Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[ 6 ] Tidak Dikenal Pasti

TIDAK DIKENAL PASTI
(Anda boleh dengar lagu piano dengan menekan butang play video di atas)
(Gambar meja sebagai contoh meja panjang)

[Nota Awal Penulis: Selamat Patah Hati Sedunia!]




Kakinya melangkah keluar dari kereta Volvo yang berwarna kelabu. Postur badannya diperbetulkan. Bahunya kebelakang, dadanya kehadapan dan badannya mula melurus sepertimana guru tarian balet mengajarnya.

Postur amat, penting.

Tudung labuhnya dibetulkan.

Dia berjalan ke pintu masuk lobi hotel dari parking lot.

Dia tidak memerlukan kasut tumit tinggi supaya bunyi tapak kasutnya menarik perhatian orang yang ada di dalam lobi.

Pasangan suami isteri yang berpakaian sepenuhnya berwarna merah, terpegun dengan kecantikkan milik Husna Asyikin. Seorang wanita berbangsa India juga turut memberi reaksi yang sama.

Padahal, Asyikin hanya menundukkan kepala sepanjang dia berjalan. Dia berpakaian sebegitu bukan kerana dia mahukan perhatian,

Dia mahu membuktikan kepada semua orang yang dia tidak perlu memakai turban, tudung shawl yang perlu diikatkan di leher, dress berwarna merah yang bahagian bahunya terbelah.

Mungkin kerana bajunya yang memang tertampak mahal, membuatkan kesemua orang mengalih pandangan ke arahnya.

Adrenalin mula mengalir deras di dalam diri Asyikin, aliran darah menjemput kesemua rama-rama yang pada mulanya dikumpul di dalam perut, lalu terbang mengikut setiap aliran darah, setiap urat yang ada. Perhatian yang dia dapat terlalu banyak dan dia mula berasa tidak selesa.








"A-Asyikin!"

Daniel, dengan tangannya sedang memegang gelas kaca yang beriisikan jus Epal, berlari ke arah Asyikin sambil melambaikan tangan.

Suit yang dipakai menambahkan lagi ketampanannya bersama dengan tali leher berwarna merah. Perwatakannya memang begitu, seorang yang periang dan suka akan bersosial.

Hari mereka bertembung di Tesco, Asyikin masih ingat bahawa Daniel membahasakan dirinya sebagai 'saya'. Intonasi suaranya sentiasa bertukar apabila dia mahu bersembang dengan kaum hawa, suaranya menjadi lebih lembut, lebih perlahan.

Beza perangainya dengan Husna Asyikin, seorang yang pendiam. Tidak sampai 50 patah perkataan yang terkeluar dari bibirnya dalam satu hari. Kekok apabila dia hendak memulakan sebuah perbualan, kekok sepanjang masa.

Dia ialah seorang wanita yang tiada roh di dalam badannya, reaksinya jarang terpapar di wajahnya yang kelihatan mahu membunuh semua orang pada bila-bila masa. Matanya penuh kesenduan, entah habuk apa yang ada di dalam matanya, tiada siapa yang tahu.

Padahal,

Personalitinya sewaktu dia belum menjejakkan kaki ke alam dewasa, amat berbeza.

"H-Hi!" Asyikin membalas lambaian bosnya. Susunan giginya yang kurang teratur terpapar jelas.

"Wow! You can actually smile!"

Gurauannya harus digelakkan oleh wanita yang cekak merahnya masih terletak tetap di atas kepala. Hari ini ialah hari yang gembira buat bosnya.

Hari yang gembira,

Buat bosnya.

Dan sebagai seorang setiausaha, dia juga perlu berpura-pura gembira. Itu adalah tugasnya.














Tangan kecilnya memegang erat tangan ibunya yang sedang mengecat sesuatu di sebuah kanvas kosong. Bilik seni Puan Zalifah dipenuhi dengan tong-tong cat berwarna-warni. Kanak-kanak perempuan yang umurnya sudah mencecah angka 6, duduk di atas peha ibunya.

Wanita yang berumur 28 tahun itu sedang memakai t-shirt lengan pendek yang mempunyai gambar seorang wanita berambut perang, lalu dipasangkan dengan seluar dalam Encik Wira yang dijadikan sebagai seluar pendek di dalam rumah. Apron putih diikat di pinggangnya yang langsing.

Sementara anak perempuannya, Husna, baru sahaja bangun dari tidur. Wajahnya masih mamai-mamai, matanya masih menyepet dan dia masih berada di dalam baju tidurnya yang mempunyai gambar kartun kegemarannya, Snoopy,

Tangan kecilnya memegang lengan kanan ibunya, mengikut setiap gerakan tangan Puan Zalifah yang sedang sibuk melukis gambar sebuah pemandangan yang amat indah-

Sebuah pantai yang langitnya berwarna ungu.

"Apa ni?" Soal Husna, penuh keliru.

"This.."

Cat biru tua ditambah.

"Is.."

Pemandangan itu mula bertukar,

"What i saw.."

Lautan yang pada mulanya kelihatan tenang,

"When i looked into your eyes, Husna!"

Dan sekarang, ombak yang besar dilukis ke dalam lautan yang disangka tenang buat sementara waktu.

Husna hanya tergelak, tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh ibunya.

Salah satu gigi taringnya tidak mengikut susunan giginya yang lain, kanak-kanak yang pipinya dicoletkan dengan cat berwarna kuning itu mendapat gelaran vampire kerana giginya.



Dan juga pada hari yang sama, Husna mendengar pergaduhan ibu dan ayahnya dari bilik tidurnya buat kali pertama.

Lautan yang tenang, jangan disangka tiada ombak.

Tangga perkahwinan yang tertampak bahagia, jangan disangka tiada perbalahan.

Anak yang ceria,

Jangan disangka tiada kesedihannya.




Pergaduhan ibu dan ayahnya,

Terasa seperti ombak yang datang melibas ke arah badannya yang kecil.















Mereka semua dihidangkan dengan barisan makanan yang dibayar khas buat kesemua staf The Owls. Lagu piano Nocturne Op.9 No.2 didengari dari pembesar suara yang berada di atas pentas kecil di hujung bilik makan.

Siling ruang makan Hotel La Kleize' terdapat sebuah seni lukisan. Lukisan itu menunjukkan beberapa orang lelaki berambut perang, yang sepatutnya dianggap sebagai 'malaikat', berterbangan di atas langit biru. Chandelier disalut emas turut digantung di atas siling yang terlihat seperti dikelilingi dengan lukisan malaikat itu.

Kerusi putih ditarik dari meja panjang yang kain alasnya berwarna putih.

Mereka semua melabuhkan punggung di atas kerusi. Ada yang cuba mahu mendekatkan diri dengan raja sehari itu, ada yang tidak,

Tapi apa yang pasti, Husna Asyikin hanya duduk di hujung meja yang panjangnya dapat memuatkan 30 pelanggan. Tidak mahu menjadi perhatian orang ramai. Dia suka tenggelamkan dirinya sendiri.

Tambahan lagi, dia menyangkakan kesemua staf akan duduk di meja yang berasingan, dan dia sudah dapat membayangkan dirinya akan duduk seorang diri di sebuah meja bulat.

Sementara Daniel, raja sehari pada hari itu, duduk di tengah-tengah meja berhadapan dengan orang-orang berjawatan tinggi di The Owls dan terdapat dua kerusi kosong bersebelahan dengan lelaki yang dari tadi wajahnya tidak lekang dari senyuman, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan yang membawa makna,

Tunangnya masih belum sampai.

Jantung Husna Asyikin berdegup kencang. Dia mula membayangkan paras rupa tunang Ketua Pegawai Eksekutif itu. Seorang wanita yang tinggi lampai, mempunyai sepasang mata yang indah bila dipandang, dan mempunyai sikap lemah-lembut.

Asyikin benar-benar sayangkan Daniel sebagai seorang bos yang berlaku baik terhadap dirinya dan tidak pernah menganiaya.

Terlalu baik sehinggakan dia tidak pernah lupa dari bertanya khabar baik setiausahanya, bagaimana harinya berlalu, jikalau duit poketnya cukup ataupun tidak,



"Asyikin!"

"Asyikin!"

Dia terkeluar dari dunia lamunannya, lalu menoleh ke arah suara monotone milik bosnya,

Asyikin mengangkat kening. Apa?

Daniel membuat gaya tangan, memanggil setiausahanya kemari. Dia mula menarik keluar kerusi di sebelah kirinya,

Dia menepuk bahagian span di kerusi itu beberapa kali, cuba untuk mengajak setiausahanya duduk di sebelahnya sepanjang majlis berlangsung.

"Come, come.."

Asyikin menggeleng tidak mahu. Namun,

Melihat riak wajah Daniel yang mula mencebikkan bibirnya yang memerah,

Dengan alunan piano yang dimainkan penuh perlahan, dia berjaya melembutkan hati keras milik wanita yang perlahan-lahan bangun dari kerusi.

Daniel tersenyum kegembiraan, seperti seorang kanak-kanak yang baru sahaja diberikan satu batang lolipop.






"So,"

"Mana awak beli erk.. Tali cekak tu?"

"Dah lama dah ni.."

"Zaman sekolah menengah punya tali."

"Kenapa Encik Daniel tanya?"

"Going to buy it for my future daughter," Dia tertawa kecil membuatkan Asyikin turut serta ketawa.

"Plus, Husna would like th-"







TAK!

TAK!

TAK!




Bunyi kasut tumit tinggi yang sedang berjalan ke arah meja mereka didengari.



Lagu Nocturne Op.9 No.2 sudah sampai di bahagian bridge, jubin piano seakan-akan sedang ditekan laju seperti lajunya jari Encik Wira memainkan piano di hotel yang sama. Selang beberapa tahun yang lalu, dialah lelaki yang berada di atas pentas itu, tapi lagu yang dimainkan ialah lagu yang berbeza,

Lajunya degupan jantung milik wanita yang sudah bangun dari kerusinya, sama seperti lajunya setiap jubin piano yang ditekan,



Lalu,

Degupan jantungnya berhenti.

Dan lagu piano itu,

Turut berhenti.




"Everyone,"

"Meet my fiance',"





"Husnatul Hana."


"You can call her, Husna."











Jantungnya terasa seperti berhenti dari mengepam darah.

Badannya terasa seperti sudah hilang keseimbangannya untuk berdiri,




Sahabatnya yang disangka sehidup semati dari bangku sekolah menengah, sahabatnya yang pernah didenda bersama dengan dirinya untuk berdiri di luar kelas semata-mata kerana dilapor oleh si dia, sahabatnya yang menyuruh meluahkan perasaan di atas kepingan kertas lalu dilipat menjadi kapal terbang-






Hana Salsabiela.



Dia muncul di hadapan mata.



Tapi, siapa Husnatul Hana?


Jikalau dulu dia bertudung labuh dan sarung tangannya tidak pernah berlari dari tersarung di lengan tangannya,

Sekarang dia hadir,

Dengan rambut panjang berwarna hitam yang panjangnya melepasi bahu. Tulang selangkanya* yang tajam, dipamer kerana potongan dress yang dipakai. Ketinggiannya tidak kalah dengan tinggi lelaki yang tangannya sudah dipegang erat,







Langkah wanita yang kakinya tertampak sehingga betis kerana belahan kain yang disarung di badannya, terhenti,

Sewaktu dia sedar akan kehadiran si gadis yang tidak sepatutnya hadir.


"Asyikin, Husna."

"Husna, meet Asyikin. She is my secretary."

Kerusi kosong ditarik buat tunangnya, namun,



"A-Asyikin?"


"Huh? You know her?"

"Aki! She used to be our classmate!"

"Huh? Seriously? Hah?"

"Can i talk to her for a moment?"





"I missed her so much."







Husna.




Oh tidak.

Ombak sedang datang melibas.













Kata Ayah, ditikam belakang itu benar, perit. Tapi, mata kita tidak dapat melihat wajah si penikam kerana dia sedang berada di belakang, dan kita harus menoleh terlebih dahulu.

Tapi jikalau ditikam depan-depan,

Kita tidak perlu menoleh. Sudah terang-menerang yang menikam itu siapa.

Jadi, mahu pilih yang mana?

Mahu ditikam buta-buta, mati ditikam tanpa mengetahui siapa pembunuh yang sebenarnya,

Atau mahu ditikam depan-depan?

Sekurang-kurangnya kita dapat mengetahui siapa yang meletakkan garisan penamat dalam hidup kita, bukan.






Husna Asyikin membatu. Dalam hatinya dia sudah mula menjerit tidak tentu-hala, segala memori datang memancar di dalam kepalanya seperti di dalam panggung wayang,












Identitinya dicuri.

Dan sekarang, identitinya tidak dapat dikenal pasti oleh satu-satunya lelaki yang pernah mengambil tempat di hati.








----

*Tulang Selangka = Collarbone

Gambar lukisan di atas siling hotel:-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro