[ 1 ] Si Katak Dan Si Jelita
TIDAK DIKENAL PASTI
[Nota Awal Penulis] Chapter 1-5 memang panjang ya. 2300+ patah perkataan.
"Teacher, can i introduce myself as Akihiro instead of Daniel?"
"Sure."
"Hello, everyone. My name is Akihiro. You can call me Aki instead. I am 15, of course. I don't really have a dream, or any ambition. I am from Osaka, Japan. I am your exchange student for this year."
"Assalamualaikum. Cikgu Mastura! Ni fail yang cikgu minta!"
"Oh. Husna. Sekejap ya. Ada seorang pelajar dari Jepun sedang memperkenalkan diri. Masuk dulu, cikgu nak bincang tentang fail itu dengan kamu."
Husna datang lalu menundukkan kepalanya sambil berjalan di hadapan pelajar kelas 3-B.
Gadis yang berambut pendek, paras bahu itu selalunya dipakaikan dengan cekak berwarna ungu. Tapi entah ke mana cekaknya menghilang.
Matanya terus berlari ke arah remaja lelaki yang tinggi lampai, yang sedang berdiri di hadapan kelas. Kulitnya cerah, rambut hitamnya hampir menutupi kedua-dua matanya yang sepet. Terdapat beberapa jerawat di pipi kanannya. Hormon.
Uniform yang disarung di badannya amat berbeza dengan uniform anak-anak sekolah kerajaan di Malaysia. Seluar kelabu, kemeja berwarna putih yang sudah diselukkan ke dalam seluar, dipasangkan dengan blazer berwarna biru tua dan juga tali leher berwarna merah yang dipakai kemas di kolar.
Segak, amat.
"Sorry about that, Aki. You can continue."
"Its okay, Teacher Mastura. I am good. I think some students want to ask me some questions.. Can i answer them? If you insist."
"Sure. Go on. You have my time."
"Thank you."
Husna hanya duduk di hadapan meja guru, menyusun fail-fail berkaitan dengan biodata murid tingkatan 1.
"Okay. First question."
"How does it feel like living in Japan?"
"Its great. But we need to change our wardrobe with clothes according to its season. Its tiring."
"Do you have any siblings?"
"Yes. My sister."
"By the way, i forgot to tell guys that my father is a Malaysian.. This is one of the reasons why my teacher picked me as an exchange student."
"But i don't really speak malay. I was born in Malaysia, but i moved right away to Osaka.. Crazy, right?"
Jantung Husna berdegup kencang.
"It must be hard for you to seach halal food in Japan. Welcome to Malaysia, Aki! We have Kitkat, halal Mcdonalds chickens.."
"Erk.. You do know that we also have KitKat in Japan, right?"
Kesemua murid kelas 3-B tergelak.
***
"Husna, kau dah kenapa? Asyik-asyik mengantuk dalam kelas." soal kawan baik Husna, Hana.
"Eh mana ada.. Saya sibuk baca novel malam tadi." jawabnya lalu menepuk bahu kawannya dengan selamba.
"Mengada-ngada. Dah tidur. Aku cover kau, yang kau tu sakit kepala."
Akihiro, ataupun Aki, memasang telinganya. Dia mungkin tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu tidak bermakna dia tidak boleh faham!
"Hana. Tolong kejutkan Husna. Tidur lena dia tu." Cikgu Geografi mereka menyedari bahawa Husna sedang lena tertidur setengah jam di dalam kelasnya.
"Dia sakit kepala katanya. Kesian." Hana mula mengurut kepala Husna dengan penuh kepalsuan. Sungguh, palsu.
"Teacher! Husna was chatting with Hana the whole time you were teaching us. She was not asleep!"
"Really, Aki? Well."
***
"Semua salah kau! Kau tengok sekarang ni. Kena berdiri atas kerusi. Berdiri atas kerusi luar kelas! Bukan dekat dalam!"
"Maaflah, Hana.."
"Ni semua sebab mamat Aki tu lah! Semua benda direportnya ha! Haritu, time Halim tengah sorok-sorok makan ayam kantin dalam kelas, terus mamat tu pergi report! Dah lah singgah negara orang!"
Aki membuka tingkap kelas lalu berkata,
"Can you shut up, please. I am trying to focus."
"Alah mamat Aki ni. Fokus sangatlah! Macamlah boleh faham cikgu mengajar dalam Bahasa Melayu!"
"Hana.. Cikgu akan translate apa yang dia ajar.. Jadi dia faham.."
"God, Husna. Nak sangat menangkan mamat ni!"
"Sorry, Aki. Erm.. I? Not? Good in english but sorry to kacau."
Aki menutup tingkap setelah mendengar grammar milik gadis yang rambutnya sudah mula serabai seperti hantu popular di Jepun, Momo.
Husna hanya memandang baju kurungnya yang mulai basah kerana peluh.
Dia menunggu saat loceng berbunyi supaya mimpi ngeri ini berakhir!
***
"Kelas 3-B kena pergi ke dewan untuk kelas seni!" Arah ketua kelas mereka yang menjerit di tengah-tengah kantin. Mahu saja dibalingnya sudu plastik ke kepalanya yang botak kerana suaranya yang nyaring.
Aki sedang beratur di barisan kantin.
Terdapat beberapa mata yang sudah menangkap kewujudannya lalu berbisik tentang kedatangan pelajar pertukaran dari Jepun itu. Walaupun sekolah mereka sering menghantar murid ke negara lain, lalu mendapat beberapa pelajar pertukaran dari pelbagai negara, murid Sekolah Menengah Al-Fateh Qalbi akan sentiasa teruja dengan kedatangan pelajar-pelajar pertukaran yang dipilih.
Namun, mereka agak pelik dengan projek pertukaran murid pada tahun itu, kerana Akihiro ialah satu-satunya murid pertukaran yang dihantar ke Malaysia. Dua tahun yang lepas, lebih dari 5 murid dari Qatar dihantar ke sekolah mereka.
Barisan kantin yang amat panjang ditenung lama oleh Husna, yang sedang berada di dalam dilema.
"Nak makan ke taknak? Nak makan ke taknak?" Dia terdengar suara Husna dari jauh.
"Taknak lah. Panjang sangat ni..."
Husna beredar lalu duduk di meja kantin yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar tingkatan 1.
Izzati dan Hana adalah pengawas, jadi waktu rehat mereka berbeza dengan pelajar yang lain.
Tiba-tiba,
"Nah. Take it as an 'apology gift'." Aki datang ke mejanya lalu menghulurkan pau dan roti sosej kepada Husna.
"What?? Apo-apa- apolo? Apologee? What?"
Wajahnya yang penuh polos, memandang ke arah Aki, penuh keliru. Mendengar keluhan lelaki itu, Husna berpura-pura untuk faham.
"Oh, oh.. Aaa... Okay, okay... How to say, how to say,"
Seorang pelajar tingkatan 1 mengangkat kening kanannya. Dia menarik roti gardenia jauh dari bibirnya lalu memberi tumpuan ke arah Aki dan Husna.
"Akak nak saya tolong cakapkan dalam Bahasa Inggeris?"
"Boleh juga. Terima kasih adik. Akak nak tolak tawaran dia. Suruh dia makan."
"Sorry. But she said no. You need to go and eat it."
"Tell her to take it. I literally lined up just to buy these for her."
Makanan itu diletakkan, penuh kasar. Hampir penyek pau kacang dibuatnya.
***
Naik saja dewan, Cikgu Bambang, guru bagi matapelajaran Pendidikan Seni Visual 3-B menyuruh mereka untuk membuat dua bentuk bulatan.
Satu bulatan buat murid perempuan dan satu bulatan buat murid lelaki.
"Lelaki, buat bulatan mengelilingi bulatan murid perempuan."
Kesemua murid 3-B berasa pelik. Ah, lakukan sajalah!
"Cikgu akan pasang lagu dan korang semua akan bergerak dalam bulatan. Dan bila muzik stop, korang akan jadikan orang di hadapan kamu sebagai pasangan. Pastikan, dia berlainan jantina. Tutup mata sambil bergerak."
Mengapa? Apakah?
"Bila cikgu berhenti, semua kena berhenti. Dalam kiraan 3.."
"Satu,"
"Dua,"
"Tiga."
Semua pelajar mula bergerak dengan mata tertutup.
Akan tetapi, murid pertukaran dari Jepun itu sibuk mempejam-celik matanya berulang kali.
Lagu berhenti. Dan Aki berada tepat-tepat di sebelah kanan Husna. Sikit saja lagi! Dia seharusnya berhenti lebih awal untuk berdiri betul-betul di hadapan dengan gadis berbadan kecil itu!
"Okay. Semua buka mata."
Aki mendapat Izzati sebagai pasangannya. Dia menepuk bahu seorang pelajar lelaki di sebelahnya,
"Can we switch place?"
"Ah.. Sure. sure."
Nasib Aki amat baik. Husna langsung tidak tahu bahawa pasangannya sudah tertukar.
Dia sedar yang Husna masih menutup mata.
"Husna. You can open your eyes now."
"Ha? Ha?? Eyes? Open? Oh!" Dia membuka matanya lalu terkejut.
"Aki?" Soal Husna.
Aki hanya mengangguk. Lelaki itu memberikan sebuah senyuman yang amat kecil, membuatkan Husna hampir melangkah kebelakang. Rupa-rupanya lelaki itu juga seorang manusia, yang masih boleh tersenyum.
"Dalam masa 45 minit. Lukis muka pasangan anda dan hantar kepada cikgu."
"Aki. You need to draw your partner's face in 45 minutes."
Aki melukis muka Husna dengan bersungguh-sungguh. Tetapi malangnya Husna melukis muka Aki seperti seekor katak.
Selepas kejadian lukisan si katak dan si jelita, nama Akhiro bukan lagi nama yang asing bagi Husna. Hari-hari persekolahan menjadi hari yang ditunggu-tunggu hanya kerana seorang lelaki.
***
"Menari, Aki, menari!" Aki hanya mengerukkan wajahnya. Rambut remaja lelaki itu sudah dipakaikan dengan cekak rambut milik gadis yang sedang sibuk menari tengah padang, sambil mendengar lagu kegemarannya.
Aki langsung bergelak sakan melihat tariannya walaupun dia tidak dapat mendengar rentak lagu apa yang Husna sedang dengarkan. Buku kanak-kanak yang bertajuk 'The Little Prince' yang dipinjam dari pusat sumber sekolah, disimpan ke dalam beg. Tumpuannya beralih sepenuhnya ke arah Husna.
Matanya kian bersinar melihat remaja perempuan itu, dengan tali earphone berwarna putih, cassette player miliknya yang sudah dikepitkan di bahagian seluar treknya.
Kain birunya entah hilang kemana.
"Menarilah, Aki! Menari!!"
Aki menggeleng. Dia membuat tanda pangkah menggunakan kedua-dua tangannya. Melihat riak wajah Asyikin yang sudah mula mencebik, dia akhirnya menyerah kalah.
"How should i dance, Husna? I can't even hear the song you are listening into.."
Husna faham apa yang dia sedang katakan. Dia bukannya bodoh sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, dia faham, cuma tidak pandai bila mahu bertutur. Ada beberapa perkataan yang membuatkan dirinya keliru, ada yang tidak.
Sama seperti Akihiro sendiri.
Dia faham apa yang orang sedang katakan tentang dirinya di dalam Bahasa Melayu, cuma dia tidak mampu bersuara.
Mendengari alasan lelaki yang dari tadi hanya membatu,
"No, no need song.. Follow me.. Follow.."
"F-Follow feeling.. Now.."
Aki tersenyum. Dia mengangguk faham seraya dengan menelan air liurnya.
Badannya perlahan-lahan bergerak,
Dalam masa beberapa saat,
Mereka bertindak seperti orang gila.
Menggoyangkan kepala tanpa henti, rambut Husna jatuh kehadapan dan kebelakang, Aki pula melompat keseronokkan. Ada gaya tariannya yang menunjukkan gaya pis, ada gaya tariannya yang badannya berpusing-pusing tanpa henti..
Lelaki itu benar-benar sedang menari mengikut perasannya sendiri, sementara Husna sedang sibuk menari mengikut rentak lagu Radio Ga Ga nyanyian Queens, yang sedang bermain di dalam cassette player jenama Walkman.
Selepas selesai menari selama beberapa minit seperti seorang penyanyi rock, Husna menukar tariannya sambil mengikut rentak lagu Another Bites The Dust, dari grup penyanyi yang sama, Queens.
***
Izzati, Hana, sahabat sehidup semati milik Husna sering bergurau yang suatu hari nanti Husna akan mempunyai sepasang anak kembar bersama dengan Aki. Kedua-duanya akan dipakaikan dengan kimono dan bermata sepet. Hoax!
Izzati dan Hana adalah gadis-gadis bertudung labuh, yang sarung tangannya ditebuk sebuah lubang untuk memasukkan ibu jari. Mereka tidak pernah menghakimi cara pemakaian Husna. Tambahan lagi, kawan mereka yang berambut kusut itu dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kurang mendapat didikan agama.
***
Perpustakaan Sekolah Menengah Al-Fateh Qalbi kelihatan terlalu usang. Dengan rak-rak kayu yang mempunyai gelembung sana-sini, dan tidak mampu menahan beban buku-buku yang disusun menyebabkan para buku menyenget ke bawah. Padahal, sekolah itu mampu membayar segala biaya untuk menghantar enam murid ke luar negara, tapi buta akan kondisi perpustakaan yang tidak mendapat sambutan dari murid-murid sekolah itu.
Namun, buku-buku yang ada semuanya masih baharu.
Buku yang bertajuk The Little Prince itu dihulur kepada Aki, yang sibuk mencari buku-buku novel klasik terbitan syarikat The Penguin.
"I already read that."
"Read lagi." Paksa Husna. Aki mengambil buku yang agak nipis itu dari tangannya, lalu mengeluh.
"Why this book? There are so many books in this room, but why.. This?"
Dia menggeleng beberapa kali, letih melayan karenah milik si periang yang sedang menjelir lidahnya yang tidak terlalu panjang.
"Cute. The.. Li- Ttle- Pri-nce.."
Mendengar kesungguhannya untuk membaca tajuk buku itu, Aki menyerah kalah buat ke seratus kalinya. Gadis itu benar-benar membuatkan dirinya lemah.
Pada hari itu, Aki tidak lagi memakai blazer kelabunya kerana suhu Malaysia yang amat panas. Dia hanya mengenakan kemeja berwarna putih dan tali lehernya berbelang warna biru, hitam.
"Bila awak nak potong rambut, Aki?"
Husna membuka cekak rambutnya yang berwarna merah jambu lalu dihulur. Pelik. Selalunya gadis itu sering memakai cekak plastiknya yang berwarna ungu, namun,
Sejak kedatangan Aki ke sekolahnya, dia mula memakai cekak kegemarannya yang selalunya disimpan di dalam rumah.
***
"Ok, students. Today, as promised, you'll be reading your essay right infront of the class."
Teacher Rachel yang baru sahaja menamatkan cuti pantangnya, mula melihat nama-nama murid 3-B di dalam buku rekodnya.
"Lets start with.."
"Ah, my favourite student, Husna!"
Katak betul. Mengetahui bahawa Husna ialah satu-satunya murid yang lemah dalam bertutur Bahasa Inggeris, dia mendapat gelaran sebagai favourite student dari guru berbangsa cina itu.
"Husna, come, come."
Aki tersenyum sinis. Seakan-akan dia sedang melihat seorang badut yang bakal berada di dalam sebuah zoo.
Gadis yang tangannya sudah bergetar, ketakutan, memegang kuat kepingan kertas kajangnya yang sudah dituliskan karangannya yang bertajuk,
The Things That Make Me Happy.
"Assalamualaikum and hello, everybody."
"WAALAIKUMUSSALAM WARAHMATULLAHI WABARAKATUHH!"
Katak! Kesemua kelas bergelak-tawa tanpa sebarang sebab! Gila ke!
"To.. Day.. I want talk about.. Things that make me happy.."
"Uuuuu!"
"Shhh! Everyone! Continue, Husna."
"The things that make me happy are.."
"My handsome father, he likes dancing and singing at.. Erk.. D-Dapur?.. Ki-Kitchen!"
"He always make me laugh.."
"Second, my siblings. My sister and my little brother.."
"They annoying but its okay.. They make me happy.."
"Third,"
"My bestfriends,"
"Izzati, Hana.."
"And Aki!"
"They always make me happy.."
***
Sejak hari itu, hati mereka bersatu dalam diam. Senyap-senyap. Tidak pernah diluahkan satu sama lain.
Jatuh cinta dalam diam-diam, suka senyap-senyap, tapi tidak pernah diberitahu. Tiga bulan Aki tinggal di Malaysia, dalam masa tiga bulan itu juga hatinya berlawan supaya tidak memberitahu perasaan cintanya terhadap Husna,
Dan Tuhan juga tahu dalam diam-diam, senyap-senyap. Dan Dia harus lakukan apa yang Dia harus lakukan seperti takdir yang telah Dia tentukan.
Takdir yang perit amat. Husna perlu pindah ke sekolah aliran seni pada hari ke-61 Aki di sekolahnya. Meninggalkan lelaki itu keseorangan.
***
Hari yang ke 92 telah tiba. Aki perlu pulang ke Osaka. Hari penuh malang, hari yang dibawa beribu perasaan dan yang pasti, perasaan sedih pasti dibawa sekali.
Dia perlu mengambil tren ke KLIA, di KL Sentral. Aki berdiri di seberang jalan, mahu melintasi jalan ke bangunan lalu ternampak kelibat Husna yang sedang menyandang begnya berwarna merah jambu. Dan apa yang lebih menyakinkan lagi ialah rambutnya dipakaikan dengan cekak berwarna ungu.
Dia cepat-cepat berlari ke arahnya, tanpa melihat kanan atau kiri, lalu menjerit nama Husna beberapa kali,
Namun, remaja lelaki itu tidak terdengar akan jeritan dari seorang pembonceng motorsikal.
Kemalangan itu tidaklah seteruk mana. Hanya kepala yang terhentak kuat di jalan raya.
"HUSNA!"
"HUSNA!"
Husna menoleh ke belakang sebelum terus berjalan ke arah keluarganya yang mahu menaiki tren ke Melaka. Dia ternampak beberapa kelibat orang sedang berdiri, berkumpul di jalan raya.
"Husna, cepat." Ibunya mula memanggil.
Apa yang jauh lagi malang ialah ada sesuatu yang ganjil di antara mereka berdua.
Aki tidak memperkenalkan dirinya dengan betul.
Nama Islamnya, Daniel Aryan.
Apa yang Husna tahu, nama dia hanya Akihiro dan dia hanyalah seorang pelajar lelaki dari Osaka.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro