Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 44: Dark Knight

Adrian tersenyum sinis. "Dari dia, Dark Knight."

Semua terdiam. Dark Knight? Siapa dia ni? Soalan itu berlegar-legar di fikiran mereka.

"Hahahaha. Sempat lagi kau berloyar buruk." Dark Knight yang datang berseorangan tergelak macam orang yang tak betul..

Tiba-tiba, Dania dan Daniel menjadi seperti patung. Mata mereka kosong. Diana dan Damia masih tidak dapat bergerak.

"Korang berdua akan jadi boneka aku untuk hancurkan dunia ni!" Dark Knight tergelak...

"Oh dan hai! Kau Putera Adrian Ezany right? Dari puak white vampire right?" Adrian memandang Dark Knight pelik. Asal pulak mamat ni? 🤨

"Aku yang bunuh bapak kau guna Vampkiller tu... Muahahahaha." Adrian mengenggam penumbuk.

"Dan, Iskandar, Ain dan Shamina tu semua, boneka aku je! Aku dalang disebalik semua ni!!" Dark Knight menjerit pula kali ini. Dia ni memang nak satu Magical World ni tahu ke?

"Kali ni, aku akan jadikan orang harapan mereka semua sebagai boneka aku!! Biar diaorang semua ingat orang harapan mereka ni jahat!!" Mereka yang lain berpandangan sesama sendiri.

Zhafran membuat isyarat gerak mulut kepada Leo.

'Kat sini ada Hospital Bahagia tak?'

Leo pun membalas. 'Tak de. Tapi untuk hospital macam dia, ada je kat sini.'

Mereka yang memahami gerak mulut Zhafran dan Leo tergelak. Author pelik, macam mana time macam ni pun diaorang boleh bergurau? Mesti berjangkit daripada Dania ni... 😅

Dark Knight yang memerhati berasa sakit hati.

Tiba-tiba Dania, Diana, Damia dan Daniel menyerang mereka. Disebabkan tidak sedia, semua jatuh kebelakang.

"Woah woah, apa jadi ni?" Zahri yang seperti baru tersedar dari mimpi terus kalut.

Hezriq menampar perlahan pipi Zahri." Kita kena serang dengan Dania, Diana, Damia dan Daniel. Mereka dah dikawal seperti boneka."

Adriana menggengam penumbuknya. Dia menahan amarah. Dark Knight dah bunuh ayah dia!

"Sorry guys, tapi aku akan lawan dia dulu." Adrian terus berubah rupa. Gigi taringnya menonjol. Urat berwarna merah dan hijau kelihatan. Matanya menjadi warna merah.

Adrian terus mencakar muka Dark Knight. Namun, belum sempat tangan Adrian sampai ke muka Dark Knight, ada satu bebola cahaya yang menghalang Adrian.

"Sorry Ian!! Aku tak boleh kawal diri aku!!" Diana menjerit dengan kuat sekali.

Adrian masih tidak berputus asa. Dia mengelak segala halangan yang diberikan. Hanya satu benda sahaja yang ada di kepalanya.

Mesti Bunuh Dark Knight!!

Adrian sangat fokus untuk mengelak serangan Diana sehingga tidak perasan yang Daniel menyerangnya.

"Woiii!!!! Apa korang tunggu lagi?!?!?! Cepatlah tolong aku!!! Nak aku mati kat sini ke apa?!?!?!" Darwish, Rai, Zhafran, Zaim, Zahri, Leo, Hana, Reen, Hezriq, Zaqwan, Syakira dan Qaisara memandang Adrian pelik.

"Bukan kau yang kata nak serang dulu ke??" Zaqwan masih tidak berganjak.

Adrian mendecit. Asal kau blur sangat ni??

"Cepat je lah tolong aku!!!" Akhirnya, baru mereka berpecah untuk menolong Adrian. Kalau Adrian tak menjerit, mungkin sampai esok mereka tak akan tolong.

Darwish, Rai dan Leo membantu Adriana mengalahkan Dania. Ehhh jap! Ayat salah... Bukan mengalahkan, tapi menghalang...

Si kembar 'Z', menghalang Daniel. Hana, Reen dan Hezriq cuba mengembalikan Diana manakala, Syakira, Qaisara dan Zaqwan menolong Damia. Mujur saja Hezriq, Zaqwan, Syakira dan Qaisara merupakan seorang yang mahir dalam kuasa magic.

"Con el poder del poder mágico, libéralo."

Selepas 4 kali mencuba, baru Diana dan Damia dapat dilepaskan oleh kuasa magic Dark Knight.

Hezriq: Author!! Boleh tak bagi mamat hitam ni nama?

Zaqwan: Siapa mamat hitam?

Zhafran: Dark Knight lahh..

Author: Bagi nama? Dekat Dark Knight tu ke?

Hezriq: Iya lah author. Dok sebut Dark Knight, rasa macam kesian lak.

Author: Aku letak nama Dark Knight ni,.. Carl Alex.. okay tak?

Carl: Boleh lah author.. daripada tak de nama.

Si Dark Knight, atau lebih dikenali dengan nama Carl, memandang mereka tajam.

"Kenapa?! Kenapa korang semua nak rosakkan rancangan aku?!"

"Sebab kau nak hancurkan Magical World ni. Kalau kau gunakan kuasa kau dengan betul, kitaorang tak kan buat kau macam ni." Terang Hezriq.

Carl terdiam. Namun, Dania dan Daniel masih dalam genggaman Carl.

"Kalau masa tu semua orang hargai jasa aku, aku tak kan jadi macam ni. Kalau masa tu orang tak buang aku, aku tak kan jadi macam ni."

Tiba-tiba Carl seperti baru tersedar." Argh! Tu semua tak penting! Sekarang ni aku kena ambik kuasa Dania dan Daniel dulu!"

Malangnya, Dania dan Daniel sudah terlepas dari genggaman Carl.

"Aku tak kan benarkan, Carl! Selagi aku mampu lindungi kuasa ni hingga ke saat akhir aku, aku akan lakukan!" Jerit Dania.

Carl tertawa sinis. "Dasar tak sedar diri! Kau tahu tak kau tu apa? Bukannya Prince or Princess of Darkness! Tapi, demond! Kau seorang demond sekarang!"

"Kau salah Carl. Kau salah. Kitaorang adalah angle. Kitaorang dari puak angle akan kalahkan kau!" Seusai saja Daniel berkata, Dania dan semua rakan-rakannya bercahaya.

Tubuh dan tenaga rakan-rakannya kembali pulih. Dania dan Daniel kini bukan lagi seorang demond.Tetapi Prince and Princess of Darkness!

"Apabila ketiga-tiga kuasa Rosaa bergabung, ia sudah cukup untuk mengalahkan Dark Knight." Kata Rai.

"Zhafran, Zaim, Zahri! Come here!" Panggil Diana dan Damia. Mereka bertiga memandang Rai. Rai hanya mengangguk dan senyum.

"Mari! Kita tewaskan Dark Knight bersama!" Kata Daniel dengan penuh semangat.

Mereka terus menggunakan kuasa masing-masing.

"Darkness sword!" - Dania

"Darkness ball!" - Daniel

"Light sword!" - Diana

"Fire sword!" - Damia

"Shadow sword!" - Zhafran

"Ice sword!" - Zaim

"Water ball!" - Zahri

Bertubi-tubi serangan dilepaskan ke Dark Knight. Dengan susah-payahnya Dark Knight mengelak.

Dark Knight menyerang mereka dengan membuat orang bayang. Manakala Dark Knight menggunakan darkness daggernya.

"Hezriq, Zaqwan, Izzue, Qaisara ,Syakira, Reen, Hana, in!" Panggil Damia. Zhafran, Zaim dan Zahri yang faham akan hal itu terus berundur.

Pelbagai jenis spell yang digunakan oleh mereka berempat. Izzue, Reen dan Hana menggunakan kuasa mereka dengan baik sekali. Boleh dikatakan mereka berempat adalah Master of Magic. Kadangkala mereka menggunakan kuasa kilat juga.

Dark Knight menukar starteginya. Dia mengahsilkan orang pemanah. Dia juga menggunakan pemanah.

"Leo, Adrian, Darwish and Rai please help us!" Dania dan Daniel memanggil mereka secara serentak. Dengan pantas Leo, Adrian, Darwish dan Rai memasuki medan perang.

Carl sudah tercungap-cungap. Namun, dia tetap tidak berputus asa. *Dah tahu nak kalah tu, give up je lah*- author

Mereka berlima meletakkan tangan di tengah dan membaca satu spell.

"Con este poder, danos un arma!"

Muncul weapon di hadapan mereka.

"Kenapa kitaorang tak leh buat cam tu?" Soal Hana kepada Syakira.

Syakira tersenyum. "Mereka di level yang lain."

"Korang boleh baca spell tu?" Tanya Zhafran kepada Hezriq.

"Boleh je. Masalahnya, kitaorang tak de weapon." Hezriq tersengih.

White sword- Dania

Black sword- Daniel

Light dagger- Diana

Fire bow- Dania

Fire hammer- Adrian. *Selain kuasa vampire, Adrian juga mempunyai kuasa api*

Water blade- Rai

Ice blade - Leo *disebabkan Leo di level yang lain, weapon dia boleh ada kuasa*

Earth hammer- Darwish

Dark Knight menggunakan darkness scythe. Weaponnya itu boleh tahan besar juga.

Kali ini lebih dasyat lagi. Hingga rakan Dania yang melihatnya pun, tidak mampu untuk melihat kesakitan yang Carl rasa.

Dania menganggkat tangan tanda berhenti. Dia berjalan mendekati Carl yang sudah terbaring lemah. Yang lain mengikuti Dania dari belakang.

"Kau tahu tak Carl, aku tak sanggup nak bunuh kau. Even kau dah bunuh ayah Adrian pun, dia pun tak mampu nak bunuh kau." Adrian memandang ke tepi. Tidak sanggup untuk melihat muka yang telah membunuh ayahnya.

"Kitaorang tak nak jadi raksaksa sebab bunuh kau." Diana berdiri di sebelah kanan Dania.

"Even kau dah bunuh parents kitaorang, kitaorang still tak mampu untuk bunuh kau. Sebab kitaorang kesin dengan kau." Damia berusaha menahan air matanya dari tumpah. Begitu juga dengan lain.

Leo menyentuh lembut bahu Dania apabila melihat mata Dania sudah bertakung dengan air mata. Sebagai guardian Dania, dia turut dapat merasakan kesedihan Dania. Zhafran yang nampak akan perbuatan Leo itu hanya mampu memerhati.

"Aku serahkan kau dekat Adrian." Daniel menarik Adrian ke depan.

Carl hanya mengunci mulutnya. Pasrah dengan apa yang terjadi akan dirinya.

"Betul kata Dania. Kau dah bunuh ayah aku. Tapi aku tak mampu nak bunuh kau. Sebab aku tak nak jadi raksaksa macam kau!" Hana, Reen, Qaisara dan Syakira sudah mengalirkan air mata apabila melihat Adrian mengalirkan air mata.

Diana dan Damia sudah teresak-teresak dalam dakapan Zaim dan Zahri. Air mata lelaki mereka juga jatuh.

Dania masih gigih menahan air matanya dari jatuh.

Leo, Zhafran, Daniel, Darwish, Hezriq dan Zaqwan memandang yang lain dengan penuh kesedihan.

Adrian menarik nafas panjang. "Aku, Daniel dan tiga kembar perempuan tu akan tarik kuasa kau. Kau akan seperti dilahirkan semula."

Dania, Diana, Damia, Daniel dan Adrian berdiri mengelilingi Carl. Tangan dihalakan ke arah Carl. Satu pentagram mucul di tangan mereka.

Perlahan-lahan, kuasa Carl disedut masuk ke dalam pentagram. Leo ingin berlari menghalang mereka berlima kerana dia tahu akibat daripada perbuatan itu. Namun, Darwish menghalang. Leo hanya mampu menurut.

Beberapa minit kemudian, segala bayangan hitam telah habis disedut ke dalam 5 pentagram tersebut. Carl sudah tidak sedarkan diri. Perlahan-lahan, mereka berlima rebah.

Welcome back to this world, Carl Alex!



Maafkan segala kesalahan ejaan.


Dark Knight

Carl Alex

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro