[ 3 ] 7 Orang, Wajahnya Sama
TIDAK DIKENAL PASTI
Remaja lelaki yang menggalas beg hitam itu mulai membeku.
Dia sedang berdiri di hadapan tingkap kaca bilik tarian. Melihat Husna, yang sedang memakai baju t-shirt lengan panjang berwarna biru gelap lalu dipasangkan dengan skirt pendek dan seluar legging berwarna hitam.
Riben kasut pointe telah diikat kemas sehingga tumit kakinya.
"Husna! Slowly!"
"Husna! Stop! You are doing it all wrong!"
"Husna!"
Meadow Ballet Centre, ialah sebuah studio tarian balet yang didirikan sejak tahun 1973. Lantai menari yang diperbuat kayu itu licin sehinggakan terpapar refleksi kasut penari. Bunyi setiap kasut pointe yang berjengket, terdengar jelas walaupun hujan sedang melebat di Kota Kuala Lumpur pada pukul 5 petang.
Mata lelaki yang kasut sekolahnya terdapat kesan lumpur, hanya memandang lama ke arah gadis yang sedang cuba untuk menahan air matanya.
Rambut pendeknya diikat kebelakang menggunakan riben putih. Kedua-dua tangannya membentuk seperti sekuntum bunga yang mekar bersama dengan kakinya yang sudah disilangkan, lalu, lagu piano yang bertajuk La Valse' De Lamour mula bermain.
Perlahan-lahan, kaki kanannya diangkat tinggi sehingga paras kepalanya diikuti dengan kaki kanan yang melangkah kehadapan.
Badannya berpusing, seraya dengan tumit kaki yang sudah diangkat. Sekarang, kasut pointnya terbentuk sepertimana Aki pernah lihat di kaca televisyennya,
Tak.. Tak.. Tak..
"Enough, Husna."
"You need to fix this."
"Class dismissed!"
Kelibat guru tariannya mula menghilang. Aki segera menarik pemegang pintu lalu berlari ke arah gadis yang sedang menjemput kesedihan dengan hatinya yang mulai mematah.
Lelaki itu melutut di hadapannya sementara Husna, sedang duduk membongkok. Tangannya mengelap air mata yang mula menitis di permukaan lantai.
Dia tidak tahu mahu berbuat apa.
Husna membuka ikatan riben kasut pointe, kedua-dua kasut berwarna merah jambu lembut itu dicampak ketepi. Riben putih yang diikat di rambutnya juga ditarik.
Ya Tuhan,
Jantung lelaki itu seakan-akan hampir tercabut melihat keadaan kaki gadis yang masih melayan perasaannya.
Ibu jarinya dibalut. Tulang kakinya kelihatan terlalu jelas, kulit jari-jari kaki kirinya terkoyak akibat terlalu lama menari, warna kakinya memerah sama seperti warna pipinya. Gelembung lukanya terlalu banyak, dan kuku jari manisnya terkopek.
Dia benar-benar seorang penari balet.
"Sakit.."
"Husna taknak dah.."
Banjir. Satu-satunya patah perkataan yang dapat menjelaskan keadaan gadis yang sedang menampal semula luka-luka di kakinya.
Aki membuka zip beg galasnya, buku The Little Prince jatuh terkeluar bersama dengan buku teks matapelajaran Sains tingkatan 3 versi dwibahasa.
"Nah."
Sepuluh gula-gula lolipop ChupaChups dihulur kepada Husna.
-
Husna Asyikin berdiri kaku. Dia ternampak lelaki yang sama, yang dia bertembung dua tahun yang lalu, yang mukanya ibaratkan seperti muka Aki jikalau dia sudah menganjak dewasa. Asyikin tercegak di hadapan pintu, melihat ke arah Daniel yang sedang fokus di skrin komputer, menaip sesuatu.
Papan nama yang terletak di atas meja kerjanya tertulis,
'Daniel Aryan, Ketua Pegawai Eksekutif'
Asyikin berpaling kebelakang lalu memegang tombol pintu. Terpaksa menahan malu.
"Macam tu ke adab awak? Main keluar masuk..."
Asyikin menundukkan kepala. Dalam banyak-banyak pintu putih, mengapa dia pilih pintu yang ini!
"Maafkan saya, Encik Daniel. Tapi saya salah masuk bilik. Maaf sangat-sangat."
"Jangan bagi saya ulang apa yang saya cakap tadi. Sini."
Dia mengeluh, lalu mengambil beberapa langkah kehadapan. Daniel langsung tidak melihat ke arah wajahnya, masih sibuk dengan skrin komputer. Mereka berdiam diri buat beberapa saat, meninggalkan ruang bilik terasa tegang.
Mata Asyikin mula meneroka bilik Ketua Pegawai Eksekutif The Owls. Beberapa batang pen di atas meja, fail-fail yang disusun bertingkat-tingkat di rak kaca, satu pemadam yang terjatuh di lantai, dan,
Gula-gula lolipop ChupaChups perisa vanilla caramel di dalam sebuah kotak kecil berwarna merah jambu. Dia mengira berapa batang lolipop yang ada sambil menunggu lelaki itu menyambung bicara.
"So you are the new worker. I will take you as my secretary. How old are you, again?"
"Dua puluh lima tahun."
"Lets make this quick. Give me a reason. Why should i choose you as my secretary?"
Wanita itu kian membatu. Apa sebabnya? Apa kelebihan yang ada pada dirinya? Apa yang harus dia jawab?
"Erk..."
Sebodoh-bodoh seorang warga Amerika yang menyokong Israel,
"Saya pandai Bahasa Korea."
Sama juga bodohnya dengan si Asyikin.
Apa punya jawapan? Otaknya benar-benar kosong. Daniel mengangkat wajahnya sejenak sahaja dia mendengar jawapan yang diberi.
Daniel tersenyum sinis lalu membetulkan posisi badannya di atas kerusi. Gerak balasnya disedari oleh Asyikin.
Ya Tuhan, senyuman sinisnya terlalu serupa dengan Aki. Jikalau benar dia bukannya pelajar pertukaran yang dipilih untuk ke Sekolah Menengah Al-Fateh Qalbi, maka benar, dia ialah salah seorang daripada 7 manusia yang wajahnya sama seperti Akihiro.
"Your name?"
"Husna Asyikin."
"Husna Asyikin... Hm.."
Daniel mengimbas wanita yang sedang berdiri di hadapannya. Mahu tidak, dia hanya menerima dia sebagai setiausahanya.
Dia turut menyedari akan cara pemakaiannya. Tudungnya yang labuh, berjubah membuatkan pandangannya berbeza.
"Encik Daniel tak mahu tengok sijil pembelajaran saya dulu ke?"
"No. Takde masa."
"Oh.. Jadi, apa kelayakan saya untuk jadi setiausaha Encik Daniel?"
Daniel mengeluarkan sebuah keluhan yang amat berat.
"Lets make this interview fun."
"Kenapa awak nak kerja dekat sini?"
"Write a paragraph about it. Three thousand words."
Katak sungguhlah. Husna Asyikin menyerah kalah. Sungguh, ini tidak masuk akal tapi dia juga tidak mahu menoleh kebelakang kerana itu adalah satu-satunya jawatan kerja yang dia mahukan sejak dulu,
Tambahan lagi, The Owls ialah syarikat penerbitan buku yang amat dia minati sejak dulu lagi.
Daniel menyuruh beberapa staf untuk membawa masuk sebuah meja, kerusi buat Husna Asyikin.
Asyikin hanya berdiam diri. Dia melihat staf meluru masuk sambil mengangkat sebuah meja dan kerusi. Mejanya terletak di satu sudut bilik yang terpencil dan amat jauh dari meja Daniel.
Selalunya, setiausaha akan duduk di luar bilik bosnya, tetapi kali ini di dalam bilik?
Bangunan ini besar, kenapa mahu diletakkan juga di dalam bilik dia?
Beberapa jam kemudian, wanita yang bertudung hitam itu sudah sibuk menyusun segala perjumpaan dan menyusun atur semula jadual milik lelaki, yang sekarang digelar bosnya sendiri.
Tiba-tiba,
"Asyikin, berhenti. Solat dulu jom."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro