Bab 32 : Princess Of Power
Dania, Diana, Daniel dan Darwish melangkah ke arah Boys dan Girls. Girls memandang mereka dengan wajah yang pelik.
" Apa pandangan-pandang. Sibuk je!" Selamba Dania berkata. Ye lah, tengok tengok macam jakun sangat.
" Kenapa Ana jadi macam ni?" Zaim bertanya. Boys dan Girls yang lain turut mengangguk tanda setuju dengan soalan Zaim.
" Dia dah tukar jadi Princess Of Light." Jawab Daniel. Yang lain mengangguk tanda faham.
" Ala, kenapa mata Ana warna kuning. Cer warna merah ke putih ke, tak pon campur dua warna macam Nia punya. Kan cantik." Rengek Diana. Dania memandang tajam Diana.
" Eh, bersyukur boleh tak? Kang mata tu warna merah, orang ingat kau tu gumiho! Kalau warna putih, orang ingat kau buta padan muka!" Bidas Dania. Tersentap terus Diana.
" Dania mata warna campuran sebab separuh kuasa Rossa, separuh lagi kuasa kegelapan." Terang Daniel bagi memuaskan hati Diana.
" Erm, well. Kita pon tak berkenalan lagi. Jom kita berkenalan." Ajak Hezriq. Yang lain kecuali Dania mengangguk. Dania membuat muka malas.
" Putera Izzue Qayyum. Prince of Crystal Kingdom."
" Queen Dania Dahlia. Queen of Crystal Kingdom. Princess Of Darkness. Ketua Angle, perwaris Rossa Qairina."
"Puteri Diana Dahlia. Princess of Fairy Kingdom. Princess Of Light."
"Princess Damia Dahlia. Princess of Wings Kingdom. Princess Of Power."
"Putera Zhafran Razali. Prince of Diamond Kingdom. Fiance Queen Dania Dahlia."
" Putera Zaim Razali. Prince of Diamond Kingdom. Fiance Puteri Diana Dahlia."
" Putera Zahri Razali. Prince of Diamond Kingdom. Fiance Puteri Damia Dahlia . "
" Shamiza Qaisara. Boleh panggil Qaisara atau Qai. kawan a.k.a pembantu tiga puteri ni."
Kemudian Darwish menyampuk, "Yang tu bukan puteri. Dania tu Permaisuri."
" Kurang ajar kau Dar. Title aku kan Princess Of Darkness. Still ada Princess okay." Marah Dania.
" Patutnya tukar jadi Queen Of Darkness." Daniel menyampuk. Dia berhigh - five dengan Darwish.
Dania geram. " Woi mamat! Pelempang nak?" Laju Daniel dan Darwish menggeleng.
" Dah sambung. Jangan layan mamat jebon ni." Arah Dania. Dalam masa yang sama, sempat mengutuk Daniel dan Darwish.
" Syakira Kairana. Panggil Syakira atau Ira. Kawan a.k.a pembantu Puteri."
"Lukman Hezriq. Kawan a.k.a pembantu Putera Diamond Kingdom. Panggil saya Hezriq or Hez. Tunang Syakira Kairana. "
" Zaqwan Hakim. Kawan a.k.a pembantu Putera Diamond Kingdom. Boleh panggil saya Zaqwan atau Wan. Tunang Shamiza Qaisara."
"Putera Darwish Eriq. Prince of Rainbow Forest. Abang Daniel. Panggil Darwish atau Dar."
"Putera Daniel Eriq. Prince of Rainbow Forest. Prince Of Darkness. Pembantu Ketua Angle. Adik Darwish. Panggil Niel or Daniel."
"So, bila Mia nak bertukar jadi Princess Of Power?" Soal Zahri. Nak tengok rupa baru Damia.
" Mia, nak bertukar sekarang ke? Aku dengan Niel boleh je buat sekarang." Pelawa Dania. Buat awal lagi senang.
" Nak buat sekarang!" Pelawaan Dania, Damia sambut dengan teruja.
" Baring. Tenang kan fikiran. Kali ni aku nak kau sendiri berhubung dengan kuasa kau tu." Arah Dania.
"Tak pe ke buat macam ni? Tak bahaya?" Tanya Daniel dalam nada berbisik.
" Loh, aku bukan nak suruh kuasa dia bunuh dia." Seloroh Dania. Apa salahnya kan?
" Tapi kau kena serang dia untuk bangkit kan kuasa dia. Tak ke bahaya tu? Kalau tunang dia marah, kau nak cakap apa?" Tanya Daniel lagi.
" Ish, aku tahulah nak buat macam mana. Wait and see." Balas Dania sebelum berlalu ke arah Damia.
" Dah buat?" Soal Diana. Damia mengangguk. " Good. Now bangun dan lawan aku." Yang lain tercengang mendengar arahan Dania.
" Lawan je lah aku!" Nada suara Dania menaik. Terhinjut bahu Damia.
" Kalau itu yang Nia mintak, Mia akan beri." Damia bersuara yakin. Padahal dalam hati, dah tunggang-langgang.
" Kita mulakan." Putus Dania. Yang lain menahan debar melihat pertarungan di antara Dania dan Damia.
Dania memulakan serangan. darknees sword dihasilkan. Damia menrik nafas sebelum memulakan langkah. Dia cuba menghasilkan pedang tumbuhan. Akhirnya dia berjaya. Damia menyerang Dania dulu, disebabkan dia tahu yang Dania tak kan mati, dia serang sehabis mungkin. Dania berlari ke arah Damia. Damia menggunakan kuasa gravitinya untuk mengangkat Dania. Dania menggunakan pedangnya untuk memecahkan buih graviti tersebut.
Dania tersenyum sinis. " Tu je yang kau boleh buat?"
" Baru panaskan badanlah." Balas Damia. Dia rasa tercabar.
Kini dia cuba menyerang Dania dengan kuasa tumbuhan nya. Kali ni, Dania hanya bertangan kosong. Damia menyerang Dania dengan akar tumbuhan. Dania mengelak dengan mudah. Pusaran bunga dihasilkan oleh Damia untuk mengaburi mata Dania. Dalam senyap dia menyerang Dania dari belakang dengan kuasa Air. Basah Dania dibuatnya. Tetapi Dania menggunakan kuasa angin nya untuk mengeringkan badannya.
Actually, Dania ni ada semua kuasa. Sama macam Damia. Dia kan perwaris utama Rossa Qairina. Jadi dia ada semua kuasa. Jangan pelik pulak.
Okay, cut the crap.
Damia berang. Matanya penuh dengan kegeraman. Matanya berubah menjadi warna merah. Fire sword dihasilkan nya. Yang lain terkejut melihat perubahan Damia. Dania tersengih sinis melihat perubahan Damia. Ini yang dia nantikan!
Dania mengeluarkan kuasa apinya. Api kegelapan. Dia mengeluarkan fire darknees sword. Damia membuka langkah untuk menyerang Dania. Dania juga bergitu. Pedang mereka berdua bertemu antara satu sama lain. Letupan terhasil. Angin kuat menyapa Boys, Girls, Daniel dan Darwish. Bila asap hilang, mereka dapat melihat jelas keadaan Dania dan Damia. Dania hanya menahan pedang Damia dengan pedangnya menggunakan satu tangan sahaja!
Damia sudah berubah! Rambutnya berwarna hijau. Matanya berwarna merah. Lakaran di matanya berwarna biru. Ukiran di tangannya berwarna coklat. Sayap jernihnya dengan ukiran berwarna kuning jelas kelihatan. Damia melompat ke belakang. Dia terbang ke atas dan mendepakan tangannya. 6 pentagram terhasil di kiri dan kanan Damia. 6 pentagram tersebut merupakan unsur kuasa utama. Api, air, angin di belah kanan. Manakala di sebelah kiri terdapat unsur tanah, tumbuhan dan petir.
Damia menyerang Dania dengan 6 unsur tersebut. Belum sempat kuasa terkena Dania, masa telah diberhentikan oleh Zaim. Daniel dan Darwish memandang Zaim tajam.
" Kenapa kau berhenti kan masa?!"
"Aku tak sanggup lah nak tengok Dania kena serang." Zaim menjawab. Daniel merengus geram.
"Cepat, sambung balik masa. Aku nak tengok diaorang berlawan pon susah." Gesa Darwish. Apple sudah siap sedia di tangannya. Waduh, macam nak tengok wayang pula!
" Lagipun, Dania tak kan mati, dia kan Angle." Sambung Daniel sambil memakan apple miliknya. Dua-dua sama je.
"Ish ,yelah - yelah. Aku buat." Zaim mengalah. Nanti dibalasnya, mahu mengamuk dua orang tu. Masa dipulihkan balik oleh Zaim.
Akhirnya, serangan Damia semuanya terkena kepada Dania. Pelindung dipasang oleh Dania. Semua serangan tidak dapat ditembusi oleh Damia. Damia merengus kasar. Unsur ais sedia di tangan Damia untuk menyerang Dania. Belum sempat Damia menyerang, Dania sudah berada di depannya. Dania meletakkan tapak tangan nya di dahi Damia. Dania membaca beberapa baris mentera. Akhirnya, Damia tenang.
" Kalau geram sekalipun, jangan jadi agresif sangat." Perli Dania. Damia hanya tersengih.
" Cantiknya Mia. Warna-warni!" Puji Diana. Damia hanya tersipu malu.
" Zaim, kau yang berhentikan masa tadikan?!" Tiba - tiba Dania dan Damia bertanya serentak. Zaim mengangguk takut-takut.
"Kenapa berhentikan?" Tanya Damia.
" Takut Dania kena serang." Jawab Zaim.
" Kau tahu kan yang aku tak akan mati?" Dania menyoal. Zaim mengangguk kan kepalanya.
" Yang kau pergi berhentikan masa tu kenapa?!" Dania dan Damia mengejar Zaim serentak. Zaim pon angkat lah kaki. Run for your life!
Maka yang lain pon mulalah join acara kejar mengejar. Petang yang sangat indah bagi mereka.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro