[ 14 ] Parking Kereta & Bibir Ayah Bergerak
TIDAK DIKENAL PASTI
Badan Bintang Harlisa dipeluk seerat yang mungkin sehinggakan anak kecil itu mempunyai masa yang sukar untuk meneruskan tangisannya kerana nafas yang tersekat. Belakang badannya diusap penuh lembut dengan tangan yang sudah menggeletar.
Mayat Badut diperhati sekali lagi. Di sebelah badan ikan yang sudah dipenggal dua itu adanya serpihan acrylic kuku nail polish yang berwarna merah. Badan Bintang yang dipangku di atas peha kian menjadi ringan apabila kuku itu sudah menjadi bukti siapa jembalang di sebalik segala cerita—
"Asyikin—"
PLAK! Kuku dan mayat Badut dibalut menggunakan kertas tisu sekaligus dimasukkan ke dalam poket jubah yang tersarung di badan. Asyikin mendukung sedaya-upayanya Bintang Harlisa dengan badannya yang sudah menggeletar ketakutan—
Dia sudah membawa adiknya sekali terlibat di dalam kes ini.
Dia sudah membawa anak Zulaifah di dalam pertelingkahan dia dan Salsabiela.
"Asyikin, tell me what happened? Why Bintang sayang?"
Bintang tidak lagi menoleh ke arah Daniel. Kepalanya hanya menyandar di bahu kakak keduanya dengan air mata yang mengalir. Beg merah yang mempunyai kepala Smurf dan terletak di atas kerusi Daniel diambil oleh Asyikin yang perasaan takutnya masih terpapar di seluruh muka,
"Asyikin,"
Wanita itu mendekati pintu keluar,
"Asyikin, please, tell me what happened,"
"Asyikin, kenapa ni,"
PLAK!
Pintu itu dihempas di hadapan muka Daniel Aryan, lelaki yang dibiarkan terabai tanpa sebarang jawapan setelah mendengar jeritan dan laungan Bintang Harlisa.
-
PLAK!
Wajah wanita itu ditampar sekuat-kuatnya di tengah-tengah parkir kereta rumah apartmentnya pada pukul 2:32 pagi. Getaran tamparan itu menimbulkan kesan merah di wajahnya yang berkulit pucat sejak kecil.
Zulaifah yang sudah mendukung Bintang itu memandang ke arah anak ketiganya tanpa sebarang rasa menyesal. Postur badan si pelukis itu begitu tegak manakala Asyikin sudah membongkok, namun dia tidak mengusap bahagian pipinya yang sudah ditampar hebat.
Wanita berselendang hitam itu mengangkat wajah, dan melihat ke arah ayahnya yang sedang berada di dalam kereta.
Wira sedang mengetap bibirnya erat-erat. Reaksi mukanya sama seperti Bintang sewaktu melihat Badut. Dan sumpah demi Tuhan, Asyikin melihat bibir ayahnya bergerak, mengucapkan 'I am so sorry,'
Kedua-dua belah kaki Husna Asyikin berasa sejuk dan kesejukan itu dibawa ke perut, lalu berasa seperti dia hendak muntah di hadapan ibunya sekarang.
"Kau memang sial."
"Kau memang, betul-betul sial."
"Tak sampai tiga hari,.."
Tiga jari diangkat ke arah muka Asyikin, dan entah mengapa. Jari tengah yang diangkat seperti lebih keras dengan jari-jemari yang lainnya,
Pelukis itu menghela nafas panjang. Dia jijik dengan apa yang dia lihat sekarang. Dia sanggup memandu dari Melaka, merentasi jalan sesak kerana Bintang.
".... Just go ahead and stumble yourself and die."
Wanita berpakaian gaun tidur dan disarungkan dengan jaket hoki di atasnya beransur pergi lalu masuk ke dalam kereta Volvo berwarna kelabu. Bintang Harlisa yang lena ketiduran diletakkan di belakang kereta.
Sementara wanita tanpa roh masih berdiri, menunggu kereta itu hilang dari pandangan. Sejenak sahaja kereta itu menghilang, dia mencangkung dan memeluk kedua-dua kakinya. Dia duduk di dalam posisi itu buat seketika sebelum bangkit dan bergerak ke lif. Dia harus berbuat begitu agar rasa sedihnya hilang dan tidak dibawa ke tidur.
Namun, dia gagal kerana di atas katilnya nanti, adanya sekelompok air peluh dan air mata kerana tidak ketiduran dan tidak mampu memberhentikan fikirannya dari terus berjalan.
-
Husna Asyikin muncul di pintu pejabat dengan reaksi muka kosong, seperti biasa. Namun, apa yang tidak biasa pada ketika itu adalah bunyi-bunyi ketukan kuat pada dinding tingkat tiga itu. Seakan-akan bumi sedang bergegar, wanita itu bergegas pergi ke bilik pejabat bosnya—
Yang sudah dipenuhi dengan orang ramai yang ternganga, bergelak-tawa.
"Oh I can't believe this."
"Cik Asyikin, tengoklah bos awak tu. Yang kuban-kuban saja dia tu,"
"Berapa hingget lah agaknya dia spend,"
"Oh, hi Asyikin!"
Daniel Aryan melambaikan tangan kanan ke arah setiausahanya yang kaku, berdiri, kagum.
"I just thought, this would be better. For our safety."
"Do you feel safe now, Asyikin?"
Lelaki itu sedang membantu para pekerja lelaki, yang sibuk memasang CCTV di setiap sudut bilik pejabat itu.
Wajah, garisan rahangnya yang tajam itu jelas kelihatan di mata Husna Asyikin yang masih terpegun dengan apa yang sedang dilihat. Lipatan tangan kemeja putih bosnya dilihat, lelaki itu sakan ketawa dengan pekerja-pekerja yang masih membetulkan layar CCTV—
Mati. Mampus. Perasaan itu datang lagi. Rama-rama itu datang lagi.
PLAP!
"Starting to catch feelings on my man, are you?"
Bodoh.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro