[ 40 ]
"Aku nikahkan kau dikau dengan anak perempuan aku, Munirah Atira binti Jaiz dengan emas kahwinnya RM 500, tunai!""
Salaman itu digegarkan sedikit.
"Aku terima nikahnya Munirah Atira binti Jaiz dengan emas kahwinnya, RM500, tunai!"
Stereng dipusingkan membelok ke kiri, mengikut apa yang disuruh oleh suara aplikasi Waze.
TAP, TAP!
Hujan menitik perlahan. Apa? Hujan juga tahu situasi apa yang mereka sedang hadapi sekarang?
Wanita itu turun dari pinggir tangga ke ruang tamu. Kain jubah putih panjang itu melorot hingga ke lantai labuhnya. Taktala semua orang menghadap ke dia, tiada kurangnya si suami.
Mata memandang ke arah nombor-nombor berlampu putih LED yang terpapar di jam digital kereta.
11:42PM
'Turn left before.....'
Kiri.
Dan, matanya melihat segala lampu yang tergantung di sepanjang laluan ke arah bangunan yang sedang dia menghala,
Munirah Atira binti Jaiz.
Wanita itu melabuhkan punggung di hadapan suaminya.
"Raise your head, Munirah. Your husband need to kiss-"
Musa mengangkat tangan, menyuruh ibunya agar diam. Biar dia, biar dia yang berbicara dengan isterinya.
Biar dia, biar dia yang mengarahkan apa.
Tangan kanan Musa Atqa itu bergerak, mengangkat dagu Munirah Atira secara mengejut.
"Hello, Munirah."
Mata anak gadis itu membesar.
"H-Hi, Musa."
Dahinya dicium.
Dan ciuman itu lama.
Sehingga bau wanita itu dihafal sempurna.
Kelibat orang ramai asyik berjalan keluar, masuk ke dalam bangunan yang mempunyai papan tanda, Tiana Stay, itu sudah cukup menimbulkan ribuan prasangka di dalam kepala Musa Atqa.
Hujan menderas. Dan sekarang, anak laki-laki berseragam suit hitam dan para wanita berbaju formal berlari masuk ke dalam khemah yang sudah dipasang.
"What is this place?" Marissa memberhentikan kereta. Mata tidak berlari dari kereta si suami, yang sudah keluar daripada keretanya dengan mask di muka.
11:42PM
*
"Tunggu kejap ya Munirah. Tariq dah call banyak kali, dia tak faham bahasa ke yang awak tak siap lagi. Dengan hujan lebatnya,....."
Munirah mengangguk.
Matanya beralih ke tingkap bilik yang dibiarkan terbuka walaupun titisan hujan sudah terpecik masuk ke dalam.
Langsir putih berterbangan kerana angin kencang malam.
Sebuah perasaan datang mencengkam perutnya secara tiba-tiba.
Perasaan rama-rama yang terkumpul di dalam perut lalu berterbangan ke setiap aliran darah yang ada dalam badannya.
Perasaan ini hanya hadir apabila Musa mengetuk pintu rumah.
Perasaan ini hanya hadir apabila Musa baring di atas katil wad bersamanya dahulu.
Dan entah mengapa malam ini,
Musa terasa dekat.
*
Lelaki itu meluru masuk ke dalam halaman rumah dengan langkah yang laju, tidak menghiraukan apa. Apa yang menggilakan lagi, hanya dia seorang sahaja yang sedang berdiri di tengah-tengah halaman rumah bukan di khemah, di dalam hujan.
Dia meluru masuk ke dalam khemah.
Bau hujan dan bau-bau wangian yang ada dicampur-adukkan sehinggalah perhatiannya beralih dari perihal bau, ke-
"Jaga dia elok-elokla nanti, Tariq-"
Hujan melebat.
"A-Apa tadi nama tunang kau? Muni? Murni?"
"Munirah."
"Munirah Atira."
"Aku kenal dia ke?"
"Kau tengoklah nanti dia turun pukul 12 nanti,"
11:46PM.
Dunia memerlahan.
Adrenalin tidak lagi mengalir deras, malah membanjiri segala nadi darah di dalam badan lelaki itu sehinggakan dia mengambil beberapa langkah ke belakang,
Telapak tangannya menyejuk, perutnya terasa sakit.
Fokus, Musa, Fokus.
Dia membiarkan bahunya yang basah melanggar setiap bahu manusia yang ada. Dia menolak siapa yang ada,
"The fuck is this guy going?"
"Ni mesti budak catering ni."
Musa Atqa berlari daripada terus terperuk di dalam ruang khemah. Dia memandang ke arah pintu rumah yang sudah dipenuhi dengan tetamu.
Dia mahu berjumpa dengan Munirah. Bukan dengan sialan orang.
Dengan kaki yang menggeletar, dia teruskan mengelilingi rumah itu dalam hujan yang menderas-
11:49 AM.
Langkahnya terhenti berhadapan dengan suatu dinding bangunan villa itu-
Alunan lagu Pas De Deux kedengaran dari atas kepala. Bukannya dari speaker khemah sebentar tadi, namun dari sebuah balkoni yang benar-benar terletak di atas kepala milik lelaki yang sedang mencangkung, berdoa,
"Please, ya Allah,"
"Tolong,"
"I'll serve my whole life untuk Kau saja, ya Allah,"
Dan dalam alunan lagu Pas De Deux, dia terdengar suatu suara yang lembut namun jelas di telinga,
"I think you are ready, Munirah...!"
"Hey, dude,"
"Tengah buat apa tu?"
*
🍅: 🦧
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro