[ 8 ] Wanita Tanpa Roh, Akhirnya Bersedih
TIDAK DIKENAL PASTI
(2K patah perkataan ya.)
Jarum panjang jam dinding sudah berhenti di nombor 10.
Kesemua para tetamu mula meninggalkan ruang makan, bersama dengan raja dan permaisuri pada hari itu. Lobi hotel menjadi tempat mereka berkumpul.
Kelibat mereka yang berpakaian sepenuhnya dalam warna merah mula memenuhi setiap ruang lobi, membuatkan kawasan itu tertampak seperti sebuah kultus beragama sesat yang sedang berkumpul.
Dan itu adalah perkara yang paling mengerikan buat wanita yang akhirnya sedang melangkah keluar dari tandas, setelah beberapa jam dibuai dengan mimpi, lalu dikejutkan dengan sebuah tragedi.
Suara mereka bersembang, bunyi tapak kasut tumit tinggi, lagu klasik yang bahagian korusnya asyik berulang, membuatkan kakinya semakin lemah untuk berjalan.
Kalimah AllahuAkhbar, Allah, Astaghfirullah, Innalillahwhi'innalillahwhi'rojiun, semuanya disebut tanpa henti.
Dan nama abangnya,
Angkasa,
Turut diulang.
Nafasnya tersekat-sekat. Tuhan, Tuhan.. Dia benar-benar lupa tentang perkara ini.
Nasib malang. Dunia langsung tidak berpihak kepadanya.
Lif itu terletak di tengah-tengah lobi, bersebelahan dengan meja kaunter. Sama juga dengan tangga kecemasan yang terletak di hujung lobi.
Hatinya meraung kesakitan. Matanya meneroka setiap penjuru, setiap sudut yang ada, setiap perhiasan yang tidak sepatutnya dia teroka, namun, jalan penyelesaiannya masih tiada.
Mahu tidak mahu, dia harus juga melepasi orang ramai yang dia telah cuba untuk lari sedaya-upaya.
Dia berjalan longlai. Tidak lagi bermaya, terlalu letih kerana terlalu berharap terhadap dunia untuk berlaku baik dengan dirinya.
"T-Tumpang lalu.."
"T-Tumpang lalu.."
Semua orang yang ada, semuanya memberi reaksi yang sama. Reaksi yang menjijikkan sewaktu mereka melihat ke arah Husna Asyikin yang kelihatan benar-benar terdesak untuk keluar dari kawasan itu.
Dengan bentuk tudung yang sudah tidak tentu hala, darah kering yang masih belum dilap dan cekaknya yang sudah dicabut dari kepala,
Dia tertampak seperti orang gila.
Paras rupa jelitanya perlahan-lahan menghilang.
"Yeah, yeah.. Sure. Im looking forward on-"
"A-Asyikin?"
Lelaki itu menoleh ke arah tetamu yang satu-satunya berpakaian dalam warna biru, membuatkan dirinya lebih terserlah berbanding dengan orang lain.
Namun sekarang, warna baju bukanlah menjadi punca yang membuatkan wanita itu tertampak lebih terserlah,
Tapi kerana matanya yang berkaca.
Mulut tunang kepada Husnatul Hana itu ternganga luas. Lantas, dia membiarkan perbualannya berkaitan dengan perihal kerja, tergantung tanpa noktah.
Mata Husna Asyikin kian membesar melihat lelaki yang dari tadi dia cuba untuk mengelak, akhirnya tersedar akan kehadirannya. Dia tidak mahu Daniel datang ke arahnya untuk meraih rasa simpati. Wanita itu cepat-cepat memperbelakangkan langkahnya sehingga dia tidak sedar akan mereka yang ada dibelakang badannya.
PAK!
Dia jatuh terduduk. Kesemua barang yang ada di dalam begnya, jatuh terkeluar. Novel kegemarannya yang bertajuk Terusir, telefon bimbit Nokianya tercampak jauh,
Daniel Aryan melepaskan genggaman erat si tunang lalu berlari ke arah setiausahanya dengan riak wajah yang bertukar secara mendadak. Tangkai hatinya terusik sewaktu melihat setiausahanya masih cuba untuk mengelak apabila dia datang mendekati,
Husna Asyikin cuba untuk berdiri di atas kakinya yang menggeletar lalu jatuh buat kedua kalinya. Semua orang yang ada mula memberikan dia ruang.
Dia tidak lagi mampu untuk berdiri, jauh sekali berlari. Kepalanya tertunduk. Wanita yang sedang cuba untuk tidak memaparkan perasaannya itu akhirnya menitiskan air mata di hadapan khalayak orang ramai. Dia menyerah kalah dengan takdirnya Tuhan.
Badannya membongkok seperti seekor landak yang sedang bergulung. Air matanya mengalir deras, seperti titisan air peluh yang mengalir di dahinya yang luas. Dia mahu meraung, tapi dia tidak mampu. Dia mahu menjerit, tapi suaranya tiada. Telapak tangannya yang kecil, menutup wajahnya yang kecantikannya sudah hilang sepenuhnya.
Wanita tanpa roh. Akhirnya bersedih. Yang dahulunya tiada perasaan yang terpapar di wajahnya, akhirnya terpapar perasaannya pada saat itu.
Husna Asyikin kembali bertukar menjadi remaja yang pernah menangis di studio tarian hanya kerana dia tidak mendapat bahagian di dalam persembahan The Black Swan.
Matanya tidak mahu bertembung dengan mata bosnya,
Setelah mengetahui dia ialah Aki.
"A-Asyikin..." panggilnya perlahan. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Husna sendiri, Daniel mempunyai watak yang berlainan buat kaum hawa. Intonasi suaranya bertukar.
Dia tahu bahawa perempuan adalah makhluk mudah rapuh Tuhan yang dihantar ke bumi dan seharusnya dilayan penuh lemah-lembut.
Asyikin menggeleng kepalanya beberapa kali. Bunyi esakkannya makin didengari. Tetamu-tetamu yang lain masih belum beredar dari kawasan itu. Sibuk mahu memasuk campur dalam perihal orang yang hatinya sedang dipatah-patahkan.
"A-Asyikin.."
"J-Jangan.." Suaranya yang lemah kedengaran.
Daniel mula mencangkung di hadapan wanita yang wajahnya masih kekal tertutup.
"Attention seeker. Menangis depan orang ramai.."
"Bodoh ke menangis tengah-tengah lobi? Buat huru-hara je lah.."
"Orang baru bertunang.. Tak fikir ke perasaan tunang Encik Daniel?"
Setiap bisikan didengari sipi-sipi di telinga lelaki yang masih berusaha mahu memujuk setiausahanya untuk memberitahu apa yang sedang terjadi.
Dia tidak mahu memaksa, namun dia tetap perlu menanyakan mengapa. Nama 'Asyikin' asyik diulang dan akhirnya wanita yang sedang bersedih itu mengangkat wajah,
Air mata yang ditahan di bawah kelopak matanya mengalir deras di pipi, matanya bertembung dengan mata lelaki yang tidak patutnya dia tatap,
Sepanjang 3 bulan Husna Asyikin bekerja di The Owls, dia tidak pernah memaparkan sebarang reaksi.
Dia hanya bergelak bila perlu. Dia hanya melepaskan tawa sewaktu mendengar jenaka yang dibuat oleh bosnya sendiri walaupun setiap jenaka yang dibuat langsung tidak kelakar,
Dia hanya membuat lagak geli bila perlu. Dia hanya membuat riak wajah ew! apabila Daniel cuba untuk menakutkan dirinya dengan ekor cicak yang sudah terputus,
Tapi,
Dia tidak pernah bercakap bila perlu. Dia sentiasa mendiamkan diri sepanjang masa walaupun dia sepatutnya memulakan bicara untuk berbuat kawan dengan staf yang ada. Dia tidak mahu dan dia takut-
Dan dia juga tidak pernah rapuh.
Dan dia juga tidak pernah bersedih.
Kerana menangis itu bukan Asyikin,
Meraung itu bukan Asyikin.
Jadi siapa wanita yang ada di hadapan mata lelaki itu pada waktu itu?
Dia sedang menangis teresak-esak tanpa henti dan itu bukannya Husna Asyikin yang dia kenal sebelum ini. Ini adalah suatu perkara yang baharu.
Suatu perkara yang tidak pernah dia jangka, akan berlaku.
Mata lelaki itu beralih ke arah Hana, wanita yang masih berdiri kaku bersama dengan beberapa rakan kerja milik Daniel. Mengapa Hana tidak menolong dirinya untuk memujuk Asyikin? Itu adalah pertanyaan yang terdetik di dalam kepala lelaki yang sudah mula merayu supaya Asyikin meluahkan perasaannya sekarang juga.
Sumpah, dia tidak berniat untuk memaksa seseorang untuk memberitahu mengapa mereka sedang bersedih.
Tapi dia juga manusia.
Dan salah satu kelemahan yang ada pada diri setiap anak Adam di dalam dunia ialah-
Mereka harus bertanya sesama sendiri untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.
Jikalau seseorang sedang bergelak sakan, kita harus bertanya, mengapa kau sedang bergembira?
Jikalau seseorang sedang menangis teresak-esak, kita harus bertanya, mengapa kau sedang bersedih?
Kita bukan Tuhan.
Kita bukan Maha Mengetahui.
Itu kerjanya Allah.
Ini kerjanya kita.
Hanya mampu bertanya.
Tapi tidak mampu berbuat apa.
"Asyikin, tolonglah."
"Asyikin, tolong.."
Wanita itu mengalah. Bendera putih menjadi satu-satunya pilihan kerana dia tidak tahu mahu berbuat apa. Dia membuka suaranya yang sungguh perlahan,
"A-Abang.."
"Abang..."
"Abang?" Daniel mengangkat kening.
"Kena langgar."
PAK! Daniel bingkas bangun dari duduk mencangkung, dalam sekelip mata sahaja blazernya dibuka. Dia lantas berlari ke arah tunangnya, lalu menyarung blazer ke badan si wanita yang bahagian bahunya dipamer.
Pipi Hana dikucup ringan, lalu telinganya dibisikkan dengan sesuatu,
"I'll send you a driver, okay?"
"I love you."
Hana tahu.
Husna yang sebenar menang hari ini.
Pintu lif terbuka, Daniel yang berpakaian dalam kemeja berwarna putih yang diselukkan ke dalam seluar hitamnya asyik menoleh ke arah setiausahanya yang berjalan di belakangnya. Setiap langkah yang diambil oleh Husna Asyikin, diperhati.
Tali leher berwarna merah yang diikat di leher bosnya dilonggarkan. Pemegang pintu masuk ke hotel dari lot parking ditarik buat wanita yang mula berjalan seiring dengan Daniel.
"Asyikin, i need your keys."
Asyikin hanya mengangguk faham. Kunci keretanya dihulur. Daniel mengambil kunci itu dan terus menekan punat berwarna merah,
Lampu berwarna kuning berkelip menangkap pandangan mereka berdua, diikuti dengan bunyi Tak! Tak! didengari dari jauh.
"Come."
Daniel berjalan ke arah kereta Volvo berwarna kelabu, yang terletak di sebalik blok yang tertulis B2. Namun, langkah lelaki itu terhenti sejenak saja dia menyedari bahawa Asyikin berhenti mengikuti jejak langkahnya.
Dia menoleh ke belakang,
Titisan darah menitis ke lantai simen di mana setiausahanya sedang berdiri. Hidung Husna Asyikin berdarah. Wanita itu mula mendongak, tidak mahu darah dari hidungnya terus menitis ke lantai dan juga pada tudungnya yang berwarna hitam.
Tinggi peluang itu adalah refleks badannya kerana tekanan yang diberi terlalu banyak.
"Asyikin."
Wajah lelaki yang kekal tersenyum itu kelihatan terlalu tenang dalam menghadapi sebuah situasi yang ternyata-
Penuh huru-hara.
Paket tisu dihulur.
"Jom. Perlahan-perlahan."
Dia mungkin dikejutkan dengan sebuah tragedi.
Tapi dia juga dihadirkan dengan seorang lelaki.
Sepertimana Puteri Aurora dihadirkan dengan seorang putera.
Sadis.
Daniel membuka pintu kereta pemandu, lalu melabuhkan punggung. Matanya masih tidak beralih dari melihat sosok Asyikin dari cermin belakang.
Telefon pintarnya dikeluarkan dari poket, lalu dihulur kepada wanita yang hidungnya sudah disumbatkan dengan tisu kertas.
"Asyikin,"
"Awak kena bagitahu alamat rumah awak."
Telefon itu diambil seraya dengan anggukkan kepala. Jarinya menggeletar mahu menaip alamat rumah keluarganya di tempat carian aplikasi GPS,
"Ya Allah. Kenapa aku bodoh sangat."
Telefon itu diambil semula dari tangan Asyikin membuatkan wanita itu tersentak.
"So sorry. Awak bagitahu, saya taip."
Alamat penuh diberitahu dengan suara yang amat halus, seperti sebuah bisikan. Lelaki itu harus memberi tumpuan untuk mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari bibir setiausahanya.
Badan Daniel tersandar kebelakang setelah mendengar perkataan 'Melaka'. Dia mula membuat perancangan mahu menggunakan selok-belok jalan apa, jalan terpantas yang boleh dia guna untuk ke sana dan dia juga mula membuat andaian bahawa tinggi peluang jalan sudah mula sesak-
Kerana esok adalah hari pertama bagi cuti perayaan Hari Deepavali.
Kebanyakkan keluarga bakal pulang ke kampung halaman sehari sebelum bermulanya minggu cuti, lagi-lagi pada waktu malam.
Akan tetapi, lelaki itu tidak mahu berputus asa. Dia sudah biasa memandu pagi-pagi buta di merata tempat kerana mahu menghadirkan diri dalam perjumpaan yang diatur oleh syarikatnya sendiri.
"Encik Daniel saya boleh balik-"
"No."
Asyikin mengeluh. Dia sudah letih mahu menyuruh Daniel berhenti dari menyusahkan dirinya sendiri. Dia sudah menolak pertolongan Daniel dari tadi. Sejak mereka berdua berada di lobi lagi. Tetapi lelaki itu tetap berkeras kepala mahu menghantarnya pulang sehingga dia sanggup meninggalkan Hana di hotel, seorang diri.
Wanita itu tidak mahu berfikir panjang. Kepalanya sedang dipenuhi dengan imej abang sulungnya, Angkasa Rif'an. Bagaimana wajahnya apabila dilanggar lori. Bagaimana keadaannya sekarang. Air matanya masih mengalir deras di pipi.
Dia terkeluar dari dunia lamunan setelah terdengar suara kecil milik lelaki yang sedang membaca doa menaiki kenderaan. Badannya sudah terasa suhu di dalam kereta kerana penghawa dingin yang dipasang.
Beberapa saat kemudian, pedal minyak ditekan.
-
"HUSNA!"
"KAMU TAHU TAK APA YANG MEMBEZAKAN 'BERSENAM' DENGAN 'BALLET'?"
"PERASAAN!"
"BILA KAMU BERSENAM,"
"KAMU HANYA IKUT PERGERAKAN SAJA!"
"TAPI BILA BALLET,"
"PERASAAN KAMU YANG MENGGERAKKAN BADAN KAMU SENDIRI! KAMU TAHU TAK!"
"TAPI KAMU TAK ADA PERASAAN!"
"ITU SEBAB KAMU TIDAK BERHAK MENARI BALLET!"
-
"Tidurlah."
Kata Daniel, tanpa melihat ke arah setiausahanya yang masih merenung ke luar tingkap. Sekelompok awan berwarna putih tertampak kurang jelas di gelapnya langit malam, ia sedang cuba untuk memberitahu hujan akan datang membasahi bumi. Bunyi petir disambar juga kedengaran dari dalam kereta.
Tangisan air mata mengalir lalu berhenti di bibirnya yang memerah. Lidahnya merasa masinnya air mata, kerana tangannya sudah terlalu berat mahu mengelap air masin yang mengalir keluar dari kelopak matanya.
Angkasa. Angkasa sedang bertarung dengan apa sekarang?
Angkasa. Angkasa jantungnya masih berdegup bukan?
Angkasa.
Adakah dia sedang menari di angkasa dan sedang cuba memberitahu yang dia sedang baik-baik saja?
Matanya terasa berat.
Akhirnya, si jelita dihantar ke dunia mimpi untuk merehatkan diri yang lelah menghadap dunianya realiti.
Kereta itu berhenti di RNR Ayer Keroh. Seperti yang dijangka, orang ramai memenuhi setiap gerai makan yang ada, pondok-pondok kecil yang dibina di tepi bilik surau, yang juga dipenuhi dengan anak laki-laki yang sejadahnya terletak tetap di atas bahu dan sebuah kedai aiskrim Baskin Robins yang terletak di hujung tempat letak kereta turut dipenuhi dengan beberapa orang pelanggan.
Sudah pukul 12 malam. Masih ada lagi manusia. Dan itu membuatkan lelaki yang sedang melangkah keluar dari kereta, gembira. Dia tidak suka akan tempat yang sunyi, kosong, tiada orang.
Kereta itu dikunci dan Daniel terus berlari masuk ke dalam gerai kecil yang menangkap perhatiannya dari tadi kerana mesin pengukus pau yang terletak di hadapan gerai itu.
Tok! Tok!
Tingkap kereta diketuk. Terus, Asyikin terbangun dari tidurnya lalu memandang ke arah Daniel yang tersenyum sambil menunjukkan pau kacang yang dibungkus ke dalam kertas putih.
Jari wanita itu menekan butang turunkan tingkap,
"Nah," Pau kacang dihulur.
"Makan."
Aki. Mengapa jadi begini? Dia lupa bahawa pau pernah menjadi makanan kesukaannya di sekolah menengah atau apa?
"Terima kasih, Encik Daniel." Pau itu diambil.
"Good God, you are freezing."
"You should've told me to turn off the aircond."
"Saya tengah tidur kan tadi."
Daniel melihat kawasan persekitaran yang dituju. Dia mengeruk wajahnya. Takkan ini tempatnya?
Air liurnya ditelan beberapa kali. Ayat kursi turut dibaca sebanyak 4 kali. Matanya asyik melihat skrin telefon pintarnya yang dipasang di pemegang telefon.
Benar. Mereka sedang menuju ke rumah keluarga setiausahanya tinggal. Ini gila. Bulu roma lelaki itu meremang,
Kerana sekarang mereka sedang berada di tengah-tengah hutan. Sunyi, sepi, dan dia benci. Gelap amat. Pokok-pokok kelapa yang bayangannya amat menyeramkan. Hanya lampu jalan yang menerangi. Sudahlah dengan rabun jauhnya lagi,
Ganjil sungguh.
"Asyikin, betul ke alamat awak ni?"
"Ya. Depan je lagi."
Daniel mula mengumpul prasangka yang timbul di dalam kepalanya. Situasi ini amat serupa dengan situasi yang diceritakan di dalam sebuah dokumentari yang pernah dia tonton tentang pembunuh bersiri bernama Ted Bundy. Ted Bundy akan membawa mayat gadis-gadis berambut coklat panjang ke dalam hutan lalu menanam mereka di merata tempat.
Mungkin.. Husna Asyikin ialah seorang psychopath?
Tidak, tidak. Dia mengaku, wanita itu kelihatan seperti seorang watak Disney villain, tapi perangainya baik-baik saja. Dan jauh sekali dia ialah seorang manipulator kerana dia ialah seorang wanita yang sentiasa berkata jujur, tidak pernah menipu.
"Ha. Dah nak sampai dah."
Bunyi pagar garaj yang amat kuat hampir membuatkan telinga Daniel tercabut. Sekarang dia percaya, kerana kelibat beberapa manusia kelihatan dari tingkap kereta walaupun pandangannya kabur...
"Ha.."
"Dah sampai.."
Ya Tuhan.
Ini istana atau apa?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro