Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[ 5 ] Riben Merah, Clair De Lune, & Ayah

TIDAK DIKENAL PASTI




"Ha? Majlis pertunangan?"

Jauh di lubuk hatinya, dia tidak terlalu terkejut, tidak terlalu gembira. Tiada reaksi. Majlis meraikan pertunangan bosnya akan diadakan di sebuah hotel 5 bintang.

Alasan dia tidak terlalu terkejut ialah, paras rupa milik bosnya. Dia sendiri mengaku, Daniel ialah seorang lelaki tampan, jikalau lihat dari tepi, terpapar dagunya yang tajam bersama dengan garisan rahangnya. Daniel ialah satu-satunya lelaki yang boleh dibawa contoh jikalau mahu menyamakan wajahnya dengan seorang pelakon cina.

Maka, siapa saja yang tidak mahu? Lagi-lagi di dalam generasi kesemua orang mahukan paras rupa-

Tidak mahu melihat sikap yang perlu mereka hadap.

Alasan dia tidak terlalu gembira pula-

Dia sendiri tidak tahu mengapa. Setiap kali dia memandang wajah Daniel, satu serpihan hatinya jatuh-

Tapi dia tidak pasti jikalau serpihan itu hancur. Dia mengenangkan Aki, Aki dan Aki. Aki yang memaafkan dirinya sewaktu kepalanya terkena kapal terbang kertas, Aki yang menari bersama dengannya sambil mendengar lagu Sinaran nyanyian Sheila Majid, Aki yang dia paksa untuk membaca buku The Little Prince.









"Cik Asyikin, nanti trylah pakai bawal awak tu tapi jadikan style turban. Trust me, nanti lagi cantik dan lagi style.. Awak pakailah sarung tudung nipis sekali dalam tu kalau tak mahu leher nampak.."

"Asyikin, tema malam majlis tu warna merah. Awak nak pinjam tak dress saya? Tapi, dress tu bahu dia terbelah. Saya bagi sekali dengan inner pakai kat dalam.. Nak?"

Dipandang remeh itu Asyikin. Dipandang rendah itu Asyikin. Dipandang comot juga Asyikin.

"Tak apa, akak.. Tak apa.."

"Eh, ya Allah akak, saya ada saja baju kat rumah.. Tak apa, tak apa.."













Husna Asyikin melihat ayahnya yang sedang bermain piano di atas pentas dari meja makannya. Ini adalah kali pertama dia disuruh untuk menemani ayahnya, Encik Wira, ke sebuah majlis makan yang diadakan di sebuah hotel 5 bintang.

Ayahnya ialah seorang pemain piano yang agak popular dan namanya sering disebut oleh beberapa syarikat terkemuka.

Mereka suka menjemput Encik Wira ke sebuah hotel, atau rumah yang bumbungnya terletak amat tinggi, ataupun di dewan yang amat besar, untuk memainkan piano jikalau ada majlis sambutan, majlis kenaikan pangkat, atau apa-apa jenis majlis sekalipun.

Dan, pada malam itu, ayahnya sedang memainkan lagu Clair De Lune buat para tetamu.

Mata Husna melekat ke arah jari-jemari yang menekan setiap jubin piano, jari-jemarinya seakan-akan sedang menari. Laju, namun alunan lagu yang dibuat semuanya, indah-indah apabila didengari di telinga.

Gadis kecil yang berumur 9 tahun itu dipakaikan dengan dress berwarna biru tua yang labuhnya paras lutut lalu dipasangkan dengan stokin putih panjang. Rambutnya diikat dengan riben berwarna hitam sama warna dengan riben yang dipakaikan di lehernya.

Tepukan gemuruh diberikan sejenak sahaja ayahnya menundukkan badan. Lelaki itu berlari ke arah meja anak perempuannya, dengan senyuman gembira.



Fish & Chips itu dihabiskan hanya dengan beberapa suapan. Gadis yang perutnya sudah kembung, menangkap kelibat Encik Wira sedang sibuk bersembang dengan beberapa orang lelaki. Rakan, mungkin.

Matanya meleret,

Lalu berhenti.

Ke arah wanita yang bertudung labuh, berwarna hitam. Warna jubahnya sama dengan warna dress milik Husna. Matanya tidak beralih,

Dia kagum.


Dia mahu jadi seperti dia.





-









Hari yang ditunggu telah tiba.

Hari menyambut pertunangan Daniel Aryan telah pun tiba.

Wanita yang baru saja keluar dari kamar mandi, berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya. Radio mini berwarna merah yang talinya tergantung di tombol pintu sedang memainkan sebuah lagu yang bertajuk, Bohemian Rhapsody nyanyian Queens.

Dress berwarna biru tua yang labuhnya paras lutut dikeluarkan dari almari bersama dengan seluar longgar berwarna kelabu.

Badannya disarungkan dengan dress itu, dress hasil pemberian daripada seorang Datin kenalan ayahnya. Katanya, Asyikin ialah seorang wanita yang mempunyai paras rupa yang jelita, dan dress itu adalah sebagai bukti bahawa pujiannya ikhlas dari hati.

Matanya melihat ke arah tudung shawl berwarna hitam yang terbentang di atas katil sulungnya.

Dua pin tudung dan satu jarum dicabut dari span berbentuk bulat.

Tudung shawl yang lebar itu terletak kemas di atas kepalanya, bentuk tudungnya terletak sempurna, mengikut bentuk wajahnya yang bujur.

Tona warna kulit wajahnya amat serasi dengan warna bajunya. Biru adalah warna Husna Asyikin. Sejak kecil, hingga besar, biru adalah satu-satunya warna kegemarannya. Tidak pernah bertukar.

Dress biru tua itu mempunyai renda putih di bahagian pergelangan tangannya dan juga di hujung kainnya.

Dan akhirnya,

Sentuhan terakhir.

Tali twilly berwarna merah scarlet diambil dari meja belajarnya.

Perlahan-lahan, twilly itu diikatkan di kepala seperti sebuah cekak. Wanita yang berumur 25 tahun itu memandang lama ke arah cermin dengan sebuah senyuman yang terukir di wajahnya.





Impiannya tercapai.

Dia mahu menjadi seperti wanita itu,

Wanita yang membuatkan dirinya kagum dengan cara pemakaiannya sewaktu dia berumur 9 tahun itu.

Dan dia berjaya.



Seambak kunci yang diletakkan di atas rak kasut diambil. Kakinya disarung dengan kasut leper, yang kelihatan seperti kasut ballerina berwarna hitam.

Lantas, dia melangkah keluar dari rumahnya sambil membaca lafaz bismillah.



Malam yang menggilakan sedang menanti.









-

Apa itu tali Twilly?

This. It may look silly, but here is my image on how Husna Asyikin styled her twilly,

Again, it depends on your imagination. Asyikin is really good in styling her shawls.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro