Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[ 13 ] Hana S(i)alsabiela






Porak peranda jadinya bilik kerja Daniel Aryan.

Menyesal Husna Asyikin membawa adik perempuannya ke kerja, sehinggakan kepalanya berdenyut tanpa henti. Mana tidakhnya sakit kepala kalau si bos pun tak ada beza dengan budak 6 tahun.

Berlarian sana-sini di sekeliling meja, Bintang mengejar Daniel, Daniel mengejar Bintang. Tunggu bulan jatuh ke riba saja, baru dua budak ini mahu berhenti.

Bukan saja-saja bawa Bintang ke kerja, tapi dipaksa. Takkan mahu tinggal budak kecil itu di rumah seorang diri? Kalau di dalam office pun sudah berani buat porak-peranda, apatah lagi di rumah!

Apa yang lebih menggilakan, Bintang telah membawa ikan peliharaannya, Badut, dari Melaka sehinggalah ke pejabat Daniel. Boleh jadi gila melihat anak perempuan cerdik akal itu membawa gelas ikan ke sana dan ke mari.

Husna Asyikin hanya berdiri di hujung sudut bilik, sambil melipat tangan rapat ke dada. Mulutnya sudah dikembungkan sebagai petanda dia tidak suka.

"Encik Daniel. Kita ada meeting. Buku terjemahan Sekali Lagi Aku Pergi, patutnya dicetak lagi 2000 buku. Tapi pihak ceta-"


BANGG! Kotak kertas A4 tidak sengaja ditolak oleh tangan kecil halus milik Bintang. Daniel cepat-cepat mendukung Bintang dan terus memandang ke arah Asyikin, yang reaksinya amat menggerunkan sehingga bulu roma Daniel tegak berdiri-

Gila yang satu ini. Kalau dikahwini, sah-sah si suami takut bini.

"BINTANG!" jeritannya kedengaran oleh seluruh pekerja syarikat The Owls yang berada di tingkat 3. Pekerja yang sedang menikmati air kopi di bilik pantri turut terasa getaran sehingga ternampak cawan putihnya tergerak sedikit di atas meja.

"Encik Daniel. Bilik meeting." Jari telunjuknya diangkat lalu ditunjuk ke pintu keluar bilik kerjanya Ketua Pegawai Eksekutif The Owls.

"Bintang. Awak tinggal sini. Awak menghadap dinding, jangan duduk."

Bintang membuat riak muka merajuk. Bibirnya yang nipis tertampak tebal apabila mencebik.

Dia berlari lalu mengambil semula mangkuk gelas beriisikan Badut si ikan, lalu berdiri di suatu sudut dinding biliknya Daniel.

"Bagus. Jangan duduk selagi kitaorang tak habis meeting."

Pintu bilik ditutup dan terlakar sebuah senyuman amat kecil di wajah jelita milik wanita bertudung bawal hitam. Daniel yang sempat melihat senyumannya itu turut tersenyum.

Aduh, senyuman Asyikin boleh berjangkit kepada orang lain kerana manisnya.

Akan tetapi, malang sekali nasib si Purnama kerana senyumannya tetap akan menghilang seperti hari-hari yang sebelumnya.






-




Bintang kan seorang anak cerdik pandai akalnya. Buat apa berdiri lama, bukannya ada sesiapa. Tiada mata, tiada apa, langgar sajalah hukuman yang telah ditetapkan.

Dia masih kecil, tidak sedar mata Tuhan sedang memerhati.

Dan di dalam pemerhatiannya Tuhan, Dia juga tahu apa yang bakal terjadi.

Bintang bermain pusing-pusing di atas kerusi Daniel yang mempunyai 4 roda. Dia menolak dirinya menggunakan kerusi itu ke tingkap bilik, ke meja, ke sofa dan ke meja semula lalu mengulangnya berkali-kali.

Sehinggalah dia menolak dirinya ke pintu keluar dan tidak sempat menolak kerusinya semula ke meja,



Kerana kerusinya telah diberhentikan oleh seorang wanita, yang ketinggiannya sama seperti kasut tumitnya. Bibirnya memerah kerana lipstiknya. Rambutnya dibiarkan lepas dan jari telunjuknya dipakaikan dengan cincin perak.

'Oh-no...' bisik Bintang di dalam hati. Dia perlu berhati-hati lain kali! Kerana kerusi kapalnya telah diberhentikan oleh seorang lanun bibirnya merah!

"Oh. Hi, sayang. Bintang, kan?"

Bintang mengangguk laju seraya bangun dari kerusi namun dia disuruh duduk semula oleh wanita yang bernama,

Hana Salsabiela.

"Its okay, sayang. Lets play together!"

Maka, dua beranak itu bermain tolak-menolak kerusi kapal di dalam sebuah laut yang tercipta di dalam mindanya Bintang Harlisa. Kapalnya sekarang laju, saiznya bilik Daniel terasa lebih luas, seluas-luas Lautan Cina.

Siapa sangka seorang hamba sahaya dan si lanun boleh menjadi rakan baik?

Namun, bukankah Lanun seringkali bijak dalam perihal memanipulasi dan mencuri?













"Is this your fish, sayang?"

Anggukan Bintang membuatkan darah yang mengalir di dalam badannya Hana dipam selaju yang boleh.

"I am going to make your fish even stronger. Supaya dia boleh join dalam geng kapal kita."

Ikan itu dikeluarkan menggunakan tangan Hana di mana jari telunjuknya tersarung dengan cincin perak yang dilihat oleh Bintang sebentar tadi.

"ENGG! ENGG!" jerit Bintang,

Tangan yang lagi satu milik Hana diseluk ke dalam poket seluar putihnya, lalu dikeluarkan pembaris besi.







Sial.

Hana S(i)alsabiela.









-



"Nanti saya bagitahu dia." Asyikin mengungkit semula apa yang dibicara dalam mesyuarat sejam yang lalu sambil berjalan beriiringan dengan Daniel ke bilik bosnya semula.

Kesemua pekerja yang terlibat juga pulang semula ke meja-meja mereka. Tetapi, sebelum sempat punggung mereka diletakkan di atas kerusi, mereka berdiri semula setelah mendengar sipi-sipi tangisan seorang anak gadis kecil,

"HENGG! HENGG!"

Dan, Asyikin. Sudah tentu dia berlari.

Pintu dibuka dan alangkah terkejutnya sewaktu dia melihat,
















Kepala Badut telah dipisahkan dari badannya dan diletakkan di atas sehelai tisu putih.

Adanya darah ikan di tisu itu dan juga di telapak tangannya Bintang.


















Bodoh. Adalah patah perkataan yang diulang dalam kepalanya Husna Asyikin.

Mengapa ditinggalkannya si hamba sahaya di tengah-tengah lautan jikalau dia tahu akan kewujudannya si lanun?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro