Bab 2:Murid baru
Dania,Diana dan Damia berdiri di depan Sekolah Menengah Taman Permata.
"Akak cek kita kelas yang mana. Jap eh. Tunggu situ. Jangan pergi mana-mana." Arah Dania.
Semasa menunggu Dania,seorang jejaka tidak tersengaja melanggar bahu Damia.
"Erm.. sorry." Setelah meminta maaf lelaki itu terus berlalu pergi.
"Macam tu je. Bukan nak tanya ok ke tidak. Ni blah jer macam tu. Huh,tak gentelman langsung." Bebel Damia seorang diri.
"Ok. Akak dah cek. Kita kelas 5 Orkid." Jelas Dania.
Mereka ke kelas 5 Orkid dan mengambil tempat di bahagian tengah.
Cikgu Elina mencatat kehadiran dan menunggu murid baharu hadir.
"Ini 5 Orkid ker?" Tanya seorang pelajar lelaki dari luar.
"Yes. Ini 5 Orkid. Masuk dan perkenalkan diri kamu semua." Pinta Cikgu Elina.
"Hai. Saya Tengku Zahfran Razali. Boleh panggil saya Zhafran."
"Saya Tengku Zaim Razali. Panggil saya Zaim."
"Hello. Saya Tengku Zahri Razali. Boleh panggil saya Zahri."
"Hai Zhafran,Zaim,Zahri."Sapa semua pelajar perempuan dengan gedik kecuali Dania,Diana dan Damia.
"Calss. Senyap!" Kata Cikgu Elina.
"Hai saya Luqman Hezriq. Panggil saya Hezriq."
"Hai saya Zaqwan Hakim. Boleh panggil saya Zaqwan."
"Hai saya Shamiza Qaisarah. Boleh panggil saya Qai."
"Hello saya Syakira kirana. Panggil saya Ira."
"Ok thanks kepada pelajar baru. Sekarang ni kamu boleh duduk." Kata Cikgu Elina.
Mereka semua duduk di tempat yang mereka mahu.
"Sekarang ni,kita akan buat pemilihan ketua kelas dan penolong ketua kelas."
"Saya calonkan Zhafran sebagai ketua kelas." Khairul berkata.
"Saya calonkan Dania sebagai penolong ketua kelas." Sambung Aira.
"Semua setuju tak Zhafran dan Dania sebagai ketua dan penolong kelas kita?" Tanya Cikgu Elina.
"Setuju!!" Jawab semua murid.
"Jadi sekarang Zhafran sebagai ketua kelas dan Dania penolong ketua kelas. Jelas semua?"
"Jelas,cikgu." Balas semua murid.
Mereka berdua berpandangan dan tersenyum dengan penuh maksud tersirat..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro