[ 5 ]
i worry this is how i always gonna feel
musa atqa at 1:07pm
munirah
munirah atira at 1:56
Ya?
musa atqa at 1:57
siap2 ya, saya bawa awak keluar makan.
munirah atira at 2:27
Awak, nak bawa pergi makan mana? Jauh dr rumah kita ke?
musa atqa at 2:28
kedai makan dekat dengan rumah kita tak sedap. not quite good, mahal pun mahal juga tak padan dgn harga
munirah atira at 2:30
Ok. Saya siap2 dulu.
musa atqa at 2:31
boleh ke tu bersiap
nak saya tolong ke
Aik.
Tak jawab pula budak ni.
Mengusik je pun, tengah malu ke?
musa atqa at 2:33
dah siap hantarla gambar
kasut adidas simba saya tu awak pakailah
munirah atira at 2:39
[ imej ]
musa atqa at 2:40
🥰
labuh tudung😅
seluar palazzo tu kasi lipat, labuh sgt nanti sapu lantai kedai
munirah atira at 2:42
Saya dah lipat
musa atqa at 2:42
alamak
musa atqa at 2:43
meh ler saya lipatkan
Tok! Tok!
Pintu apartment dibuka oleh Musa Atqa berbaju jersey MU dan seluar jeans cargo biru. Pintu ditutup semula dengan jari-jemari yang disarung dengan koleksi cincinnya.
Dan salah satu cincinnya adalah cincin perkahwinan dia dan Munirah.
"Munirah?"
"Ya."
Musa meletakkan telapak tangan di atas kepala isterinya,
"You look good. Jom."
"Musa."
"Hm?"
Sekali lagi sepasang mata itu dilihat penuh dalam. Tangan gadis itu mencengkam kain blaus biru yang disarung dengan kuat, sehingga sedikit basah kerana air peluh yang keluar dari telapak tangan.
Seakan-akan Munirah benar-benar mahu ditenggelami dalam Musa, dia mahu dipandang sentiasa dan dia mahu diberi perhatian sepenuh masa,
Bukan kerana memaksa, bukan kerana gila perhatian,
Tetapi kerana terpaksa.
Dia takut akan dirinya sendiri.
Dia takut jikalau dia akan melakukan perkara di luar jangka jika Musa tiada,
Tolong, Musa.. Tolong..
PAK!
Dahi Musa bertembung dengan dahi Munirah Atira.
"Try distracting yourself with this."
Sebuah ciuman lembut dan panas diberikan di dahi kecil milik wanita bertudung sarung hitam itu. Terus, segala suara-suara di dalam kepala turut terdiam dengan apa yang sedang berlaku.
Perlahan-lahan tangan Musa bergerak dan menyentuh perut Munirah tanpa segan silu.
"Kembung perut. Kena makan."
Tangan Munirah digenggam erat lalu ditarik keluar dari rumah.
Dan dari situ juga Munirah berharap agar Musa mampu menariknya keluar dari dunia peritnya.
Punggung dilabuhkan di atas kerusi kayu berspan hijau. Menu dibaca oleh pasangan itu dengan penuh diam, canggung dan Musa tidak suka akan atmosfera itu.
"Awak nak makan apa-"
"Nasi putih, telur mata dengan kicap masin. Air masak." Munirah menjawab serta-merta. Suaranya terketar-ketar sedikit. Efek pil.
Lampu chandelier di atas mereka berdua menyinarkan cahaya lampu berwarna biru dan kuning. Kelibat manusia di dalam restoran rata-rata tidak berpakaian seperti mereka berdua. Formal. Kemas.
"Munirah, they don't have that here.. Ini kedai western."
Tersentak sedikit, Munirah membuka menu selaju yang mungkin.
Tapi apa yang dilihat bukan nama makanan,
Harga-harga makanan yang ditumpukan perhatian.
RM49.80 per plate.
RM36 per plate/RM50 per two.
RM24 per plate.
RM12.
Ok.
"Saya nak fries. French fries."
Musa mengeluh. Dia mengangkat tangan, memanggil pelayan yang memakai apron hitam dan sehelai kain merah terselit di dalam poket kemeja.
"Two lamb chop, two blue lemon freezy, french fries and two ice cream. Chocolate chip. Thanks."
Lamb chop? Dua?
"Don't act like this, Munirah. Saya dah kata kena makan." Intonasi suara Musa lain kali ini. Tidak lembut, marah mungkin.
Melihat Munirah yang tidak memberi sebarang reaksi, seperti manusia separuh mati, Musa bangun dari kerusi dan duduk di atas kerusi yang bersebelahan dengan Munirah.
"Munirah, sebenarnya saya nak cakap sesuatu dengan awak tentang-"
PAK!
Marissa hadir entah dari mana, duduk di atas kerusi yang diduduki oleh Musa sebentar tadi.
Bahunya tergantung dengan beg Jane Birkins berwarna hitam yang sudah digantung dengan berbagai jenis keychain.
"Musa nak kahwin dengan saya bulan depan."
"Would you give us the permission, unstable mentalhead?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro