[ 16 ] Lelaki Berwayar, Senyuman Di Surau
TIDAK DIKENAL PASTI
"Aki,"
"Aki."
"Aki."
"Aki."
Wayar-wayar panjang melekat di seluruh badan seorang remaja lelaki yang terlentang di atas katil wad. Televisi sedang memainkan dokumentari haiwan dan seorang ibu yang tekun berdoa kepada Tuhan, mengharapkan anak lelakinya mati- namun hidup semula.
Pintu bilik wad dibiarkan terbuka, seakan-akan sedang menjemput mana-mana doktor yang mampu membantu merawat anaknya, masuk ke dalam bilik itu tanpa disuruh.
Si ibu berambut coklat cair, bangkit meninggalkan bilik itu. Tidak sanggup menelan kenyataan.
"SYED! MANA NAK DAPAT DUIT!"
Gadis berambut hitam panjang yang sudah diikat menjadi ponytail itu menjerit.
"Bile-bile anti, aku bayar ah..." Syed yang berbadang kurus, cengkung dan baru sahaja jatuh kerana terlanggar tiang eletrik di tepi jalan mengelip mata ke arah teman wanitanya yang berseluar pendek hitam.
"Kau hisap gam lagi kan? Kau jangan tipu aku!"
Topi keledar motorsikal dihayun, acah-acah hendak memukul si pemabuk.
"Ala, ilek ah sayang..."
Badan Hana Salsabiela dipeluk dari belakang.
"Kepala je yang shakit... Yang lain dak en..."
Dan tangan lelaki itu merayau di bahagian dada milik teman wanita yang sudah berasa kurang selesa.
"Pelan malam ni kasi jadi ah? Harini jugak shaye keluar daripada wad ni-"
"DAHLAH!"
Pintu wad dihempas. Anak gadis polos berumur 15 tahun itu berjalan ke koridor lobi ruang Wad An-Naeem dengan tangisan air mata yang menderas.
Bila bersama teman lelaki, diharapnya badan.
Bila pulang ke rumah, badannya dipukul mati oleh si ketua polis, darah dagingnya sendiri.
Dia berjalan ke laluan di mana kelibat jururawat tiada, hanya dia, dan bunyi mesin-mesin perubatan yang tidak tahu namanya apa-
"Husna."
"Husna!"
"HUSNA!"
Langkah Hana Salsabiela terhenti.
Nafasnya diambil.
Dia menoleh ke belakang.
Dia kenal suara itu, dia kenal pemiliknya siapa. Dia kenal baik-baik akan suara itu. Suara anak laki-laki yang sibuk diperkatakan oleh para guru tentang indahnya paras rupanya, sibuk diperkatakan oleh guru kelas tentang adab sopannya dan sering diperkatakan oleh,
Sahabat baiknya sendiri, Husna Asyikin.
Anak gadis berbaju kelabu yang stail-nya jatuh longlai di bahu kiri itu mengambil beberapa langkah ke belakang sebelum menoleh ke bahu kiri-
Pintu bilik wad itu dibiarkan terbuka.
Seakan-akan sedang menjemputnya ke mari.
"HUS-NA.."
Dia mengambil beberapa langkah ke hadapan dan sekarang bunyi dokumentari haiwan kian kedengaran di dalam telinga.
Oh.
Benar sungguh kata Asyikin.
Dalam keadaan sebegini jua, lelaki yang masih menutup mata dan hanya bibir yang bergerak itu masih terpapar garisan rahangnya yang menajam, kedudukan hidungnya yang terletak tinggi-
Dahlah baik.
Tampan.
Bijak.
Pandai.
Segalanya dia ada.
"Hu-Husna....."
"Hana, kita hidup daley dunia ni bukey untuk menyusohkan hidup ore lain,"
Jantung gadis berambut hitam itu berdegup kencang yang amat. Lebih kencang daripada degupan jantung yang dia hadapi sebelum berhadapan dengan bapanya tanpa mengenakan tudung semalam-
Dan nasihat ayahnya kian bermain di dalam kepala.
"Kito ni daley dunio sebab hidup ni kena bantu-membantu, sayang-menyayangi,"
Tangannya diangkat lalu diletakkan di atas palang katil untuk memerhati lelaki itu dengan lebih dekat.
Dan lebih dekat.
Kesan luka di bibir lelaki itu ditatap rapi.
"Kito hidop kena tolong ore sentiasa, Na,"
"Hu-Husna....."
Suaranya serak-serak basah. Tuhan,
"Kalau hidup kito menyusahkan orang lain jo,"
"Husn-"
"Ya, Aki?"
"Baik kito meninggal jo dari membebankan ore lain, ye dok?"
Tangan gadis itu menggapai erat tangan lelaki yang berwayar. Akihiro Masaki membuka mata akhirnya dan wajah gadis itu melekat di dalam kepala.
Dan, pada hari itulah Hana Salsabiela menjadi Husnatul Hana. Dan, pada hari itulah, memori lelaki itu seakan-akan sudah dijahit rapi bahawa anak gadis berambut hitam panjang itu adalah Husna yang dijerit-jerit namanya dan bukannya Husna yang berambut pendek, memakai cekak warna-warni dahulunya.
Dan, pada hari itu jugalah, mulanya hari-hari Hana bergaul dengan ibu dan ayahnya Aki, sambil membawa bekal makanan dari rumah dan ke mari. Dan pada hari itu jugalah, tiada siapa yang boleh menukarkan fikiran Puan Nana dan Encik Masaki bahawa Husnatul Hana ialah satu-satunya perempuan yang sekufu dengan anak lelaki mereka.
"Kenapa Encik Daniel tanya?"
PRAAAANG! Petir disambar. Rasa sejuk kian menyengat lapisan kulit.
"Tak, sebab,"
Wajah Asyikin ditatap. Pipi wanita itu sudah bertukar warna dalam sekelip mata kerana suhu yang menjatuh. Hidungnya juga memerah, menahan dari menggigil kerana penghawa dingin.
"Tak ada apalah. Maafkan saya sebab tanya, saya cuma..."
"..... Saya nak bimbing isteri saya. Kan? Itu tugas saya kan. Jadi, saya nak tahu apa masalah isteri saya sebelum saya boleh bantu dia,"
Lelaki itu menggaru leher dengan pipi yang memerah. Wajah Husnatul Hana kini mula memancar di dalam ingatan kepala,
Dan pandangan itu jatuh semula ke Husna Asyikin. Husna yang sebenarnya.
Daniel mula memandang ke arah kipas siling, tersenyum tanpa sebarang sebab seperti orang gila. Tersengih, teringat akan Husnatul Hana.
Hanya mengucapkan nama itu, sudah membuatkan dia tersenyum begini.
Dan Asyikin,
Hanya memerhati di sebalik kain langsir putih yang memisahkan mereka.
"Encik Daniel,"
"... Sayang sangat ya dekat Cik Husna?"
Lelaki itu terus menoleh ke arah setiausahanya dengan muka yang bercahaya,
"Bukan sayang je,"
"Cinta tau! Cin-ta! She is the best woman i've met. The greatest."
"O-Oh."
Asyikin tersenyum.
"Oklah, Asyikin. Jom, gerak balik pejabat. Can't wait to bring you to Japan!"
Dan Husna yang sebenarnya pun mengangguk, menyuruh lelaki itu beransur terlebih dahulu.
Kerana dia mahu memakan saki-baki Ben's Cookies yang diberi oleh bosnya tadi di surau, seorang diri, sambil meratapi hati. Dan sambil mengingati Aki.
Outstation Ke Jepun, Osaka
12 Nov. 1995 (1 Week Left)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro