[ 2 ] Kaki, Peti, Aki?
TIDAK DIKENAL PASTI
"Oi, aku nak pergi ambil air dekat belakang. Kau beratur dekat cashier dulu."
Lelaki yang berumur 24 tahun bernama Daniel, pergi kebelakang ruang pusat membeli-belah. Rambutnya serabai, masih berpakaian di dalam baju tidurnya. Tiba-tiba saja kawan baiknya mengajak menonton perlawanan bola di kedai makan pada pukul sepuluh malam. Malas mahu berpakaian kemas. Lagipun, lelaki memang sifatnya begitu, bukan?
Dia membuka peti air minuman lalu menyedari kelibat seorang wanita bertudung bawal berwarna hitam, sedang sibuk menyusun botol-botol air minuman gas di sebelahnya,
"Asyik-asyik saya. Asyik-asyik saya. Tak ada orang lain ke nak susun botol-botol ni!"
Daniel mengendahkan kewujudannya lalu menutup pintu peti air minuman dengan menyepak.
Wanita itu sedar akan perbuatan Daniel dan lantas menegur,
"Encik..."
"Kalau muka encik gatal dekat muka, encik garu guna kaki ke? Kalau nak tutup peti, tutuplah guna tangan, jangan disepaknya guna kaki. Letih kami ni, nak kena lap pintu peti tu banyak kali."
Dia mengangkat wajahnya ke arah lelaki yang membuatkan kedua-dua bola matanya hampir terkeluar,
'A-Aki?'
"Daniel! Kau ni! Bak sini air kau! Aku nak pergi bayar!"
'Ah, Daniel. Ingat Aki tadi.'
"Pergi dululah, Aqil. Ada benda nak settle."
Husna Asyikin, meneruskan kerjanya menyusun botol-botol di dalam peti, seakan-akan tiada apa yang berlaku sebentar tadi.
Secara tiba-tiba, dia tertolak susunan air minuman di dalam peti tersebut, lalu kesemua botol-botol itu jatuh keluar!
Daniel yang sedang berjalan mendekati Asyikin, terpijak salah satu botol yang jatuh,
Penutup botol itu terbuka, air berkabornat mulai tertumpah memenuhi lantai dan Idraki jatuh tergelincir. Habis. Dia jatuh terduduk. Punggungnya sekarang berbau air gas Coca-Cola.
Seluar tidurnya, basah. Mulut Asyikin terbuka luas. Aqil yang sedang berada di seksyen barangan bayi, menoleh semula ke arah Daniel dengan riak wajah terkejut.
"ARGH! TENGOK NI!"
"Bertenang, enci-"
"Awak tahu tak? Duit yang saya bayar air gas ni, boleh jadi gaji awak sendiri! Jadi suka hati sayalah nak sepak ke apa!" Dia teruskan membebel.
"Encik nak teruskan membebel dengan seluar yang basah ke ataupun nak saya belikan seluar yang baru? Meluat saya dengar. Serius."
Daniel hanya menjelingkan matanya lalu bangun dari lantai yang basah. Rakan sekerjanya, Marina, berlari ke arah Asyikin lalu membantu dirinya untuk bangun,
"Asyikin, kau selesaikan mamat tu.. Apa kenalah dengan kau ni. Biar aku buat benda-benda ni."
Daniel dan Asyikin pergi ke seksyen pakaian lelaki, untuk menukar seluar baharu.
"Saya dah pilih seluar. Awak berdiri depan bilik pertukaran."
Wanita yang otaknya sudah bercelaru, hanya berdiri di hadapan pintu menunggu lelaki yang menanggung nasib, dengan penuh kerisauan. Dia menggigit-gigit giginya tanpa henti..
Daniel keluar dengan memakai seluar yang amat pendek. Seluar itu terlalu pendek kerana atas lutut.
Asyikin menutup matanya.
"Allah."
"Awak ni dah kenapa. Selawat ke."
"Kenapa pilih seluar pendek? Saya taknak belanja kalau encik pilih seluar ni. Dosa, saya yang tanggung."
Senyuman sinis terukir di seluruh wajah Daniel. Dia melipat seluar pendeknya menjadi lebih pendek, menonjolkan pehanya.
"Dah-dah. Buka mata. Saya dah labuhkan sikit.. Sikit sajalah."
Asyikin membuka matanya.
"Encik ni kenapa?"
Asyikin membaling seluar yang dia pilih sendiri, ke wajah lelaki yang sedang berdiri penuh keliru di hadapannya. Seluar panjang yang bercorak kotak-kotak berwarna hijau.
"Saya belikan yang ni."
"Ya lah, saya tahu. Habistu, siapa lagi yang nak bayar?"
Husna Asyikin pulang dari rumah dengan penuh kesal, kemarahan dan juga kepenatan.
Akan tetapi, Asyikin masih tidak boleh berlari dari kenyataan bahawa wajah lelaki itu seiras dengan Aki, pelajar dari Jepun yang pernah datang ke sekolahnya selama beberapa bulan.
Tapi malangnya, lelaki itu bukan dia. Hanya Daniel.
Tapi iras wajahnya benar-benar seperti Aki. Garisan rahangnya, cara dia bercakap, suaranya, segalanya. Cara dia berjalan juga sama, bahunya sentiasa membongkok dan postur badannya yang ternampak seperti mahu patah.
Asyikin membuka jarum dari tudung bawal, sambil melihat ke arah cermin. Ikatan rambutnya dibuka.
Satu tahun kemudian,
Asyikin melabuhkan punggung di atas kerusi meja belajar, kertas memo berwarna kuning yang ditampal di dinding, dicabut lalu dibuang.
Dia mula memberi tumpuan di skrin komputernya, masih mahu mencari jawatan kosong di mana-mana syarikat yang dia mahu cuba.
'Another one bites the dust.'
Telefon pintarnya berbunyi. Lagu 'Another One Bites The Dust' mula bermain,
'Ah. Lupa nak tukar lagu ringtone.'
Dia mengangkat panggilan itu, lalu mengucapkan salam.
"Waalaikumussalam. Kakak aku kata ada jawatan kosong untuk kau jadi setiausaha dekat satu syarikat ni. Setiausaha untuk kawan kakak aku, Kak Siti Hashimah. Tapi kau kena cepat tau, esok kau kena pergi jumpa dengan dia! Salin alamat ni."
Asyikin cepat-cepat mengambil sebatang pensil dan sekeping kertas kosong dikoyak dari satu buku notanya yang tidak digunakan lagi.
Keesokkan Harinya
"Ya Rabb."
Matanya beralih ke arah jam yang dahulunya pernah digantung di dinding bilik, namun sekarang, jam dinding berwarna putih itu telah disandarkan di tepi almari dek kerana terjatuh beberapa hari yang lalu.
Oh,
Tuhan.
Sudah pukul 11 tengah hari.
Dia mengelip mata beberapa kali, lalu kembali menutup mata. Mentang-mentang datang haid, apa salahnya.
Beberapa saat kemudian,
"SETIAUSAHA!"
Husna Asyikin yang sudah beranjak ke umur 25 tahun, cepat-cepat pergi ke tandas dan bersiram. Badannya disarungkan dengan jubah berwarna hitam.
Kulitnya yang cerah, dan pipinya yang berwarna merah membuatkan wajahnya kelihatan biasa sahaja walaupun tanpa solekan. Terdapat beberapa jerawat yang timbul di bahagian pipi dan beberapa parut jerawat di dahinya yang luas.
Dia mengambil kunci kereta, sijil-sijil sekolah menengah dan sebagainya, lalu terus turun ke parking lot.
Kelihatan hanya seorang dua yang berada di parking lot tersebut termasuklah dirinya. Seorang lelaki tua berbangsa Cina, sedang mengeluarkan barang dapur dari bonet keretanya dan juga pasangan suami-isteri yang sedang sibuk mencuci kereta.
"Allah, tolonglah aku. Aku lambat."
Sementara wanita itu, dia sedang tergopoh-gapah hendak menghadirkan diri ke temubual di sebuah syarikat yang sibuk diperkatakan oleh kakak sulungnya.
"Assalamualaikum."
"Hai.. Saya datang untuk sesi temubual sebagai setiausaha kepada Puan Siti Hashimah?" Asyikin mencuba nasib kepada wanita yang sedang berdiri di belakang meja kaunter.
"Maaf, c-cik? Tapi, Puan Siti Hashimah baru sahaja lantik seseorang jadi setiausaha dia.."
Asyikin menunduk tanda maaf lalu berkata,
"Oh.. Saya tak ada rezeki dekat sini. Maaf sangat-sangat."
Dia hampir mahu mulakan langkah keluar dari bangunan itu akan tetapi,
"Cik! Ada lagi satu jawatan kosong setiausaha untuk cik. Naik tingkat dua, terus ke kanan. Lurus, hujung sekali ada bilik yang pintunya berwarna putih. Masuk pejabat tu, cik tanya tentang jawatan tu ya!"
"Ada tiga pintu warna putih kat sini... Yang mana satu?"
Dengan nama Allah, Husna Asyikin memberanikan diri untuk masuk ke dalam bilik kedua di tengah-tengah yang pintunya berwarna putih.
Oh, tidak.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro