Tetapi apakah gunanya merindui sesuatu yang tidak dapat dilihat kerana hanya akan membawa derita pada rindu itu.

   Duvet yang menutupi tubuhnya dialihkan lalu dia bangkit dari katilnya. Kakinya terus melangkah masuk ke bilik air. Setelah 20 minit mandi membersihkan diri, dia terus bersiap untuk ke pejabat. Jam sudah menunjuk 7.00 pagi, dia harus berangkat ke pejabat.

   Tanpa berlengah handbag, blazer dan iPhonenya juga kunci kereta dicapai sebelum dia melangkah turun. Selepas menunggu enjin Range Rover Evoque putihnya panas, dia terus memandu keluar dari Gita Bayu dan menuju destinasi hariannya, Jalan Raja Chulan.

   Sebaik tiba, keretanya diparkir di hadapan pintu masuk syarikat. Dengan gahnya dia berjalan masuk ke dalam bangunan itu, Suffix Media. Sebaik tiba di tingkat pejabatnya dia disapa oleh pembantunya, Elly.

   "Miss, here's your coffee." Secawan Starbucks Caramel Machiato bersaiz venti diserahkan pada Balqis. Elly keluar seketika meninggalkan Balqis untuk berehat di biliknya. Tidak lama selepas itu, Elly kembali masuk dengan sejambak bunga di tangan.

   "And this is also for you." Balqis memandang Elly dengan wajah dinginnya. Takut-takut sahaja Elly meletakkan jambakan bunga itu di atas meja. Sedar akan kesalahannya, tetapi mahu bagaimana, itu sudah menjadi tanggungjawab dan amanah untuknya.

   "How many times do I have to say to throw this kind of thing out."

   "But miss, it's from Mr. Megat."

   "I don't care!"

   "You'll have a meeting with him in 2 days."

   "Again, I don't care!" Balqis menghentak kuat tangannya diatas meja kerjanya membuatkan Elly diam menikus.

   "Take this away! I don't want to see it!"

   "Kalau you nak sangat, you ambik! Jangan bagi I! Now get out!!" Lintang-pukang Elly berlari dengan jambakan bunga itu lalu pintu bilik Balqis ditutup rapat. Kecut-perut melihat bosnya mengamuk awal-awal pagi itu.

   "Ingat aku hadap sangat bunga bodoh tu?! Huh!" Caramel Machiato diteguk laju bagi menenangkan hatinya yang awal-awal lagi sudah panas.

   "Awal-awal pagi dah buat aku marah. Apa punya manusia 2 ekor ni!" Seketika kemudian notifikasi iPhonenya berbunyi. Pantas sahaja tangannya membaca.

   Good morning beautiful. Received the flower yet? Hope it'll make your day bloom beautifully ;) - Megat

   "Pergi mati!" Pesanan mesej itu terus dibuang lalu dia membaling iPhonenya ke dalam handbag.

   Belakang badannya disandarkan pada kerusi kulit itu lalu dia kembali meneguk kopinya dengan mata yang terpejam nikmat. Buat seketika dia ingin hanyut ke dalam dunianya. Hanyut tanpa gangguan. Hanya dia dan dirinya.





















How is it for first chapter?Pendek-pendek dulu starting ni..

Btw, author ada cerita untuk promote. Ceh! Dah promote cerita author ni! Hehehehe 😂

CINTAI-NYA by @Anati_Althafunnisa

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro