Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Kata Pengantar


tiada apa

apa sialnya aku
penuh dengan lumut, penuh dengan daki
apa sialnya aku
dahulu kala,
perihal paling besar dan
dugaan paling besar aku dulu2
hanyalah darah di lutut,
namun apabila aku pulang
aku biarkan luka itu baik sendirinya
malah lupa aku ada luka itu dari mula

apa sialnya aku
sekarang aku memikirkan tentang segalanya
segala benda besar
segala benda kecil
aku perbesarkan menjadi suatu masalah
menjadi sumbangan bagi suara2 yang sial itu

apa sialnya aku
salahkah aku
jikalau aku mahu
kembali menjadi
bayi yang satu itu?

apa sialnya aku.
apa sialnya aku.






-







tiada apa
149

Ianya selalu hujan taktala aku dengan munirah.

Kadang-kadang hujan itu bukan pada cuaca,

kadang-kadang hujan itu ada walaupun panasnya terasa,

namun ianya sentiasa terasa seperti hujan, basah dan satu bau yang enak setiap kali hujan membasahi hutan di rumah itu,

Ianya selalu hujan bila aku dengan munirah,
dan lama-kelamaan baru aku sedar,

yang hujan itu dirinya,
hujan itu adalah emosi gilanya

dan entah mengapa
aku jumpa akan keselesaan,
dalam kegilaan munirah itu.



*




PERIHAL SENSITIF DALAM TIADA APA:
* LGBT
* Anxiety, Depresi, Schizophrenia, Bipolar, Delusi, Halusinasi, OCD.






Semuanya ditulis atas dasar mahu memberi pendedahan tentang realiti yang sedang terjadi di dalam dunia. Moga Allah berkati semua, moga yang sedang membaca sudah solat terlebih dahulu.

Tiada Apa adalah sebuah cerita pendek, bab-babnya banyak namun patah perkataannya sedikit.

Selamat membaca ya, semua.
Selamat menjelajah mindanya Musa dan Munirah.

Kawan-kawan digalakkan membaca di dalam DARK MODE.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro